Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, Irfan Haris membuktikan dia mampu cemerlang dalam pelajaran apabila muncul sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik program Diploma Seni Persembahan di Universiti UOW Malaysia KDU.
Irfan atau Ifran Haris Othman, 20, berkata, dia bersyukur dengan pencapaian tersebut dan menganggap ia hadiah paling bermakna buat kedua ibu bapanya.
“Saya rasa sangat gembira kerana menerima anugerah ini dan ia adalah hadiah buat mama dan abah,” katanya. Irfan berkongsi berita gembira tersebut menerusi hantaran di Instagram dan turut memuat naik beberapa foto pada Majlis Konvokesyen Universiti UOW Malaysia KDU yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.
Perkongsian kejayaan Irfan Haris mendapat pujian peminat. Penyanyi lagu Redha tersebut turut memuat naik gambar mencium ibu bapanya yang turut hadir pada majlis berkenaan.
Ads
“Secara rasminya, saya telah tamat diploma,” tulisnya pada unggahan tersebut.
“Akhirnya, tahniah Irfan dapat anugerah pelajar terbaik! Awak memang layak mendapatnya dan saya bangga menjadi rakan awak,” komen pengikut di Instagram.
Ads
Tahniah Irfan Haris, semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat para peminat dan juga artis yang lain.
“Bridesmaid” ataupun gadis pengiring ibarat ‘perkara’ yang wajib ada dalam sesebuah majlis perkahwinan untuk menyerikan majlis kerana mereka akan berpakaian sedondon di samping pelbagai aksesori sampingan mengikut pada zaman sekarang.
Ada juga yang rela menyediakan sejumlah nisbah bagi memastikan rakan-rakan terpilih itu tampil bergaya dengan busana berwarna sama.
Seperti yang dilakukan wanita digelar Chemell di TikTok, yang sanggup menjahit sendiri baju untuk kelapan-lapan pengiring pada hari bahagianya yang juga merupakan rakan rapatnya.
Melalui perkongsian video di TikTok, dia menceritakan perjalanannya menghasilkan rekaan dan menjahit baju-baju tersebut.
“Sepatutnya dress bridesmaid, ada tukang jahit yang buatkan. Tapi disebabkan beberapa isu yang tidak dapat dielakkan, saya ambil keputusan untuk buat sendiri last minute. Memang gila sebab saya tak pernah menjahit. Bridesmaid saya ada lapan orang, memang mak bising dan risau. Penat juga… saya dah cuba cari tukang jahit lain tapi mereka ambil mahal mungkin sebab rekaan tu. Jadi terima kasih kepada cikgu yang sudi terima pelajar last minute untuk belajar meniahit dress yang agak susah,” ceritanya.
Tambahnya lagi, bagi memudahkan proses jahitan dan sebagainya, dia menghasilkan pakaian berasaskan ukuran standard dan menambah rekaan tali bentuk “ribbon” bagi memudahkan rakannya menyesuaikan saiz.
Walaupun letih, namun Chemell gembira kerana dapat menyediakan hadiah terbaik untuk sahabat-sahabatnya.
Mengikuti temubual bersama mStar, Chemell menceritakan keadaan yang dialaminya pada masa itu.
“Tailor bukan tak mahu buat, tapi sebab dia hamil anak pertama jadi keadaannya sedikit tidak stabil. Jadi saya faham situasi yang dialami. Semestinya dia penat, mual, muntah dan alahan sebagainya. Lagipun dia mempunyai pekerjaan hakiki pada siang hari dan memang meluangkan waktu malam untuk menjahit,” ujar Chemell.
Di samping itu, Chemell cuba mencari “tailor” yang baharu dan menepati bajet yang disediakan.
“Tapi tak jumpa yang nak ambil upah mengikut bajet saya. Jadi memang saya nekad untuk buat sendiri dengan tunang. Kebetulan pula saya memang ada mengikuti kelas fashion designer untuk bisnes fesyen saya sendiri. Jadi saya jadikan baju-baju bridesmaid ni sebagai platform pertama dalam meniayakan perniagaan yang ingin diceburi… bila dah pandai menjahit, saya akan jahit sendiri selepas berkahwin,” luahnya.
Akhirnya, Chemell berjaya mennyiapkan kesemua busana tersebut dalam tempoh yang ditetapkan dan menceriakan rakan-rakannya yang bakal memeriahkan majlis perkahwinanya.
Video perkongsiannya yang dimuatnaik pada minggu yang lalu itu tular di TikTok sehingga mendapat tontonan melebihi 900,000 pelayar. Kebanyakan wargamaya memuji kesungguhan yang dilakukan Chemell dan menyatakan dia seorang yang berbakat dalam bidang rekaan busana.
Masih belum terlambat untuk anda membuat persiapan dekorasi bagi mencipta mood raya seperti yang dilakukan oleh saudara Fuad Abdul Rani. Buat anda yang terpanggil untuk menyuntik gaya ruang kediaman, apa kata lihat langkah demi langkah yang dikongsikan ini. Jom semak.
Projek Hari Raya 2020 Tak Dapat Balik Kampung.
Kurang 7 hari sebelum syawal tiba, saya dan isteri bersepakat untuk menceriakan mood kami yang akan menyambut hari raya buat pertama kalinya dalam sejarah beraya di Melaka. Inilah definisi sebenar Wawasan 2020 rupanya. Semua orang tak boleh balik beraya. Padan muka!
Ok, langkah pertama adalah mencari info dari group deko-deko di FB, Pinterest dan Google. Sebelum ni banyak kali dah aku tengok orang dok post deme punya hasil wainscotting (tah betul ke tidak eja gitu). Lawa semuanya, tapi bila terlalu ramai buat benda yang sama, aku jadi tak minat. Jadi kena laa aku buat benda lain sikit iaitu ‘accent wall’.
Untuk penerangan langkah kerja satu persatu, sila rujuk gambar-gambar yang dilampirkan.
p/s : Gudluck kepada para suami yang akan ditagged oleh isteri masing-masing.
Day 1
Barang-barang yang diperlukan.
1. Kayu saiz 5/8″ x 1 1/2″ (1cm x 3cm) = RM60
Satu batang 10′. Aku beli 15 batang untuk 150′. Main agak je ni, ingatkan terlebih, rupanya ngam-ngam. Kayu ni dah siap ketam, tapiii tak berapa nak sempurna, ada yang OK lurus, ada jugak yang meleding.
2. Adhesive Sealant jenama X-Bond (Gam Kayu) dan Acrylic Latex jenama V-tech (Sealant) = RM40
Dalam gambar ada 3 gam kayu dan 2 sealant. Bila dah mula projek, gam kayu tu pakai 2 tiub je, yang lebih tu aku pergi tukar ambik sealant sebab tak cukup 2 tiub. Mujur apek hardware Malim tu ok.
3. Kertas pasir 2 keping = RM0.40
4. Cat ICI Dulux = RM95
5. Lain-lain barang semua memang aku dah ada, yang takde dalam gambar cuma penukul dan paku. Konfiden tinggi takyah guna paku langsung sebab gam dah kuat. Tapiii rujuk balik point No.1 aku cakap tadi kayu ada yang meleding, memang taklah nak harap gam tu je. Kena la paku jugak beberapa tempat.
Day 1
Petang pergi cari barang-barang, malam tu gigih terus aku nak siapkan kononnya. Gila semangat. Dapat la buat frame keliling bahagian dinding tu.
Kiri tu gambar sebelum, kanan gambar selepas.
Day 2
Sebelum mula kena la sketch dulu ye dok. Jadi selepas sesi tolak tambah bahagi darab, dapat laa ukuran lebih kurang dekat gambar kiri tu.
Gambar yang kanan tu pulak cara untuk cari panjang segitiga. Gunalah formula Teorem Phytagoras ye tuan dan puan.
p/s : Ye, tulisan saya memang lawa. Tak payah nak puji sangat.
Day 2
Selepas ada ukuran, bolehlah kita potong kayu menggunakan gergaji seperti di dalam gambar sebelum ni. Power gergaji tu, beli RM5 je dekat Pasaraya COWBOY Cheng.
Nampak pembantu saya tu. Nama dia Faiq. Kalau takde dia, tak semangat saya nak buat semua ni. Lagi seorang pembantu dan pembakar semangat saya untuk menyiapkan semua ini tentulah isteri saya Nurul Farhana Husain.
Cara nak lekatkan gam kayu tu buat la bentuk apa yang anda minat. Seeloknya buat laa zig zag, lagi kuat mencengkam dekat dinding.
p/s : Gambar terpaksa dicensored. Panas woi!
Day 2
Selesai untuk kerja hari ke-2. Babah dia dah mula sakit kaki dok naik turun tangga. Dengan puasanya di siang hari, Allahuuuuu tobat lahum nak buat lagi lepas ni time puasa.
Day 3
Masuk hari ke-3. Ingatkan semalam punya proses dah teruk, rupanya harini punya proses lagi memenatkan. Keliling celah kayu kena sumbat dengan sealant. Tak sumbat tak cantik pulak nanti ada rongga-rongga degil mencacatkan pemandangan.
Cara nak sumbat benda ni mula-mula kena laa picittttt dulu sealant dekat celahan tepi kayu-dinding, lepastu teruss cepat-cepat sapu guna jari. Jari kena basah-basah lembab barulah cun hasilnya. Teknik ni aku baca dalam group dekorasi di FB. Mantap! Kagum betul aku bila first time buat.
Day 3
Lepas dah selesai sumbat semua celahan. Boleh lah gosok kayu dengan kertas pasir jenis halus. Jangan lupa tutup mata dan hidung seperti model di atas.
Day 4
Hari terakhir naik turun tangga. Kerja paling mudah untuk seorang tukang cat yang berwibawa. Langkah pertama cat dulu kayu dan semua bucu menggunakan berus. Bila dah kering, baru gelek dengan roller cat saiz sederhana. Yup memang senang, tengah hari dah selesai dan boleh berehat menanti isteri pulang dari kerja. Cian kena kerja.
Lain orang, lain cara mereka mendidik anak-anak. Kalau ikutkan masa kini, zaman di mana sosial media boleh dijadikan rujukan terutamanya dalam membesarkan anak-anak. Kalau diikutkan, ramai selebriti gemar berkongsi didikan anak-anak mereka di laman sosial masing-masing. Cuma, sesuai untuk kita praktikkan atau tidak sahaja untuk anak-anak.
Tak terkecuali, pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha baru-baru ini sempat berkongsi tip anak-anak ke sekolah dalam mood seronok. Kita tahu kan, anak-anak kalau pergi sekolah tu, liat betul nak bangun pagi!
Jadi, jom tengok macam mana usaha Hanis Zalikha dan Hairul Hazreen menjadikan anak-anak rasa nak bangun pergi sekolah tu sesuatu yang fun!
“MasyaAllah alhamdulillah. Pergi sekolah dengan simple & seronok!
“Nombor satu yang mudahkan kami adalah dari bayi dah mulakan rutin tidur awal. Disiplin waktu tidur sampai sebati dengan body clock dan jadi ‘morning person’. So naturally waking up early it’s not a burden for school — and they don’t hate school for it,” tulisnya.
Dalam pada itu, Hanis atau lebih mesra disapa Kek Nis ini turut menyarankan ibu bapa untuk mengajar anak-anak skill bersosial seperti bermain dengan sepupu, anak kawan-kawan, bermain sukan.
“Apa saja yang membiasakan dia dengan komunikasi dunia luar (selain ibu bapa). InsyaAllah ini akan mudahkan transisi nak ‘break the ice’ at school and form friendships.
“Kenal nama kawan anak-anak. Take note bila diorang cerita perihal kawan-kawan dan gunakannya untuk sentiasa up-to-date dalam bersembang dengan anak-anak,” katanya lagi.
Selain itu, sebelum ke sekolah, sama-sama buat persiapan dengan membantu mereka dan buatkan sarapan untuk mereka lebih bersemangat!
“Selalu bersama-sama siap ke sekolah. Buatkan sarapan, bantu persiapan mereka atau ibubapa sendiri hantar ke sekolah. Yang mana mampu, asalkan together ‘getting ready for school’ energy.
“Lower expectation. Terimalah ada hari yang lebih sukar, sebab kita pun liat nak pergi sekolah sometimes. Tapi sehabis baik kawal keadaan dan emosi supaya mood seharian (seisi rumah) tidak terganggu.” tambahnya.
Untuk rekod, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah, 3.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.