Musim durian kini sudah sampai ke penghujungnya. Maka tidak hairanlah jika dilihat di sana sini semakin berkurangan tidak semeriah awal bulan Julai yang lalu. Dan pastinya juga buat peminat durian sudah puas menikmati durian dengan pelbagai rasa dan jenisnya.
Selain durian enak dimakan begitu sahaja, tidak dinafikan menikmati tempoyak juga menjadi kesukaan ramai antara kita. Lebih-lebih jika dibuat sambal tempoyak, aroma dan rasanya cukup menyelerakan.
Istimewanya tempoyak yang dihasilkan daripada isi durian ini, ianya boleh disimpan hingga bertahun lamanya. Jadi peminat tempoyak tidak akan bimbang bila terasa teringin makan tempoyak walaupun bukan di musim durian.
Memandangkan masih ada saki baki musim durian, dan tidak menyukarkan ibu-ibu mendapatkan durian, ayuh kita buat tempoyak untuk simpanan sendiri.
Menurut Pak Tam ni cara buat tempoyak di rumah yang sering dibuat untuk pastikan bertahan lama.
1. Pilih isi durian yang molek sahaja.
2. Masukkan isi durian itu ke dalam bekas.
3. Gaul rata dengan sedikit garam.
4. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Ini proses peram.
5. Sekurang-kurangnya selepas 2 hari, tempoyak sudah boleh dimakan.
Dan ini pula cara yang lebih detail yang dikongsikan oleh Nielay Husna dan dikatakan inilah rahsia untuk lebih sedap rasa tempoyaknya. Jom semak.
Langkah pertama :
Nak buat Tempoyak kena guna durian. Durian paling baik ialah durian tuang, durian daun @ hijau dan durian berduri panjang. Payah dah nak dapat durian jenis itu. Nak guna durian kampung seperti durian kunyit, durian kucing tidur, durian pangsa atau durian hutan boleh jugalah. Cuma tidaklah sesedap durian kelompok pertama tadi. Nak guna durian klon seperti klon D24 atau Musang King boleh juga. Yang penting durian yang dipilih itu durian segar bukan durian buruk bontot atau durian yang sudah masam baunya.
Ads
Langkah kedua :
Bila dah dapat durian segar, berus dulu kulit luar dengan berus. Buang semua hana, pasir dan habuk. Bila dah bersih, baru dikopak pangsa durian. Keluarkan isi durian menggunakan sudu yang bersih dan letakkan ke dalam besen yang kering.
Langkah ketiga :
Asingkan isi durian dari biji durian menggunakan sudu dan garfu. Jangan tujah garfu ke biji durian. Ini mengelakkan air pahit dari biji durian meresap ke isi durian. Kikis isi durian dari biji durian dengan cermat. Jangan asingkan usi durian dari biji durian menggunakan jari jemari kerana boleh memasamkan isi durian. Setiap jari jemari mengeluarkan enzim penghadaman.
Langkah ke empat :
Isi durian yang selesai diasing dari biji dimasukkan ke tapis plastik. Tabur sedikit garam kasar atas isi durian itu. Tapis itu diletakkan ke dalam besen. Perap semalaman @ 10 jam supaya air masam turun ke besen.
Ads
Langkah ke lima:
Selesai diperap, masukkan isi durian ke dalam balang botol. Setiap tiga inci ketinggian isi durian di balang botol itu, taburkan secubit garam kasar. Pada kadar dua inci sebelum penuh balang botol itu, berhenti mengisi isi durian. Tabur secubit garam kasar di atas isi durian. Jika isi durian dimasukkan separas mulut balang, isi durian akan meleleh keluar akibat tekanan gas dari dalam bakang botol.
Langkah ke enam :
Tudung balang botol biarkan sahaja pada mulut botol selama 10 jam. Usah ditutup kemas. Biarkan gas durian keluar perlahan-lahan. Selepas sepuluh jam, tutup kemas tudung balang botol itu dan simpan dalam peti ais.
Ekstra Tip
Ads
Apabila menggulai tempoyak ikan, ayam, ikan sadin, daging; masukkan secukup cili api, kunyit dan daun kesom. Reneh gulai itu dengan api yang sederhana. Gulai asam tempoyak perlu dirampai dengan terung, ubi atau petai. Gulai itu pula lebih sedap dimakan setelah sejuk.
Begini pula cara puan Sarina Mohd Som menghasilkan tempoyak dan ianya juga turut dikongsi di fb Via MAHN. Katanya, “Lain orang lain caranya, lain negeri lain juga kaedahnya. Asalkan jadi tempoyak, mana-mana pun boleh.”
Proses pembuatan tempoyak.
1. Keluarkan durian dari ruangnya.
2. Keluarkan isi dari biji, campurkan dengan sedikit garam kasar.
3. Tapis semalam. Tutup elak semut dan lalat.
4. Proses penapisan untuk mengelakkan tempoyak menjadi masam.
5. Selepas semalaman, masukkan dalam botol. Jangan tutup rapat khuatir meletup.
6. Jika isi durian tidak lagi menggebu seperti seolah-olah dicampur dengan yis. Boleh tutup rapat botol dan simpan dalam peti sejuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau waktu raya kes baju terhangus gara-gara terlalu panas adalah biasa.
Kalau menggosok dan baju terkoyak disebabkan panas melampau memang buat kita rasa sakit hati. Bukan hanya baju yang rosak tetapi kesan paling nyata adalah kesan hitam pada belakang seterika.
Walaupun rupanya sudah tidak seperti dahulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Rasa rimas melihat kesan hitamnya? Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.
Cara 1
Losyen
Caranya:
1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.
Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar
Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.
Cara 3
Daun pisang
Caranya:
1. Ambil sehelai daun pisang muda.
2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Daun kari selain menjadi bahan wajib untuk menyediakan masakan kari dek kerana aromanya yang sedap. Diakui juga, banyak khasiatnya untuk kesihatan apabila dimakan mengikut pangalaman orang dulu-dulu.
Pun begitu, tidak semua antara kita menjadikan amalan memakan daun kari ini sebagai keniasaan. Menyedari ini, puan Gee Fauziah mengumpulkan beberapa perkongsian ilmu berkenaan khasiat daun kari ini. Jom lihat perkongsiannya itu.
Sarapan pagi ni nasi lemak dengan pucuk kari. Orang dok cakap pokok kari depan rumah tu dah banyak pucuk. Ambik buat ulam sedap tu. Banyak khasiat. Walau taktau sangat khasiat apa. Cuba la jugak sikit. Alhamdulillah memang sedap sungguh. Ada yang penah makan ka ulam ni?
Sebab ramai kongsi petua dan khasiat daun kari ni, saya edit dan compile kat sini. Boleh sama2 sihat dan awet muda.
?Masni Mat Saad➡Terang mata
?Noriyah Yahya➡Byk kalsium..bgs untuk gigi n tulang..x yah beli susu anlene dah
?Cahaya Petunjuk Nor Hidaya➡Baguih untk Keputihan
?Halimah Ali➡Saya makan pucuk kari 2-3tangkai setiap pagi bersama 3helai daun jarum 7 bilah, selawat baca doa kesembuhan. Alhamdulillah dh lebeh 6tahun sembuh. sebelomnya saya makan setiap hari 2biji 3kali sehari ponstand.pil ni lagi kuat dari panadol,telan panadol langsung tk berkesan.saya dapat ilmu makan daun kari dari seorang penjual jamu katanya untuk migren.
?Aida Afrina➡daun kari ni pucuknya org ckap mlmbatkan penuaan.wallahhualam…
?Jamilah Mat➡Pucuk kari ni bgus utk dlaman wanita..sya blajar mkn ulam daun kari ni dgn arwah mak mertua
?Zura Ibrahim➡prevent kanser. bagus pucuk dan daun kari. org kata bangsa yg kurang kanser ialah org india pasal selalu letak daun kari dlm masakan sudah tentu kari depa
? Rayyan Harraz➡Sedap pucuk kari lps mkn kuar angin
?Hasmuni Abdullah➡Peluh badan pun wangi…
?Siti Raudah➡Pucuk kari, menghilangkan bau badan yg tidak enak
?Chinta Darin Sofea➡saya suka pucuk kari buat ulam. . .lawas air besar. .
?Riza Razif➡Utk kurangkan kolestrol dalam badan … doc. Sdr yg suruh makan ..sehari setangkai daun kari
?Nora Zimah➡yg kturunan kencing manis nak elak mkm 7 helai 1 hari selama 3 bulan jgn lupa selawat
Ini pula perkongsian info daripada Uztaz Amir Hussain.
Ramai cakap sedap makan dengan sambai nyioq, sambai belacan, budu dan goreng celup tepung.
Kiriman :Gee Fauziah Razali via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi anda yang gemar makan Sizzling Yee Mee, kena belajar cara untuk sedaikannya sendiri. Ini memandangkan bahan dan cara penyediaannya cukup mudah. Walau tanpa ada hot plate seperti yang biasa digunakan semasa memasak Sizzling, anda masih boleh gunakan peralatan memasak yang lain seperti Maya Miera gunakan untuk memasak menu ini.
Bukan itu sahaja, menurutnya “Bila memasak sendiri bolehlah kita lebihkan cendawan dan ayam mengikut selera sendiri. Memang puas hatilah, rasa Sizzling yee mee ini lagi sedap dari food court. Resipi ini saya buat untuk 15 orang makan. Selamat mencuba”
Sizzling Yee Mee
Bahan-bahan:
2 ekor ayam potong kecil-kecil
4 senduk kicap kipas udang
3 senduk sos tiram
3 senduk kicap pekat
4 senduk kicap cair
3 sudu besar minyak bijan
2 ketul kiub ayam
2 jug air
Sayur pakchoy *saya celur
6 ulas bawang putih *saya cincang
Seketul besar halia *saya hiris
6 tangkai cabai kering buang biji *potong 3
2 peket cendawan shitake *hiris
6 sudu besar tepung jagung *bancuh dengan air
1senduk minyak masak utk menumis
Cara-caranya
1. Masukkan minyak dalam periuk, tumis bawang putih, halia dan cabai kering.
2. Bila dah naik bau dan kekuningan,masukkan cendawan shitake dan ayam, gaul-gaul bagi ayam masak dalam 5 minit.
3. Masukkan semua kicap, minyak bijan, kiub ayam, dan air.
4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.
5. Saya tak dak hot plate, guna non stick pan je..
Masukkan kuah yang dah siap tadi..masukkan mee dan telur..bila mee dah lembut, masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang
Ini mee yang saya gunakan.
*buat kicap + cabai melaka sama..fuhh sedapppp
Selamat Mencuba.