Rasa susah hati? Senangkan hati orang lain. Rasa payah rezeki? Murahkan rezeki orang lain. Rasa terbeban dengan masalah? Selesaikan masalah orang lain.
Ini formula yang Rasulullah SAW ajar kepada kita. Bila kita tolong orang lain, maka Allah akan tolong kita di dunia dan akhirat.
Bila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.
Bila kita menyelesaikan kesulitan pada orang lain, Allah akan menyelesaikan kesulitan kita di dunia dan akhirat.
“Eh, aku pun tak cukup makan, macamana la nak bagi sedekah kat orang lain”.
“Mmm… masalah aku pun tak selesai, nak pergi menyibuk selesai masalah orang lain tu dah kenapa?”
“Manalah aku mampu nak tolong orang. Aku pun orang susah jugak”.
“Susah aku ni dah cukup dah. Tak payah aku nak tambah susah pergi fikir pasal orang lain yang susah”.
Begitulah pemikiran sebahagian daripada kita. Ingat dunia ni dialah yang paling susah. Tak habis-habis fikir pasal diri sendiri saja.
Jangan fikir pasal kita saja. Tengok-tengok juga orang keliling kelalang kita. Tanya apa khabar mereka. Ambil tahu apa keperluan mereka. Walaupun kita sendiri pun susah. Walaupun kita sendiri pun cukup-cukup makan.
Sentiasa membantu
Gambar sekadar hiasan
Ini formula ajaib yang Nabi SAW ajar kat kita. Makin kita rasa susah, makin banyak kita kena tolong orang. Makin kita rasa tak cukup duit, makin banyak kita kena sedekah.
Makin kita rasa beratnya masalah kita, makin banyak kita permudahkan urusan orang lain.
Kita tak sedar bila kita buat macam tu, penduduk di bumi dan di langit akan doakan kita. Orang yang kita tolong sah-sah akan doakan kita. Malaikat yang melihat dan mencatat, pun akan doakan kita.
Ads
Dan kita tak akan pernah menyangka dan tahu, doa siapa di antara semua itu yang Allah akan terima. Doa siapa di antara semua itu yang Allah akan angkat dan kabulkan.
Lebih penting lagi, Allah sendiri dah jamin. Dia akan tolong kita dengan asbab pertolongan kita pada orang lain.
Muhasabah diri
Cubalah.. tak cuba tak tahu kan?
Intai-intai, apa yang boleh kita buat untuk senangkan hati orang sekeliling kita. Apa kita boleh buat untuk mudahkan urusan saudara kita. Apa yang kita boleh buat untuk ringankan kesulitan orang-orang yang berhajat.
Tak banyak sikit pun jadilah. Sebab setiap sen itu Allah kira. Setiap usaha itu Allah kira. Setiap gerak hati, tangan dan kaki itu pun Allah kira.
Ads
Buat sekadar kemampuan kita. Nanti lama-lama kita akan seronok dan rasa.
Makin banyak kita tolong orang, makin banyak pula Allah akan tolong kita.
At least, kita akan rasa seronok sangat. Rasa seronok itu sebenarnya ubat bagi penyakit keluh kesah dan susah hati
Selamat pagi semua pencari kebaikan.
Carilah kebaikan di awal pagi. Anda akan happy sehingga ke petang.
Pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu. Anak yang dahulunya kecil kini telah pun meningkat usianya. Seakan tidak percaya pula masa berlalu begitu pantas.
Begitulah yang sering kita sebagai ibu rasai setiap kali meraikan sambutan hari lahir anak-anak. Sedar-sedar sudah belasan tahun usianya.
Pengalaman yang sama juga dirasai oleh Serina Redzuawan yang juga merupakan anak kepada chef terkenal Malaysia, Chef Wan, dan kini juga Pengarah Urusan Serina Food Empire apabila pada 13 September yang lalu, meraikan sambutan ulang tahun ke 12 anak sulungnya, Tristan Tarreef.
Berkongsi saat bermakna itu, Serina memuat naik video di instagramnya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.
“Syukur Alhamdulillah Anakku Tristan Tarreef dipanjangkan umur hari ni genap 12 Tahun anak bujangku, TQ Papa @_chefwan58 belanja lunch also belikan Hadiah for Tristan & Bella juga. You are the best Atok!! 😘 Ibu doakan selalu Tristan Tareef jadi anak yg soleh, pelindung keluarga bila dewasa aminn.. always jadi anak yang menghormati orang tua, Ibu bangga lahirkan Abang di dunia ni, anak ibu ni anak yg baik taat, tak pernah berkasar & lawan cakap Ibu. Bila Ibu sedih abang peluk ibu dia faham ibu diduga dengan pelbagai ujian. Alhamdulillah tetap tabah & redha akhirnya selepas hujan ribut Allah kurniakan Pelangi. Terima Kasih Ayah Aidid terima anak anak kita dengan Ikhlas hati. Moga Allah SWT beri ganjaran & pahala di akhirat. Love My family so much!!🥳🎂❤,” tulis Serina.
Di majlis sambutan hari jadi itu juga turut hadir atuknya Chef Wan, pakciknya Chef Riz bersama isterinya, ibunya dan adiknya Isabella Saffiya. Tristan dan Isabella merupakan anak Serina dan bekas suaminya yang pertama.
Sambutan tersebut diadakan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur secara peribadi dan santai. Hanya beberapa ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja yang terlibat dalam sambutan hari kelahiran Tristan.
Selain itu Serina juga telah memuat naik beberapa hantaran di akaun Instagramnya mengenai sambutan hari jadi anak sulungnya dan turut dikongsikan bahawa anak lelakinya itu sangat manja orangnya.
“Nampak kan Tristan ni orang nya jenis sopan malu malu gitu..tapi manja sangat..kalau tidur mesti nak berkepit bawak ketiak Ibu dia. U will always be my baby Tristan Tareef , walaupun abang dah jadi anak bujang. Sekejap je masa berjalan, rindunya zaman masa dia baby 👼,” tulis Serina di posting yang berbeza.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang terharu dengan kata-kata yang dititipkan oleh Serina untuk anak sulungnya itu. Rata-rata ramai mengaminkan semoga doa-doa Serina dimakbulkan satu hari nanti dan semoga Tristan membesar menjadi seorang yang sehebat ahli-ahli keluarganya.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Bagi anda yang biasa keluar negara untuk bercuti bersama keluarga, tentu proses menukar matawang asing sudah biasa dilakukan.
Pun begitu, mungkin tidak ramai mengetahui trik ini untuk memastikan pertukaran wang lebih menguntungkan.
Ini dikongsikan diakaun fb Jeroong Wia untuk manfaat bersama.
Tips&Trick Travel: TUKARAN WANG ASING
Kali ini aku (wia) akan kongsikan dari percubaan aku sendiri tentang tukaran wang asing di luar negara. Ini tidak termasuk dengan agent pertukaran wang. Trick ini boleh digunapakai di seluruh negara asing.
Aku cuba menggunakan 3 kad yang aku ada iaitu BigPay (Mastercard), Maybank (Visa) dan juga Cimb (Mastercard).
Antara 3 kad ini yang manakah paling jimat? Cuba teka sebelum meneruskan bacaan.
Kadar tukaran wang di internet pada 10/08/2019 yang boleh korang semak sendiri di Xe Exchange adalah 10,000¥ (Yen) = RM395.92.
Untuk setiap kad aku akan keluarkan wang Jepun (yen) sebanyak 10,000¥ untuk melihat sendiri nilai pertukarannya. (Boleh semak di ruangan gambar untuk bukti paparan screenshot)
Maka terbuktilah bahawasanya bigpay merupakan kad yang paling jimat untuk keluarkan wang asing jika korang berada di luar negara.
Dan bagaimana nak mendaftar bigpay ini? Tekan sahaja di link ini dan masukkan code yang aku bagi nanti dapat free RM10 dalam kad dan dah siap daftar nanti kad akan dihantar ke rumah. Senang.
Bagaimana nak lagi jimat? Ok aku teruskan lagi berexperinece dengan pengeluaran sikit dan banyak iaitu 10,000¥ dan juga 100,000¥ menggunakan kad yang paling jimat aku iaitu bigpay.
Internet XE Exchange: 10,000¥ (Yen) = RM395.92
Keluaran di bigpay card:
10,000¥ = RM405.70
100,000¥ = RM3,966.38
Ternyata pengeluaran banyak lebih menjimatkan daripada pengeluaran sikit-sikit. Bagi pengeluaran 100,000¥ pada percubaan aku yang lepas bigpay paling menjimatkan diikuti maybank dan last cimb.
Tentu, kita inginkan kehidupan suami isteri yang bahagia. Ia adalah impian kehidupan berkeluarga setiap pasangan suami isteri. Sekali gus dapat membentuk anak yang bijak dan mendengar kata.
Berikut panduan yang boleh dijadikan hala tuju untuk membentuk keluarga bahagia.
1 SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
2 Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
3 Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
4 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
5 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
6 Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu – penyayang dan pengasih.
7 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
8 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
9 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
10 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
11 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
12 Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
13 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati –
“Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.”
14 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
15 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
16 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
17 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
18 Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
19 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
20 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
21 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
22 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
23 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
24 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
25 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
26 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
27 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
28 Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada ) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
29 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.
30 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
31 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
32 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
Sumber: islamituindah.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di