Remaja dirempuh kereta Polis – “Anak yang saya sayang hilang sekelip mata.” Detik cemas yang dilalui seorang ibu apabila melihat sendiri anaknya dalam keadaan sawan selepas terlibat dalam kemalangan maut, masih segar dalam ingatan. Lebih memilukan, ibu itu sendiri merupakan jururawat yang bertugas pada malam kejadian.
Remaja Dirempuh Kereta Polis – “Anak Yang Saya Sayang Hilang Sekelip Mata”
Norliza Mohd Salleh, 44, berkata insiden itu berlaku pada 28 Julai lalu ketika dia baru sahaja memulakan syif malam di Hospital Yan. Menurutnya, dia sudah berada di Jabatan Kecemasan ketika kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba membawa mangsa.
“Saya tunggu di kecemasan dan apabila kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sampai, sebaik buka pintu, luluh hati saya lihat anak dalam keadaan tidak sedar,” katanya sebak.
Tambah Norliza, walaupun tiada kesan luka luaran pada tubuh anaknya, namun hasil pemeriksaan doktor menunjukkan kecederaan serius di bahagian kepala.
Norliza menjelaskan, tidak sanggup melihat rakaman video CCTV yang tular membabitkan anaknya.
“Memang terlalu sedih…anak yang saya sayang hilang sekelip mata,” luahnya.
Anaknya, Muhammad Nur Iman Danial Mohd Roshidi, 16, telah terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat pekan Guar Chempedak bersama sebuah kereta yang dipandu oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan.
Siasatan awal melalui rakaman CCTV menunjukkan kenderaan yang dipandu anggota terbabit dari arah Jenun ke Yan tidak berhenti ketika lampu isyarat merah, lalu merempuh motosikal ditunggang Muhammad Nur Iman yang datang dari arah Alor Setar ke Gurun.
Ads
Akibat daripada perlanggaran itu, remaja berkenaan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sebelum disahkan meninggal dunia tiga hari kemudian.
Norliza ditemui media di pekarangan Mahkamah Majistret Gurun, Rabu lalu ketika hadir untuk mengikuti prosiding kes pertuduhan terhadap anggota polis terlibat, Koperal Azhar Mat Saini, 52, yang didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian anaknya.
Mohd Roshidi dan Norliza (dua dari kiri) ditemani ahli keluarga di Mahkamah Majistret Gurun pada Rabu.
Dalam pada itu, Norliza turut menyatakan bahawa dia tidak sanggup untuk melihat rakaman CCTV yang kini tular dan merakam detik kemalangan membabitkan anaknya.
Ads
Sementara itu, suaminya Mohd Roshidi Alias, 44, memaklumkan bahawa mereka sedang merancang untuk melantik peguam pemerhati bagi memastikan keadilan ditegakkan.
“Kami akan ikut setiap perkembangan kes ini malah kami rancang lantik peguam. Saya anggap ini (pertuduhan di mahkamah) adalah permulaan bagi keadilan buat anak saya,” katanya.
Belum pun hilang trauma ketika melahirkan anak, sudah ada pertanyaan bila pula nak tambah yang baru. Itu antara persoalan yang diajukan buat kaum ibu-ibu.
Sebagai ibu yang baru melahirkan anak, sangat penting dalam merancang jarak kehamilan anak seterusnya. Lebih-lebih lagi jika proses bersalin dilakukan secara pembedahan. Dalam hal ini, yang paling utama jangan abaikan fizikal dan emosi ibu-ibu.
Ini kerana badan perlukan rehat, kesihatan dan luka dalaman perlu dipulihkan terlebih dahulu, sebelum bersedia untuk melalui proses kehamilan dan bersalin sekali lagi.
Pelbagai kaedah boleh dicuba bagi merancang kehamilan seperti pengambilan pil perancang keluarga, susuk implant berhormon, suntikan cegah kehamilan, penggunaan kondom mahupun rancang secara sendiri (Natural method).
Perkongsian Dr Farhanah Ibrahim Pegawai Perubatan dari Eva Emily Clinic, klinik ibu dan anak berkongsi kisah mengenai penerimaan yang berbeza oleh pasangan suami isteri tatkala diberitahu mengenai berita kehamilan. Sang suami cukup teruja, manakala isteri pula seolah-olah keliru.
Rupanya ini kandungan ketiga, anak pertama baru berusia 3 tahun. Anak kedua baru beberapa bulan, masih menyusu badan.
Ikuti kisah pasangan ini dan juga tip dikongsikan oleh Dr Farhanah terutama untuk kaum bapa dalam memahami bab merancang keluarga.
Satu hari, sorang wanita datang klinik, katanya nak confirmkan pregnancy. UPT dah buat, positive. Dia mai nak scan ja.
Masa dia masuk bilik, kakhana terkejut tengok seorang wanita yang pucat lesi, lemah tak bermaya. Mungkin dia mabuk teruk, kesiannya.???
Dia datang ditemani suami. So suweet.
Lepas kakhana scan, tahniah! Kandungan dah nak masuk 9 minggu!
Tapi kakhana pelik, takda senyuman di wajahnya. Infact, dia nampak very unhappy.
Rupanya ini kandungan ketiga, anak pertama baru ~3 tahun. Anak kedua baru beberapa bulan, masih menyusu badan.
Si isteri terjelepuk lesu atas kerusi. Nampak riak kepenatan yang jelas di wajah.
Suami pulak bersorak gembira “Kami kawen baruuu nak masuk 4 tahun Dr, anak dah nak masuk 3! Alhamdulillah, rezeki.”
Kakhana senyum, “Alhamdulillah. Lepas ni bolehlah bagi isteri rehat sekejap ya encik.” Ada nada serius dalam gurauan.
Suami jawab “Eh, dia ni ibu cemerlang Dr, semua dia boleh buat. Mengasuh anak 2 orang tu pun dia yang buat sorang. Saya selalu takda Dr, outstation”.
Bangga betul suami dengan isterinya. Alhamdulillah, pujian melambung untuk isteri mithali.
Si suami kerja menjaga keselamatan negara. Jarang-jarang ada di rumah.
Kakhana pandang isteri, ada jelingan di hujung mata. Dari helaan nafasnya, kakhana tau perasaan si isteri bercampur baur. Paham sangat feeling tu.
Kakhana tanya, “Puan OK?”
Isteri just jawab, “Entahlah Dr, macam tak bersedia. Anak semua kecik-kecik lagi”
(Tak sikit isteri yang mai klinik nak minta gugurkan kandungan sebab terlalu penat emosi, letih jasmani, lelah rohani, tak bersedia nak menanggung jerit perih mengandung lagi)…
Kakhana pun pujuk, “Lepas yang ketiga ni, mungkin boleh ambik perancang. Kasi badan rehat sikit. Nanti bincanglah dengan suami”
Isteri nampak berminat. Kakhana pun terangkan satu persatu. Walaupun dia baru disahkan mengandung tak lepas pun lagi trimester pertama, tapi kes-kes tertentu kakhana akan ambik masa cerita pasal perancang keluarga di peringkat awal. Akhirnya dia hampir setuju dengan method IUCD.
Tapi suami pula tak sokong.
“Eh tak perlulah Dr. Isteri saya ni OK je Dr. Selama ni pun tak rancang, OK je dia. Nak masuk-masuk alat ni tak bahaya ke? Saya rasa tak perlu perancang la Dr. Sayang steady je, kan sayang?”
Eh eh eh.
Abam polis tak boleh ke baca bahasa badan dan riak wajah sang isteri. Aduhaiii janganlah syok sendiri abam…? #tepukdahi
Dalam merancang keluarga, mengasuh dan mendidik anak-anak, suami isteri perlu work as a team. Tak boleh salah satu bertepuk sebelah tangan.
Kakhana pernah dapat ibu yang dah 2 kali czer, baby baru 6 bulan dah mengandung. Sebab suami tak izinkan ambil perancang. Kat luar sana ramai isteri dalam keadaan tersepit.
Pendapat peribadi kakhana, dalam kes tertentu yang kandungan boleh mengancam nyawa isteri, ambiklah perancang walaupun TANPA IZIN SUAMI.
Isteri wajib taat pada perkara yang tak bertentangan dengan agama. Bukankah agama tegah meletakkan nyawa dalam bahaya? Kalau mengandung tu boleh membahayakan nyawa si ibu, sedangkan suami tak izinkan ambil perancang, batal tak kewajipan mentaati suami saat itu? Hmmm #sistanyaje #BiarUstazUstazahVerify
. BUAT PARA SUAMI MITHALI:
1. MERANCANG KELUARGA #ILMU YANG ANDA PERLU TAHU
Salah satu ilmu yang lelaki WAJIB ambil tahu bila kawin selain bab nafkah, penjagaan anak dan pengurusan rumahtangga, kena masuk sekali kesihatan reproduktif, ilmu asas fisiologi kehamilan dan penyusuan, dan tambah jugak ilmu perancang keluarga dari sudut sains dan islam.
Nak kawin bukannya kena pandai syahadah, baca fatihah dan terer jadi imam je. Ilmu biologi pun penting jugak bang.
. 2. MERANCANG KELUARGA PERLU #KERJASAMA KEDUA-DUA PASANGAN SUAMI ISTERI
Ada kes ibu berisiko tinggi tak nak ambil perancang sebab suami tak bagi, nak rancang sendiri. Tapi pihak suami tak boleh konsisten dan tak mampu beri kerjasama, asyik terbabas dek nak puaskan nafsu sendiri.
Yang menanggungnya isteri juga. Dari mabuk muntah dah macam mayat hidup, letih mengandung dengan segala risiko yang mengancam nyawa, sakit bersalin, cucuk spinal nak operate, kena jahit berlapis-lapis, pastu baby meragam dalam pantang, lelah menyusu lagi. Tu belum masuk nak mengasuh anak-anak kecik lain yang juga dahagakan perhatian.
Tak mustahil, ni boleh jadi punca isteri gila meroyan dan murung lepas bersalin (Postpartum Depression).?
Parenthood itu pengalaman indah, tapi ianya tidak mudah. Satu perjalanan yang memerlukan kekuatan fizikal, mental, emosi dan rohani yang kuat. Support suami juga sangat penting. Biarlah setiap kandungan itu benar-benar planned and wanted pregnancy.
. 3. MERANCANG KELUARGA BUKAN BERERTI #MENYEKAT REZEKI
Tolong perbetulkan konsep ni. Yes betul, anak itu rezeki. Tapi merancang dan menjarakkan kehamilan tak bermaksud TOLAK REZEKI Allah. Rezeki perlu kita urus sebaiknya.
Macam duit, duit pun rezeki. Tapi kita boleh plan berapa RM nak sedekah, berapa RM nak bagi kat isteri, mak ayah, berapa RM nak masuk simpanan sendiri dan anak-anak, etc etc. Bukannya dapat duit habis berjoli sebab “duit kan rezeki”.
Sama juga, merancang dan menjarakkan kehamilan ni satu kaedah mengurus rezeki yang Allah bagi. Anak-anak memang rezeki, tetapi anak-anak pun amanah. Pendidikan, kesihatan, makan minum, didikan agama, semua tu nanti Allah akan persoal kat akhirat. Jangan lupa juga, kesihatan diri pun amanah. Sebaiknya ukurlah kesihatan, kemampuan, kesediaan diri sebelum mengandung lagi.
. 4. MERANCANG KELUARGA BUKAN #MEMBUNUH
Lagi satu, ada juga yang takut berdosa sebab anggap kaedah perancang keluarga ibarat membunuh janin. Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Merancang ni kita mengelakkan persenyawaan dan mencegah kehamilan, bukannya menggugurkan kandungan. Janin tak terbentuk pun lagi, jadi tak timbul isu membunuh di sini.
. 5. MERANCANG KELUARGA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN #ISLAM
Kalau kesihatan isteri dah terjejas lepas bersalin, Islam tak larang family planning. Bahkan dalam kes berisiko tinggi, kaedah perancang keluarga sangat dituntut kalau kehamilan tu boleh mengancam nyawa si ibu.
Kehamilan, bersalin, berpantang & menyusukan anak bukan hal kecik. Allah sendiri mengiktiraf pengorbanan wanita dalam beberapa tempat dalam Al-Quran. Kesusahan atas kesusahan, wahnan ‘ala wahnin. Itu yang wanita alami.
Ada satu pasangan, baru kawin lebih kurang 7 tahun, isteri dah megandung anak ke5. Masa nak guna perancang, ramai suami “islamik” yang bagi bermacam dalil untuk melarang. Ada yang anggap ia menolak rezeki dan sebagainya. Masa pasangan ni dah hamil anak ke5 dalam keadaan jarak anak-anak ~setahun sorang, tiba-tiba suami “islamik” tadi mula mencari-cari dalil untuk “menghalalkan” induced abortion (mereka nak gugurkan kandungan) atas alasan tak bersedia dan menjejaskan kesihatan isteri.
Wahai suami, dari awal lagi islam tak melarang kaedah perancang keluarga. Hukum amnya adalah harus.
Berbincanglah & decide sama-sama. Boleh bincang dengan doktor jika ragu.
. Tak dinafikan, ada juga sahabat kakhana yang memang nak anak ramai 1-2 tahun seorang. Ada yang suami isteri bisnes sendiri, usahawan internet dan mostly duduk di rumah. Suami isteri mengasuh dan didik anak sama-sama, mereka mampu dan mahu. Jika si isteri bukan kategori berisiko tinggi, dipersilakan.
. Tapi dalam kes kat atas tadi, dalam keadaan suami pun selalu outstation, tugasan rumahtangga semua letak atas bahu isteri sampai dia sangat letih fizikal, letih emosi dan stress, tak salah kalau suami “kasi can” isteri tu “take a break” dulu dua tiga tahun ke. Bagi hak anak menyusu sampai 2 tahun dulu ke.
. Isteri & anak-anak kan amanah. Bukan je wajib bagi perlindungan, tempat tinggal dan makanan halalan toyyiban, tapi jangan lupa nafkah kasih sayang, didikan agama, ajarkan tentang Allah dan Rasul, jaga solat, ajar al-Quran, dan lain-lain.
Suami janganlah begitu bangga zuriat berderet, “hebat aku dapat ramaikan umat Nabi” tapi tetiba lepas tu semua urusan anak-anak pas kat isteri 100%. Eh?
Takutlah pada Allah. Semua amanah ni akan ditanya satu persatu kat akhirat sana.
Sekadar sharing dan pendapat peribadi dari sudut pandang seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu dan seorang doktor. Nasihat terutama untuk diri sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bulan Mac yang lalu, pasangan selebriti Syamsul Yusoff dan Puteri Sarah telah menimang cahaya mata kedua mereka.
Bayi perempuan yang diberi nama yang cukup indah dan sedap maknanya iaitu Sumayyah binti Mohd Syamsul. Sebelum ini, pasangan tersebut telah mempunyai seorang anak lelaki bernama Syaikhul Islam.
Baru-baru ini, Syamsul Yusoff menerusi laman instagramnya ada memuat naik gambar terbaru anak-anaknya. Perkongsian tersebut mendapat maklum balas daripada netizen, rata-rata memuji wajah comel dan segak anak pasangan tersebut.
Malah ramai mengakui anak kedua pasangan ini mirip Syamsul Yusoff. Tak kurang juga yang mengatakan Sumayyah adalah kombinasi wajah Puteri Sarah dan juga Yusoff.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hujung minggu lalu, tular sebuah video di media sosial seorang wanita menunggang motorsikal sambil membawa warga emas. Lebih menyentuh hati dan menimbulkan rasa sebak orang ramai apabila video dirakamkan ketika cuaca panas terik dan wanita tersebut memegang sesuatu untu mengelakkan warga emas tadi terkena panas matahari.
Sejak video itu ditontoni oleh ramai orang, rata-rata berniat untuk mencari individu dalam video tersebut untuk diberikan bantuan.
Susulan dari itu, seorang pengguna aplikasi Tiktok bernama anaz_aziz telah bertemu dengan wanita berkenaan. Berdasarkan perkongsian tersebut, dia tidak tahu bahawa dia dan ibu saudaranya tular di media sosial.
Saya terkejut pagi tadi tiba-tiba dah viral, sedangkan yang viral tu pun saya tak tahu. cuma saya dapat tahu bila tengok kat whatsapp.
Tambahnya yang dikenali sebagai Puan Yati, tidak berniat untuk mendapatkan sumbangan bukan sebab sombong diri tapi di luar sana lebih banyak yang memerlukan. Malah, Puan Yati juga meminta untuk orang ramai henti sebarkan maklumat dirinya.
“Benda ni sebenarnya agak mengganggu privasi saya, telefon tak pernah berhenti dari pagi tadi.
“Saya mohon minta dipadamkan (sharing Nama penuh, no telefon dan termasuk alamat), dan saya berharap kuasa netizen tak berhenti di sini kerana lebih ramai yang memerlukan, yang benar-benar memerlukan.
“Saya ucap ribuan terima kasih peristiwa ini berlaku dan saya mohon untuk mereka yang tidak memiliki ahli keluarga yang OKU, untuk sama-sama cakna dengan OKU yang ada sekeliling.
“Dugaan menjaga OKU tak mudah, yapi mereka adalah insan yang terindah dalam hidup,” katanya sambil memberitahu ibu saudaranya di sini hanya sementara kerana rumah di kampung terlibat dengan banjir.
Tambahnya lagi, bagi yang nak membantu boleh bantu perniagaannya sebagai agent Amway dan aiskrim potong di tiktok @hijrahsoleh1.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengagumi keperibadian Puan Yati yang bersyukur dengan rezeki yang ada, malah ada juga mendoakan yang terbaik dan mengajak orang ramai untuk membantu perniagaannya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.