Berkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Rasa berbaloi penat apabila dapat merasai hasil sendiri.
Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama. Lepas ni tak perlu lagi nak beli atau merungut harga sayur semakin mahal. Tanam sendiri lebih baik, Selain menjimatkan, ia juga dapat membantu anda menjaga kesihatan kerana tidak menggunakan bahan kimia seperti mana sayur di luar sana.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Izham Alias berkongsi tip dalam menghasilkan ramuan rahsia campuran tanah untuk tanaman sayur. Ayuh kita cuba!
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Ads
Tanah Atas
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.
Bahan Organik
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Ads
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Tambahan
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Ads
Formula 1: Campuran Tanah 3:2:1
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Formula 2: Campuran Tanah 2:1:1
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Formula 3: Campuran Tanah 1:1:1
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
Ajal maut di tangan tuhan, tidak kira usia muda atau tua bila-bila masa sahaja kita akan dijemput pulang ke negeri abadi. Apatah lagi ketika pandemik ini, nyawa seseorang begitu mudah direntap tanpa dijangka.
Inilah yang terjadi pada pasangan suami isteri yang pada awalnya terasa teruja menanti kelahiran anak sulung mereka ke dunia. Namun tanpa diduga si isteri menjadi korban Covid-19 hingga meranapkan impian si ibu untuk menatap wajah anak sulung yang dikandung.
Menurut Mohd. Aiman Syakir, 26, isterinya, Allahyarham Izzati Najah Amran, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang kelmarin.
Katanya, arwah menghembuskan nafas terakhir selepas dua hari melahirkan bayi perempuan yang dinanti-nantikan mereka.
“Kami ke hospital pada Khamis lalu kerana isteri sudah rasa sakit bersalin dan dia perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan masuk wad.
“Bagaimanapun isteri saya didapati positif Covid-19 dan doktor terpaksa mengeluarkan bayi dengan segera,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya, isterinya selamat melahirkan bayi seberat 3.02 kilogram itu pada pukul 5 pagi, Sabtu lalu namun tidak dibenarkan untuk melihat anaknya sebelum kesihatannya merosot.
“Dia ditidurkan selepas oksigennya turun kepada 30 peratus sebelum disahkan meninggal dunia semalam,” ujarnya.
Bayi Dalam Keadaan Sihat
Aiman yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang berkata, bayi mereka masih ditempatkan di Hospital Pulau Pinang dan dalam keadaan sihat.
“Buat masa sekarang keluarga arwah isteri di Pendang akan menjaga anak kami memandangkan saya dan keluarga di Pulau Pinang perlu menjalani kuarantin,” jelasnya.
Tambahnya, arwah mahu menamakan anak mereka dengan nama Lilly Elleyna yang diberikan sejak awal kehamilannya.
“Saya sedih kerana kehilangan arwah isteri ketika usia perkahwinan kami baru lebih setahun dan baru menerima kelahiran cahaya mata pertama.
“Saya reda dan perlu lebih kuat untuk menjaga anak pertama kami ini walaupun dia tidak sempat rasa kasih sayang ibunya. Saya juga berharap keluarga dapat mendoakan dan beri semangat kepada saya,” katanya.
Jenazah Allahyarham Izzati Najah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Tengah, Pendang dekat sini pada pukul 12 tengah malam semalam selepas selesai proses bedah siasat.
Menakala memetik petikan berita di Harian Metro, kakak iparnya turut berasa sedih di atas permergian Izzati Najah dan turut memaklumkan mereka baharu sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan pada Julai lalu.
“Sedih kerana mereka (Izzati Najah dan Aiman Zuhaili) baharu menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 19 Julai lalu dan kedua-duanya teruja menanti masa untuk menimang cahaya mata sulung.
“Bagaimanapun Allah lebih menyayanginya dan mahu atau tidak, kami sekeluarga perlu reda malah bersyukur kerana dapat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah ketika doktor membuat panggilan video sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Biasanya daun sup atau sayuran hijau lain mudah busuk dan layu. Tapi ada cara andai ibu-ibu mahu pastikan ia dapat tahan lebih lama. Kaedah ini dikongsi oleh pembaca dalam Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Langkahnya adalah seperti berikut;
1. Basuh bersih daun sup.
2. Racik daun sup lalu masukkan dalam bekas kiub ais.
3. Kemudian, tuang air hingga menenggelami daun sup.
4. Bekukan dalam peti sejuk menjadi kiub ais.
5. Apabila mahu digunakan untuk masakan sup ambil 2-3 kiub ais daun sup lalu masukkan ke dalam kuah sup yang sedang menggelegak.
Mudah kan, selamat mencuba.
Sumber: Facebook Masak Apa Hari Ni
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semalam pasangan pelakon popular, Norman Hakim Dan Memey Suhaiza dikurniakan seorang lagi cahaya mata. kelahiran Bayi perempuan seberat 3.35kg nyata membawa kegembiraan pada mereka sekeluarga.
Lebih membahagiakan pasangan ini apabila anak sulung Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi turut pulang ke tanah air. Mohammed Danish Hakim yang sedang menuntut di Turki pulang ke tanah air dua hari lepas untuk bercuti.
Kepulangan Danish disambut deraian air mata gembira dari keluarga. Selain itu, inilah, kali pertama dia dapat bertemu adik angkatnya yang muhammad daiyan fayyadh.
Dalam perkongsiannya di laman instagram, Danish melahirkan rasa terharu dan bersyukur kerana kepulangannya turut disambut adik barunya semalam.
Baby girl baby girl..thank you tau sebab ‘tunggu’ Abang balik dari jauh dulu baru ‘keluar’ ❤️
Luahan itu turut mendapat respond dari pengikutnya. Jelas ada yang sebak dan mahu menitiskan air mata dengan perkongsian tersebut.
umm_syeeraAl hafiz… 30 juzuk di dada dan diminda,sejukperut mama mu @abby_abadi112 mengandung…Semoga menjadi anak yg berbakti pada kedua org tua mu, dan menjadi abang yg bertanggung jawab pd adik adik mu..Bertuah betul @normanhakim_786 dan @abby_abadi112 dapat pakai mahkota pada hari kiamat kelak.. In shaa اَللّهُ ..
Gigi berlubang sering dipandang ringan oleh ramai orang. Walaupun kelihatan seperti masalah kecil, hakikatnya, ia boleh membawa risiko kesihatan yang serius jika tidak dirawat...