Seringkali apabila melihat seseorang merokok, kita cenderung untuk benci dan kecam mereka. Tanpa sedar, perbuatan ini boleh menyebabkan perokok yang ingin berhenti, terus tak jadi berhenti, terutama jika yang membenci dan mengecam itu adalah keluarga mereka sendiri!

Memang betul, perokok bukan sahaja membahayakan diri mereka, malah juga membuatkan kita yang tak ada kena mengena turut terjebak sekali. Tetapi, jika kita terus pinggirkan golongan perokok ini, mereka mungkin akan terus ‘hanyut’, dan akibatnya, kita pula yang akan ‘kehilangan’ mereka.

Keluarga Yang Kena Bantu Mereka Berhenti

Dengan hanya bersungut atau mengutuk perbuatan mereka itu, kita tetap tidak akan membantu mereka berhenti, dan risiko bahayanya tetap perlu kita hadapi. Lebih teruk lagi, gara-gara bosan dileteri, mereka mungkin mula merokok secara bersembunyi, membuatkan kita langsung tak dapat kenalpasti berapa kerap mereka merokok, jenis rokok yang dihisap, apatah lagi menghalang dan menghentikan tabiat buruk mereka itu.

Pimpin Tangan Mereka, Sama-sama Berhenti

Keluarga Kena Bantu Berhenti Merokok, Jangan Hanya Mengecam & Menghukum

Suka ataupun tidak, perokok ini tetap ahli keluarga kita. Dan tanggungjawab sesama ahli keluarga adalah untuk sentiasa saling menyokong dan bantu membantu.

Jadi apakah langkah yang boleh diambil oleh ahli keluarga untuk membantu?

IKLAN

1. Bantu mereka memahami mengapa merokok

Sepertimana kata-kata Presiden Benjamin Franklin yang cukup popular, “Jika kamu gagal untuk merancang, kamu merancang untuk gagal”, proses berhenti merokok ini juga perlukan satu bentuk perancangan dan bukan sesuatu yang mudah untuk berhenti. Mengapa ia demikian?

Ramai yang tidak sedar bahawa rokok mempunyai suatu bahan yang menyebabkan ketagihan! Nikotin yang sumber asalnya boleh didapati dalam tumbuh-tumbuhan Solanaceae yang juga dikenali sebagai ‘nightshade’. Walaupun menyebabkan ketagihan, nikotin bukanlah punca utama penyakit berkaitan merokok.

Apabila seseorang merokok, nikotin yang didapati dalam tembakau tersebut akan mencapai tahap puncak dalam aliran darah dan memasuki otak. Pendedahan kepada nikotin ini akan menyebabkan pelepasan adrenalin yang akan turut merangsangkan badan dan menyebabkan peningkatan tekanan darah, kadar pernafasan, dan kadar denyutan jantung yang tinggi.

Keluarga Kena Bantu Berhenti Merokok, Jangan Hanya Mengecam & Menghukum

IKLAN

2. Bantu mereka ketahui bahaya merokok.

Sebagai ahli keluarga, kita perlu yakinkan mereka bahawa kita adalah orang yang paling boleh mereka percayai. Oleh itu, perkara yang paling penting adalah untuk membantu mereka memahami bahaya merokok tanpa perasaan seperti tidak diterima oleh ahli keluarga. Jelaskan bahawa tabiat merokok itu bukan sahaja membahayakan mereka, malah ia juga akan memudaratkan orang di sisi mereka juga. Bukan itu sahaja, mereka perlu ketahui apa yang menyebabkan rokok itu berbahaya.

Menurut Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bently berkata, apabila tembakau dibakar, asap rokok akan dilepaskan. Dalam asap rokok itu, terdapat lebih 6,000 bahan kimia yang dimana sebanyak 100 daripadanya telah diklasifikan sebagai berbahaya dan berpotensi berbahaya dan ia boleh mengakibatkan penyakit berkaitan rokok seperti kanser paru-paru.

Sisa asap rokok yang tertinggal pada dinding, perabot, pakaian dan objek-objek di dalam rumah pula boleh mendedahkan wanita serta bayi kepada pelbagai penyakit kronik seperti barah paru-paru dan sindrom kematian bayi secara mengejut (SIDS). Masalah yang dibawakan oleh tabiat merokok bukan hanya masalah perokok tersebut malah juga akan menjadi masalah untuk sekeluarga tersebut.

IKLAN

3. Bantu mereka berubah kepada alternatif yang kurang memudaratkan jika mereka tidak mahu berhenti.

Keluarga Kena Bantu Berhenti Merokok, Jangan Hanya Mengecam & Menghukum

Apabila berbincang tentang bab merokok, cara yang terbaik untuk menghapuskan kemudaratan sepenuhnya adalah dengan berhenti merokok. Seseorang yang mahu berhenti merokok bolehlah mendapat nasihat atau dapatkan bantuan professional. Tetapi kalau usaha ni pun gagal bagi mereka yang ingin meneruskan pengambilan Nikotin, produk alternatif adalah pilihan yang lebih baik daripada terus menggunakan rokok.

Terdapat banyak jenis alternatif bebas asap rokok di pasaran seperti vape, produk pemanasan tembakau, dan snus. Contohnya, produk pemanasan tembakau dimana kajian menunjukkan bahawa produk tembakau yang dipanaskan boleh mengurangkan kemudaratan sebanyak 95% berbanding dengan merokok beterusan. Ini disebabkan produk bebas asap seperti produk pemanasan tembakau (Heated Tobacco Products) tidak melibatkan pembakaran tetapi cuma memanaskan tembakau tersebut.

4. Sabar, terus yakin dan positif.

Keluarga Kena Bantu Berhenti Merokok, Jangan Hanya Mengecam & Menghukum

Langkah yang paling penting adalah untuk kekal positif. Seluruh keluarga mesti terus sabar dan yakin, bukan sahaja dengan kemampuan perokok-perokok ini untuk berhenti, malah juga dengan kemampuan kita untuk terus konsisten membantu dan menyokong. Ingat, jika mereka berjaya berhenti satu hari nanti, itu juga adalah kemenangan kita semua bersama, demi membentuk sebuah keluarga yang sihat.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI