Sejak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kanak-kanak bermula usia lima hingga 12 tahun mendapatkan vaksin, ada segelintir ibu bapa meluahkan rasa kebimbangan.

Tinjauan di media sosial mendapati ibu bapa ada yang risau kesan akibat vaksin sehingga mengambil keputusan untuk tidak menerima saranan KKM itu tanpa memikirkan bahaya virus Covid-19 yang menyerang tanpa kenal usia.

Cakna dengan kebimbangan itu, seorang pengguna facebook, puan Naematul Ismail yang berkongsi pengalaman anak sendiri menghidap MIS-C (Multisystem Inflammatory Syndrome in Children) akibat komplikasi Covid.

Ikuti lanjut perkongsian ibu ini. Moga kita membuat keputusan yang betul untuk kehidupan anak.

“Ramai Marah Vaksin Pada Kanak-Kanak, Saya Sokong Vaksin.” Anak Masuk ICU Akibat Covid, Wanita Ini Kongsi Pengalaman.

Minggu ni baru berkesempatan scroll posting facebook. Antara issues yang sempat catch up adalah
-booster
-vaccine for children

Tengok ramai jugak yang against booster and vaccine for children. Jadi saya nak kongsi pengalaman anak yang baru survived dari MIS-C.

Nak kata 100% recovered pun saya tak boleh assure sebab dia masih ada temujanji dengan pakar kanak2 dan pakar jantung kanak2.

Saya tengok ramai yang marah bila kata nak bagi vaksin pada kanak2. On my point of view, saya sokong vaccine utk kids. Tapi percayalah, covid is real.

Bak kata Dr Hana Hadzrami, nak hidup dengan covid, kena la siap sedia kan. Sama macam flu biasa. Lama2 confirm akan jadi alah biasa tegal bisa sebab dah dalam endemik kan,.
Okay,marilah kembali ke jalan yang benerrrr..

Kronologi

IKLAN

1.12.2021
Zharfan start demam. So mama terus start PCM macam biasa. Mak anak ramai ginilah, standby ubat sedia. Anak dedo sikit terus bagi ubat.
Tak mau telan,mama abah sumbat. haha
Masa ni dia masih mau minum dan makan.

2.12.2021
Masih demam. dah mula tak dak selera makan.
Dia dah mengadu sakit perut. jadi,ingat sebab dia xmakn so di sakit perut.
Dia masih minum air milo dan susu. Makan nasi lemak pun xhabis

3.12.2021
Demam lagi. Tapi pagi jumaat ni lepas makan ubat dia boleh bangun main2 sat.
Mai petang dia makin xlarat, duk terbaring.
Silap mama abah tak terus bawak ke Hospital Jitra.

4.12.2021
Siang masih terbaring. Bangun untuk pi toilet dan minum air Cuckoo ja.
Silap mama sebab tak paksa makan.
Dia memang hilang selera makan.
Dia dah dehydrated harini.
Pukul 8 malam baru bawak pi Hospital Jitra. Mama abah memang suka bawak terus ke Hospital Jitra sebab depa ada klinik lokum so xkacau kecemasan.
Then, Dr Jitra terus drip dan pindah ke kecemasan. drip sebotol.
Dr suspek dia ada apendicitis sebab dia kata sakit perut.
Thanks to Dr Lokum dan Dr di kecemasan time tu. very thorough dia periksa.
Dr bagitau kena transfer ke Bahiyah ni, sebab takut ada apendicitis.
Naik ambulan dalam 4pagi. Sampai HSB jam5. Duduk sat di zon kuning.
lepas Dr surgical turun check, terus naik wad. Alhamdulillah. memang cepat.
Terus on drip lagi

Pagi 5 .12.2021
Bermulalah pemeriksaan dari pakar bedah. hari tu jugak scan abdomen dia.
Dr bagitau, apendiks dia nampak okay. So maybe bukan apendicitis..
So ambil darah macam biasa. Banyak test dibuat.
Yang mama ingat, betapa mencabarnya nak collect stool dia.
Sangat watery sebab dia xmakan any solid food since day 1 dia demam. So dah 5 hari dia makan.

Antara test yang mama ingat Dr buat
– test lepto untuk kencing tikus
– dengue
– hati
– buah pinggang
Alhamdulillah yang ni semua okay.
sehinggalah Dr buat test antibodi COVID. dan test tu POSITIVE.
Sedih tak tau nak habaq, sebab bila antibodi COVID tested to be POSITIVE, maksudnya dia pernah kena COVID 4-5 weeks sebelum ni. Masa dia active COVID waktu tu, kami xbuat test. Mungkin masa tu mild ja simptom dia. Sebab depa ni demam tu macam selalu. Tapi selalunya, bagi PCM terus lega dalam masa 3hari

6.12.2021
– Dr kata dia nak kena pindah ke PICU untuk masukkan ubat. Dr sebut IV-IG. Mama tak pelik ubat ni sebab time Nurin pun dah masuk ubat ni sebab kuning dia tinggi. Ada satu antibodi tu positif so kena IV-IG.
Masa ni drip air pun xingat berapa botol dah.

IKLAN

7.12.2021
Masuk PICU untuk Iv-IG, mama pun balik tak tunggu,
Wayar untuk monitor jantung dan oksigen berselirat.
Line IV pun penuh kaki tangan untuk ubat.
Makan steroid yang kuat untuk kurangkan keradangan.
Air keliling jantung tu sebab berlaku keradangan.
MIS-C stands for Multisystem Inflammatory Syndrome in Children.
Dia duduk di ICU sampai 20.12.2021.
20.12.2021 baru pindah wad biasa. Masa duk PICU Dr panggil tengok dalam 2 kali. Hari2 lain just pi hantar pempes saja. Memang bedridden dalam PICU.

20.12.2021
Start cabaran nak bagi makan ubat. Sebab di PICU ada ryle’s tube untuk feeding susu.
Jadi Dr bagi ubat melalui tiub tu dulu..
Lepas Dr cabut ryle’s tube tu baru dia boleh telan ubat sendiri.

20.12.2021 -26.12.2021
Duduk wad biasa untuk monitoring
Makan ubat untuk kurangkan air keliling jantung dan salur darah dalam jantung kurang bengkak.
Kesan MIS-C ni untuk zharfan. dia affect jantung.
Dr pakar di PICU bagitau, ramai dah kanak-kanak masuk wad sebab macam ni.
Bahasa mudah dia, dah pernah kena COVID tapi kita tak tau.
Secara peribadi, yang saya faham (Mungkin tak betul dalam medical term)
Budak2 antibodi kuat, dia lawan sendiri masa COVID aktif.
Sampai satu tahap bila badan dah tak boleh lawan, baru badan akan tunjuk kesan dia,

Kesimpulan dia, Zharfan kena POST-COVID Complication yang mana Dr kata complication ni lagi teruk dari waktu aktif COVID tu sendiri.
Ada juga Dr kata 50-50.

Seeing anak sendiri macam tu memang so heartwrenching. Segarang-garang mama pun. Teriyak jugak teringat anak di ICU occeyyy.
Jadi, tak usah la kecam mengecam.
Hang xmau ambik sudah. Hang jangan ajak orang untuk tak ambik.
Tak kena tak tau.

Telinga mama macam telinga belanga dah, duk dengar Dr discuss masa round.
Terima kasih banyak2 pada Doktor dan misi2 di Wad5B HSB, Dr Azilah and team. Dr Surgical, Dr Lini of PICU Dan Dr di Hospital Jitra yang hantar pi HSB.
Pengalaman dan teguran dari Allah untuk mama dan abah.
Terima kasih family members and all friends yang mendoakan.

“Ramai Marah Vaksin Pada Kanak-Kanak, Saya Sokong Vaksin.” Anak Masuk ICU Akibat Covid, Wanita Ini Kongsi Pengalaman.

IKLAN

Sumber: Naematul Ismail

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

 

“Ramai Marah Vaksin Pada Kanak-Kanak, Saya Sokong Vaksin.” Anak Masuk ICU Akibat Covid, Wanita Ini Kongsi Pengalaman.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI