Tahukah anda bahawa tak semua harta atas nama si mati adalah harta pusaka dan tak semua harta atas nama si mati kena difaraidkan.
Jadi, harta yang bagaimana yang akan dianggap sebagai harta pusaka dan akan tertakluk kepada hukum faraid?
FAHAM DULU HARTA PUSAKA
Apa itu harta pusaka? Harta Pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada dalam bentuk HARTA ALIH (kereta, wang tunai, akaun bank, kwsp, asb, barang kemas, saham dsb) ataupun HARTA TAK ALIH (tanah, rumah, kebun, bangunan dsb). Pendek kata, harta pusaka ialah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya dan apabila dia meninggal akan diwarisi oleh waris2 yang berhak mengikut undang2.
Harta Pusaka termasuk :
-Hutang si mati yang dijelaskan selepas kematian.
-Kutipan sewa dari harta si mati.
Ads
-Dividen/faedah yang terbit dari harta si mati.
-Premium insurans.
-Barang yang terbit selepas kematian seseorang dari hasil usaha si mati semasa hayatnya.
-Semua harta yang diperolehi oleh si mati semasa hayatnya secara halal seperti melalui jualbeli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.
Bukan Harta Pusaka :
Ads
-Harta yang telah diberi/dihibahkan kepada orang lain semasa hayatnya.
-Harta yang telah dijual oleh si mati.
-Harta yang telah diwakafkan.
-Harta yang dipegang amanah oleh si mati.
-Pemberian/sumbangan oleh orang yang menziarahi si mati.
Ads
-Wang pencen, ganjaran terbitan dan SOCSO.
-Imbuhan dan saguhati.
-Pampasan insurans dan manfaat takaful.
-Khairat kematian.
Banyak salah faham dan pertikaian yang berlaku tentang harta pusaka kerana kekeliruan tentang status harta pusaka tersebut. Status harta juga sebenarnya boleh dirujuk dan disemak secara terperinci dan ‘case to case basis‘ melalui dokumen harta, dokumen sokongan atau polisi tertentu yang dibuat supaya lebih jelas dan tepat.
Semoga perkongsian ringkas ini ada manfaatnya dan dapat membantu ke arah penyelesaian isu pusaka. Biar tahu jangan keliru.
Umum mengetahui ramai pencarum telah menerima wang Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.
Namun keseronokkan mendapat wang tersebut, jangan lupa untuk membuat pembayaran zakat sebagaimana yang ditegaskan menerusi laman facebook rasminya Zakat Pulau Pinang.
Menerusi facebook berkenaan, memaklumkan bahawa wang caruman KWSP yang dikeluarkan oleh pencarum adalah dikategorikan sebagai al-maal al-mustafad.
Apa-apa pendapatan atau harta yang dimiliki dengan cara upah, ganjaran, pemberian, pindahan dan lain-lain pendapatan yang bukan berpunca daripada pulangan simpanan, pelaburan atau aktiviti jual beli.
KIRAAN ZAKAP KWSP
Mengikut kiraan, jumlah wang KWSP yang dikeluarkan didarab dengan 2.5 peratus, sebagai contoh RM10,000 didarab 2.5 peratus adalah RM250.
Maka jumlah yang perlu dikeluarkan zakat bagi pencarum yang mendapat RM10,000 adalah sebanyak RM250.
Terdapat tiga situasi bayaran zakat bagi Pengeluaran Khas KWSP
Situasi 1- serta merta
Di wajibkan zakat serta merta sekiranya pendapatan tahunan seseorang pencarum KWSP itu sudah melebihi nisab tahun pertama.
Situasi 2- Cukup Haul
Menunggu sehingga akhir tahun (haul) kerana yakin pendapatan tahunan mencapai nisab setelah wang pengeluaran KWSP ini digabungkan.
Situasi 3- Tidak wajib
Tidak wajib zakat kerana tidak mempunyai sebarang pendapatan dan pengeluaran bertujuan memenuhi keperluan asasi diri dan keluarga.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan semua orang pasti suka makan ikan. Namun tidak semua ikan disukai kerana rasa yang berbeza,
Cuma yang menjadi masalahnya untuk siang ikan mengambil masa yang lama. Ia memerlukan sedikit kemahiran dan kesabaran jika tidak dilakukan dengan cara yang betul termasuk membuang cacing yang tersembunyi di bahagian badan ikan.
Begitulah yang dikongsi oleh seorang suri rumah mengenai cara siang untuk membuang cacing parasit.
Bagi yang dok tau lagi atau yang dok perasan selama ni,atas belakang ikan kerisi dekat sirip dia tu memang betul ada perasit seakan cacing, kebetulan ikan kerisi hok KakaMung boleh memang ada belake atas belakang ye tu cacing² halus tu..
Gunting sirip ikan
Jadi cara KakMung buang cacing² tu dengan ambik gunting, gunting sirip atas belakang tu pastu ambik lidi hok kita wat cukil gigi,cokeh buang cacing² hok ada tu,boleh katakan atas sekor ikan tu ada 2 3 ekor cacing halus tu,pastu baru beloh belakang dia..
Gambar cacing hok tu je dang KakMung ambik, Naik geli gelemang pulok KakMung tengok ke cacing-halus halus tu..
Ikan kerisi memang sedap weh,nok-nok kalau goreng belah blakang atau masok singgang pedah..lepas cuci bersih boleh lah kita masak setmung.
Bahagian tepi sirip ikan kelihatan cacing ‘bersembunyi’.
Gunting bahagian sirip ikan
Jelas cacing berwarna merah bahagian bulatan tersebut. Guna lidi pencugkil gigi untuk tarik buang cacing pada bahagian sirip ikan. Biasanya akan ada 2,3 cacacing halus.
Cacing yang telah dikeluarkan
Salah satu komen daripada netizen menarik dijadikan panduan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tatkala anak-anak lain seusianya cukup kasih sayang dan ada tempat tinggal yang sempurna, dia pula tak ubah seperti gelandangan.
Dalam usia baru 12 tahun, dia terpaksa tinggal sendirian dalam rumah usang tanpa kehadiran ibu dan ayah di sisi. Biarpun masih punya ibu dan ayah juga saudara mara, namun dia tidak mahu menyusahkan hidup sesiapa dengan masalahnya.
Begitupun, sepanjang tinggal di rumah sendiri, bapa saudaranya kerap membantu dengan menghantar makanan setiap hari.
“Saya tak nak menyusahkan orang, mereka pun bukan orang senang. Tipulah kalau saya tak sedih…tak takut duduk seorang-seorang, tapi nak buat macam mana, reda sajalah,” kata Mohd Firdaus Abdullah.
Adakalanya dia terpaksa tebalkan muka menumpang tidur di rumah kawan dan membantu penduduk kampung melakukan kerja rumah bagi mendapatkan upah.
Kehidupan itu terpaksa dilalui Mohd Firdaus sejak dua minggu lalu selepas tinggal seorang diri di rumah sewanya di Jalan Intan, Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi.
Dia yang sudah tidak lagi bersekolah sejak Oktober tahun lalu, tinggal sendirian selepas ibunya ditahan dalam satu operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), awal bulan ini.
Ketika ditemui, dia berkata, ibu dan ayahnya telah lama berpisah dan selepas berkahwin baharu, ayah tirinya juga meninggalkan mereka kira-kira lima tahun lalu.
“Saya anak tunggal, jadi selama ni memang duduk berdua saja dengan mak, tapi dua minggu lalu ada kawan beritahu yang mak dah kena tangkap sebab dadah.
“Saya tak sempat pun jumpa mak, tahu-tahu balik rumah dah kosong, tak ada orang pun,” katanya.
Menurutnya, kerana takut tinggal sendiri, dia menumpang tidur di rumah kawan baik yang juga rakan sekelasnya dahulu, dikenali sebagai Syafik.
“Keluarga Syafik baik, kebetulan mak dia dan mak saya kawan, bila mereka kena balik kampung, saya pun balik la semula ke rumah,” katanya.
Apa yang menyedihkan, rumah bersambung tiga pintu jenis papan yang turut didiami dua penyewa lain itu telah terputus bekalan elektrik dan air sejak dua tahun lalu.
Mohd Firdaus berkata, sepanjang tempoh itu, rumahnya hanya diterangi cahaya lilin dan mereka terpaksa mandi di tandas stesen minyak berdekatan.
“Memang macam ni lah kehidupan kami, lepas berhenti sekolah, saya tolong sapu daun kering dan bakar sampah di rumah orang, dapatlah upah RM3 ke RM5, mak pula kerja cuci-cuci, orang kampung pun banyak tolong, ada yang bagi duit belanja untuk kami makan,” katanya.
Bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jati ini juga menyatakan keinginannya untuk kembali ke sekolah.
“Memang saya nak ke sekolah, boleh jumpa balik kawan-kawan, dulu saya terpaksa berhenti sebab banyak sangat masalah,” katanya.
Ibu Mohd Firdaus berusia 42 tahun difahamkan kini berada di Penjara Tapah manakala kali terakhir dia mendapat perkhabaran ayah kandungnya berada di Negeri Sembilan.
Kisah kanak-kanak ini tular di media sosial menerusi perkongsian Presiden Persatuan Budak Bas Stand Ipoh, Amiruddin Mohd Daud di Facebook.
Amiruddin, 58, yang lebih dikenali sebagai Tok Anjang berkata, dia menerima panggilan daripada bapa saudara kanak-kanak itu yang meminta bantuan penjagaan sementara.
Menurutnya, tindakan itu kerana bimbang dengan keselamatan diri Mohd Firdaus selepas rumah berkenaan dipecah masuk penjenayah beberapa hari lalu.
“Mujurlah yang hilang hanya dapur dan tong gas, tetapi keadaan rumah dan kanak-kanak ini sangat tidak terurus.
“Kebetulan persatuan kami ada rumah wakaf yang digunakan sebagai rumah transit, jadi untuk sementara kami tempatkan dia di situ, adalah juga orang tengok-tengokkan makan minum dan pakaiannya.
“Rumah yang kami beri nama Rumah Bigbro itu baru enam bulan beroperasi khusus untuk ahli persatuan, orang bermusafir atau yang yang kurang mampu jadikan penempatan sementara,” katanya.
Beliau berkata, keadaan Mohd Firdaus telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak dan mereka mengesyorkan agar kanak-kanak itu ditempatkan di mana-mana asrama rumah perlindungan.
“Semua maklumat telah diambil JKM dan kita tunggulah nanti apa tindakan seterusnya.
“Kita nak dia duduk di tempat yang selamat yang membolehkan kebajikannya terbela termasuklah keperluan pendidikan,” katanya.
Terbaru, adik Mohd Firdaus bakal tinggal di rumah anak yatim atas bantuan Tok Anjang. Berita itu dikongsikan oleh beliau menerusi laman facebooknya.