Pelakon Remy Ishak memaklumkan bahawa isterinya, Ezza Yusof kini sedang hamil lima bulan selepas dihujani soalan itu di media sosial sebelum ini.
Memetik laporan Kosmo! Remy mengesahkan berita kehamilan isterinya itu dan mengakui ia sebuah pengalaman yang luar biasa untuk bergelar bapa.
“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.
“Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehlah saya kongsikan kepada orang ramai,” jelas Remy.
Ads
Kongsi Remy, dia dan isteri telah melakukam imbasan (ultrabunyi) dan kandungan isteri dalam keadaan sihat.
“Sekarang kandungan dah lima bulan dan kita boleh nampak baby bump. Dah ada ‘baby’ dalam perut. Dah buat imbasan semua dan memang tak boleh sembunyi dah.
Ads
“Orang pun tengok keadaan dia macam mana sekarang kan? Begitulah dan betul apa yang diperkatakan ramai. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan bakal bergelar seorang bapa. Memang sesuatu yang sangat istimewa,” katanya.
Susulan itu, Remy memohon orang ramai untuk mendoakan dirinya dan isteri dalam menjalani fasa sebagai ibu bapa.
Ads
“Cuma saya minta doa yang baik-baik daripada orang ramai agar fasa baharu dalam kehidupan suami isteri antara saya dan Ezza mendapat rahmat Allah SWT, rasa lain macam bila nak bergelar bapa,” luahnya kepada Kosmo!
Sekadar info, Remy dan Ezza telah mendirikan rumah tangga bersama pada 21 Ogos 2021.
Sumber : Kosmo!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila anak kuat moody, itu tanda kurangnya sentuhan ayah. Dia mudah mengamuk, mudah bentak, mudah bergaduh, mudah berebut mainan, mudah merengek dan mudah tantrum. Mood tak menentu.
Begitulah yang dijelaskan melalui perkongsian saudara Mohd Fhais Salim yang menjelaskan bahawa anak buat perangai apabila kurang kasih sayang seorang ayah. Nak tahu tanda-tandanya ikuti perkongsian ini.
Tanda-tanda gejala “Father Wound”, anak yang kurang sentuhan ayah. Sebab itu la, walau sibuk mana pun kita, hatta sibuk cari rezeki, 4 benda ni tolong jangan abai.
1. Peluk & cium anak Jarang peluk & cium maka jarang la anak akan rasa kasih sayang ayah ( father love ). Bila tak rasa sayang, senang la datang rasa benci.
2. Tanya khabar anak Tanda kita prihatin & kasih pada anak, tanya khabar dia selalu. Soalan mudah je tapi ramai yang tak buat. Huh. “Buat apa hari ni?” “Abg gembira tak?” “Kakak okey?”
3. Bermain dengan anak Sehari paling kurang 5-10 minit kena main dengan anak. Lagi lama lagi bagus. Dari bermain tu la anak akan rasa lebih connected dengan kita.
4. Tegur & nasihat anak Satu perkara paling anak akan ingat ialah kata-kata ayahnya. Setiap pesanan, teguran dan nasihat ibarat inspirasi & motivasi pada anak.
Oleh itu, kalau nampak anak tinggi suara, kurang ajar atau keras kepala tolong la tegur. Kadang anak buat perangai bukan sebab dia jahat tapi dia terpaksa buat-buat jahat supaya dia dapat perhatian dan dengar suara ayahnya.
Anak teruk mana pun perangai dia, bila di depan ayah semua akan behave. Hikmah seorang ayah! Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang seronok bila berpeluang hamil dan memiliki anak kembar ni. Tak kira lah kembar seiras ke tak seiras ke, rasa comel je kan.Ramai pasangan suami isteri sebenarnya yang impikan rezeki untuk mempunyai anak kembar, namun tidak tahu bagaimana cara merancang serta mencuba peluang untuk memilikinya.
Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat, telah kongsikan 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan.
Berikut antara perkongsian beliau.
BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR?
Tahniah kepada Puteri yang sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.
Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.
Wanita Berpeluang Hamil Anak Kembar 1. Orang Asia 1 – 2 %
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang Afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang Putih Amerika dan Eropah kadarnya 3 %.
Orang Asia termasuk orang Malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.
2. Keturunan Kembar Sebelah Ibu
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.
3. Hamil Umur 40 Tahun Keatas
Mereka yang telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.
4. Wanita Amalkan Supplement Vitamins & Folic Asid
Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.
Mesti Baca :
5. Makan Produk Tenusu
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6.Makan Keladi Dan Ubi
Orang-orang Asli Africa yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
7. Hormon Subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10%. Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam lingkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Rawatan IUI & IVF
Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar.
Menurut laporan berita hari ini, Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Jan 2021.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif COVID-19 di kesemua kawasan berkenaan selain kewujudan kluster baharu di Kuala Lumpur.
Pelaksanaan PKPB di tiga negeri berkenaan dan beberapa lokaliti di negeri-negeri lain sebelum ini dijadualkan tamat pada 31 Dis.
Dalam pada itu, pengumumkan ini telah mendapat pelbagai reaksi kebimbangan daripada pihak termasuk ibu bapa yang melahirkan kerisauan mengenai sesi persekolahan yang bakal bermula pada 21 Januari 2021.
Ada yang melahirkan pertanyaan adakah wajar melakukan persiapan persekolahan memadangkan kes semakin meningkat. Dengan ini, para ibu bapa berharap pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat memberikan penjelasan mengenai situasi yang tidak menentu kini.
Begitu juga dengan pandangan seorang guru ini yang berpendapat pihak KPM membuat pengumumkan lebih awal agar memudahkan ibu bapa membuat persiapan persekolahan dengan sempurna.
Saya bukan nak memandai-mandai, cumanya saya sangat berharap agar pihak KPM dapat mengumumkan lebih awal sama ada sesi persekolahan bagi sesi 2021 akan dibuka seperti yang telah ditetapkan atau terdapatnya penangguhan tarikh.
Pengumuman awal ini pasti akan melegakan ramai pihak terutamanya buat rakan-rakan guru yang bertugas di borneo. Saya dimaklumkan ada antara mereka yang perlu pulang 2 minggu lebih awal kerana kerana perlu berkuarantin selama 14 hari.
Disamping itu, pengumuman awal ini juga pasti sangat membantu para ibu bapa untuk merancang dalam pengurusan anak-anak mereka yang bersekolah.
Melihat kepada statistik kes yang tidak berkurang ini pasti menimbulkan pertanyaan dalam kalangan ibu bapa dan guru-guru sama ada sesi persekolahan akan dibuka mengikut jadual yang telah ditetapkan ataupun tidak. Sekian.
SIAP SEDIA PERSEKOLAHAN ANAK
Antara komen ibu bapa yang mengharapkan pihak KPM membuat pengumumkan lebih awal bagi pengesahan sesi dipersekolahan di teruskan atau sebaliknya.
Setuju..kami tak buat apa2 persiapan lagi…tunggu kut ada perubahan. Kang tak muat baju anak..hu hu
Saya setuju, harap juga bagi keputusan yang betul-betul sahih, taknak sekejap uturn ke lain. Penat…
Btl cikgu… Kami sbg ibu bapa pon tertanya – tanya. Bukan ape mudah utk membuat persediaan persekolahan anak2. Klu ikut kan kes yg tinggi…agknya kemungkinan sek secara pdpr… Apepun kite tetap tggu…
betul tu cikgu…saya setuju..kalau bagitau awal sekurang²nya dipermudahkan segala urusan buat semua….baik guru²…ibu bapa dan pelajar²….sebagai parents kita kena terima pada masa hadapan pembelajaran pdpc dirumah menjadi tanggungjawab parents sepenuhnya selain guru.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.