“Rambut Lebat, Kening Warna Brown. Mama Panggil Saya Shinchan.” Ozlynn Dedah Wajah Anak Keenam, Ramai Puji Seiras Abang Sodiq!

Share

Dua bulan menyembunyikan wajah si kecil, akhirnyap pelakon Ozlynn Waty mendedahkan sebahagian wajah cahaya mata perempuannya yang diberi nama sebagai Cherdiq.

Ozlynn yang juga isteri Johan rajalawak memuat naik sekeping foto anak perempuannya itu. dalam perkongsian tersebut,  pelakon berusia 40 tahun itu ‘menceritakan’ ragam dan tingkah laku anak keenamnya itu.

“Assalammualaikum.. nama saya Cherdiq, hari ni saya berumur 2 bulan 6 hari. Saya dah mula pandai hisap jari masa usia sebulan.. mama kena potong kuku saya setiap minggu sebab risau saya luka.

“Ye rambut saya lebat, kening warna brown.. mama panggil saya Shinchan. Saya tak suka tapi kena buat2 suka sebab nak mama happy. Saya suka tidur atas dada papa.. mungkin sebab papa ada kontrak dengan tilam Vono sebab empuk.

“Saya dah pandai berbual.. susu badan kegemaran saya. Tapi kalau mama penat, papa suapkan botol. Nanti saya pujuk papa saya supaya bagi tengok muka penuh saya okey,” tulis Ozlynn Wati menerusi kapsyennya.

Rata-rata memuji kecomelan anak pasangan ini. Ada yang mengatakan Cherdiq saling tak tumpah macam abangnya Sodiq.

azyanfateen_alfarisi Muka cam abg sodiq la.. comel nye
anisah.yunus Comel. Iras abg sodiq
nurulneikaf Alhamdulillah comel sgt nii. Geng Sodiq, seiras😍😍😍😍
yanz_0471 Wslm Baby Cherdiq…Awww So Cute😍😍😍😂😂😂
kaksha.mz ikut muka abang sodiq lahhh 😍
naylasuehaily Masya allah..cantik nye…comel nye..semoga membesar dgn baik ya..😍😍
aimansyafawati 😍😍😍😍geram!!!!!subahanallah awat comey sngt kejadian allah ni

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN