Tenangnya mendengar alunan merdu bacaan al-Quran seorang pelajar tahfiz yang baru berusia 13 tahun menjadi imam di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang.
Perkongsian tular Solat Terawih oleh Facebook Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam dan telah pun disaksikan oleh warganet secara Live beberapa hari lalu telah mendapat pujian ramai.
Imam muda, Muhammad Faris Farhan Mohd Jais, 13, anak sulung kepada pasangan Mohd Fauzi Mohd Jais, 45, dan Norziana Yahya, 39, merupakan pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Darul Hikmah Denai Alam ini telah menjadi imam kepada jemaah masjid berkenaan.
Menurut laporan, pelajar tahfiz tidak menyangka menyahut permintaan mudirnya, Abdullah al-Hakim Zainon yang juga imam di masjid berkenaan, menjadi tular.
“Apabila, saya diminta menjadi imam, saya terus ke hadapan dengan yakin.
“Ia adalah penghormatan dan kepercayaan diberikan kepada saya.”
Pelajar tahfiz berkenaan melahirkan rasa syukur dapat mengikuti pembelajaran di pusat tahfiz berkenaan.
“Alhamdulillah, banyak ilmu diperoleh di maahad tahfiz ini, tambahan ibu bapa dan semua guru sentiasa memberikan kata-kata semangat dan menyokong apa yang saya lakukan.”
Sejak dalam kandungan
Kecemerlangan anak adalah cerminan ibu bapa itu dalam mendidik anak-anak. Menurut bapa kepada pelajar ini, Mohd Fauzi berkata, sejak di dalam kandungan lagi, Muhammad Faris sudah ‘didendangkan’ dengan bacaan al-Quran dan minatnya terhadap aliran agama sejak di sekolah rendah.
“Justeru, saya memilih untuk menempatkannya di maahad tahfiz ini dan meskipun baru beberapa bulan di sini, Muhammad Faris sudah menunjukkan banyak perubahan.”
Sama seperti remaja
Menurutnya lagi, anaknya sama seperti remaja sebayanya yang gemar bermain permainan telefon bimbit dan pelbagai aktiviti sama seperti remaja lain.
“Malah, di rumah, dia tidaklah begitu melihat menghafal al-Quran sepanjang masa, bagaimanapun, salah satu ‘kelebihannya’ adalah dia cepat menghafal apa dibacanya.”
Terdahulu, rakaman secara FB Live itu dibuat menerusi Facebook (FB) maahad tahfiz itu dan kini sudah mencecah lebih 10,000 tontonan sejak 6 Mei lalu.
Terharu lihat rakaman video ini
Menjengah rakaman tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan komen melahirkan kekaguman dan memuji remaj ini yang berjaya mengimamkan jemaah yang lebih berusia daripadanya.
Sumber: Harian metro & Maahadtahfizdarulhikm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau sudah namanya kreatif, memang kadang kala apa yang cuba dihasilkan tidak terfikir dek akal. Ini sebagaimana apa yang cuba direalisasikan oleh seorang ibu apabila anaknya memasuki Pertandingan Pakaian Beragam dengan menghasilkan kostum angkasawan buatan sendiri.
Menariknya, modal yang digunakan cukup rendah tapi memberi impak cukup memukau hingga menawan juri pertandingan tersebut dengan mendapat tempat ke dua.
Apabila dikongsikan daripada mana ibu ini mendapatkan material untuk hasilkan semua kelengkapan seorang angkasawan, terbukti sesiapa pun boleh hasilkannya memandangkan bukanlah terlalu sukar untuk dicari dan membuatnya juga mudah!
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini.
This time nak share deco pakaian beragam anak no 2 pulak. Alhamdulillah… menang tempat pertama jugak dalam Pertandingan Pakaian Beragam sempena Festival Sastera Kanak-kanak di Perpustakaan Negara baru-baru ni.
Barang-barang deco 80% beli dari kedai Eco je. Deco anak sebagai Angkasawan Negara, anak umur 6 tahun.
1. Baju pinjam, helmet dan kasut yang sendiri punya just balut dengan aluminium sheet yang beli dari kedai Eco.
2. Beg buat sendiri, guna botol air gas yang beli dari kedai Eco + kotak terpakai + salur air mesin basuh yang juga beli dari kedai Eco.Lepas tu balut dengan aluminium sheet sama yang guna untuk balut kasut dan helmet tadi yang juga beli dari kedai Eco.
3. Untuk aksesori… yang kat bahagian leher tu guna salur air mesin basuh sama yang beli dari kedai Eco, lepas tu balut dengan aluminium sheet yang sama jugak. Lepas tu batang bendera tu guna batang mop lantai yang dah rosak. lepas tu balut dengan saletip biru yang beli dari kedai Eco, lepas tu letak bendera. Sarung tangan beli dari kedai Diy.
4. Yang untuk sample meteor tu ( konon-konon laa ) guna acuan kuih pakai buang yang beli dari kedai Eco + bekas balang yang juga beli dari kedai Eco dan pengepit kuih yang juga beli dri kedai Eco.
Selamat menyambut cahaya mata ketujuh, penyanyi Datuk Jamal Abdillah memaklumkan dia dan isterinya Datin Zai Izzati membuat keputusan untuk ‘tutup kilang’.
Memetik Astro Gempak, Jamal berkata, dia dan isteri membuat keputusan untuk mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation (BTL) kerana merasakan sudah sampai masanya.
Tambah Jamal lagi, keputusan itu diambil bagi mengelakkan risiko tinggi jika hamil lagi apatah lagi isterinya sudah menjalani proses melahirkan secara Czer sebanyak lima kali.
Pun begitu katanya lagi, dia bersyukur kerana dianugerahkan zuriat lelaki dan perempuan yang ramai.
“Saya sebenarnya dah buat keputusan dengan isteri saya untuk mengikat salut peranakan. Maknanya tidak ada lagi, selepas ini tak ada anak lagi.
“Saya rasa dah cukup, lagipun isteri juga melahirkan secara czer sebanyak lima kali. Saya dan dia risau juga, takut kalau kali keenam czer juga takut pula. Alhamdulillah semuanya sempurna,” katanya.
Terdahulu Jamal dan isterinya selamat menimang cahaya mata kelima mereka, seorang bayi perempuan yang diberi nama Magdalena Yamani.
Jamal dan Zai mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani atau Zack, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 3 dan Rahil Laura Salsabila Yamani, setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu Jamal dikurniakan dua anak lelaki yang juga penyanyi, Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
SUMBER: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi anda yang gemarkan aktiviti berkebun dan bercucuk tanam, menantikan pokok yang ditanam sekian lama mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah lebat pastinya dinantikan sekian lama.
Perkongsian tip oleh pekebun Thailand yang dikongsikan oleh Hafizah BT Ibrahim Fizah ini pasti buat anda tersenyum lebar. Booster penguat hormon yang dikongsikan olehnya langsung tidak terjangka dek akal kita. Menariknya hanya gunakan dua bahan ini iaitu telur
dan yakult. Hebat!
Kalau nak pastikan pokok berbuah lebat sampai patah dahan, jom ikuti cara yang dikongsikan olehnya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.