Mencuba resipi baru yang rasanya lebih enak dan sedikit berbeza pastinya buat semua ibu-ibu teruja kan. Lebih-lebih lagi anak-anak suka makan Nasi Ayam yang mudah dan berkhasiat.

Nah, admin kongsikan resipi nasi ayam versi campak-campak je air tangan Superdaday yang hot dan terkenal Khairul Abdullah.

IKLAN

Untuk Ibu-ibu atau newbie yang baru belajar nak buat ansi ayam ini resipi yang cukup mudah. Pasti anak-anak suka dan ibu pun senang hati kan.
Resepi “Nasi Ayam Campak Dalam Periuk Elektrik” Ala Superdaddy. Mudah, Cepat & Sedap. Sesuai Untuk Newbie!Aku suka masak jenis sekali jalan atau “one pot meal” ni. Sekali masak tapi semua ada dalam tu, tak payah nak masak lauk dan sayur pulak.
Jadi aku selalu lah main campak-campak. Tak perlu ikut resepi tapi ikut naluri sahaja. Untuk orang yang biasa masak atau mak-mak, campak-campak ni memang standard diorang lah.
Tapi untuk nubis, nak juga kena tengok resepi kan?

Nah aku share resepi campak-campak one pot meals aku tengah hari tadi.

IKLAN

Resepi “Nasi Ayam Campak Dalam Periuk Elektrik” ala SuperDaddy Khairul Abdullah.

Resepi “Nasi Ayam Campak Dalam Periuk Elektrik” Ala Superdaddy. Mudah, Cepat & Sedap. Sesuai Untuk Newbie!Bahan-bahan untuk projek ini:

2 pot beras dibasuh dan ditoskan.
3-4 ketul ayam dibasuh dan ditoskan.
3 ulas bawang putih dipotong kecil.
2 ulas bawang merah nihiris nipis.*
1 inci halia dihiris nipis.*
1 batang kulit kayu manis dan bunga lawang.*
1 tangkai daun kari kalau suka.* Tak suka tak apa aku tak marah.
1 helai daun pandan, tak ada pun tak apa.
1 ketul kiub pati ayam, kalau taknak pun tak apa.
5 sudu minyak masak.
1 biji kentang dipotong kecil.
1 batang carrot di potong kecil.
Dan sayur-sayur lain jika ada.
Garam secukup rasa.

Resepi “Nasi Ayam Campak Dalam Periuk Elektrik” Ala Superdaddy. Mudah, Cepat & Sedap. Sesuai Untuk Newbie!Cara melaksanakannya:
1. Panaskan kuali dengan minyak masak dan tumis bahan bertanda bintang sehingga naik bau.
2. Masukkan daun pandan jika ada dan kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau rata dan tutup api.
Resepi “Nasi Ayam Campak Dalam Periuk Elektrik” Ala Superdaddy. Mudah, Cepat & Sedap. Sesuai Untuk Newbie!3. Pindahkan beras tadi separuh ke dalam periuk elektrik dan ratakan. Kemudian masukkan ayam, susun cantik-cantik dalam tu dan masukkan baki beras tadi.

Resepi “Nasi Ayam Campak Dalam Periuk Elektrik” Ala Superdaddy. Mudah, Cepat & Sedap. Sesuai Untuk Newbie!4. Masukkan sayur, karot, brokoli, kentang, tomato atau apa sahaja di bahagian atas.

5. Bancuh kiub pati ayam tadi dengan air panas dan masukkan bersama 3 cawan air ke dalam periuk nasi tadi. Kalau tak guna kiub pati tu maka tambahlah garam.
Resepi “Nasi Ayam Campak Dalam Periuk Elektrik” Ala Superdaddy. Mudah, Cepat & Sedap. Sesuai Untuk Newbie!6. Tekan on atau cook dan biarlah sampai dia masak. Jangan dok kacau dia okeh.

Siap dan hidangkan.

Senang yakmat. Paling penting budak-budak suka.
Cubalah.

IKLAN

#ResepiSuperDaddy
#OnePotMeal
#NasiAyam

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI