Buat para wanita, jangan ambil mudah apabila memakai tudung dengan menggunakan jarum.
Namun lain pula kisah remaja ini. Mengunakan jarum peniti untuk membersihkan gigi! Jika cuai ia memudaratkan diri.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Ezairy M.Sallih, Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak, bagaimana seorang pesakitnya telah tertelan jarum peniti ketika memakai tudung.
Moga kisah ini dijadikan ikhtibar.
“Macam mana jarum pin tu boleh masuk dalam mulut awak.. sampai boleh tertelan?” Ini soalan pertama saya aju kepada beliau.
Saya lihat kembali pada x-ray. Ya, memang jelas ada di situ. Seakan tertanam dalam rongga leher!
Pesakit saya ni hanya tertunduk. Teragak-agak pada mulanya.
“Saya nak bersihkan gigi, doktor. Guna pin tu. Kemudian termasuk ke dalam.”
Ads
Subhanallah, terkejut besar saya dibuatnya.”
Saya bawa beliau ke bilik prosedur. Kami gunakan segala alatan yang ada. Dengan bantuan 70 degree scope, kami dapati jarum itu betul-betul tercucuk di bahagian atas salur makanan beliau. Sedikit lagi nak masuk ke salur pernafasan.
“Okey, awak buka mulut. Kami akan tarik lidah awak keluar. Rileks saja. Kalau buat kat sini tak berjaya, kita terpaksa bawa awak ke dewan bedah.” Ujar saya.
Pesakit saya ni sangat kuat. Walaupun kami sebenarnya menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan jarum pin tersebut, beliau ni tetap positif.
Alhamdulillah, dengan kuasa Tuhan. Akhirnya jarum pin ini berjaya dikeluarkan. Beliau tidak perlu dibawa ke dewan bedah.
Ads
Ada dua pengajaran utama daripada kisah ini:
1. Elak menggunakan alatan tajam dan bahaya untuk membersihkan celah gigi. Jarum jangan sekali. Bahaya, tuan-tuan.
2. Jika tersangkut apa-apa pada tekak, ikut langkah yang pesakit saya ini lakukan. Datang segera ke hospital. Kami akan bantu keluarkan. Jangan tunggu saja di rumah.
Adik ni umurnya baru 13 tahun. Tetapi semangat beliau kuat.
Doakan beliau ni terus sihat. Dan kita mendapat pengajaran berguna daripada kisah ini.
Ads
P/s Gambar ini diambil atas keizinan pesakit dan ibunya. Lihat bagaimana jarum pin yang tertanam di bahagian atas salur nafas dan salur makanan beliau. Alhamdulillah pin tersebut berjaya dikeluarkan
Dalam pada itu, diruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa bimbang dan terkejut melihat perkongsian berkenaan.
“This really scary mr. Doc. I can’t imagines it how struggled and painful was her at that time.”
“Aduh menakutkan. Tp dalam tempoh tu dia boleh relax bertahan. Hebat juga lah dia.”
“Saya pun selalu guna jarum…seram tgk apa yg doktor tunjuk ni…alhamdulillah..moga adik ni cepat sembuh.”
Penantian kira-kira 32 tahun berakhir apabila impian Datuk Rosyam Nor untuk menimang cucu lelaki pertama tercapai.
Dia sebelum ini sudah pun mempunyai tiga cucu perempuan. Berita gembira itu dikongsikan Rosyam menerusi laman Instagramnya.“32 TAHUN! Alhamdullilah. Lama sangat tunggu. Terima kasih Allah kerana kurnianMu.
“HASIL PERKAHWINAN AKU. Dikuniakan 5 anak perempuan. Alhamdullilah. HASIL PERKAHWINAN ANAK SULONG @_nieshafiz. Dikuniakan 3 Cucu Perempuan. Alhamdullilah,” tulisnya Di kapsyen.
Pelakon drama Castello Itu juga turut bertanya kepada pengikut akan nama sesuai yang boleh diberikan buat cucu terbarunya itu.
“Proses Panjang Selama 32 Tahun. Tunggu Sang Hero. Alhamdullilah semalam anak aku @_aniskiss selamat melahirkan. Alhamdullilah.
“CUCU LELAKI, yeyyyy. Terima kasih Doktor dan staff di @andorrahospitalofficial. Apa nama nak letak ni?,” ujarnya lagi sambil memuatnaik sekeping gambar.
Meruntun jiwa tatkala mendengar laungan si anak yang memanggil-manggil ayahnya namun tiada lagi sapaan dari si ayah. Satu perkongsian video kanak-kanak berusia 8 tahun yang berada di sebuah tanah perkuburan mengundang sebak warga maya.
Tatkala sekumpulan petugas kesihatan sedang membawa jenazah ke liang lahad, si anak ini memanggil-manggil ayahnya. Rupa-rupanya jenazah itu adalah ayahnya yang sudah pergi buat selama-lamanya akibat wabak covid-19.
Disebabkan itu, keluarga tidak dibenarkan untuk mengiringi jauh sekali mendekati jenazah sehingga ke tapak perkuburan.
Si anak hanya mempu melambai-lambai dari kejauhan sambil memanggil si ayah. Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai yang cukup sebak dan mengharapkan si anak tabah dan kuat dengan dugaan tersebut.
Walaupun sekolah sudah dibuka, kita pun perlu meneruskan hidup seperti biasa tetapi ibu bapa jangan lupa untuk pastikan anak-anak untuk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam endemik COVID-19.
Bukan sahaja anak-anak, ibu bapa juga perlu tahu tanggungjawab sendiri selepas anak-anak pulang ke sekolah. Jom semak apa yang perlu dibuat dari ke sekolah hingga balik. Semoga kita semua terhindar dari wabak ini, insyaAllah.
Jom ketahui checklist anak masuk sekolah yang penting untuk disediakan!
Melakukan persediaan sebelum menghantar anak ke sekolah adalah penting, bukan sahaja untuk keselamatan mereka, tetapi juga dapat mengurangkan kebimbangan anda.
Ia terutamanya jika si kecil baru memasuki darjah 1. Ini kerana situasinya adalah berbeza sama sekali semasa mereka di tadika mahupun prasekolah.
Antara peraturan wajib apabila sekolah dibuka adalah mengenai pemakaian pelitup muka. Berikut tip yang boleh anda pertimbangkan:
Sediakan beberapa keping pelitup muka ekstra setiap hari. Pastikan juga anda menyediakan beg penyimpanan (resealable bag) untuk anak menyimpan pelitup muka apabila tidak memakainya seperti ketika waktu rehat.
Sekiranya perlu, anda boleh melabelkan pelitup muka anak dengan jelas supaya tidak tertukar dengan rakan-rakannya yang lain.
Ajari anak untuk memakai dan menanggalkan pelitup muka dengan betul
Ingatkan kepada anak untuk sentiasa mencuci tangan terlebih dahulu sebelum dan selepas menyentuh pelitup muka mereka.
Didik anak untuk tidak berkongsi atau menukar pelitup muka mereka dengan rakan kelas yang lain
Sekiranya bimbang mengenai ketidakselesaan anak yang perlu memakai pelitup muka sepanjang sesi persekolahan, anda boleh menyediakan pelindung muka (face shield).
Tetapi pastikan anda menyemak sama ada peraturan sekolah anak membenarkan pemakaian face shield atau tidak terlebih dahulu.
Amalkan penjarakan selamat di sekolah
Selain pemakaian pelitup muka atau face mask, penjarakan sosial atau penjarakan fizikal juga termasuk dalam checklist anak masuk sekolah yang penting.
Amalan ini dapat mewujudkan ruang yang cukup antara individu bagi mengurangkan penularan penyakit.
Situasi ini boleh dipastikan ketika di dalam kelas, tetapi bagaimana pula jika di luar kelas?
Jadi, di sinilah pentingnya untuk memainkan peranan anda sebagai ibu bapa. Nasihat dan didik anak supaya tidak berkumpul atau berada terlalu dekat dengan rakan-rakannya.
Bekalan semasa rehat
Sebelum COVID melanda, waktu rehat adalah masa yang paling ditunggu-tunggu. Terbayang di fikiran pelbagai makanan yang dijual di kantin sekolah.
Tetapi buat masa kini, cara yang terbaik adalah dengan membekalkan anak makanan untuk dimakan ketika waktu rehat.
Jika berkesempatan, ibu boleh menyediakan bekalan makanan kegemaran anak, pastinya ia akan dapat membantu menaikkan selera mereka. Jangan lupa untuk selitkan buah-buahan sekali, okay? Barulah dikatakan satu hidangan yang sihat!
Penting untuk memastikan tangan sentiasa bersih
Didik anak untuk mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat, ini terutamanya sebelum dan selepas makan atau selepas membetulkan pelitup muka.
Ajari mereka teknik mencuci tangan yang terbaik – membasahkan tangan dengan air terlebih dahulu, pam dispenser sabun. Kemudian gosok tangan, termasuk di antara celahan jari selama 15-20 saat. Akhir sekali, bilas tangan dengan air sebelum dikeringkan.
Namun sekiranya anak tidak mempunyai akses kepada air terutamanya jika mereka makan di kelas sewaktu rehat, gunakan hand sanitizer.
Jadi, jangan lupa bekalkan sekali gel pembersih tangan untuk anak ya?
Pesan juga kepada anak untuk mengelakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulutnya.
Duduk rumah jika tidak sihat
Sekiranya anak tampak tidak sihat atau mengalami gejala COVID-19, sebaiknya biarkan mereka berehat di rumah. Antara simptom yang perlu diperhatikan adalah:
-Demam
-Hidung tersumbat atau hidung berair
-Batuk
-Sakit tekak
-Sesak nafas
-Keletihan
-Sakit kepala
-Sakit otot
-Loya atau muntah
-Cirit-birit
-Kurang selera makan
-Kehilangan rasa atau bau
-Sakit perut
-Mata merah
Sekiranya keadaan anak membimbangkan, bawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan doktor segera.
Rutin pulang ke rumah
Langkah pertama yang perlu dijadikan sebagai rutin harian apabila pulang dari sekolah adalah untuk meminta anak mencuci tangan.
Sebagai ibu bapa, anda tidak dapat mengawal apa yang anak-anak lakukan di sekolah. Jadi penting untuk memastikan anak mencuci tangan dan mandi sebaik sahaja pulang ke rumah.
Rutin lain yang boleh dibuat apabila anak balik ke rumah adalah untuk melakukan prosedur disinfeksi barangan sekolah anak seperti beg galas dan bekalan sekolah lain seperti bekas makanan dan minuman.
Lakukan juga prosedur tersebut untuk barangan harian sekolah seperti alatan menulis kerana ada kemungkinan mereka mungkin berkongsi item dengan rakan-rakan lain. Jangan lupa untuk menambah bekalan pelitup muka anak sekali, okay?
Ramai tahu Cik B adalah taukey Salmon Skin Salted Eggs dan perniagaannya semakin maju. Terbaru mengejutkan peminatnya, apabila Cik B mendedahkan perbelanjaan RM300,000 sebulan dan outfit bernilai mencecah RM100,000.