Biarpun rumah tangga sedang diuji, namun sebagai ibu, Puteri Sarah enggan membiarkan hal tersebut diketahui oleh anak-anaknya.
Keputusan itu dibuat demi menjaga hati serta emosi dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 2.
“Anak-anak tak tahu dan saya nak kekalkan begitu.Anak-anak dikelilingi orang-orang yang positif dan jauh dari persekitaran yang toksik. Jadi saya nak kekalkan begitu supaya pembesaran dan emosi mereka terjaga,”katanya.
Sarah berkongsi luahan tersebut menerusi Instagram Storiesnya semasa menjawab pertanyaan seorang pengikut yang bertanyakan tentang hal tersebut.
Akuinya, sebelum ini pernah berdepan dengan situasi gagal mengawal stres sehingga menyebabkan anak-anaknya terkena tempias.
“Dulu, masa awal-awal, saya pun pernah terlepas marah dekat Syaikhul. Kasihan dia. Sampai sekarang, saya rasa diri ini bukan seorang ibu yang baik bila teringat apa yang saya pernah buat.
Ads
“Tapi Syaikhul tak ingat. Saya cuba menjadi seorang ibu terbaik buat anak-anak saya. Lama-lama, saya belajar untuk kawal diri. Dekatkan diri dengan orang-orang yang positif.
“Sibukkan diri dengan bekerja, kerja dari rumah pun okey. Keluarkan diri kita dari persekitaran yang toksik itu. Bila saya dah keluar dari persekitaran sebegitu, saya rasa lebih hidup dan gembira,”katanya.
Dalam pada itu, pelakon ini juga berkongsi antara cara untuk cuba melawak stres itu adalah dengan mengaji Al-Quran.
“Bila saya mula mengaji semula pada tahun lepas, jiwa rasa terisi dan kuat. Setiap hari cuba isi walau 20 minit . Dengan mengaji, ia buat hati saya rasa tenang. Saya dapat semula kawal diri dan sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.
“Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Walau sibuk dengan penggambaran, macam-macam masalah melanda, saya pun dah khatam Al-Quran. Bagi saya, mengaji bantu saya untuk berfikiran waras dan sentiasa positif,”katanya.
Ads
Sebelum ini, media tempatan melaporkan rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.
Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sabar itu bukan mudah dilakukan, tapi ganjarannya berlipat ganda. Bahkan Allah sering menyebut orang yang sabar akan dijanjikan syurga bagi mereka.
Hakikatnya bila dikaitkan tentang sabar dalam rumahtangga, nyata dalam seharian banyak perkara berlaku yang memerlukan kedua-duanya perlu bersabar dan saling bertolak ansur. Ini sekali gus andai bijak ditangani, menjadikan cabaran atau dugaan tersebut sebagai peluang untuk mendapatkan pahala.
Begitu juga melalui perkongsian Khairul Hakimin Muhammad, ada menyenaraikan cara bagaimana menjadikan isteri itu ladang pahala kepada suami.
Ikuti perkongsiannya.
Dari awal berkahwin emak saya duk tekankan yang isteri kita ini akan jadi padang pahala.
1. Jika dia malas, bantu dia. Bukan hina dia.
2. Jika dia degil, didik dia, bukan pukul dia.
3. Jika dia sakit, rawat dan bawa dia ke hospital bukan biarkan dia.
4. Jika dia ada teringinkan sesuatu, penuhi permintaan dia walau sedikit kesusahan berlaku.
5. Jika dia suka meminta-minta, waktu tak mampu, cakap sahaja terus. Jika mampu dapatkan sahaja.
6. Jika dia rajin, puji dan santuni dia.
7. Jika dia sering penat kerja, fahami dia
8. Jika dia selalu di rumah menjaga anak-anak, bawalah dia keluar sekali sekala.
9. Jika dia mudah sensitif, peluk dia, sentuh dia dan sayangi dia.
10. Jika dia sering kelam kabut, tenangkan dengan lekas-lekas bantu dia.
Kawan-kawan,
Hidup suami isteri ini bukan perlumbaan siapa nak masuk syurga dahulu. Kita semua nak. Yang pentingnya ialah saling tolak ansur, saling menghormati, saling menyayangi.
Seorang suami akan dihormati isteri sekiranya dia didik, dia asuh, dia hormat juga apa sahaja yang ada pada isterinya.
Sama juga di bahagian suami, isteri juga wajar lakukan perkara sama. Hormat, tolak ansur dan sentiasa menyayangi.
Nak murah rezeki, nak hidup tenang, nak sentiasa aman dan kaya jiwa, maka kena sama-sama berusaha.
Begitulah.
Sumber : Khairul Hakimin Muhammad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Stok udang selalu kita gunakan dalam sajian membuat Mi Udang tetapi tahu tak ada banyak menu berkuah lain yang boleh kita gunakan stok udang ini.
Malah kalau nak masak sayur pun boleh gunakan air stok ini sebagai tumisannya. Rasanya memang berbeza. Jadi janganlah dibuang ya, simpan kulit dan kepala udang dan buat stok simpanan.
Ikut seperti yang dikongsikan oleh chef ini.
Menurut perkongsian Chef Sue M Arukin, pakar masakan Melayu, stok air rebusan udang ini boleh digunakan sebagai penambah perisa dalam pelbagai jenis masakan berkuah seperti Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi. Ermm..memang rugilah kalau terus dibuang saja. Jom ikut caranya.
CARA HASILKAN STOK UDANG
1. Basuh bersih kepala dan kulitnya.
2. Kemudian rebus dengan air hingga memenuhi periuk. Biarkan direbus hingga air rebusan tinggal separuh.
3. Jika suka, kulit dan kepala udang ini juga boleh dikisar.
4. Kemudian sejukkan dan tapiskan airnya. Sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.
Selalunya saya simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan berkuah.
Tip Bersihkan Udang
Malah beliau turut berkongsi cara nak bersihkan udang dengan sebaiknya. Ini penting.
Caranya:
2. Buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Siapa yang tidak kenal Dr Hamid Arshat seorang pakar sakit puan yang popular yang kini aktif memberikan khidmatnya.
Biarpun sudah berusia 76 tahun beliau kelihatan cergas menjalani rutin harian sebagai doktor dan kehidupan bersama keluarga dan cucunya.
Untuk mengetahu rahsia beliau kekal sihat dan bertenaga ikuti perkongsian beliau. Ia adalah 33 pesanan Dr Hamid Arshat kepada cucu-cucunya sempena tahun baru 2017, Biarpun coretan sudah sekian lama, namun ia boleh dijadikan panduan kepada kita.
Alhamdulillah capai umor 72 tahun dan 46 tahun kahwin menghasilkan 5 orang anak dan 12 orang cucu . Saya anggap sebagai satu kejayaan dengan izin Allah SWT. Saya juga rasa amat bahagia kerana anak2 dan cucu2 dalam keadaan sihat walafiat.
Saya ingin tinggalkan pesanan kepada anak2 dan cucu2 dan mereka yang melayari ruangan ini beberapa panduan untuk kejayaan dan kebahagian hidup. Baru2 ini saya dan isteri bawa 3 orang cucu remaja untuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah diMakkah dan Medinah.
1. Tidur awal.
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur. Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur. Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari. Selepas solat zuhur ambil ‘power nap’ antara 10 – 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.
2. Bangun awal. Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak. Baca doa bangun tidur ‘Alhamdulillahi lazi ahyayna ba’da amatana wa alaihinusyur’ disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri. Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah. Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain
3. Sarapan saperti raja.
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja. Saya makan buah2 dulu biasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug. Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam. Disamping banyak makan buah2an dan salad.
4. Supplemen vitamins dan lain2.
Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 – 2 gm sehari. Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.
5. Pileh kerja yang diminati dan memberi keriangan.
Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain. Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar. Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan. Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.
6. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah. Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.
7. Exercise paru2, mata dan kaki. Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2. Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk. Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka. Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.
8. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary. Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar. Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2. Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.
9. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat. Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai. Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar. Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek. Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.
10. Amalkan baca dan terus membaca. Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia. Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.
11. Uruskan masa dengan bijak. Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2. Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka. Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat. Ingat jangan jadi hamba kerja. Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul. Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.
12. Banyak minum air.
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ. Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.
Minum jus buahan segar – air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi. Minum air halia atau cuka apel deNgan madu.
13. Bertindak, Berusaha dan Berkerja. Jadi orang yang ‘action oriented’ yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa. Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.
14. Sangka baik terhadap orang lain. Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain – kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain. Fikirkan mereka ada niat baik. Fikir positif.
15. Bersyukur kepada Allah dan insan lain. Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan – nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.
16. Cakap lunak dan sedap didengar. Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah. Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.
17. Senyum dan ucap salam selalu. Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress. Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.
18. Beristighfar ,taubat dan bermaafan. Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali. Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri. Jangan buang tenaga membenci orang lain. Sedia memaafkan orang lain – satu pahala besar dari Allah.
19. Terima teguran dan pendapat orang lain. Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan. Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju. Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.
20. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip. Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.
21. Kawal kemarahan. Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.
22. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya. Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.
23. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita. Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan ‘alhamdulillah’. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.
24. Muasabah diri.
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya. Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif. Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.
25. Kegagalan tangga kepada kejayaan. Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.
26. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah. Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.
27. Jadi seorang pemberi dan pemurah. Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.
28. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong. Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak. Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.
29. Mengetahui had diri. Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko. Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.
30. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat. Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. ‘Reach out’ kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam. Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.
31. Janji mesti ditepati. Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati. Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.
32. Bijak mengurus kewangan. Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB. Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu. Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded. Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi. Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai. Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun. Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.
33. Dapatkan restu dan doa ibu bapa. Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting. Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.
RUMUSAN Untuk capai kejayaan dan kebahagian hudup. Perlu kuat iman dan taqwa Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress. Berilmu dan kemahiran tinggi. Berdisiplin. Bijak dalam pengurusan. Berakhlak mulia. Kuatkan Silaturrahim.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.