Bagi yang baru nak belajar memasak daging korban yang diterima sempena AidilAdha, bolehlah sediakan menu rendang yang pastinya akan digemari ramai. Seakan tidak lengkap pula kalau di hari raya ini tidak dapat menikmati enaknya rasa rendang.
Nak pastikan rendang yang dimasak sedap menepati citarasa, ada tip yang boleh anda lakukan. Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.
Selamat mencuba.
Rendang Daging Raya PKP. Dijamin sedap menjilat jari.
Bahan dikisar:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
3 batang serai
Bahan lain:-
500grm daging lembu
1/2 kotak santan
5 sudu cili kisar
1 biji bawang besar dipotong halus
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji ketumbar
2 sudu besar kerisik
5 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
Asam keping
Cara-cara memasak:
Bahan pun yang simple je.
Biji ketumbar, jintan manis dan putih disangai dulu bagi naik bau.Sepatutnya jintan tu jenis biji, kat rumah tak ada jadi saya guna je yang serbuk. Masuk dalam lesung batu dan tumbuk.
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar dulu. Ni la tips rendang lagi sedap.
2. Minyak tu banyak pun takpa. Nanti lepas masak boleh buang lebihan minyak. Masuk bahan blend dengan cili kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
Ads
3. Bahan kisar tu nak blend dengan cili kering sekali jalan pun boleh.
4. Dah pecah minyak, masuk daging. Daging boleh je nak rebus dulu untuk elak liat. Tak rebus pun takpa. Tak dosa.
5. Masuk rempah yang ditumbuk. Kacau sebati. Masuk daun limau purut. Nak bagi bau lagi umphh, ramas sikit daun limau purut tu. Letak asam keping. Guna la 2 dulu, tak cukup masam nanti boleh tambah lagi. Daging dah lembut, masuk santan. Kacau sama rata.
Ads
6. Masuk pula kerisik untuk penyedap rasa. Kacau biar mesra. Masuk gula. Kalau ada gula melaka lagi sedap. Garam jangan dilupa. Akhir sekali tabur daun kunyit yang dihiris halus.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Ayam Goreng antara menu yang menjadi kegemaran ramai, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Bagi yang suka lepak dan makan di kedai mamak, ayam goreng pasti menjadi pilihan.
Sebenarnya mudah je nak buat sendiri di rumah. jom admin kongsikan resipi ini.
Alahamdullilah Akhir nyee Jadi juga Ayam Goreng Sama macam Kat kedai Mamak.. (Nasi Kandar) 😍 .. Trima Kasih Tuan Punye resepi 😘 korang boleh laa Try serius Memang Sedap sangat, Rangub terasa semua bahan.. yang mana dah Try mesti dia Tahu kesedapan dia ☺️
Saya Serta Kan Resepi sekali..
Bahan-bahan
– Ayam
– Bawang Putih
– Halia
– Daun Kari
– Tepung Jagung
– Tepung Beras
– Serbuk Kari
– Lada Sular
– Cili Powder
– Telur 1 biji
– Garam dgn Aji
Gaul Kan semua bahan² di atas then perap Kan selama 1-3 jam..
SELAMAT MENCUBA 😍 korang mesti puas Hati 😘
Kredit resepi : Nurul Syafiqah via group Mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kunyit (turmeric), juga dikenali sebagai curcuma longa, adalah satu jenis herba yang sangat dikenali.
Sekiranya anda tidak mengetahui, kunyit pernah dilabelkan sebagai “Ratu Rempah Ratus” dengan aromanya menyerupai lada, rasanya yang unik dan warnanya keemas-emasan.
Pada masa yang sama, kunyit mempunyai banyak nutrisi yang sangat baik kepada kesihatan, seperti protein, serat, Vitamin C, Vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan magnesium.
Ikuti perkongsian wanita India ini yang mengunakan kunyit untuk kesihatan dan kecantikan.
Dah siap kupas kunyit hidup ini semalam & diblend dapatlah setengah balang hasilnya. Apa yang saya buat dengan kunyit yang diblend ini ialah masker muka, guna sebagai scrub ketika mandi & buat jus asam kunyit .
Skrub badan dan muka
Mengikut kepercayaan orang india, mereka guna kunyit terutamanya wanita untuk scrub badan & muka bagi melembutkan kulit yang kasar, kurangkan jerawat, menanggalkan rambut/bulu halus pada kaki, tangan & atas bibir (misai halus) serta digunakan setiap hari dengan konsisten .
Kunyit dikatakan mampu menegangkan kulit wajah dari terus kendur, berkedut & awet mudakan secara semulajadi supaya tidak nampak tua dari usia sebenar .
Jus asam kunyit adalah minuman yang terbaik bagi wanita diminum sebulan sekali bagi menguatkan rahim, mengecutkan semula rahim selepas bersalin & menjaga dalaman badan perempuan .
Masker muka
Untuk masker, saya gunakan kunyit setengah sudu kecil saja kerana warna kuningnya yang terang asli akan menjadikan wajah nampak kuning BLING BLING keemasan.
Saya gunakan sepotong tomato (disapukan kunyit) ATAUPUN 1 sudu madu dicampur bersama kunyit & disapukan pada seluruh wajah sebelum tidur .
Bila dah kering, boleh cuci muka guna pencuci muka yang sesuai, sebaiknya gunakan produk yang natural. Lama-kelamaan wajah nampak bersih, mulus tanpa kesan minyak, jerawat & bebas jeragat .
Apabila bergelar ibu, segala keutamaan kini adalah kepada si kecil. Tidak hairanlah ramai dikalangan ibu-ibu rela mengorbankan kerjaya demi anak.
Demikian juga dengan pelakon dan pengacara Ain Edruce, 30. Dia kini mengehadkan karier seninya buat sementara waktu untuk memberikan perhatian kepada anak, Soraya yang baharu berusia tujuh bulan.
Kalau dulu kerjaya mendahului segalanya, namun kini isteri kesayangan Amirul meletakannya di tangga kedua kerana lebih mementingkan urusan penjagaan dan pembesaran anak sulungnya.
Anak lagi penting buat masa sekarang. Tambah lagi saya dan suami, Amirul Hafiz Mustaffa, 29, menjaga sendiri anak kerana tiada pembantu rumah.“Agak bermasalah juga untuk dapatkan pembantu rumah sekarang. Kalau boleh, lagi senanglah kalau ada pembantu. Macam kata emak, agak memudahkan juga kalau ada pembantu kerana saya senang nak bekerja.
“Buat masa ini kalau saya kerja, suami yang akan jaga anak. Kalau suami kerja, saya pula kena bercuti. Tak boleh kedua-dua kami bekerja serentak sebab Soraya kena ada salah seorang dari kami bersamanya,” katanya kepada Harian Metro.
Akui Ain lagi, walaupun mempunyai pembantu rumah sekalipun, dia tidak akan membiarkan anaknya dijaga penuh tanpa pemantauan ahli keluarga.
“Saya tak akan membiarkan anak dan pembantu macam itu saja. Syaratnya, salah seorang emak kami kena ada sekali menjaga Soraya. Dengan cara ini, kami taklah rasa susah hati dan boleh fokus pada kerja,” katanya.
Untuk rekod, Ain berkahwin dengan Amirul yang juga ahli perniagaan dalam sebuah majlis di Quill City Mall pada 13 Disember 2019 selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.