Pernah tak bayangkan, tempat yang anda bekerja sekarang ni, iaitu satu-satunya tempat punca rezeki anda dan keluarga mengalami masalah kewangan sehingga menyebabkan anda perlu diberhentikan kerja dengan serta merta? Tak mampu nak terjangkau dek akal kan?!
Tapi itulah yang dihadapi oleh pemuda yang bernama Zaini Amar, Ketua Pegawai Eksekutif ZAMARA di mana dia terpaksa meninggalkan tempatnya mencari rezeki selama 9 tahun dan berhadapan dengan masalah tersebut sendirian dengan memilih untuk tidak memberitahu keluarga terutamanya ibu bapanya.
“Saya banyak hantar resume, saya dah jemu pergi ke interview, dipanggil tapi tak dapat. Tapi dalam masa yang sama, saya ada satu skill dalam bidang seni iaitu bidang buat grafik di mana job pertama saya adalah bisnes card, untung 5 ringgit masa tu.
“Daripada keuntungan 5 ringgit tadi tu saya print sendiri flyers saya, syarikat saya sendiri dan saya mengedarkan flyes itu di lampu isyarat. Saya merahsiakan saya diberhentikan kerja dari ibu ayah saya, saya sedaya upaya merahsiakan dari keluarga saya,” katanya ketika menceritakan detik kejatuhan dalam hidupnya.
Ads
Sudah diberhentikan, nak mula bisnes tetapi diuji lagi apabila flyers yang diedarkan pada orang ramai akhirnya masuk ke dalam longkang! Namun, kegagalan yang dihadapi tidak diratapi tetapi menjadi penguat untuk terus positif dan kini mampu membuka butik miliknya sendiri!
“Sewaktu saya edarkan flyes saya, tentang syarikat printing saya yang kecil tu, saya lihat flyes-flyes saya dibuang di dalam longkang dan masa itu saya tengok dia dihanyutkan dalam air longkang tadi.
“Remuk hati saya masa tu tapi saya counter back balik dengan positif side apabila saya cuba memikirkan mungkin risalah saya kurang menarik, mungkin ada benda yang kurang daripada saya sehingga saya berjumpa dengan sepupu saya iaitu, abang Amin Idris. Beliau banyak membantu saya, menaikkan semangat saya dalam bidang perniagaan.
Ads
“Arwah adik saya, Azlan dia juga mendorong saya dalam bidang perniagaan sebenarnya. Kami dah set dah tetapi nasib tak menyebelahi, dia terlibat dalam kemalangan di Sungai Buluh dan meninggal dunia serta merta. Saya teruskanlah niat dia, InsyaAllah,” tambahnya.
Ads
Sebagai penutup, Zaini juga sempat meninggalkan kata-kata semangat bagi peniaga baru di luar sana untuk kekal kuat meskipun banyak cabaran yang melanda kerana cabaran itu adalah proses menjadi peniaga yang matang.
” Kalau kita nak ceritakan tentang cabaran, kita ni mana-mana pun kalau kita nak pergi tidur pun ada cabaran kan? Ramai orang di luar sana nak berniaga, ada jalan singkat nak berjaya tetapi kena ingat proses nak jadi ahli peniagaan itu bukan mudah. Walau apa saja cabaran yang ada, sebenarnya itu adalah proses untuk kita menjadi seorang peniaga yang matang.” jelasnya.
Untuk video penuh, boleh tonton di bawah ini :
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap yang hidup pasti akan mati jugak suatu hari nanti. Begitu juga kita dan pasangan kita. Kepada isteri apabila pemergian suami, banyak perkara yang perlu diuruskan oleh isteri atau ahli keluarga termasuk kewangan untuk meneruskan kehidupan. Lebih menyedihkan jika isteri itu tidak bekerja.
Oleh itu, untuk mengelak mengalami kesukaran, ada beberapa perkara yang isteri kena ambil peduli sebagai persediaan. Bukannya hanya kesedihan menyelubungi jiwa. Semua ini perlu dilakukan supaya tidak mengalami kesusahan selepas kematian suami.
Tampil memberi kesedaran kepada isteri terutama surirumahtangga, Azizul Azli Ahmad berkongsi panduan apa yang isteri kena tahu sebelum suami meninggal dunia.
1. Melahirkan anak adalah wanita, yang diceraikan adalah wanita, yang turun naik mahkamah adalah wanita, yang tuntut nafkah adalah wanita, bila suami meninggal tinggallah wanita.
2. Kos sara hidup meningkat setiap tahun, jika tahun 2007 makan diluar memerlukan RM20 sehari. Tahun 2017 kos makan diluar meningkat kepada RM64 sehari.
3. Galakkan suami atau isteri jana pendapatan kedua. Hartanah atau rumah sewa paling mudah jana pendapatan semasa. Cukup bulan kutip sewa.
4. Galakkan suami juga ambil Perlindungan Pendapatan, jika meninggal atau ditimpa bencana boleh dapat pampasan.
5. Katakan gaji suami RM2000 x 12 bulan / 0.05 = RM480,000. Minta suami hibahkan atas nama isteri tercinta.
6. Jika suami dijemput pergi dapat duit ini letak dalam ASB atau Tabung Haji. Jika kadar dividen 7.25% setahun dapat RM34,800. Sebulan ada sumber pendapatan RM2,900.
7. Boleh jaga anak yang ditinggalkan, tanpa isteri kahwin lagi dengan Dato Kaya Boroi atau YB politik berlagak berjaya.
8. Wanita belajarlah jana pendapatan kedua dengan hartanah. Belajar beli rumah dan sewakan segera.
Almari pakaian antara ruangan dalam rumah yang paling kritikal untuk dipastikan agar sentiasa kemas tersusun rapi. Apatah lagi jika anak-anak akan sesuka hati menarik pakaian yang berlipat dan sekali gus menjadikan keadaan berselerak. Keadaan ini, bukan sahaja menyebabkan mata kita sakit memandangnya, malah hati kita pun menjadi geram dan marah dibuatnya.
Namun berbeza sekali bila kita lihat keadaan almari pakaian milik keluarga Emi Erdayu Jasmi ini yang dikongsikan di facebook. Nampak begitu tersusun rapi dan buat ramai antara kita boleh cemburu melihat kekemasannya itu.
Bagaimana dan apa rahsianya, jom kita semak perkongsian ringkas daripadanya untuk kita jadikan panduan.
Deco bilik baju.. takde deco lebih pada susunan dan kekemasan je
Almari open konsep
Putih– kedai perabot ada pintu tapi saja tak pasang selit belakang almariRak buku — kedai perabot kos keseluruhan +- rm300
Tempat gantung baju kurung — ikea Tempat gantung kemeja / seluar keje — ikea Setiap bakul — kedai eco/rm2 Label– buat sendiri print laminate Kaseh,indah,suri,ikhlas– nama anak incase kalau nak tanya kenapa tshirt ikhlas, baju ikhlas. ..tu nama anak anak saya
Bilik ni kami setup dari tahun 2016 setakat ni masih kukuh,cuma ada penambahbaikan dari tahun ke tahun
Cara susunan konmari baru mula tahun lepas bila masuk group dr.hani
Habuk tak?— ye berhabuk tapi tak tebal sebab saya memang hujung minggu mengelap,menyapu,vacum dan mop.. sentiasa bersihkan.
Nyamuk tak?— alhamdullilah tak ada lagi sarang nyamuk
Tikus ada x?— alhamdullilah takde
Anak tak sepahkan ker?– ni bilik ibu, anak anak yang berusia 7,5 dan 3 alhamdullilah pandai ambik sendiri ,citarasa sendiri kan..ibu ambik serba tak kena..kiki
bekerja ke suri rumah?— ye saya kerja .. 8-5..
Bila uruskan rumahtangga?— setiap masa, cuma urusan kain baju 2 hari sekali basuh , melipat menyusun dihujung minggu, kalau sikit terus lipat dan susun.
Iron dulu ke sebelum lipat?— tak..nak pakai baru iron, urusan iron tu bahagian suami, saya lipat susun dan pilih je mana nak di iron
sumber : Maktam Ayu via Deko Rumah Ku Syurga Ku
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi menyatakan hasratnya menyambung pelajaran bagi mendapatkan gelaran Doktor Falsafah meskipun kini meniti usia 70 tahun.
Memetik laporan Utusan Online, seniwati Fauziah Nawi kini sedang mengintai peluang untuk menyambung pengajian yang sesuai untuk merealisasikan hasratnya mengenggam doktor falsafah (PhD).
Sarung jubah dan topi graduasi lebih seronok berbanding trofi menang anugerah
Fauziah yang juga graduan ijazah sarjana daripada Open Universiti Malaysia serta diploma dalam bidang lakonan daripada Meatech Creative Academy berkata, dirinya sangat gembira disaat menyarung jubah dan topi semasa majlis graduasi berbanding membawa mana-mana trofi anugerah kemenangan.
“Bila naik atas pentas dan pakai topi semasa majlis graduasi, saya rasa seronok sangat. Lebih gembira daripada dapat trofi anugerah. Lebih-lebih lagi saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik,”luahnya.
Fauziah juga meluahkan rasa syukur kerana perjalanannya menimba ilmu dipermudahkan dengan pertolongan bantuan daripada rakan-rakan termasuk anak yang snaggup mengikuti kelas diploma yang sama dengannya.
“Nasib saya baik sebab kawan-kawan ramai yang bantu. Anak saya yang sudah memperoleh ijazah daripada pusat pengajian di United Kingdom sanggup ambil kelas diploma yang sama demi memberi sokongan kepada saya untuk belajar,” luahnya.
Fauziah yang baru sahaja menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kurniaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga tidak menafikan menerima layanan dan bayaran lebih baik sejak menggenggam sijil kelayakan berbanding dahulu.
“Sebelum ini, bila tiada sijil atau kelayakan, orang hanya berikan token sebagai bayaran.
“Penting rupanya kelayakan apalagi jika kita berurusan dengan kerajaan. Kadang universiti pun ada panggil. Mereka bayar harga lain sesuai dengan taraf pendidikan kita.
“Untuk saya kelayakan banyak membantu. Jika orang tak panggil saya berlakon, saya akan mengajar. Contohnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya mengajar dalam talian. Bayaran tidaklah banyak mana, namun cukuplah hidup,” tambahnya lagi.
Pelakon telefilem Quran Pondok Buruk berkata demikian pada sidang akhbar memorandom perjanjian antara Metrowealth International Group (MIG) dan Meatech Creative Academy di Wisma Metrowealth semalam.
Sumber: Utusan (Wafa Aula)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di