Pendidikan tidak ada had umur dan tiada apa yang boleh menggantikan kerja keras. Demikian pesanan nenek yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga cucunya.
Lebih manis lagi, nenek kepada Adam Zainal ini baru sahaja berjaya menggenggam segulung ijazah Sarjana.
Dua tahun bekerja keras menumpukan perhatian dalam blajar, Siti Hendon ditauliahkan sebagai pemegang ijazah Sarjana oleh UNITAR dalam satu Majlis konvokesyen yang berlangsung pada 30 November lalu.
Lebih manis lagi, nenek yang berusia 82 tahun ini membuktikan, usia bukan penghalang untuk mengejar cita-cita. Tatkala wanita lain seusianya lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama cucu namun dia masih kuat dan cergas menguruskan sebuah tadika.
Ads
Ibu kepada 4 orang anak, 18 orang cucu, dan 2 cicit ini memang luar biasa orangnya!
Walaupun telah berusia, Siti Hendon itu tidak pernah menganggap usia itu sebagai penghalang untuk berjaya. Menurutnya lagi, tidak ada alasan untuk seseorang tidak mencapai kejayaan selagi dia benar-benar mahukannya.
Ads
“Memandangkan sebelum ini saya lebih fokus dan sibuk mengendalikan sekolah dan pelajar, sudah tiba masanya saya beralih ke bidang pengajian yang lebih mencabar biarpun umur semakin meningkat,” kata Siti Hendon
“Saya memegang prinsip jika saya percaya dengan apa yang saya inginkan, saya boleh lakukannya dengan mudah dan lancar.” ujarnya yang bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD pula kerana dia berasa “resah” jika tinggal di rumah.
Ads
Siti Hendon berazam untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) jika masih diberi kudrat bagi membuktikan sesiapa saja mampu mencapai taraf pendidikan tertinggi selagi ada kemahuan.
“Saya sudah cuba duduk di rumah seperti ibu dan nenek lain. Namun saya resah dan hanya mahu membuka buku dan belajar sesuatu.
Tahniah nenek! Anda adalah inspirasi buat ramai orang di luar sana. Semoga terus sukses.
Bercakap tanpa ilmu adalah sesuatu yang merbahaya, perkara betul sekali pun dengan mudah dilabel sebaliknya. Ini sama kesnya bila ada yang membangkitkan pelbagai isu berkaitan tindakan anggota Jabatan AMAL bersembahyang di atas batu semasa berkhidmat di tempat kejadian kepala air Yan, Kedah baru-baru ini di media sosial.
Bermacam-macam soalan timbul, ada yang kata sah ke solat mereka?, kenapa tidak solat di tempat rata?, Kenapa atas batu?, Kenapa tidak sembahyang di tempat atau atas tanah yang landai?, Kenapa gambar tengah solat pun nak menunjuk?.
Lantaran itu, bila ada yang membangkitkan adakah sah solat anggota Jabatan AMAL bersembahyang di atas batu semasa berkhidmat di tempat kejadian kepala air Yan, Kedah, terpanggil dengan isu tersebut, Ustazah Asma’ Harun tampil menjelaskan agar tidak timbul lagi keraguan dan kekeliruan berkenaan cara anggota Jabatan AMAL menunaikan kejawipan solat tersebut.
SOLAT ATAS BATU
Satu keping gambar tafsiran pelbagai. Cara mata melihat dan hati berbisik, lalu kata-kata atau tulisan terbit dengan pelbagai nada. Pertama kali saya lihat gambar tersebut, saya rasa sebak dan apa yang terlintas dihati ;
🔘 Mereka usaha solat berjemaah (mungkin awal waktu) dalam suasana kiri kanan hutan tebal memang tiada kawasan lapang, tiada tanah kosong melainkan pokok besar dan lalang hutan yang tinggi, mereka sedang menaiki bukit, bukan kawasan peranginan main air sungai dan air terjun.
Apa yang mereka lakukan agak berbahaya, merisikokan nyawa, sudah tentu kewajipan solat akan disegerakan agar lebih tenang dan bersedia. Saya percaya mereka bukan niat nak menunjuk, riyak atau mencari publisiti. Mereka hanya ingin menunaikan kewajipan solat dalam apa jua keadaan.
*Kalau saya la, lagi takut solat dalam lalang tu, terbayang binatang berbisa dan lain-lain. Saya juga ada pengalaman solat atas batu, waktu camping dan program dalam hutan. InsyaAllah mereka dah memilih batu yang tak licin dan stabil. Mereka juga mungkin tiada masa nak tebas hutan bagi lapang untuk solat dll. Alhamdulillah mereka semua selamat sahaja.
🔘 Tuan Puan, solatnya jelas sah, cukup syarat wajib solat, syarat sah solat dan rukun solat. Allahu Akbar, sabda Nabi SAW:
أُعْطِيتُ خَمْسًا لَم يُعْطِهِنَّ أَحَدٌ قَبْلِي.. وَجُعِلَتْ لِي الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًاً فَإيما رجل مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةَ فَلْيُصَلِّ
Maksudnya: Aku (Rasulullah SAW) diberikan lima kemuliaan yang tidak diberikan kepada sesiapapun sebelum aku.. (antaranya) dijadikan kepada aku bumi sebagai tempat sujud dan tanahnya untuk bersuci. Oleh itu, dimana sahaja seseorang itu mendapati waktu solat, maka hendaklah dia mendirikan solat.
HR al-Bukhari: (438)
Rasulullah SAW bersabda:
الأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلّا المَقْبَرَةَ وَالحَمَّامَ
Maksudnya: Setiap jengkal di bumi ini merupakan masjid (tempat sujud untuk solat) kecuali di atas kuburan dan tandas.
HR al-Tirmidzi (236), Ibn Majah (737) dan Abu Daud (415)
🔘 Saya rasa terkilan apabila ada pihak atau individu yang sinis dengan situasi solat atas batu ni hingga dituduh menunggang agama dan pelbagai sindiran tajam. Kenapa terus menerus menunggang politik, hingga dalam kerja kebajikan pun masih tidak boleh jadi asbab penyatuan ummah.
🔘 Saya sendiri dan kami NGO Sahabat Amal Care memang terlibat secara langsung dengan misi ini. SAC menyalurkan infaq orang ramai kepada projek waqaf paip ini. Kami menyaksikan perjalanan sukar mereka memakan masa yang berjam-jam berjalan kaki untuk sampai ke kawasan tepat di atas bukit.
🔘MENGAPA MEREKA PERLU MEMBAHAYAKAN DIRI UNTUK MELAKUKAN KERJA-KERJA PEMASANGAN PAIP TERSEBUT?
Berikutan tragedi kepala air yang berlaku dalam musibah banjir, beberapa perkampungan di sekitar kaki Gunung Jerai, telah terputus bekalan air berikutan paip utama pecah, jangka waktu baik pulih memang memakan masa, sedangkan mereka perlu mendapatkan bekalan air bukan hanya untuk keperluan harian, tapi untuk membersihkan lumpur tebal, jika tidak segera maka akan mengeras dan proses membersih berkali ganda sukar.
Keseluruhan sistem perpaipan bermula daripada takungan sehinggalah ke saluran paip telah rosak dan hanyut dibawa arus banjir. Dengan pantas dan cekap, para petugas disusun untuk membawa naik dan menarik paip PVC yang bersaiz 2 hingga 3 inci dan panjangnya 100 meter setiap satu gulungan ke sumber air bersih di puncak bukit.
Peringkat awal masih boleh melalui darat, satu masa mereka perlu melalui dan berada di dalam sungai. Bukan hanya pasang satu saluran paip atau untuk satu kampung, tapi untuk banyak kawasan.
Lebih mencabar lagi apabila cuaca di sini hujan lebat, jalan untuk menaiki bukit menjadi licin dan lecak. Ditambah dengan pokok-pokok dan batu-batu yang besar, perjalanan menjadi lebih sukar.
Mereka buat semua ini percuma, lillahita’ala, tanpa bayaran tanpa upah apa-apa. Siapa kenal mereka dengan nama apapun akan tahu siapakah tentera kebajikan ini. Unit Amal, Jabatan Amal atau Khidmat Malaysia.
Saya sendiri membesar dengan melihat bagaimana mereka memberi khidmat dengan hati dan iman. Sayap wanita mereka antaranya Ameerah, Briged Muslimat, Aalimat dan lain-lain.
🔘 Kerja kebajikan dalam misi ini bukan hanya dilakukan oleh umat Islam, kami juga jumpa NGO dan sukarelawan non-muslim yang turun padang, kita boleh tolak tepi perbezaan agama dan bangsa, kenapa sesama umat Islam perlu begini.
🔘 Bila berlaku misi, kami sendiri suka bekerjasama dan mengutamakan pemimpin tempatan, kerana mereka terlebih dahulu yang sampai ke lokasi kejadian dan memulakan bantuan. Begitu juga dengan NGO lain, saling bekerjasama dan melengkapi. Ini bukan medan siapa lebih bagus, lebih cepat atau lebih banyak memberi. Nauzubillah, bimbang pahala yang dicari bertukar dosa dan saling membenci, ia sangatlah rugi.
🔘 Iya, saya terasa dengan isu ini. Mungkin kerana selama 4 hari kami disini kami melihat bagaimana mereka bekerja dan beramal. Solat jemaah jika dapat awal waktu memang menjadi keutamaan mereka.
Kami turun ke Kedah hari ke 3 selepas musibah banjir, dan sungguh kami kagum dengan para pemimpin tempatan, YB yang kami jumpa iaitu YB Ustaz Azam, YB Ustaz Sabri dan YB Ustaz Hanif, turun padang macam rakyat biasa tiada beza, tiada layanan istimewa. Mereka adalah YB kawasan banjir.
Sesampainya kami ke tempat kejadian, banyak bahagian dalam rumah yang sudah pulih, kami hanya perlu membantu mana-mana bahagian yang mereka tak mampu. Atas faktor keletihan dan kekurangan tenaga, terlalu banyak rumah, dan operasi banjir selut sangat jauh beza dengan banjir air sahaja.
Kami kagum dengan gerak kerja jentera mereka, daripada kalangan muslimin dan muslimat, daripada yang memasak, menyediakan dan menghantar makanan serta minuman untuk mangsa banjir setiap hari. Bahkan petugas yang membersih dan menyampaikan bantuan terdiri daripada kalangan anak muda hingga warga emas, malahan yang sudah mencecah usia 80 tahun ke atas pun ada.
🔘 Ada hikmah atas semua yang berlaku, mungkin dengan ini masyarakat lebih kenal siapa mereka.
TUAN PUAN,
SIAPA JABATAN AMAL MALAYSIA ?
Jabatan Amal Malaysia sebelum ini pernah dikenali sebagai ‘Unit Amal’ dan telah ditubuhkan sejak 1991.
Di awal penubuhan jabatan ini, ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, antaranya kekangan kewangan, tiada bantuan dan sokongan, tenaga kerja yang kurang dan bersilih ganti.
Namun, jabatan ini tetap terus melangkah dan semakin kukuh tahun demi tahun. Anggotanya tetap berintegriti dalam memberi dan membantu walau apa jua situasi. Bahkan mereka sentiasa ada untuk menghulurkan bantuan apabila rakyat Malaysia dan negara jiran memerlukan.
Saya kongsikan beberapa fungsi bahagian di bawah Jabatan Amal Malaysia:
1) BAHAGIAN OPERASI
Terdiri daripada Kor Medik dan Penyelamat yang berfungsi sebagai penyelamat dan perubatan.
2) BAHAGIAN LATIHAN
Merancang latihan, pelaksanaan latihan, kejurulatihan dan penyelarasan pangkat.
3) BAHAGIAN KEBAJIKAN
Merancang dan melaksanakan kerja-kerja dakwah, tarbiah dan kebajikan dengan bertujuan menyampaikan risalah dakwah menerusi kerja kebajikan. Di bawahnya terdapat Kor Tarbiah dan Dakwah serta Kor Kebajikan.
4) BAHAGIAN PELAPIS
Bertanggungjawab bagi membentuk generasi muda yang beriman, beramal Islami dan bertakwa, dengan menguruskan Kadet Amal dan Briged Amal.
5) BAHAGIAN STAF
Sebagai sekretariat urus tadbir oleh Ketua Pegawai Tadbir dan Ketua Pegawai Kewangan.
MEREKA BUKAN SAHAJA TERLIBAT DALAM MISI BANJIR INI, BAHKAN PELBAGAI MISI KEBAJIKAN LAIN YANG TURUT DIJAYAKAN, ANTARANYA:
1. Operasi pembersihan premis awam dan rumah penduduk akibat banjir di seluruh Malaysia.
2. Mengurus jenazah COVID-19.
3. Menyampaikan bantuan kemanusiaan di seluruh Malaysia dan luar negara.
4. Menyampaikan bantuan semasa bencana Tsunami di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Aceh, Indonesia.
5. Menganjurkan program derma darah seperti program Amal Mega Blood Donation 2021 yang berjaya mengumpul sebanyak 5,135 penderma darah.
Dan pelbagai lagi yang tidak tertulis.
SubhanAllah, AllahuAkbar, jiwa mereka hidup dengan mewaqafkan diri dan tenaga untuk kebaikan ummah. Melakukan tugas tidak mengira waktu walau tanpa bayaran dan kadang kala tiada liputan media. Namun masing-masing tetap istiqomah memberikan yang terbaik. Benar, mereka juga antara hero yang jarang didendang.
Dalam menghulurkan bantuan dan misi kemanusiaan, tugas kita ialah untuk saling bekerjasama, bahu-membahu dan saling berganding kekuatan antara satu sama lain.
Alhamdulillah, dengan adanya waqaf paip ini, bekalan air bersih dapat dinikmati oleh penduduk setempat khususnya di kawasan kampung sekitar kaki Gunung Jerai.
Tanpa sumbangan Tuan Puan sekalian, waqaf ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga setiap air yang mengalir itu memberi manfaat dan pahala yang tidak putus juga buat semua penyumbang.
SEMOGA ALLAH MENYATUKAN KITA SEMUA DALAM JALAN KEBAIKAN.
TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG DERMAWAN KERANA SENTIASA MENYOKONG KERJA KEBAJIKAN DAN DAKWAH YANG SEDANG DIUSAHAKAN.
SEMOGA SEGALA KEBAIKAN KALIAN DIGANJARKAN SYURGA ALLAH SWT.
KAMI HANYA JENTERA KECIL YANG TURUT SAMA MEMBANTU MEWAKILI RAKYAT MALAYSIA.
جزاكم الله خيرا
ASMA’ BINTI HARUN DAN NGO SAC
Pengasas & Penaung NGO Sahabat Amal Care
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Cinta itu seperti angin, kita tidak mampu melihatnya tetapi mampu merasakannya. Dua watak peranan utamanya sahaja yang mampu menyedari akan setiap ‘rasa’ yang diberikan ini.
Pun begitu, ramai suami yang tidak pandai mempamerkan setiap ‘rasa’ ini kepada pasangan masing-masing. Bukahkah semua rasa ini hanya pinjaman yang diberikan Allah SWT kepada kita.
Mengapa kita perlu menyembunyikan semua rasa ini kepada pasangan kita, isteri kita yang dicintai. Buat lelaki bergelar suami, lepaskanlah..lepaskan semahunya untuk isteri kita.
Biarkan dia tahu bahawa waktu yang tersisa, pinjaman Allah SWT ini adalah untuknya seorang! Apa suami patut buat? Tip ini pastinya mampu membantu anda.
Jangan Ego
Jangan kalah pada ego seorang lelaki. Benar lelaki punya ego sendiri namun jika anda dapat mengetepikan rasa ego ini untuk pasangan pastinya anda terasa nikmat sebenar cinta. Rendahkanlah sedikit ego anda. Bukan untuk siapa tetapi untuk anda sendiri.
Tiada Lagi Hari Esok
Anggap sahaja seperti tiada lagi hari esok untuk anda menatap wajah isteri atau suami. Ajal maut di tangan Allah. Bayangkan andai hari esok Allah mengambilnya pergi daripada sisi anda. Berikan rasa itu sebaiknya setiap kali anda melihatnya. Jika anda tahu bahawa tiada lagi hari esok, pastinya hari ini anda akan cuba sebaiknya meluahkan setiap bait kata cinta yang pernah diluahkan satu masa dahulu. Tidak rugi anda mulakannya sekarang.
Luahkan Rasa
Tidak ada salahnya jika anda meluahkan rasa cinta saban hari untuk isteri. Ungkapan “I love You” atau “Sayang Awak” bukanlah terlalu susah untuk dilontarkan. Tidak mahu dengan mulut, pesanan ringkas pastinya lebih buat anda berani. Luahkan semahunya. Biar ringkas asalkan sampai maksudnya.
Belajar Kongsi
Tidak hanya anda, ajarlah anak-anak turut sama memberikan ungkapan sayang ini saban hari. Mulakan ungkapan I love you setiap pagi dan sebelum tidur di malam hari. Ajar anak-anak turut melakukan perkara yang sama. Bila sudah menjadi kebiasaan, lama kelamaan ia menjadi aktiviti wajib yang sukar untuk dilepaskan. Mulakan hari ini.
Sentuhan Fizikal
Jika anda tidak tahu caranya atau malu untuk memulakan segalanya, gunakan pendekatan berbeza namun ringkas. Cukup hanya dengan cara fizikal anda. Sentuhan tanda sayang jangan sekali-kali dilepaskan. Pautlah lengannya mesra setiap kali tidur. Biar hanya sedikit sentuhan tapi benar-benar memberi makna. Isteri pasti tahu anda menyayanginya.
Simbolik 2+1
Suami terutamanya sering menggunakan bahasa badan untuk menyampaikan rasa cinta dan sayang. Apa kata sesekali ubah cara ini. Sekalikan bahasa badan anda bersama ungkapan dan luahan rasa melalui ucapan. Simbolik 2+1 ini pasti buat hidup anda lebih bermakna. Percaya bahawa semua ini tidaklah mendatangkan kerugian.
Jangan Lokek Pujian
Pujian kebiasaannya diluahkan daripada lubuk hati yang dalam. Pujian daripada pasangan dianggap perkara paling manis untuk dikenang. Saban hari pasti buat anda tersenyum riang dek kerana pujian suami atau isteri. Jadi berusahalah untuk saling memuji sebagai salah satu tanda anda mencintainya sepenuh hati. “Sayang..awak nampak cantik hari ni.”Dah cukup buat isteri gembira!
Ringankan Tangan
Ringankan tangan bukan hanya untuk sebarang kerja rumah, sebaliknya ringankanlah tangan anda untuk mengirim sistem pesanan ringkas kepada pasangan setiap kali anda keluar bekerja. Cuba anda bayangkan jika tiba-tiba menerima ungkapan ‘I miss you’, bukankah ianya cukup membuatkan kita tersenyum sepanjang hari. Pasti hati berbunga riang. Cubalah.
Renungan Mesra
Pandangan mata seringkali membawa makna yang tersembunyi. Jadi belajarlah untuk memandang pasangan dalam apa jua keadaan pun. Pandanglah dia selagi dia di depan mata. Anggaplah seperti esok anda sudah tidak dapat memandangnya lagi. Kata orang, curi-curi pandang itu lebih terasa nikmatnya. Mulakan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...