Pernah makan rasam? Mungkin ada yang biasa dan tidak kurang juga yang langsung tidak pernah dengar apa tu rasam?
Rasam bolehlah kita katakan sejenis sup berasal dari India. Rasanya masam-masam hangat dan beraroma rempah ratus.
Rasa masam terbit daripada penggunaan asam jawa, dan hangat pula dari lada hitam dan gabungan beberapa rempah ratus lainnya. Ia bagus dimakan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Malah menurut perkongsian Vanistry Kavitha, Rasam juga dikatakan sebagai salah satu cara bagi masyarakat India untuk mencegah virus Corona dengan mengamalkan pengambilannya setiap dua hari sekali.
Jadi apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Rasam dan bolehlah dicuba.
Bahan-bahan:
Biji ketumbar 4 sudu
Lada hitam 3 sudu
Jintan Putih 4 sudu
Jintan kecil 4 sudu
Ads
Bawang Putih dgn kulitnya sekali
Bawang Merah kecil dgn kulitnya sekali
Halia 2 inchi ya…
1 biji tomato
(Kesemua bahan tadi di giling dengan air yang sedikit.)
____________________________________
BAHAN BAHAN TUMIS
I sudu biji sawi
5 tangkai cili kering
Sedikit daun Kari
1 biji tomat
Ads
____________________________________
Untuk Tumis saya Guna Minyak Kelapa Dara ya…
(Untuk system imunisasi)
Cara penyediaan
1.Panaskan Minyak
2.Masukkan Biji sawi
Ads
3.Masukkan bahan bahan tumis seperti bawang yg dihiris ,tomato, daun Kari dan cili kering
4.Masukkan 1 sudu serbuk kunyit.
5.Masukkan bahan bahan giling…masak 2 minit
Masukkan air seperti mana yang di kehendaki.
6.Biar panas dulu ,masukkan garam dan air asam jawa…
7 Akhir sekali tutup api ,masukkan daun ketumbar jangan bagi didih terlalu lama ya…
Penyakit gout berlaku bukan hanya pada orang tua, bahkan orang muda juga tidak terkecuali. Ia berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.
Apabila berlebihan dan tidak dibuang menyebabkan ia berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Bagi anda yang ingin mencuba perubatan tradisional selain pengambilan ubat yang disarankan doktor, admin mahu kongsikan petua mudah yang menggunakan tiga bahan di dapur sahaja. Petua ini dikongsikan oleh Netty Ah Hiyer Tulis di laman facebooknya.
Rumput Susu Nabi / Ara Tanah Penawar Sakit Gout
Rumput ini tumbuh melata. Dekat keliling rumah dicelah-celah rumput yang lain.
Selalu saya buang saja.
Sampailah gout en Yem datang semula. Aduh kasihannya. Jalan berjengket-jengket, tumit tak boleh cecah lantai.
Sakit yakmat.
Urat macam ditarik-tarik. Berdenyut-denyut tak boleh tidur.
Beberapa hari lepas nampak tips dikongsi pakar tumbuhan. Katanya, pokok ara tanah ini penawar gout.
Carilah keliling rumah. Jumpa empat lima pokok. Cabut sekali akar-akarnya.
Bersihkan bersih-bersih. Ambil periuk kecik, rebus dengan sukatan air agak-agak je.
Bila warna air bertukar kuning dapatlah secawan. Minum bila suam.
Esoknya buat lagi, kali ini air dan rumput susu nabi tu banyak sedikit. Dapatlah satu flask.
Simpan minum secawan sehari. Air kosong memang kena minum banyak.
Tak berani nak tanya en Yem apa rasa, sebab ofkos tak sedap.. huhu.
*Bila dah sakit, sedap bukan lagi priority
Kata en Yem, jadi kerap buang air kecil nanti.
Alhamdulillah, lepas dua hari boleh menapak tumit tu. Kalau tidak sebelum ini mahu seminggu terseksa cam gitu. Kesian sungguhlah.
Lepas ini kena teruskan minum, sebab saya baca kalau diamalkan, insyaAllah gout boleh menghilang.
Tapi, pantang larang lain pun kena jaga sama. En Yem elak sotong, udanglah buat sementara ini. Sebab pantang dia memang tak boleh langsung dengan sotong. Terhirup kuah ada sotong pun boleh jadi.
Kesibukan harian dan kurangnya motivasi merupakan antara cabaran utama yang dialami dalam menurunkan berat badan. Namun begitu, hal ini boleh ditangani dengan pengamalan diet yang sesuai.
Kalau diikutkan banyak sebenarnya tip dan petua untuk tujuan menurunkan berat badan. Sama ada mengurangkan pengambilan makanan atau minuman manis, mengurangkan memakan makanan berminyak, tidak makan nasi langsung, banyakkan bersenam dan bersukan serta lain-lain.
Jadi ikut pilihan sendiri mana satu yang ingin dicuba. Cuma, ia bergantung kepada tubuh seseorang sama ada sesuai atau tidak dengan tubuh jika melakukan salahs atu cara tersebut.
Terdapat satu lagi cara diet yang membolehkan seseorang itu hilangkan berat badan di antara 5-8 kg dalam masa hanya seminggu!
Saudari Shienasan Abdullah menerusi laman facebooknya berkongsi salah satu cara menurunkan berat badan iaitu melalui kaedah General Motors Diet (GMD).
Shienasan Abdullah atau lebih mesra disapa Shiena telah melakukan eksperimen diet tersebut terhadap dirinya pada 7 April sehingga 14 April yang lalu, dan telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 6.2kg!
Shiena yang sebelum ini mempunyai berat sebanyak 80.4kg telah berjaya turun kepada 74.2kg dalam masa hanya seminggu, semuanya gara-gara menu ketat, tapi sedap, yang diamalnya itu.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Assalamualaikum semua sahabat positif Ina. Mesti ramai yang sedang menunggu result penurunan berat badan Ina selama 7 hari buat GM Diet kan? Maaf lewat sikit update sebab anak Ina tak berapa sihat.
Alhamdulillah berjaya juga Ina habiskan misi 7 hari GM Diet dan dapat turunkan berat sebanyak 6.2kg.
Ina hanya makan menu seperti yang disarankan. Sehari Ina makan 3 kali. Tidak ada tambahan Puasa Sunat atau IF atau OMAD atau yang selainnya. Bila rasa lapar je, anda boleh makan hingga kenyang.
Perlu diingatkan result penurunan berat setiap badan adalah berbeza. Jika turun banyak itu rezeki. Kalau turun sikit jangan give up, teruskan saja diet seperti biasa hingga hari ke-7.
Apa itu GM Diet?
General Motors Diet
Diet GM pertama kali dikandung khusus untuk pekerja di General Motors, Amerika Syarikat. Program diet 7 hari ini adalah bidang yang diuji oleh Pusat Penyelidikan John Hopkins dan hasilnya telah diluluskan oleh pengurusan atasan General Motors. Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan pengurusan General Motors, sekali gus meningkatkan daya saing produk General Motors.
Diet GM dirancang untuk menurunkan berat badan sekitar 5-8 kg dengan aman dalam satu minggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta memperbaiki pola makan serta emosi.
Diet GM adalah program diet 7 hari penuh dengan pelbagai jenis makanan setiap hari. Semasa diet harus minum sekurang-kurangnya 10 gelas air setiap hari dan tidak minum alkohol semasa program diet.
Diet GM dapat diulang sekali sebulan tanpa mengganggu keseimbangan gizi. Berat badan ideal maksimal anda adalah 22.5 x Tinggi Badan (M) x Tinggi Badan (M).
Bila tinggi badan anda 162 cm, maka berat badan maksimum anda adalah 22.5 x 1.62 x 1.62 = 59 kg.
Ibu menyusu yang berlebihan berat badan, penderita diabetes mellitus, penderita penyakit jantung, penderita penyakit lambung (gastritis) sangat di sarankn untuk melakukan diet ini.
Pelan Pemakanan GMD:
Hari pertama: Buah-buahan, kecuali pisang.
Pada hari pertama ia hanya dibenarkan makan buah-buahan. Apa-apa buah di benarkn kecuali pisang. Anda boleh makan sehingga anda kenyang. Ia disyorkan untuk mengambil lebih banyak tembikai dan buah rock melon.
Hari kedua hanya dibenarkan makan sayur-sayuran. Apa-apa yang mentah atau di masak. Boleh dimasak tumis, sup atau direbus. Membuat pecal juga boleh digunakan selagi jumlah kacang adalah terhad.
Tiada had untuk jenis sayuran dan boleh makan hingga kenyang.
Pada hari keempat, hanya 8 biji buah pisang dimakan dan meminum 3 gelas susu rendah lemak. Tidak makan jenis makanan lain. Jika anda alah kepada susu lembu (intoleransi laktosa), anda boleh menggantikannya dengan susu soya.
Jika anda tidak makan buah pisang boleh gantikn dengan buah jambu, buah kiwi atau tembikai.
Pada hari kelima, hanya dibenarkan makan daging atau ikan dan tomato.
500 grm daging lembu dan 6 biji tomato adalah menu utama pada hari kelima. Daging hamburger atau meatball dibenarkan. Lebihkan minum air putih untuk membersihkan sistem pencernaan.
Daging lembu boleh digantikan dengan ayam tanpa kulit atau tempe untuk vegetarian. Jika anda tak makan buah tomato boleh gantikan dengan buah belimbing.
Resipi ini hanya dilakukan sebulan sekali. Perhatikan bagaimana anda tidak perlu menghabiskan banyak wang dan menjalani diet keras untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Diet GM boleh menjadi satu penyelesaian bagi mereka yang memerlukan diet dengan penurunan berat badan yang cepat tanpa perlu risau tentang kelaparan atau kebosanan kerana diet yang membosankan.
Diet GM ternyata berjaya mengurangkan tahap gula dalam darah pada orang yang menghidap diabetes mellitus. Ibu menyusu yang beratnya melebihi berat badan ideal boleh mengikuti diet ini.
Anda boleh kongsikan info diet ni pada kenalan, teman-teman, saudara-mara untuk membantu mereka mendapatkan berat badan ideal dan tahap kesihatan yang lebih baik.
Kak Lapis diakui bukan sahaja sedap rasanya malah nampak cantik berseni dengan satu lapisan demi lapisan kek yang terhasil dan akhirnya membentuk corak yang tersendiri. Bahkan resipi Kek Lapis juga pelbagai, bukan sahaja berbeza warna malah lain ramuannya lain pula rasanya.
Diakui juga untuk membuat Kek Lapis memerlukan kesabaran dan kepakaran. Pun begitu melalui perkongsian resipi daripada Puan Sarina Sanek yang berasal daripada Selangor ini cukup menarik perhatian warganet. Bukan sahaja teruja dengan gambar kek lapis yang siap dihidang malah resipi yang dikongsikan juga menjadi tumpuan apabila berkongsi resipi daripada buku resipi tulisan tangan miliknya.
Menurutnya pada posting tersebut, “Tak terlewat lagi kan kalau saya share resepi kek lapis yang dah saya cuba untuk saya hidangkan di pagi Syawal. Tahun ni saya buat 4 jenis je, cukup lah untuk keluarga kecil saya. Saya orang Selangor, tapi suka dengan seni kek lapis.”
Resipi Kek Lapis:
2. Lapis India/Cadbury
3. Kek Lapis Red Velvet
4. Kek Lapis Nutella
Melihat komen ramai yang ingin berkongsi resipi dan berterima kasih kepadanya. Bahkan ramai ingin mencuba resipi kek lapis tersebut dan tidak kurang juga warganet memuji resipi yang ditulis terlihat kemas dan cantik tulisannya.