Gembira di hati tidak terkira bila mana mengetahui diri berbadan dua. Dalam usia 39 tahun, Puan Hamidah Tajuddin memang menantikan bayi keenamnya ini. Biar sedar diri hampir menghampiri 40- an, tetapi dia teringin untuk menimang anak lagi.

“Apatah lagi sepanjang kehamilan tiada sebarang masalah membuatkan dia dan suami menyangka segalanya berjalan lancar. Sehinggalah tiba dia melahirkan. Tanpa dia tahu anak syurganya itu mengalami pelbagai komplikasi termasuklah jantung berlubang, jaundis yang teruk, jangkitan paru-paru dan yang paling terkejut apabila diberitahu anaknya Sindrown Down.

Reda Dan Ikhlas Terima Anak Sindrown Down, Kini Hamidah Diduga Lagi Apabila Syukur Menghidap Leukimia

“Selepas melahirkan, suami hanya mendiamkan diri tanpa memberitahu hal sebenar. Dia hanya cakap anak okey. Esoknya saya hairan kerana menunggu suami datang tetapi tak kunjung tiba. Lalu doktor yang bertugas memberitahu hal tersebut. Waktu itu sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata perasaan ketika itu. Bayangkan 13 tahun yang lalu, masalah Sindrown Down tidak terlalu ketara dibandingkan dengan sekarang.

“Jadi saya rasa tak boleh nak hadapi dan uruskan anak ketika itu. Sampaikan darah tinggi saya naik dan ditahan di wad sedangkan sebelum ini saya tiada masalah darah tinggi dan kencing manis. Bukan kerana saya menolak takdir tetapi saya tidak tahu bagaimana nak uruskan anak istimewa ini.

Reda Dan Ikhlas Terima Anak Sindrown Down, Kini Hamidah Diduga Lagi Apabila Syukur Menghidap Leukimia

“Apabila petang baru suami sampai dan dia cakap memang dah tahu anak kami istimewa. Dulu waktu saya mengandung 7 bulan, suami ada mengerjakan umrah dan di depan kaabah, terlintas bayangan anak. Tetapi suami tak ceritakan pada saya. Hanya selepas anak kami lahir baru dia cerita.

“Dua hari saya tak pegang atau tengok anak ketika itu. Sehingga suami akak suruh ambil dan susukan anak. Dia nak saya rasakan apa perasaan sebagai seorang ibu. Terus saya menangis dan apabila memangku anak ini, rasa kasih sayang seorang tiba-tiba ada. Saya dakap dan cium dia dengan sepenuh hati,” ujar ibu kepada Muhamad Syafiq,  Muhamad Syauqi, Muhamad Syaqir, Farah Shuhada, Farah Shahida dan Muhamad Syukur.

Umur 5 tahun sudah boleh membaca

Tambah Hamidah lagi, ketika dalam pantang dia juga  tiada masalah kerana anak sangat baik cuma Syukur lebih banyak tidur berbanding menyusu menyebabkan payu daranya bengkak.

Reda Dan Ikhlas Terima Anak Sindrown Down, Kini Hamidah Diduga Lagi Apabila Syukur Menghidap Leukimia

“Memang sedih dan rasa sangat sedih ketika dalam pantang. Bayangkan saya tak pantang sangat sebab keluar masuk hospital Syukur kena jaundis yang teruk. Satu hari kawan suami datang dan beritahu dia juga ada anak istimewa dan katanya tak ada masalah untuk menguruskan mereka.

IKLAN

“Jadi saya tetapkan azam dalam masa 0-5 tahun saya nak all out dengan anak. Saya sekolahkan dia umur 6 bulan di Kiwanis Down Syndroem Foundation. Selepas 44 hari pantang, saya ke Kiwanis, dan ke IJN serta Persatuan Sindrom Down Malaysia. Di Kiwanis ramai anak-anak yang sama dengan anak saya. Daripada situ, semangat saya kian bertambah Cuma saya sedih sebab anak orang lain hanya bermasalah Sindrown Down, anak saya siap ada jantung berlubang lagi.

“Umur 1 tahun 7 bulan anak saya menjalani pembedahan dan nampak lubang di jantungnya membesar. Alhamdulillah berjaya pembedahan tersebut. Selain itu saya juga bawa anak ke sekolah khas. Anak-anak istimewa ini susah untuk bercakap dan ambil ambil masa, jadi saya tidak harapkan sekolah semata-mata.

Reda Dan Ikhlas Terima Anak Sindrown Down, Kini Hamidah Diduga Lagi Apabila Syukur Menghidap Leukimia
penuh penghayatan Syukur bila menyanyikan lagu kegemarannya Bintang Di Syurga.

“Sebaliknya di rumah pun saya ajar anak. Anak-anak istimewa ini lebih mudah dan cepat tangkap kalau kita gunakan Bahasa Inggeris. Dan saya guna flash card kerana ia sangat membantu. Malah, waktu dalam pantang lagi saya sudah praktikkan. Umur 5 tahun anak saya sudah boleh membaca,” ujar Hamidah yang memberitahu tak perlu kos tinggi jika ibu bapa kreatif, sebaliknya dia  menggunakan manila kad untuk buat sendiri flash card.

Anak didiagnos kanser

Reda dan mampu menerima anaknya adalah sindrown down, namun sekali lagi ujian melanda pasangan ini bila mana Syukur di diagnos kanser .

“Waktu bersekolah di Putrajaya waktu umur 7 tahun, tiba-tiba Syukur demam. Waktu itu rasa sesuatu tak kena. Lalu di bawa ke hospital selepas nampak tanda bintik-bintik merah dan lepas ambil darah, doktor tengok keputusan darahnya rendah dan itu petanda ada kanser. Selepas keluar result doktor beritahu Syukur ada penyakit Leukimia.

“Waktu di dalam ambulans nak ke HKL, saya bisik pada diri mulai hari ini, bermulalah episod anak saya sebagai pesakit kanser. Sudahlah dia sindrown down, sekarang bertambah penyakit lain. Bermula dari hari itu, Wad KK3, HKL ibarat rumah kedua kepada saya.

IKLAN

“Di wad kanser, rupanya ramai kanak-kanak yang menghidapi pelbagai jenis kanser.  Saya berkenalan dengan ramai ibubapa pesakit kanser kanak-kanak ini dan kami seperti satu keluarga dan saling menyokong antara satu sama lain.  Ramai juga dari ibubapa ini yang berdepan dengan pelbagai masaalah semasa ank-anak mereka menerima rawatan di HKL.

“Jadi, daripada situlah saya tubuhkan kumpulan sokongan kerana kasihan dengan ibu bapa yang masih muda dan tiada sumber kewangan. Dalam masa yang sama mahu beri mereka kekuatan dan tertubuhlah Kumpulan Ibu bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS)” ujar Hamidah sambil memberitahu sambutan diterima baik dan setakat ini sudah ada hampir orang ahli di dalam kumpulan tersebut.

IQ tinggi

Setiap kali anaknya masuk wad, hati ibu gundah gulana dan sentiasa berdoa supaya Tuhan masih panjang kan umurnya dan beri kesempatan pada dirinya untuk membesarkan anak syurganya itu.

“Walaupun dia tidak bersekolah, tetapi tahap IQ dia cukup tinggi. Tanyalah apa sahaja pasti Syukur boleh jawab. Malah, dia juga pandai Google sendiri tanpa perlu kami ajar. Waktu umurnya masuk 11 tahun, doktor cakap kansernya sudah tiada dan sebagai ibu memang gembira dan bersyukur tak terkata.

“Tapi, kegembiraan itu tak panjang apabila Syukur lagi sekali diserang kanser pada usia 12 tahun. Tuhan mahu menduga kami lagi dan doktor cakap tiada harapan. Bayangkan kimo yang perlu Syukur lakukan 3 kali ganda lagi kuat dari sebelum ini.

“Sekali buat kimo, Syukur terus dimasukkan ke ICU dengan ulser penuh di mulut, muntah darah dan sebagainya. Sedih hati sebagai ibu apabila melihat keadaan dia ketika itu. Tapi Syukur seorang yang kuat dan dia jugalah yang menjadi sumber kekuatan saya untuk melalui semua ini.

IKLAN

“Disebabkan dia tak boleh makan, jadi saya kisar bubur dan guna sringe suapkan dia. Bila dia tak boleh makan saya nangis dan terus dia cakap Mami Don’t Cry Mami, I’m Strong. Lepas Tu Dia Sapu Air Mata Di Pipi Saya,”cerita Puan Hamidah yang tidak dapat menahan air mata lalu menangis sebelum ditenangkan oleh anaknya Syukur yang datang memeluk dan melafazkan kata sayang pada ibunya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI