Menikmati keenakan masakan berasaskan daging korban tentunya pelbagai menu boleh disediakan. Salah satunya yang menjadi kegemaran ramai dan sangat istimewa untuk dinikmati di Hari Raya Haji ini tentulah Rendang Daging.
Jadi tidak salah kiranya kita sediakan menu rendang power ni yang dikongsikan oleh Puan Zaimah.
Menu yang disediakan nampak begitu menyelerakan dan ini dikongsikan resipi untuk menyediakannya.
Ads
Rendang Daging Power
Bahan
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2 sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*
-sangai bahan-bahan bertanda* sampai cili kering jadi rapuh.. api slow je
-kisar kering sampai halus(ketepikan)
1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bawang merah kecik*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 batang serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lagi lebihkan
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus)
Cara Penyediaan:
-kisar bahan-bahan bertanda *
-tumis bahan-bahan kisar sampai garing@pecah minyak
-masukkan rempah yang dikisar halus tadi..kacau sebati
-masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri
-bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan masak sampai pekat
-masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
-rasakan dengan garam.. saya tak suka rendang yang manis, kalau suka manis nak letak gula pun boleh
-saya buat banyak rendang ni.. boleh frozen kan.. in case ada tetamu datang mengejut boleh pergi cari lemang, panaskan je rendang ni, senang kan?
*rendang saya tak ada lengkuas.. kalau nak tambah boleh jer, selera masing-masing.
Musim durian kini sudah sampai ke penghujungnya. Maka tidak hairanlah jika dilihat di sana sini semakin berkurangan tidak semeriah awal bulan Julai yang lalu. Dan pastinya juga buat peminat durian sudah puas menikmati durian dengan pelbagai rasa dan jenisnya.
Selain durian enak dimakan begitu sahaja, tidak dinafikan menikmati tempoyak juga menjadi kesukaan ramai antara kita. Lebih-lebih jika dibuat sambal tempoyak, aroma dan rasanya cukup menyelerakan.
Istimewanya tempoyak yang dihasilkan daripada isi durian ini, ianya boleh disimpan hingga bertahun lamanya. Jadi peminat tempoyak tidak akan bimbang bila terasa teringin makan tempoyak walaupun bukan di musim durian.
Memandangkan masih ada saki baki musim durian, dan tidak menyukarkan ibu-ibu mendapatkan durian, ayuh kita buat tempoyak untuk simpanan sendiri.
Menurut Pak Tam ni cara buat tempoyak di rumah yang sering dibuat untuk pastikan bertahan lama.
1. Pilih isi durian yang molek sahaja.
2. Masukkan isi durian itu ke dalam bekas.
3. Gaul rata dengan sedikit garam.
4. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Ini proses peram.
5. Sekurang-kurangnya selepas 2 hari, tempoyak sudah boleh dimakan.
Dan ini pula cara yang lebih detail yang dikongsikan oleh Nielay Husna dan dikatakan inilah rahsia untuk lebih sedap rasa tempoyaknya. Jom semak.
Langkah pertama :
Nak buat Tempoyak kena guna durian. Durian paling baik ialah durian tuang, durian daun @ hijau dan durian berduri panjang. Payah dah nak dapat durian jenis itu. Nak guna durian kampung seperti durian kunyit, durian kucing tidur, durian pangsa atau durian hutan boleh jugalah. Cuma tidaklah sesedap durian kelompok pertama tadi. Nak guna durian klon seperti klon D24 atau Musang King boleh juga. Yang penting durian yang dipilih itu durian segar bukan durian buruk bontot atau durian yang sudah masam baunya.
Langkah kedua :
Bila dah dapat durian segar, berus dulu kulit luar dengan berus. Buang semua hana, pasir dan habuk. Bila dah bersih, baru dikopak pangsa durian. Keluarkan isi durian menggunakan sudu yang bersih dan letakkan ke dalam besen yang kering.
Langkah ketiga :
Asingkan isi durian dari biji durian menggunakan sudu dan garfu. Jangan tujah garfu ke biji durian. Ini mengelakkan air pahit dari biji durian meresap ke isi durian. Kikis isi durian dari biji durian dengan cermat. Jangan asingkan usi durian dari biji durian menggunakan jari jemari kerana boleh memasamkan isi durian. Setiap jari jemari mengeluarkan enzim penghadaman.
Langkah ke empat :
Isi durian yang selesai diasing dari biji dimasukkan ke tapis plastik. Tabur sedikit garam kasar atas isi durian itu. Tapis itu diletakkan ke dalam besen. Perap semalaman @ 10 jam supaya air masam turun ke besen.
Langkah ke lima:
Selesai diperap, masukkan isi durian ke dalam balang botol. Setiap tiga inci ketinggian isi durian di balang botol itu, taburkan secubit garam kasar. Pada kadar dua inci sebelum penuh balang botol itu, berhenti mengisi isi durian. Tabur secubit garam kasar di atas isi durian. Jika isi durian dimasukkan separas mulut balang, isi durian akan meleleh keluar akibat tekanan gas dari dalam bakang botol.
Langkah ke enam :
Tudung balang botol biarkan sahaja pada mulut botol selama 10 jam. Usah ditutup kemas. Biarkan gas durian keluar perlahan-lahan. Selepas sepuluh jam, tutup kemas tudung balang botol itu dan simpan dalam peti ais.
Ekstra Tip
Apabila menggulai tempoyak ikan, ayam, ikan sadin, daging; masukkan secukup cili api, kunyit dan daun kesom. Reneh gulai itu dengan api yang sederhana. Gulai asam tempoyak perlu dirampai dengan terung, ubi atau petai. Gulai itu pula lebih sedap dimakan setelah sejuk.
Begini pula cara puan Sarina Mohd Som menghasilkan tempoyak dan ianya juga turut dikongsi di fb Via MAHN. Katanya, “Lain orang lain caranya, lain negeri lain juga kaedahnya. Asalkan jadi tempoyak, mana-mana pun boleh.”
Proses pembuatan tempoyak.
1. Keluarkan durian dari ruangnya.
2. Keluarkan isi dari biji, campurkan dengan sedikit garam kasar.
3. Tapis semalam. Tutup elak semut dan lalat.
4. Proses penapisan untuk mengelakkan tempoyak menjadi masam.
5. Selepas semalaman, masukkan dalam botol. Jangan tutup rapat khuatir meletup.
6. Jika isi durian tidak lagi menggebu seperti seolah-olah dicampur dengan yis. Boleh tutup rapat botol dan simpan dalam peti sejuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walau sudah berpuluh tahun lamanya tempoh berkahwin, mungkin masih ada lagi Encik Suami yang masih belum kenal perilaku dan ragam isterinya. Jadi tidak hairanlah bila orang lelaki selalu kata orang perempuan ini susah diramal, kadang-kadang mulutnya sahaja kata okay tetapi di dalam hatinya berbeza pula. Betulkah begitu?
Hakikatnya, kadang-kadang kita sendiri pun keliru dengan apa yang kita ucap tak sama dengan apa yang kita rasa. Itukah namanya ragam wanita?
Jadi adalah lebih baik En suami fahami serba sedikit ‘peel’ isteri dan melalui perkongsian daripada Marliya Ramli ini ada penyelesaian untuk memahami ragam isteri kesayangan anda. Jom semak!
RAGAM INILAH YANG DIRINDUI..
1 – Wanita ni pelik. Bila dia cakap dia kenyang tu, maknanya jangan nak terus tengok bola. Bawak je dia keluar makan sate atau minum latte. Cubalah! Wajib dia suka punya!
2 – Kalau dia cakap dia okay tu maknanya dia tak okay. Dia rasa kecik hati, merajuk dan tak kena semua. So, jangan terus nak baca suratkhabar. Jangan!
3 – Kalau dia cakap dia tak kisah tu maknanya dia kisah gila. Dia tak suka. Dia amik peduli. So… Jangan ambil perkataan tak kisah dia tu sebagai tak kisah. Sebab tak kisah tu bermakna kisah bagai nak gila. Berhari-hari dia kisah dan ingat di hati.
4 – Ya.. Wanita secara amnya dia sendiri tak faham diri sendiri. Tapi dia harap arjuna kesayangan memahami dia. Dia harap, arjuna kesayangan dengar dan tahu suara hatinya. Ya, anda rasa complexity ini tinggi tapi itulah formulanya.
Sebab itulah…
5 – Sebab itulah sampai ke sudah kalau ada masalah dia nak luah. Dia nak bercerita. Mujurlah… Biarkan dia bercerita. Biar dia merapu bebel daripada dia diam menarik muka.
6 – Sebab wanita bila diam itu bahaya. Dia malas cakap itu bahaya. Bersyukur lah bila wanita anda masih gemar membebel itu ini. Cepat-cepat cari jalan selesaikan segera sebelum dia menulis di KRT.
7 – Lagi win nya wanita kalau dengan arjuna kesayangan, nyamuk gigit pun dia rasa nak mati. Kalau tak ada arjuna itu, naga sembur api pun dia berani. #apeni?
8 – Kalau dengan arjuna kesayangan nak buka botol kicap pun dia tak larat. Padahal kat luar setakat tayar kereta dia selamba tukar kat tepi jalan.
9 – Maka… jangan salah faham. Jangan ingat wanita tak kuat. Mereka gagah. Mereka tabah. Mereka sangatlah mampu berdikari. Cuma, bila dengan arjuna kesayangan mereka berbeza kerana mereka anggap anda arjuna istimewa.
10 – Inilah ragam wanita dengan arjuna kesayangan nya… Dan jika mahu bahagia sabar… Sentiasa senyum. Selalulah buat lawak walaupun hambar cam minta ditampar. Banyakkan memuji.
11 – Kalau larat, dukung sesekali lambung tinggi-tinggi. Suap dia makan sentiasa. Cubit pipi dan tarik hidung. Dia nampak malu-malu, tapi dia suka… Daripada rajuk sepanas api, kelak nanti bertukar salji.
12 – Alah… tak lama pun. Layankan sajalah wanita anda. Suatu hari nanti bila dia tiada, RAGAM INILAH YANG DIRINDUI sentiasa.
13 – Wanita bila dengan arjuna kesayangan dia memang pelik, manja dan mengada-ngada. Bersyukur lah sebab dia bersikap begitu kerana dia memerlukan anda. Kerana anda istimewa di hati dia.
Bunyi macam susah, tapi sebenarnya cukup senang nak buat. Asalkan tahu caranya. Ringkas, mudah tapi sedap. jom cuba resipi yang dikongsikan puan Dila Noordin . Sekali buat terus jadi katanya.
.
Nasi Arab Simple Tapi Sodap
Ni adalah percubaan pertama saya. Dan menjadi . Balik solat jumaat suami terkejut tengok isteri nya masak Nasi Arab . Surprise dekat anak² juga sebab memang favourite dorang. Selalu teringin makan di kedai je. Kali ni nekad nk cuba masak sendiri. Bila makan suami dan anak puji² sampai kn si kecil umur setahun lebih pun makan tambah²..
Oleh itu, saya pun semangat nak share resepi kat korang. Hahaha, pi pikat vitamin korang tau.
Nasi Arab ABC versi saya.
.
Bahan Rebusan Ayam
– Ayam ½ekor potong 2.
– 1 kiub ayam
– 1 biji tomato belah 4
– 1 biji cili hijau belah 4 (td tt guna yg merah lupa beli hijau )
– 1 batang kulit kayu manis
– ½ sudu jintan manis biji
– ½ sudu biji ketumbar
– ½ sudu lada hitam biji
.
—> rebus semua dalam air tengelam ayam sehingga 30minit, garam sesudu.
—> angkat ayam lumur dgn serbuk kunyit, madu dan sedikit garam.
.
Bahan Tumis Nasi
.
– minyak sapi / butter / minyak masak
– 2½ pot beras basmathi yg telah di rendam ±30min
– ½ sudu biji ketumbar
– ½ sudu jintan manis
– ½ sudu lada hitam
—> tumis bahan sehingga naik bau, masukkan beras kacau ± 1min. Masukkan air rebusan dan ayam di atas sekali. Sukatan air rebusan macam masak nasi biasa. Alihkan ke rice cooker. Tabur daun ketumbar atas ayam bau sedap sangat.
.
.
Salatah & Sambal
– timun di buang biji tengah, tomato di potong dadu.
– bawang besar racik halus.
– garam dan perahan lemon.
Sambal.
-3 btg cili besar merah + 3 cili padi merah, tomato, dun ketumbar.
– blend semua dan perasakan dgn garam gula perahan lemon.
Haa..dah siap. Esok cuti korang cuba tau. Mesti bertambah² makan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.