Hati ibu dan ayah mana yang tidak susah hati bila melihat anak yang selalunya aktif, cergas dan sihat, kini lesu dan tidak bermaya akibat demam panas.
Selain membawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan perubatan, boleh juga menggunakan cara tradisional atau semula jadi sebagai alternatif.
Melalui perkongsian oleh Puan Syazieda di laman Facebook, beliau hanya menggolekkan dua biji telur rebus untuk menurunkan suhu badan anak yang panas semasa demam.
Cara-caranya mudah sahaja.
1.Basuh telur dengan bersih dan rebus hingga masak sepenuhnya.
2.Kupas kulit telur dengan sebaiknya dan jangan sampai pecah.
3.Bungkuskan telur menggunakan napkin atau tuala bersih. Ketebalan kain untuk membalut berdasarkan suhu telur.
4.Golek-golekkan telur diseluruh badan anak yang demam sekitar 30 minit, terutama di kawasan yang panas.Jangan lupa, golekkan juga telur pada bahagian kepala dan kaki.
5.Apabila telur sudah suam, anda akan mendapati telur menjadi menggerutu. Untuk melihat kesan yang lebih nyata, pecahkan putih telur dan perhatikan kuning telur seperti dalam gambar diatas.
6.Sekiranya panas badan anak belum reda, boleh ulang semula langkah-langkah di atas. Untuk kesan yang elok, telur itu makan lama akan makin kurang gerutunya.
Lakukan teknik diatas sebanyak tiga kali sehari dan pastikan anak kerap dimandikan dan minum air secukupnya.Tak salah mencuba selagi ia tidak memudaratkan. Rawatan ini juga sesuai untuk orang dewasa.Semoga bermanfaat untuk semua.
Sumber Facebook: Puan Syazieda
INFO EKSTRA:
Mengikut perubatan tradisional Cina, petua menggunakan telur rebus untuk disapu pada kulit telah dipraktikkan sejak dahulu lagi. Ia dipercayai dapat ‘menarik’ kehangatan atau ketidakseimbangan unsur pada badan yang menjadi punca anak demam.
āSorry Tahun Ni Hampir Terlupa. Sibuk Berpantang.ā Tomok Kongsi Ucapan Anniversary, Ini Jawapan Balas Isterinya. Lucu!
Semalam merupakan ulang tahun perkahwinan ke-9 buat penyanyi Tomok bersama isteri tersayang Rahayu Abas. Dia berkongsi satu video pendek yang merakamkan detik-detik indah perkahwinan mereka menerusi laman instagramnya.
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke sembilan buat isteri saya yang tercinta. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Shah sayang Ayu,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai. Rata-rata mengucapkan tahniah dan memuji cara ayah kepada 3 cahaya mata ini yang cukup sweet.
sue_oreo Taniah.sweet couple.cantik isteri.happy family.bidari dr mas.
Dalam pada itu, Ayu turut berkongsi ucapan dan video detik perkahwinan mereka menerusi laman instagramnya.
1.JULAI merupakan tarikh keramat yang menyatukan kami setelah 8 tahun mengharungi suka duka tangis tawa sebagai pasangan kekasih…dan tahun 2020 ini merupakan tahun yang ke 9 kami menempuh alam rumahtangga…terima kasih kerana menjaga ayu, anak-anak dan keluarga ayu….
View this post on InstagramA post shared by @ ayu_abas on
Tomok dan Rahayu mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.
Terbaru, pasangan dikurniakan seorang bayi perempuan pada 4 Jun 2020 dan diberi nama Siti Khadijah.
Sumber: tomokofficial & ayu_abas
Cuci Usus Perlu Ke? Fahami Penjelasan Dr Ni Sebelum Ambil Keputusan Nak Buat!
Kunci untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat adalah dengan kita perlu mengamalkan cara hidup yang sihat. Umpamanya mengambil makanan yang berkhasiat, bersenam, tidak merokok dan lakukan aktiviti fizikal.
Itu semua yang kita sedia maklum, namun ada juga yang orang beranggapan perlu lakukan proses mencuci usus untuk pastikan ianya bersih dan sihat. Tidak kurang juga mengatakan bila dilakukan proses cuci usus, tubuh akan lebih kurus.
Benarkan begitu? Adakah setiap ahli keluarga perlu lakukannya? Bahaya atau tidak tindakan tersebut?
Mencari kepastiannya, ayuh kita hadam apa yang dijelaskan oleh doktor ini. Semoga selepas ini tidak ada lagi keraguan fakta. Jom semak!
Cuci Usus. Perlu atau tipu?
Assalammualaikum dan salam sejahtera pada sahabat-sahabat semua.
Kebelakangan ini kita semakin asyik dengan iklan produk-produk cuci usus yang tular di media sosial. Dilihat produk-produk ini memberikan keputusan positif yang signifikan dan pantas dan ramai yang bertanya pada saya dan rakan rakan Medtweetmy akan kebenaran testimony WA yang dipaparkan/diiklankan ini. Sejauh mana keberkesanan produk-produk ajaib ini? Selamatkah penggunaannya?
Bestnye boleh kurus cepat, kurang kembung/buncit dan tambah tenaga dengan mencuci usus.
Cuci usus mempunyai sejarah permulaan pada zaman Greece dan mula popular pada tahun 1900an. Lama-lama kelamaan, aktiviti ini tidak lagi popular kerana dilihat tiada kesan jangka masa panjang dan juga mungkin membawa mudarat.
Cuci usus ini merujuk pada perbuatan untuk membersihkan usus besar dari najis dengan menggunakan produk-produk yang secara kasarnya hanyalah ubat untuk penyakit sembelit. Terdapa juga kaedah cuci usus menggunakan air yang dimasukkan terus ke lubang dubur dan diirigasi untuk mengeluarkan najis. Ini agak ekstrem dan berisiko mencederakan usus dan mungkin menyebabkan ia pecah dan boleh dilanda jangkitan kuman dalam abdomen.
Kita fokus pada produk-produk ajaib ini. Cuci usus menggunakan produk merujuk pada aktiviti menelan pil ajaib untuk meransang pergerakan usus ataupun meminum cecair berkepakatan tinggi untuk membawa air keluar dari usus sekaligus membilas usus anda dari najis. Inilah mekanisma cucian usus menggunakan produk yang kita lihat diiklankan sebagai ‘quick-fix’ dalam usaha untuk kurus dan bertambah sihat. Produk seperti ‘Cle*n8, Al*e Ve*a G#l dan sebagainya mengiklankan kesan cuci usus sebagai positif dan mampu menjadikan penggunanya kurus dan kurang lemak.
Saya ingin nyatakan di sini bahawa, istilah cuci usus itu wujud dan hanya digunakan sebagai persiapan untuk endoskopi yang mana Pakar Bedah gunakan kamera untuk mengesan KANSER USUS. Tiada kegunaan lain bagi cuci usus. Buang masa!
1. Ada yang kata cuci usus ini boleh kurus.
Penggunaan produk cuci usus ini pada mulanya akan membawa air keluar dari badan kerana kepekatannya tinggi dan mampu menarik air keluar dari sel dan seterusnya di keluarkan dengan najis. Kurus yang dirasai hanyalah sementara dan ia tidak berkekalan. Mungkin dalam 3-6 jam sahaja kesannya dan sejurus apabila badan menyesuaikan kembali keadaan dehidrasi dengan menjadikan anda dahaga, berat akan kembali pada paras sebelum cuci usus ini.
2. Ada yang kata cuci usus boleh kurangkan lemak.
Lemak yang ada dibahagian perut anda adalah di lapisan luaran dan kuantitinya ditentukan oleh pengambilan kalori anda dan juga jenis makanan yang anda makan. Tiada lemak akan keluar dengan cuci usus dan apa yang anda lihat berminyak etc hanyalah ilusi semata.
3. Produk cuci usus ini MERBAHAYA.
Produk ini bertindak untuk menarik air keluar dari sel badan anda. Apa bila air kurang di dalam sel, buah pinggang akan bertindak menyimpan air dan mengurangkan air kencing. Apabila keseimbangan ini tidak dapat dikawal lagi, maka buah pinggang akan mengalami kerosakan. Garam galian di dalam tubuh akan tidak seimbang dan mungkin menyebabkan kegagalan buah pinggang yang kekal, ritma jantung yang tidak teratur dan otot yang akan lemah. Perkara-perkara ini akan menyebabkan sahabat-sahabat saya Dr Rafidah Abdullah #MedTweetMY , Khairul Hafidz Alkhair Kamarul Ariffin Nor Sadan Muhammad Izzat Suhazeli Abdullah , Dr Beni dan Mahyuddin Mohamed pening kepala. Bukan apa, komplikasi seperti ini boleh dielakkan dan tidak sepatutnya berlaku.
Tuan-tuan dan Puan-puan, tiada jalan pintas untuk sihat, disiplin dari segi pemakanan dan senaman adalah kunci pada kesihatan. Tidak dilupakan kesihatan mental yang bermula dari berfikiran positif dan terbuka.
Saya akui memang sukar untuk berdisiplin dalam mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam, tetapi langkah pertama ialah langkah yang paling penting dan kita seharusnya istiqamah dalam perjuangan hidup ini. Jangan terperangkap dengan jalan pintas. Ia tidak berkekalan malah akan memudaratkan.
“Consistency is the key”
“Berak banyak kali tak semestinya akan kurus”
sumber : Dr. Zainal Adwin
Pakar Bedah
MedTweetMY
Buat Sendiri Baja Untuk Suburkan Tanah & Pokok. Guna Belacan & Ajinamoto, Memang Awesome!
Photo Synthetic Bacteria (PSB) adalah kelas mikroorganisma yang unik dan mempunyai keupayaan untuk menukar tenaga cahaya kepada tenaga kimia menggunakan pigmen menyerap cahaya dan pusat reaksi.
Photo Synthetic Bacteria (PSB) berfungsi menyuburkan tanah dan pokok. Selain itu juga, ia digunakan sebagai baja penggalak bunga dan merawat air di dalam kolam atau aquarium. Baru-baru ini, Aepang Farmville berkongsi resepi mudah untuk menghasilkan PSB.
Resipi:
3 biji telur(hancurkan skali dgn kulit telur)
2 sudu ajinomoto
1 sudu belacan
3 sudu sos ikan
5 liter air tanpa klorin
(boleh tadah air paip dan simpan semalaman sblm guna/air mineral/air telaga/air sungai/air terjun dari 7 gunung)
Untuk sukatan tu boleh letak lebih, takde masalah. Kita nk buat baja organik, bukan nak buat adunan kek.
Masukkan semua bahan tersebut ke dalam botol air 5 liter dan goncang. Jemur tengah panas. Jemur selama sebulan atau sehingga telah bertukar warna menjadi “crimson red”.
Buka sedikit penutup supaya ada pengudaraan ketika proses penghasilan bakteria.
Nk cepat sikit, tambah pati PSB(jika ada). Proses akan jadi lebih cepat, dlm 2 minggu dh boleh guna.
Nanti dh jadi, guna 5ml pati PSB dengan 1 liter air tanpa klorin. Kemudian spray pada medium dan bawah daun.
Selamat mencuba dan moga berjaya.