Sebelum ini rata-rata berteka teki dengan jantina anak kepada pelakon, Emma Maembong. Kebanyakan dari mereka meneka bahawa kepada aktress cantik itu bakal menimang cahaya mata perempuan tetapi tekaan mereka meleset apabila Emma baru-baru ini mengumumkan dirinya bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Emma sendiri di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, majlis itu juga dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat Emma yang turut berkongsi rasa teruja menantikan kedatangan cahaya mata kedua pasangan itu.
Sebelum ini, Emma telah berkongsi berita kehamilannya selepas memuat naik videonya memberi kejutan untuk suaminya, Shazli ketika membuat review produk.
Terdahulu, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel, 2.
Perkahwinan adalah hubungan suami isteri yang melengkapi antara satu sama lain. Sikap tolak ansur terutama dalam hal menguruskan rumahtangga serta anak-anak memainkan peranan utama dalam mewujudkan keharmonian dan kebahagian perkahwinan.
Sebagaimana perkongsian kisah Puan Wawa Shauqi begitu inspirasi apabila suami beliau turut sama membantu menguruskan anak-anak. Jom semak perkongsian ini.
Malam tadi terscroll gambar suami bermain dengan anak. Beria sungguh. Beria tahap tidak sesuai untuk jadi tontonan umum memandangkan suamiku seorang yang segan untuk tonjolkan diri.
Tengok dia lena, sayu pula hati. Bulan ni dia berhempas pulas menjadi ayah yang terbaik buat anak-anak kami. Kerja sehingga lewat petang, kadang-kadang lunch pun terpaksa skip demi memberikan komitmen penuh buat client.
Walaupun pulang dengan tenaga berbaki 1 bar, takkan ada malam yang anak tidak diberi sesi layanan bermain. Sesekali saya turut serta bersama anak mendengar dia jadi tukang karut. Ada masanya pula saya sekadar tukang perakam memori.
Main kuiz la, jadi cikgu la, buat alih suara jadi watak dinasour la, berlakon jadi ahli Avengers bersama anak. Dan yang paling tak boleh blah, dia acah-acah invisible menerbangkan anak yang sepenuh hati in-character jadi Spiderman, melekat dari dinding ke dinding. Saya yang tengok ni rasa nak join sekali.
Tapi kebanyakan masa mereka bersama, saya hanya mampu menjeling dan tumpang ketawa, sambil menyudahkan kerja freelance buat grafik dan kerja menulis.
Terima kasih suami, sudi menjadi figura seorang bapa
Sebelum kahwin, suami saya bukan jenis yang rajin melayan kanak-kanak. Silap-silap kalau ada budak tenung dia lama-lama, dia tenung semula sampai keluar laser ikut mata. Hah! Nak membayangkan punya tak ada jiwa dia kepada kanak-kanak.
Tapi alhamdulillah bila dikurniakan anak darah daging sendiri, automatik perasaan sayang yang bini dia pon tak penah nampak pernah muncul kat diri dia dizahirkan habis-habisan.
Kepada lelaki yang spesis macam ni, bro… Anak korang memang lucky!
KOMUNIKASI ANAK DAN AYAH
KOMUNIKASI positif antara anak dengan ibu ayah mampu ‘bina’ keperibadian anak yang ‘LEBIH’ dari banyak segi. Lebih confident, lebih berdaya saing, lebih ’emotional intelligence’, lebih berani, lebih peka dan lebih pandai suaikan diri.
Malah Profesor Psikologi di California State University mendedahkan, anak-anak yang mempunyai hubungan yang baik dengan ayah mereka sewaktu zaman kanak-kanak didapati lebih bijak menghadapi tekanan.
Dalam kajian tersebut, dilaporkan anak-anak ini lebih mudah berjaya di dalam akademik, lebih baik dari segi sosial dan psikologi dan kurang pendedahan dan penglibatan jenayah berbanding mereka yang mendapat sedikit perhatian dari bapa.
Bila ada peluang bersama anak, tinggalkan segala urusan. Tak kira urusan tersebut melibatkan bos mahupun urusan dengan telefon, tv dan bantal.
Ustaz Hasrizal pernah tulis dalam buku ‘Aku Terima Nikahnya’ bahawa kalaupun kita terlalu sibuk dengan urusan kita, bila ada kesempatan, ganti semula hak masa kepada anak dengan aktiviti dan komunikasi berkualiti.
Biar tak banyak masa. Asalkan bila ada, guna sebaiknya.
Layan dan beri perhatian kepada mereka sebagaimana kita nak anak kita layan dan beri perhatian kepada kita bila kita dah tua.
::Sebulan lagi nak anniversary ke 6.::
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika anak dibiarkan menjadi “RAJA” di rumah, kelak sikap tersebut akan terbawa sehingga dewasa dan sukar untuk diubah.
Sebab itu juga masyarakat kini masih gagal menjaga kebersihan, masih membuang sampah merata dan tidak menjaga kebersihan tandas.
Kerana di rumah mereka sendiri, sikap tersebut tidak pernah diamalkan!
Latih anak untuk melakukan kerja rumah, biar mereka tahu tanggungjawab menjaga kebersihan. Ia juga penting untuk perkembangan dan peralihan ke alam dewasa apabila mereka mula hidup sendiri.
Sumber: Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.