Menikmati manisnya buah rambutan itu perkara biasa. Namun pernahkah anda tahu, biji rambutan yang biasanya kita buang itu juga boleh dimasak dan dimakan.
Menariknya juga bukan sahaja sedap rasanya malah apa yang lebih penting dikatakan biji rambutan ini turut mengandungi khasiat dan baik untuk penjagaan kesihatan tubuh.
Cuba lihat biji rambutan yang telah digoreng ini, nampak begitu menyelerakan bukan? Kerangupannya tentu mampu memancing selera anda untuk mencubanya.
kreadit : Elana Mukar
Tidak hanya digoreng malah ada juga yang menggolah resipi biji rambutan ini dengan dimasak sambal tumis.
Mungkin antara kita tidak pernah mencuba rasa menu nan satu ini. Jadi apa kata di musim rambutan kali ini kita cuba menyediakan hidangan unik ini.
Di sini tersedia resipi untuk dicuba.
Ads
SAMBAL TIMIS BIJI RAMBUTAN
Bahan bahan:
Ads
Biji rambutan(goreng tanpa minyak terlebih dahulu)
Bawang merah/putih (di kisar)
Cili kering ( di kisar)
Gula
Garam
Serbuk perasa
Minyak
Cara cara
1. Tumis bawang hingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan cili kisar, kacau sampai pcah minyak.
Ads
3. Masukkan biji rambutan, gula, garam dan serbuk perasa. Nak sedap lagi tambah ikan bilis atau ikan masin yang telah di goreng terlebih dahulu.
Selamat mencuba.
sumber :Zanna Nur Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tip masak rendang supaya tahan lama, lambat basi. Selalunya sehari sebelum hari raya, mak-mak akan mula memasak rendang. Tak kiralah rendang ayam atau pun rendang daging, ia satu kemestian juadah untuk dihidangkan di pagi raya.
Bagaimanapun kerap juga terjadi kejadian bila mana rendang menjadi basi keesokan harinya. Tengahari bila nak makan, rendang sudah basi. Memang rasa ‘frust’ sangat bukan?
Itulah sebabnya kena tahu petua-petua untuk memastikan rendang yang kita masak ni tahan lama. Maklumlah masak dalam jumlah yang banyak, sayang sangat kalau basi. Jadi sebaiknya ikut lapan petua ini.
1. Pilih santan berkualiti
Hidangan yang menggunakan santan selalu yang paling cepat basi. Tapi jika kita menggunakan santan yang segar dan berkualiti, bukan saja rasa rendang pun lebih lazat tapi juga mampu membuat rendang tahan lebih lama.
2. Tunggu sejuk baru tutup
Selepas memasak rendang jangan tutup rapat periuk. Tunggu dulu sehingga rendang dan periuk sejuk. Jika periuk atau kuali berisi rendang terus ditutup rapat, wap air akan terkumpul pada tudung periuk dan akan jatuh ke dalam rendang.
Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain. Jadi, kalau nak tutup masa masih panas, biarkan ada sedikit bukaan (tak payah tutup rapat). Atau, tunggu hingga agak sejuk barulah periuk ditutup.
3. Pastikan betul-betul pecah minyak
Semasa menumis, pastikan bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda begini, barulah masukkan ayam atau daging.
4. Masak sampai rendang kering
Salah satu cara untuk elakkan rendang cepat basi adalah dengan memasaknya hingga kering. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut!
5. Kurangkan santan
Sebenarnya tak semua resepi rendang menggunakan santan. Yang tak pakai santan tetap akan ada rasa lemak sebab dah guna kerisik. Kalau tetap nak guna santan, kurangkan sedikit kuantitinya kalau nak ia bertahan lebih lama.
6. Goreng ayam / daging separuh masak
Sebelum masak rendang, gorengkan dulu ayam hingga separuh masak atau masak ayam / daging atas api tanpa minyak atau air.
Boleh juga gaulkan dengan rempah-rempah dan bakar seperti ayam percik. Proses ini adalah untuk keringkan air daging atau ayam. Jadi bila air ayam / daging tu kering, barulah rendang lambat basi.
7. Pastikan bekas kering
Semasa menyimpan rendang dalam bekas, pastikan bekas telah dilap kering. Masa nak menceduk pun, kena pastikan juga sudip, sudu, atau senduknya kering.
Sebelum memasak atau panaskan atas periuk / kuali pun, keringkan dulu atas api supaya rendang yang dimasak tahan lama.
8. Sejukbeku & Asingkan
Sekiranya mahu menyimpang rendang dalam peti sejuk, asingkan dalam beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam satu bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan.
Jadi bila nak makan keluarkan satu bekas kecil untuk satu hidangan, yang lain tak disentuh.
Pernah cuba resipi Nasi Sugarbun, bunyi macam unik kan. tapi menu yang satu ini boleh membantu membuka selera anak-anak.
Sedikit warna kuning diletakkan memancing selera anak-anak. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Iqtiyani Al-Aminini. Nasi Sugarbun guys. Tq kak RossZaini Ariffin. Hehe. Resepi sama mcm resepi kak Ross cuma ada twist a bit, saya tak letak chicken stock & saya letak serbuk kunyit bagi nasi jadi kuning. Tapi mcm over lah pulak kuningnya ni.
Bahan-bahan
Beras dibasuh bersih, toskan
Kiub pati ayam (sebab takde chicken stock)
Sosej 2 btg (cincang halus)
Halia
Butter
Minyak bijan 1 sudu makan
Kismis (saya suka kismis dlm nasi, so saya letak byk2) masa sblm nasi tu masak, saya tambah lagi kismis
Garam sebagai perasa Cara membuat:
Tumis sosej yang dh dicincang halus dengan butter sampai sosej lembut
Masukkan beras yang dah dibasuh & ditoskan
Gaul rata
Masukkan air ikut sukatan macam masak nasi biasa jugak
Masukkan bahan2 lain, 1 kiub pati ayam
Serbuk kunyi (ni mcm terlebih lah) kurangkan lagi dri ni ye. Letak lagi sedikit butter jugak
Sesudu makan minyak bijan
Masukkan kismis & perasakan dgn garam sedikit. Ikut suka korang, kalau tak nak garam pun takpe kot. Gaul sebati semua. Masak mcm masak nasi biasa guna rice cooker. Done!
Boleh dikatakan kalau berbuka puasa di restoran Thai, menu sayur kailan ikan masin memang menjadi salah satu menu wajib dipesan untuk melengkapkan lagi hidangan. Keenakan dan kerangupan rasa sayur kailan yang dimasak bersama ikan masin, sukar untuk ditandingi dengan menu sayuran yang lain. Senang cakap, bila ada menu kailan ikan masin ni boleh membangkitkan selera.
Jadi untuk anda yang ingin mencuba untuk menyediakan sendiri, di sini dikongsikan resipi oleh Ameera untuk anda cuba.
Kailan ikan masin by ibu. Senang dan sedap yang kita mahukan.
Rasanya macam kedai siam tau. Cara dan bahan bahan disetiap gambar.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...