Pelakon cantik jelita, Raysha Rizrose tampil berkongsi wajah cahaya mata kesayangannya sempena Aidil Fitri ini.
Menerusi Instagramnya, Raysha memuat naik gambar sekeluarganya di pagi raya sekaligus memperkenalkan wajah si comel Raiya Nadine.
Raysha tampil sedondon mengenakan busana berwarna merah jambu meraih perhatian ramai.
“Doa kami telah dimakbulkan, dan hidup kami telah berubah untuk selamanya.
Ads
“Alhamdulillah untuk Raiya Nadine kami.
Ads
“Semoga Allah memberkatinya dengan hati yang mengenal-Nya, jiwa yang mencari-Nya, dan kehidupan yang dipenuhi dengan kasih sayang-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri semua,” tulisnya menerusi kapsyen.
Tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai didera oleh seorang wanita yang didakwa berlaku di sebuah kediaman di Semenyih, Selangor.
Menerusi rakaman dikongsi pengguna TikTok @meymockingjay itu, wanita tersebut dilihat bertindak kasar dengan menggunakan sebatang penyapu seolah-olah memaksa mangsa menjamah makanan.
Rakaman berdurasi 23 saat itu turut memaparkan mangsa berusia sekitar tiga tahun menangis selepas dipukul di beberapa bahagian termasuk pipi sambil disaksikan oleh seorang lagi wanita.
Menurut @meymockingjay, mangsa merupakan anak angkat termasuk perakam yang didakwa berada di bawah jagaan suspek untuk bekerja.
Posting tersebut menerima hampir 480,000 tontonan selain ribuan komen netizen yang meluahkan rasa geram terhadap tindakan wanita terbabit.
Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok @theaqil7 mendakwa dia yang merakam aksi kejam berkenaan dan memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan polis.
“Tolong gunakan kuasa viral netizen bantu Aqil,” tulisnya bersama tanda pagar #justiceforalia.
Sementara itu, menerusi video lain yang tular di TikTok, pengguna yang memuatnaik hantaran berkenaan turut berkongsi keadaan terkini Alia yang cedera dipukul di beberapa anggota badan.
Malah, laporan polis turut dibuat yang diwakili oleh AJK Pemuda UMNO Hulu Langat lewat malam Khamis.
Tujuan laporan ini dibuat bagi meminta pihak polis bertindak dan membuat siasatan daripada segi undang-undang terhadap penderaan budak perempuan berusia tiga tahun.
“Dengan ini kami akan berkongsi perkembangan lanjut, kes ini sangat baru, berlaku petang semalam.
Kami akan meneliti kes ini dalam masa ke semasa.
“Kami akan bertindak sekali untuk membantu beberapa mangsa yang ada bersama kami ketika ini” maklumnya.
Walau bagaimanapun, setakat ini belum terdapat sebarang kenyataan polis dikeluarkan berhubung kejadian berkenaan setakat ini.
Bertuah apabila dikurniakan suami yang rajin. Itulah yang amat didambakan kaum isteri lebih-lebih lagi jika kedua-duanya bekerja. Saling membantu menguruskan rumah tangga bersama.
Lebih-lebih lagi kalau suami jenis yang kreatif dalam menghias rumah. tak perlu tunggu modal yang banyak, sebaliknya dengan bakat yang ada pada suami, banyak yang boleh dijimatkan.
Demikian yang dikongsikan oleh Hidayati Bohkharimenerusi laman facebooknya. Si suami cukup bijak membuat sendiri rak sinki dan table top. Cukup mudah, cepat dan yang penting menjimatkan kos.
Projek diy rak sinki & table top BAJET
Alhamdulillah berjaya jugak en suami merealisasikan impian bini dia.. Nak table top dan rak sinki idaman hati.. 😁😁 Kire nie advanced hadiah anniversary ke 8 lar kot yer cyg @ziezan09 .. 😂
Disebabkan dapur rumah nie tak berapa nak besar…dan ruang pun sangat terhad..maka tercipta lar idea nak buat rak bajet nie.. Setelah lebih kurang 3 tahun kiterang buat survey (nampak tak berapa lama punya pikir) tambah tolak kos ape semua maka en suami memilih utk diy sendiri rak bajet..Lebih sentimental value katanya… 😍
Nama pun rak bajet kan so bahan² yang digunakan untuk rak bajet nie kiterang beli kat IKEA masa sale 11.11 aritu..nie kira² untuk rak bajet lebih kurang 10 kaki ye guysss..
1. Para² RM50 (ada 2 unit) – beli 3
2. Tiang kayu RM20 (ada 2 unit) – beli 2
3. Penutup / kaki kayu RM5 (ada 2 unit) – beli 4
4. Sinki 2 mangkuk RM100 (cari kat mudah)
Total kos : RM 310
Hasilnya ada pada gambar yang last.. Macam mana? ON x ON rak bajet nie..? 😁😁
#diykitchen
#ikeaideas
#rakbajet
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umumnya setiap kali mengandung bukan saja seorang ibu merasa tidak sabar mengira detik untuk dapat bertemu anak yang dikandung lahir ke dunia. Sama sahaja perasaannya bagi seorang ayah, mahu melihat zuriatnya di depan mata dan menjadikan waktu itu cukup bermakna dalam hidup.
Namun hidup ini penuh dengan perkara yang di luar jangkaan dan begitulah yang dilalui oleh seorang suami ini bila mana isterinya yang sebelum ini tidak pernah menghidap penyakit atau alahan semasa mengandung anak ketiga, tiba-tiba ‘pergi’ begitu sahaja akibat Covid-19.
“Saya minta orang ramai jagalah prosedur operasi standard (SOP) kerana saya sudah kehilangan isteri dan anak kerana Covid-19.
“Kasihanilah anak, isteri dan suami masing-masing serta duduklah di rumah kerana boleh alami nasib sama seperti saya,” kata Mohd Fadli Abd Wahab, 35.
Menurutnya, isterinya, Umaisarah Azmi, 25, yang hamil tujuh bulan disahkan meninggal dunia semalam pada 1.25 tengah hari selepas dijangkiti Covid-19, malah anak dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.
Tiada Hidap Penyakit Atau Alahan
Katanya, isterinya yang tidak bekerja menghembuskan nafas terakhir ketika dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, selepas mengadu sesak nafas dan sakit kepala yang teruk.
“Isteri saya tidak pernah menghidap penyakit atau mengalami alahan sejak mengandung anak ketiga mereka.
“Bagaimanapun, dia mengejutkan saya kira-kira 4 pagi semalam selepas mengadu tidak boleh bernafas, kaki dan tangannya menjadi lemah.
“Saya terus membawanya ke HSAH kerana bimbang melihat keadaannya yang semakin lemah sebelum dia dimasukkan ke Zon Merah HSAH.
“Tidak lama kemudian doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terkilan Tiada Di Sisi
Mohd Fadli yang menetap di Kampung Pokok Asam di sini, tidak menyangka perubahan sikap isterinya yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi mereka adalah petanda dia akan pergi buat selamanya.
Katanya, ketika mengandungkan anak sulung mereka, Muhamad Adam, 3, persiapan yang dilakukannya hanya biasa-biasa tetapi kali ini dibelikan barang yang mahal.
“Saya sentiasa menemani isteri di rumah kerana tidak dapat bekerja disebabkan tempat kerja ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Saya agak terkilan kerana tak sempat bersama di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan hanya melihat tubuhnya kaku ketika doktor panggil untuk tujuan pengesahan,” katanya.
Mohd Fadli yang bekerja di sebuah pusat menjual kereta di Padang Temusu di sini, reda dengan pemergian isterinya itu dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Asam pada 4 petang hari ini.
Menurutnya, dia bersama dua anaknya dan ibu mentua juga menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini dan diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kuarantin hingga 26 Julai ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi mengesahkan berlaku kematian seorang ibu hamil di HSAH kerana Covid-19 dan keluarga mangsa juga diarahkan untuk dikuarantinkan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.