Merebus telur umumnya semua antara kita tahu untuk memasaknya. Tidak ada apa pun yang susahnya, sekadar sediakan air seperiuk dan masukkan telur dan rebus hingga masak.
Pun begitu, dalam mudahnya merebus telur ini ada juga terasa lecehnya. Terutamanya bab perlu menunggu masa yang agak lama sehingga air mendidih. Lagi satu, masalahnya jika terlalu lama telur direbus, akan menyebabkan telur terlebih masak dan tidak cantik masaknya.
Malah lagi merisaukan, mungkin ada yang terlupa untuk memadam api dek kerana asyik pula membuat kerja lain di rumah hingga rebusan telur menjadi kering kontang pula. Mengundang bahaya pula!
Jadi ada baiknya kita ubah teknik merebus telur dari yang biasa-biasa kita buat tu dengan teknik yang lebih mudah dan selamat. Menariknya kaedah ini, telur dimasak menggunakan periuk nasi dan tanpa menggunakan air. Memang luar biasa!
Jom semak perkongsian daripada puan Su Ha ini.
CARA REBUS TELUR PALING MUDAH DAN HASILNYA CUKUP OHSEM
“Sejak pertama kali tengok orang post tentang masak telur guna periuk elektrik terus ummi su try..first time buat menjadi dan untuk hari-hari seterusnya memang tak pernah rebus telur guna air dah..guna cara ni lebih mudah dan periuk tak jadi hitam dan hasilnya dapat kuning telur yang wowww.. kuning yang cantik dan memang febret ummi su telur camni dan ada sedikit cair yang putih..tapi bukan masak separuh ok “
bahan-bahan yang diperlukan :
Ads
Tisu dapur
Telur
Periuk Nasi
Step 1 :
1# Ambik 1 helai tisu dapur untuk dapatkan telur seperti di atas or 2 tisu untuk telur rebus biasa..
Ads
Step 2
2# Basahkan tisu tadi dengan air dan letak di dalam periuk
Step 3
3# Basuh telur sebersih-bersihnya dan letak di atas tisu basah tadi
Ads
Step 4
4# Tekan suiz dan tunggu sehingga masak
Step 5
5# Tadaaa dah siap dan sedia untuk dimakan..ohsem ke sangat ohsem
Ps Telur ni ummi su nak wat sandwich round kedua.. Anak-anak suke sangat makan sandwich telur.
Anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t yang tiada tandingannya. Selain menjadi penyambung keturunan, zuriat adalah amanah buat ibu bapa yang berperanan mendidik anak-anak mengikut landasan-Nya.
Bagi Mohamad Saiful bin Haji Nang atau lebih dikenali sebagai Saiful Nang, dia dan isteri Dr Intan Salwani Ahamad mempunyai cara tersendiri mendidik empat orang puterinya.
Bagi Saiful dan isteri, mereka berusaha untuk menerapkan didikan berteraskan Islam sejak anak-anak masih kecil lagi. Malah, mereka memperkenalkan sistem yang dikenali sebagai roll call sebagai salah satu cara untuk mendekatkan anak-anak dengan ajaran Islam dan pencipta-Nya. Kata Saiful, sistem ini diadaptasi daripada disiplin solat yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam sebanyak lima kali dalam sehari.
“Setiap hari Allah mewajibkan kita melakukan roll call ini sebanyak lima kali sehari. Ada yang datang roll call secara sendirian dan ada juga melakukannya secara berjemaah yang mana umum mengetahui, ia punya lebih kebaikan.
Jadi, saya terapkan disiplin yang sama terhadap anak-anak. Setiap hari mereka akan roll call sebanyak dua kali iaitu sebelah pagi dan malam. Biasanya, saya sempat bersama mereka pada waktu pagi untuk memberi pesanan dan harapan yang perlu mereka pegang sebagai iktibar,” ujar bapa kepada Orked, 9 tahun, Seri, 7 tahun, Lela, 5 tahun dan Wafa , 3 tahun.
Berjiwa prihatin & penyayang
Saiful Nang bukan sahaja sangat mengambil berat perihal keluarga dan anak-anaknya, malah dia sekeluarga berusaha menyebarkan nilai kasih sayang terhadap insan yang memerlukan. Dengan sokongan sahabat handal seramai 20 orang, mereka telah menubuhkan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) pada tahun 2005 lalu yang menempatkan anak-anak yatim dan asnaf. Malah, Dr Intan Salwani turut bertindak sebagai pendidik di Akademi Insan Prihatin.
“Selain praktik bersama anak-anak, saya juga menggunakan kaedah yang sama di RPWP. Malah, saya dan isteri tidak pernah mengasingkan pendidikan anak-anak sama seperti anak-anak yatim dan asnaf di sini.
Mereka tidur di tempat yang sama dan makan di tempat yang sama. Hatta, saya dan isteri juga berkongsi tempat tinggal bersama 45 orang anak yatim dan asnaf di sebuah rumah sewa sementara di Bangi. Kami berada di situ kerana ruang di induk sudah tidak mencukupi sehingga kami terpaksa menyewa rumah lain. Bayangkan setiap pagi roll call, memang meriah dan kami gembira,” ujar Saiful apabila ditanya mengenai sistem yang memberi manfaat terhadap perkembangan sahsiah anak-anak.
Tambah Saiful lagi, kaedah perhimpunan ini dijalankan dalam suasana syura yang indah apabila anak-anak ini mengakui istighfar harian mereka atas apa kesalahan yang mereka sendiri lakukan sepanjang hari. Sebagai pengatur, saya memberi pesanan yang berulang-ulang tanpa jemu,” ujar Saiful yang tertarik dengan kaedah yang dijalankan oleh Ibu kepada Sultan Mehmet Alfateh yang sentiasa mengulangi visi Sultan Murat (bapa Alfateh) untuk anaknya meroboh tembok Constantinople secara ulangan yang banyak.
Teknik ulangan
“Sistem ini bukan saya yang pilih sebaliknya sistem yang Allah ajarkan. Inilah amalan nabi yang makin dilupakan dan tidak popular dilakukan. Alhamdulillah, hasilnya sangat baik. Dalam roll call pagi juga, anak-anak mengangkat baiah (ikrar) harian mereka sebagai anak kepada ibu bapanya. Bukankah itu menarik dan menjadi ritual ulangan sehingga ia boleh dilaksanakan?”
“Saya mengguna pakai kaedah ini sejak anak saya yang pertama mula pandai bercakap walaupun pelat,” ujar Saiful panjang lebar yang yakin konsep tersebut mampu membentuk keperibadian yang baik dalam diri anak-anak.
Tip Ibu Bapa Untuk Menjadi Tauladan Anak-Anak:
Sumber: Majalah Keluarga Oktober 2016
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang unik dan menarik cara yang dikongsikan oleh saudara Hafizul Hakim yang berkongsi tip untuk menabung bersama isteri. Cara ini sesuai untuk suami isteri yang bekerja. Jom baca ni! Tips simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
Seringkali apabila melihat seseorang merokok, kita cenderung untuk benci dan kecam mereka. Tanpa sedar, perbuatan ini boleh menyebabkan perokok yang ingin berhenti, terus tak jadi berhenti, terutama jika yang membenci dan mengecam itu adalah keluarga mereka sendiri!
Memang betul, perokok bukan sahaja membahayakan diri mereka, malah juga membuatkan kita yang tak ada kena mengena turut terjebak sekali. Tetapi, jika kita terus pinggirkan golongan perokok ini, mereka mungkin akan terus ‘hanyut’, dan akibatnya, kita pula yang akan ‘kehilangan’ mereka.
Keluarga Yang Kena Bantu Mereka Berhenti
Dengan hanya bersungut atau mengutuk perbuatan mereka itu, kita tetap tidak akan membantu mereka berhenti, dan risiko bahayanya tetap perlu kita hadapi. Lebih teruk lagi, gara-gara bosan dileteri, mereka mungkin mula merokok secara bersembunyi, membuatkan kita langsung tak dapat kenalpasti berapa kerap mereka merokok, jenis rokok yang dihisap, apatah lagi menghalang dan menghentikan tabiat buruk mereka itu.
Pimpin Tangan Mereka, Sama-sama Berhenti
Suka ataupun tidak, perokok ini tetap ahli keluarga kita. Dan tanggungjawab sesama ahli keluarga adalah untuk sentiasa saling menyokong dan bantu membantu.
Jadi apakah langkah yang boleh diambil oleh ahli keluarga untuk membantu?
1. Bantu mereka memahami mengapa merokok
Sepertimana kata-kata Presiden Benjamin Franklin yang cukup popular, “Jika kamu gagal untuk merancang, kamu merancang untuk gagal”, proses berhenti merokok ini juga perlukan satu bentuk perancangan dan bukan sesuatu yang mudah untuk berhenti. Mengapa ia demikian?
Ramai yang tidak sedar bahawa rokok mempunyai suatu bahan yang menyebabkan ketagihan! Nikotin yang sumber asalnya boleh didapati dalam tumbuh-tumbuhan Solanaceae yang juga dikenali sebagai ‘nightshade’. Walaupun menyebabkan ketagihan, nikotin bukanlah punca utama penyakit berkaitan merokok.
Apabila seseorang merokok, nikotin yang didapati dalam tembakau tersebut akan mencapai tahap puncak dalam aliran darah dan memasuki otak. Pendedahan kepada nikotin ini akan menyebabkan pelepasan adrenalin yang akan turut merangsangkan badan dan menyebabkan peningkatan tekanan darah, kadar pernafasan, dan kadar denyutan jantung yang tinggi.
2. Bantu mereka ketahui bahaya merokok.
Sebagai ahli keluarga, kita perlu yakinkan mereka bahawa kita adalah orang yang paling boleh mereka percayai. Oleh itu, perkara yang paling penting adalah untuk membantu mereka memahami bahaya merokok tanpa perasaan seperti tidak diterima oleh ahli keluarga. Jelaskan bahawa tabiat merokok itu bukan sahaja membahayakan mereka, malah ia juga akan memudaratkan orang di sisi mereka juga. Bukan itu sahaja, mereka perlu ketahui apa yang menyebabkan rokok itu berbahaya.
Menurut Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bently berkata, apabila tembakau dibakar, asap rokok akan dilepaskan. Dalam asap rokok itu, terdapat lebih 6,000 bahan kimia yang dimana sebanyak 100 daripadanya telah diklasifikan sebagai berbahaya dan berpotensi berbahaya dan ia boleh mengakibatkan penyakit berkaitan rokok seperti kanser paru-paru.
Sisa asap rokok yang tertinggal pada dinding, perabot, pakaian dan objek-objek di dalam rumah pula boleh mendedahkan wanita serta bayi kepada pelbagai penyakit kronik seperti barah paru-paru dan sindrom kematian bayi secara mengejut (SIDS). Masalah yang dibawakan oleh tabiat merokok bukan hanya masalah perokok tersebut malah juga akan menjadi masalah untuk sekeluarga tersebut.
3. Bantu mereka berubah kepada alternatif yang kurang memudaratkan jika mereka tidak mahu berhenti.
Apabila berbincang tentang bab merokok, cara yang terbaik untuk menghapuskan kemudaratan sepenuhnya adalah dengan berhenti merokok. Seseorang yang mahu berhenti merokok bolehlah mendapat nasihat atau dapatkan bantuan professional. Tetapi kalau usaha ni pun gagal bagi mereka yang ingin meneruskan pengambilan Nikotin, produk alternatif adalah pilihan yang lebih baik daripada terus menggunakan rokok.
Terdapat banyak jenis alternatif bebas asap rokok di pasaran seperti vape, produk pemanasan tembakau, dan snus. Contohnya, produk pemanasan tembakau dimana kajian menunjukkan bahawa produk tembakau yang dipanaskan boleh mengurangkan kemudaratan sebanyak 95% berbanding dengan merokok beterusan. Ini disebabkan produk bebas asap seperti produk pemanasan tembakau (Heated Tobacco Products) tidak melibatkan pembakaran tetapi cuma memanaskan tembakau tersebut.
4. Sabar, terus yakin dan positif.
Langkah yang paling penting adalah untuk kekal positif. Seluruh keluarga mesti terus sabar dan yakin, bukan sahaja dengan kemampuan perokok-perokok ini untuk berhenti, malah juga dengan kemampuan kita untuk terus konsisten membantu dan menyokong. Ingat, jika mereka berjaya berhenti satu hari nanti, itu juga adalah kemenangan kita semua bersama, demi membentuk sebuah keluarga yang sihat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...