Renovasi rumah usia 30 tahun, bila dah siap terus nampak wow. Bukan mudah hendak melakukan proses pengubahsuaian rumah lama. Banyak yang perlu diperbaiki namun tiada yang mustahil untuk dilakukan.
Anda perlu teliti dan perlu membuat perancangan sebelum melakukan sebarang proses renovasi. Pastikan kerja-kerja pengubahsuain dilakukan dan siap seperti yang dijangkakan.
Dikongsikan dekorasi rumah yang sudah berusia lebih kurang 30 tahun selepas diberikan nafas baru. Banyak bahagian yang sudah reput dan rosak. Apabila proses renovasi siap, hasilnya memang wow!
SEBELUM PROSES RENOVASI
Ads
SELEPAS PROSES RENOVASI
Ads
BERIKUT DIKONGSIKAN TIP YANG BOLEH ANDA GUNAKAN KETIKA MENGUBAH SUAI KEDIAMAN:
TENTUKAN REKA BENTUK YANG DIINGINI
Anda perlulah mempunyai gambaran besar tentang apa yang diimpikan. Tentukan juga pengubahsuaian yang anda mahukan sebelum memulakan sebarang pekerjaan kerana jika anda kerap membuat perubahan semasa dalam proses ubahsuai rumah, kos berbelanja akan menjadi lebih tinggi.
TETAPKAN BAJET
Bajet sangatlah penting untuk memastikan anda tidak berbelanja pada yang tidak perlu dan masih mempunyai simpanan untuk masa akan datang. Sekiranya anda bersedia untuk meluangkan masa bagi merancang dan mengawasi ubahsuai rumah anda sendiri, tidak perlu lagi mengupah pereka dalaman yang mungkin memakan kos yang tinggi.
Ads
BERBINCANG DENGAN KONTRAKTOR
Sentiasa berbincang dengan kontraktor. Ini dapat mengelakkan salah faham dan perkara yang tidak diingini. Anda juga boleh minta pendapat mereka berdasarkan gaya rumah yang anda sukai. Pastikan perkara tersebut benar-benar berbaloi dan penting dibuat.
Anda juga boleh kaji selidik kontraktor profesional yang berpengalaman dengan pengubahsuaian di lokasi rumah melalui jiran tetangga. Kontraktor yang sudah biasa membuat pengubahsuaian di kawasan perumahan tertentu lebih arif dengan keadaan apa yang sesuai di sana. Jadi, anda mungkin boleh mendapatkan perkhidmatan dari kontraktor yang sama untuk hasil kerja yang memuaskan!
LAKUKAN PEMERIKSAAN RUMAH
Jika anda sentiasa memberi perhatian kepada kerja-kerja pengubahsuaian semasa melawat, anda mungkin boleh mengesan jika terdapat apa-apa masalah ataupun isu yang ada dengan lebih cepat dan boleh menunjukkan masalah tersebut pada pekerja.
Pastikan anda memeriksa setiap ruang yang sedang diubahsuai dengan jelas supaya anda akan tahu terlebih dahulu jika terdapat cat mengelupas, kebocoran pada bilik air dan dapur, lantai yang tidak rata atau masalah-masalah lain. Semua ini sangat penting dan mestilah diuruskan terlebih dahulu sebelum meneruskan pekerjaan ubahsuai rumah.
JANGAN BAYAR ‘LUMP SUM’
Dalam industri pembinaan dan pengubahsuaian, anda tidak perlu bayar secara lump sum kepada kontraktor. Sebaliknya, bayarlah mengikut peringkat kerja yang dibuat.
BERSEDIA DENGAN MASALAH DI LUAR JANGKAAN
Penting untuk anda bersedia dari segi kewangan untuk perbelanjaan yang tidak dijangka.
Moga urusan anda untuk melakukan pengubahsuaian kediaman anda berjalan dengan baik dan dipermudahkan.
Orang nampak yang indah-indah dan memuji dek kehebatan mereka menerajui bisnes hingga berjaya seperti sekarang. Namun, di sebaliknya hanya Dyana Roslan, 32 dan suami Shah Hafiz Borhanuddin, 32 yang tahu pahit maung dan keperitan untuk mencipta nama sekali gus memperkenal label DYXY di mata pengguna. Yang penting hati kena cekal, jiwa kental dan usaha gigih tanpa ada istilah putus asa.
“Sebelum ini sudah banyak bisnes yang saya ceburi namun tidak berhasil. Jatuh bangun itu ibarat perkara biasa. Merata tempat termasuklah pasar malam, pasar tani dan sebagainya yang saya pergi semata-mata untuk menjual barang.
“Daripada barang biasa hinggalah kepada bisnes import eksport, namun masih tidak ada rezeki. Sehinggalah suatu hari saya mengikut isteri (Dyana) turun padang berniaga di tapak perniagaan. Saya cuba-cuba menjual produk kepada orang yang singgah di booth memandangkan isteri sibuk mengadakan demo mekap.
“Tidak sangka ramai yang tertarik dan faham penerangan yang saya berikan. Jadi, daripada situ saya terfikir apa salahnya kalau keluarkan produk jenama sendiri. Waktu keluarkan produk DYXY, kami baru dikurniakan dua orang cahaya mata. Walaupun terpaksa mengusung mereka ke sana ke mari, namun demi kehidupan yang lebih baik dan masa depan anak-anak kami nekad.
“Alhamdulillah, Tuhan membantu dan sedikit demi sedikit orang mula kenal dan jatuh hati dengan jenama DYXY. Waktu itu, kami hanya bermula dengan satu BC Cream sahaja, tetapi kini kami sudah punya beberapa produk termasuklah DYXY Green Tea Mineral Face Mist, DYXY Face Brush, Curve Fibre Mascara dan DYXY Matte Lipstick,”ujar Shah Hafiz mengakui pernah jatuh terduduk dalam bisnes dan diistiharkan muflis hingga segala kebebasannya tersekat untuk bergerak ke mana-mana.
Kahwin dalam usia muda
Syukur, dia punya isteri yang cukup setia, prihatin dan tidak putus asa. Biarpun berkahwin dalam usia yang masih muda, 21 tahun dan masih mentah, namun pasangan ini sangat cekal dan tabah mengharungi segala dugaan.
“Kami kenal di usia 18 tahun dan keputusan untuk berkahwin mendapat restu daripada keluarga. Cuma, rezeki untuk dikurniakan anak sedikit lambat. Selepas 4 tahun baru kami bergelar ibu dan ayah. Mungkin Dia mahu melihat kami mencipta kejayaan dalam dunia bisnes terlebih dahulu.
“Alhamdulillah, selepas kelahiran anak pertama dan kedua, rezeki mencurah-curah. Walaupun anak masih kecil namun kami gigih berniaga dan jenama DYXY muncul tatkala bidang kosmetik berkembang maju.
“Tidak dinafikan, kami perlu berhadapan dengan pesaing yang hebat-hebat namun saya dan Shah percaya, rezeki masing-masing. Alhamdullilah sejak ditubuhkan pada penghujung 2016, penerimaan masyarakat pada setiap produk keluaran DYXY cukup menggalakkan.
Usahawan zero kepada hero
Jujur mengakui kejayaan yang mereka kecapi bukan semata-mata usaha berdua sahaja, sebaliknya ada team yang turut membantu dan menyokong kuat dari belakang.
“Sokongan dan doa famili juga Antara pencetus kejayaan. Disebabkan itulah sudah pernah melalui jatuh bangun dalam dunia bisnes, kami terfikir apa salahnya jika membantu usahawan lain yang berminat dalam bidang ini tetapi tiada pengalaman dan modal. Setakat ini, hampir 50 hingga 60 orang usahawan yang berjaya telah dilahirkan dalam masa kurang dari setahun.
“Kami juga sentiasa membuka peluang dan memberi hak kepada setiap orang yang begitu obses dengan bidang ini untuk bergelar usahawan yang berjaya.
Oleh itu, saya dan suami memilih untuk membuka Akademi DYXY sebagai salah satu strategi untuk membina jaringan agar produk lebih pantas dikenali di seluruh negara seterusnya ke luar negara. Akademi ini juga bertanggungjawab melahirkan usahawan yang zero kepada hero,” ujar Dyana sambil memberitahu, produk Dyxy mengaplikasikan teknologi hebat daripada Korea.
Sukakan kecantikan
Berganding bahu berdua dalam menaikkan nama produk Dyxy, akui Dyana baik dia mahupun suami mempunyai tanggung jawab masing-masing. Suaminya merancang dan menguruskan tentang strategi pemasaran dan sebagainya, manakala Dyana pula lebih kepada hal-hal berkaitan produk.
“Kelebihan memiliki kemahiran dalam bidang kecantikan satu bonus buat saya. Sementelah saya sendiri memang sangat sukakan kecantikan. Jadi, ini membolehkan saya memahami selok belok dalam bidang ini.
“Pada saya bekerja dengan ahli keluarga sendiri lebih mudah. Mungkin ada yang beranggapan suami isteri tidak boleh bekerjasama nanti akan bermasam nmuka. Tetapi kami sebaliknya. Bukan sahaja saling bertukar pendapat, malah kami akan mengingatkan satu sama lain andai ada hal yang terlepas pandang.
“Selain itu, memudahkan kami untuk berurusan dengan orang luar. Tidaklah perlu tinggalkan anak atau suami di rumah. Sebaliknya ke mana saja kaki melangkah, kami bersama-sama satu keluarga. Ini juga membolehkan hubungan kekeluargaan lebih erat dan rapat,”ungkap Dyana sambil memberitahu Shah yang memilih DYXY, simbolik nama Dyana sendiri iaitu DY, manakala XY adalah jenama kegemaran Dyana sejak zaman remaja lagi.
Sehingga kini, produk DYXY bukan sekadar ‘meletup’ di pasaran Malaysia, bahkan juga di Singapura dan Brunei. Terbaru, produk DYXY mula memasuki pasaran di Indonesia. Justeru, pasangan sama cantik sama padan ini gigih merencanakan pelbagai strategi selain turut menggunakan pendekatan yang sama untuk memastikan produk ini diterima baik masyarakat di sana.
Angkut anak
Kesibukan ke sana ke mari atas urusan kerja bagaimana pun tidak menyebabkan mereka mengabaikan anak-anak. Sementelah ketiga-tiganya masih kecil. Shah Farrel Islam, enam tahun, Shah Dazrin Islam, empat tahun dan Shah Andrez Islam, empat bulan juga tidak banyak karenah dan seolah-olah faham akan situasi kerja ibu bapa mereka.
“Rutin harian kami sebelum keluar adalah menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah. Jika ada masa terluang kami akan bawa mereka bercui dan jalan-jalan. Malah, ada ketikanya jika perlu kami angkut sekali anak-anak untuk turut serta.
“Walaupun masih kecil, mereka tak banyak songeh dan faham, Tapi biasalah budak-budak ada masanya buat perangai juga, meragam dan merajuk jika ditinggalkan. Tetapi apabila cakap baik-baik, mereka boleh terima,” ulas Dyana yang turut membela kucing dan mereka satu keluarga sangat memanjakan kucing sehingga sanggup menyediakan bilik khas untuk kucing-kucing ini tinggal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi semangat WFH & online school anak-anak. Total kos RM288, benda boleh buat sendiri, kita try buat..tak cuba tak tahu kan!
Deko asal ruang bawah tangga dijelmakan dengan konsep hipster (2018-2020)
Pun begitu, demi memberi keselesaan anak-anak menjalani pembelajaran PdPR, keluarga ini mengambil keputusan untuk melakukan transformasi ruang dengan bermodalkan RM288.
Difahamkan juga, projek ini berjaya diselesaikan selama 14 hari dan ternyata memang wow hasilnya.
Semoga perkongsian ini, akan dapat memberi inspirasi buat ibu ayah yang tercari-cari idea untuk mewujudkan ruang belajar yang selesa untuk anak-anak.
Turut dikongsi beberapa fasa projek bawah tangga yang dilakukan untuk info bersama.
Step 1
Step 2
Step 3
Step 4
Step 5
Step 6
Siap
Sumber : Tina Rozubi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menikmati air yang lazat dan enak bercitarasa mewah, tentunya ada harga yang perlu dibayar. Jadi tidak hairanlah kita juga sering menganggap hanya orang yang ‘ado-ado’ sahaja mampu membeli minuman starbucks ini pada bila-bila masa tekak menginginkannya.
Lainlah untuk segelintir antara kita, akan ada hari-hari tertenu sahaja akan singgah di sana bersama keluarga. Umpamanya ketika dapat gaji ataupun untuk meraikan hari istimewa bersama keluarga.
Dek kerana tidak biasa, pasti akan terasa janggal pula untuk membuat pesanan. Untuk itu, diharapkan perkongsian daripada Joe di akaun twitternya ini dapat membantu kita yang masih baru. Jom semak!
Simple steps on how to order Starbucks beverages for newbie.
Masuk Starbucks ada menu board belakang Barista (cashier/staffs).
Ada 5 categories: Coffee (Hot/cold)
Frappe (ice blended)
Tea (hot/cold)
Chocolate
Juices
Untuk size pulak tak sebut small, medium, large tapi Tall = short Grande = medium Venti = large Beza harga biasanya RM1
Untuk COFFEE
Ini menu dia. Boleh pilih sejuk atau panas. Second picture sebagai rujukan & ada yang tidak dijual di Starbucks Malaysia
Ini paling famous FRAPPUCCINO. Sebenarnya ice blended tapi dipanggil ‘Frap’. Utk newbie tak perlu pening, order je yang dalam red circle. My fav Java Chip & CCC.
Untuk newbie tak perlu pening pasal type of milk, syrup, drizzle, pump bla bla bla. Itu semua sebabkan drinks kita jadi mahal (yellow circle). Leave it to the experts. Kita newbie order je yang dalam red circle.
Ini utk menu TEA & CHOCOLATE. Klu tak suka coffee atau nak minum something yg ringan boleh try iced shaken lemon tea – teh o ais lemon.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di