Ibu kepada enam orang cahaya mata dan usahawan berjaya, Datin Sri Shahida Mohd Rashid dipuji wargamaya kerana dilihat semakin langsing dan ramping.
Menurut perkongsian DS Shahida melalui Instagramnya, dia terpaksa berdiet kerana masalah kolesterol dan risiko kencing manis yang dialaminya sehinggakan dia tekad untuk bersenam dan berdiet malah turut kerap berpuasa.
“Banyak betul tanya kenapa saya dah kurus dekat video sebelah. Saya dah hampir 4 bulan memang skip ambil gula, kerap puasa dan juga pergi kelas fitness.
“Asalnya bila buat medical checkup tak berapa cantik, kolestrol tinggi, risiko kencing manis pun hampir-hampir. Jadi saya decide untuk mulakan cara hidup sihat walapun saya ni pemalas nak bersenam,” katanya berkongsi.
Ads
Bahkan katanya lagi, walaupun payah diawalnya namun katanya aktiviti bersenam kini menjadi rutin baru yang menyeronokkan.
“Dari terpaksa sekarang jadi hobi pula. Bila tak bersenam rasa ada kekurangan dalam hidup.
“Start dari jangan minum air manis, lama-lama bila dah biasa minum air kosong kita pun tak lalu nak makan benda-benda manis,” tambahnya berkongsi ketika menjawab pertanyaan wargamaya menerusi ruang komen.
Ads
Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikut DS Shahida memuji penampilan terbarunya malah memuji kesungguhannya menjaga pemakanan biarpun sudah punya anak ramai. Bukan mudah nak berdiet!
Terdahulu, DS Shahida yang mendirikan rumahtangga bersama Datuk Sri Alif Syukri dikurniakan dengan enam orang cahaya mata.
Baru je lepas makan, tapi masih rasa lapar? Kalau layankan sangat, mau bertambah berat ni!
Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa lah susah sangat hendak turun berat badan? Mungkin anda sebenarnya mengalami false hunger.
Sikit-sikit nak makan- nafsu makan anda tidak mengira masa terutamanya kalau sedang craving. Manalah badan tidak naik, kan?
Namun, hati-hati kerana anda mungkin telah menyalah ertikan rasa lapar tersebut. Ini kerana rasa lapar boleh terbahagi kepada dua, false hunger dan true hunger.
FALSE HUNGER
False hunger bermaksud anda makan mengikut faktor-faktor yang tertentu seperti emosi atau tindak balas terhadap rangsangan yang spesifik seperti visual makanan sedap serta bau makanan yang menyelerakan.
Contoh-contoh faktor emosi false hunger adalah apabila seseorang individu makan ketika berasa tertekan, bosan ataupun sebab rasa seronok dapat menikmati makanan.
Antara contoh tindak balas terhadap rangsangan pula bergantung pada situasi individu pada masa itu.
Individu tersebut mungkin rasa lapar kerana bau makanan yang menyelerakan ataupun kerana tertarik terhadap visual makanan yang terhidang.
False hunger selalunya cenderung ke arah pemakanan yang tidak berkhasiat, berlemak dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
Ini secara langsung mampu menyumbang kepada risiko obesiti dan penyakit-penyakit berbahaya kerana makan melebihi keperluan.
TRUE HUNGER
Tanda rasa lapar yang sebetulnya akan bermula daripada bawah sternum dan akan naik menuju ke esofagus lalu ke tekak.
Selain itu, rasa lapar ini akan bermula 4 ke 5 jam setelah anda makan.
Tanda-tanda true hunger seperti ini:
Perut berasa pedih apabila lapar
Tidak boleh fokus apabila melakukan sesuatu
Perut mula ‘berkeroncong
Bagaimanakah cara nak elak false hunger?
1. Kenal pasti punca rasa lapar
Cuba amalkan bertanya pada diri sendiri soalan-soalan ini:
“Apa yang patut saya makan?” Jika jawapan apa-apa sahaja, ini menunjukkan bahawa perasaan lapar itu adalah true hunger.
Namun, jika anda terfikir akan makanan yang tertentu, seperti kek atau chocolate chip, berkemungkinan besar anda sedang mengalami false hunger.
2. Jaga portion makan anda bagi mengelakkan rasa lapar false hunger
Amalkan mengambil makanan yang lebih ‘berat’ ketika bersarapan dan makan tengah hari dengan makanan yang lebih kecil jumlahnya.
Namun, ini tidak bermaksud anda harus ‘melantak’ ketika bersarapan pula!
Makan dengan lebih banyak pada waktu pagi kerana badan anda akan berfungsi dengan baik setelah berehat pada malam sebelumnya.
Oleh itu, makanan daripada sarapan akan dibakar dengan lebih baik kerana proses pembakaran makanan dalam badan akan menjadi perlahan menjelang malam.
Apabila badan tidak membakar kalori dengan baik, lemak-lemak akan tersimpan terutamanya di bahagian perut, paha, punggung dan anggota badan.
3. Elakkan makanan yang mengandungi perangsang rasa
Anda harus mengelakkan makanan yang mempunyai perangsang kerana ia akan membuatkan otak anda memberi signal untuk makan lebih banyak.
Contoh perangsang yang terkandung di dalam makanan ialah MSG (monosodium glutamate).
MSG ialah food enhancer yang akan menyedapkan apa jua juadah yang diletak MSG.
Anda harus berwaspada kerana mungkin sesetengah produk tidak mengandungi bahan ini tapi jika ia mengandungi glutamate, ia masih boleh jadi MSG.
Ini kerana MSG boleh terbentuk sekiranya glutamate dipanaskan.
Oleh itu, jangan tertipu. Produk mungkin dipasarkan tanpa MSG tetapi jika terdapat kandungan glutamate, MSG boleh terbentuk dan ini akan mendorong kepada pengambilan makanan yang banyak.
4. Ambil masa ketika mengunyah, jangan makan terlalu laju
Tahukah anda perut terpaksa bekerja dengan lebih keras sekiranya makanan tidak dikunyah dengan cukup?
Makanan yang tidak dikunyah secukupnya akan menyukarkan perut anda untuk menghadam makanan tersebut.
Selain itu, makanan yang tidak berjaya dihadam sepenuhnya akan diturunkan ke usus dan ini boleh menjadi punca-punca sakit perut.
Ingat, penghadaman makanan yang baik bermula daripada mulut anda sendiri.
Makanan yang tidak dihadam dengan baik tidak akan dapat memberikan nutrisi secukupnya kepada badan dan kesihatan.
5. Jika rasa lapar, masukkan makanan ke dalam mulut dalam jumlah yang kecil
Apabila anda memasukkan sejumlah besar makanan ke dalam mulut, ia akan menyebabkan anda sukar untuk bernafas secara lancar ketika mengunyah.
Ini akan menyebabkan badan anda membuat keputusan untuk terus menelan makanan yang berada di dalam mulut tersebut tanpa betul-betul mengunyah makanan itu terlebih dahulu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Geramnya bila ada jerawat tiba-tiba muncul di wajah kan. Lagi lagi time raya begini nak berkunjung ke rumah teman dan saudara. Pelbagai cara yang akan dicuba bagi mengatasi masalah tersebut, tetapi lagi bagus jika ia tidak melibatkan belanja yang tinggi.
Bagi anda yang tidak gemar guna produk moden mungkin boleh cuba petua yang cukup ringkas ini. Perkongsian ini hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda sahaja iaitubuah tomato sahaja. Saudari Saleha Maarof berkongsi tip untuk hilangkan jerawat dan parut degil dalam masa yang sama glowingkan wajah.
Bahan-bahan 1 biji buah tomato
Cara membuat:
Cuci dan kisar
Simpan dalam peti ais (tempat beku). Jadi kan ketulan ais
Biarkan 1 hari, Ambil dan gosokkan pada kulit muka selama 15 minit.
Biarkan 1 jam kemudian cuci muka seperti biasa.
Buat setiap hari (seelokknya pagi). Kalau malas boleh buat 2 kali seminggu.
SELAMAT MENCUBA!
Sekarang ni kan cuaca panas kan kita cuba tips ni sejuk je muka tu best sangat sangat. Try tauu.
Kalau sebut daun pandan, selalu sangat kita kaitkan dengan naikkan aroma makanan. Sedapkan nasi lemak atau bancuhan air sirap kenduri, wajib ada daun yang satu ni.
Jarang pula kita dengar daun pandan boleh segarkan muka, apa lagi redakan jerawat? Ya itulah kelebihan daun yang satu ini.
Jangan tak tahu, daun pandan juga mampu menyegarkan tubuh badan. Buatkan air rebusannya dan amalkan minum ketika suam. Kali ini jom cuba daun pandan sebagai masker pula. Muka pun cantik, jerawat pun hilang. Jom cuba.
Bahan Masker
/2 sudu teh air perahan daun pandan
1/2 sudu teh madu asli
1 biji pisang
1/4 sudu teh minyak zaitun
1/2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati dan biarkan selama kurang lebih 5 minit.
2. Masukan minyak zaitun ke dalam campuran.
petua ni.
Cara menggunakannya:
Sapukan masker ini pada wajah dan leher. Gunakan masker ini 2 kali seminggu.
Sumber : Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di