“Hari ini, hati ku diuji lagi. Saya bukan mahu membuka aib orang ini namun semoga hati kita terbuka untuk membantu sesama manusia. ”

Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh pemilik akun Tiktok @rinie1181 ini berkenaan suatu peristiwa yang berlaku di kedainya baru-baru ini.

Rayu Tuan Kedai Untuk Beli, Pemuda Ni Terdesak Jual Tong Gas Demi Dapatkan Wang Untuk Sara Orang Tuanya!

Menurut perkongsiannya, “Pada suatu hari tiba-tiba  didatangi oleh seorang pemuda sambil membawa tong gas. Tingkah laku pemuda tersebut membuatkan saya berasa pelik dan buat-buat tidak tahu dengan situasi yang terjadi.”

Rayu Tuan Kedai Untuk Beli, Pemuda Ni Terdesak Jual Tong Gas Demi Dapatkan Wang Untuk Sara Orang Tuanya!

Pun begitu menurut pemilik akaun tik tok ini lagi, “Pada mulanya saya tak mau tahu, namun pertama sekali kata yang dia ucapkan, dia minta maaf dan segan untuk bagi tahu akan masalahnya. Dan bila lihat raut wajahnya yang penuh kesedihan dan dari matanya dia memang betul-betul dalam kesusahan.”

Terpaksa Jual Tong Gas Elak Kebulur

IKLAN

“Dia bertanya kalau boleh saya beli tong gasnya kerana mahu menyara orang tuanya. Dia terpaksa menjual kerana takut orang tuanya kebuluran, sejak covid ini dia terpaksa tak berkerja kerana tempatnya bekerja terpaksa ditutup kerana PKP dan asyik bersambung”

Ujarnya lagi, “Selepas saya membayar, saya lihat dari di hujung matanya dia menahan airmata daripada jatuh. Hati saya bagai dirobek dan teringat orang tua di kampung bagaimana kalau ini terjadi pada diri saya.”

“Dalam masa yang sama saya menyuruh staf sediakan keperluan asas untuk disedekahkan kepadanya walaupun tak seberapa namun sekurang-kurangnya dapat meringankan bebannya.

Rayu Tuan Kedai Untuk Beli, Pemuda Ni Terdesak Jual Tong Gas Demi Dapatkan Wang Untuk Sara Orang Tuanya!

IKLAN

“Bila gugurnya airmata seorang anak demi mahu meneruskan hidup untuk orgtuanya. Saya doakan semoga rezekimu melimpah ruah ..”

@rinie1181bila gugurnya airmata seorang anak demi mahu meneruskan hidup utk orgtuanya😢😭😭.kak doakan semoga rezekimu melimpah ruah ..♬ original sound – Pijah Mohamad – MMC MASAKMASAKCEKYANA

Meninjau di ruangan komen, ramai meluahkan rasa bangga dengan tindakan wanita ini dan merasakan betapa mulianya hati dan tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar lelaki tersebut sabar dan akan dimurahkan rezeki.

IKLAN

Sumber : @rinie1181

Dapatkan produk berjenama dengan tawaran harga istimewa dengan pembelian secara online di sini.

Rayu Tuan Kedai Untuk Beli, Pemuda Ni Terdesak Jual Tong Gas Demi Dapatkan Wang Untuk Sara Orang Tuanya!

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI