Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyantuni anak-anak yatim dalam sebuah majlis berbuka puasa di ibu negara mencuri perhatian ramai.

Video yang dikongsikan di media sosial itu sudah semestinya mendapat pujian dari wargamaya.

Mana tidaknya, berbanding majlis berbuka puasa bersama anak yatim lain, penyanyi kesukaan ramai ini dengan rendah hati menyerahkan sendiri duit raya kepada setiap anak yatim.

Ramai Puji Dato’ Siti Nurhaliza Santuni Anak-Anak Yatim, Tak Perlu Beratur Naik Pentas!

Malah Tok Ti dilihat berjalan mendekati setiap anak yatim yang hadir sebelum menghulurkan duit raya sambil mengusap kepala mereka dengan lembut.

IKLAN

“Dia (Siti Nurhaliza) sendiri yang turun bagi duit raya kat adik-adik ni sambil usap kepala tanpa perlu naik ke pentas dan beratur seorang seorang mengikut giliran seperti yang biasanya dilakukan oleh VIP,” ujar netizen.

Ramai Puji Dato’ Siti Nurhaliza Santuni Anak-Anak Yatim, Tak Perlu Beratur Naik Pentas!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata dalam kalangan warganet memuji sikap Siti Nurhaliza kerana mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dengan mengusap kepala anak-anak yatim.

IKLAN

Ini kerana perbuatan tersebut amatlah digalakkan sebagai tanda kasih sayang kepada anak-anak yatim.

Ramai Puji Dato’ Siti Nurhaliza Santuni Anak-Anak Yatim, Tak Perlu Beratur Naik Pentas!

Malah, dalam satu hadis sahih Bukhari, Abu Hurairah r.a meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W — “Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak. Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)”.

IKLAN

Patutlah ibu kepada dua cahaya mata ini sentiasa mendapat pujian ramai. Sifat rendah diri dan keprihatinan serta keikhlasan hatinya membuatkan penyanyi nombor satu negara ini terus disayangi sepanjang zaman.

Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI