Pencuci mulut seperti puding memang sedap dijamah ketika waktu cuaca panas terutama sekali waktu berbuka puasa.
Apa kata, cuba resepi puding oreo yang terasa sungguh sedap di tekak. Yang menariknya resepi puding oreo ini, ianya menggunakan gula batu.
Apa fungsi gula batu dalam puding ?
Ini untuk mengelakkan puding berair bila dah keras. Bila guna gula batu, bentuk puding sentiasa cantik dan tidak ada air disekeliling puding. Tapi kalau anda susah nak dapat, boleh je tak perlu masukkan. Tiada masalah.
Selain dari itu , untuk dapatkan rasa puding oreo yang sedap, sangat digalakkan anda guna agar-agar tali. Sebelum dilarutkan basuh bersih dan boleh rendam dalam air biasa sekitar 30-40 minit. Memang lain sangat beza rasa puding bila gunakan agar-agar bertali dengan serbuk agar-agar.
Yang mana pilihan anda setakat ni ?
Ads
Bahan Resepi Puding Oreo Sedap :
20 gram agar-agar bertali
1200 ml air masak
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat – puding anda manis-manis buah.Jika mahu manis boleh tambahkan.
2 pek biskut Oreo atau boleh dicampur dengan pelbagai jenama
4@5 ketul gula batu sekitar 20 gram
Cara Penyediaan Resepi Puding Oreo Lazat :
#1: Basuhkan agar-agar bertali tadi dan rendam 30-40 minit.Bila dah sampai tempoh masa,toskan.Panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan agar-agar tali tadi dan kacau larut. Bila dah larut baru masukkan gula batu dan biarkan ianya larut pula.
Ads
Semua bahan dah sebati, boleh lah tambahkan susu pekat manis,susu cair dan biarkan larut elok. Tutup api.
#2: Nak lagi cantik, tapis masuk ke dalam bekas acuan pilihan dan mula patahkan biskut oreo kepada 4 bahagian.Nak masukkan sekali dengan krim pun tiada masalah, Susun atur ikut citarasa anda.
Ads
Biarkan sejuk seketika di luar dalam anggaran 15-20 minit sebelum dimasukkan ke dalam peti ais sekitar 2-3 jam. Dah boleh dikeluarkan dan dimakan. Potong pula dengan pisang pemotong yang bergerigi tu.
Dalam rumah tangga, selain kasih sayang dan juga tanggung jawab, kena ada komunikasi antara suami isteri. Luahkan apa yang tersirat dihati supaya pasangan tahu akan apa yang anda rasakan.
Elakkan perkara tersebut menjadi duri dalam daging. Hanya kerana sayangkan pasangan dan tidka mahu hati terluka, anda lebih rela pendamk. Akhirnya diri sendiri yang merana dan makan hati sedangkan pasangan tidak tahu apa yang bergolak di dalam diri anda. In inilah yang menjadi racun yang memakan sedikit demi sedikit kebahagiaan dalam rumah tangga.
Saudara Akhtar Syamir berkongsi satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran buat semua.
Ada sepasang suami isteri. Mereka ada kesemuanya. Kereta sendiri, rumah sendiri, walaupun tidak sebesar mana, tetapi cukup selesa untuk mereka dan 2 orang anak mereka.
Si suami seorang penjawat awam kelas pertengahan. Si isteri pula seorang kerani di sebuah syarikat teknologi. Anak-anak mereka berusia 10 tahun dan 6 tahun.
Dari luaran, keluarga ini nampak normal. Menjalani kehidupan yang tidak terlalu mewah dan tidak pula susah. Boleh dikatakan, mereka dalam keadaan yang baik.
Setiap tahun mereka akan pergi bercuti di dalam negara. Ke Langkawi pernah, ke Legoland pun pernah. Pendek kata, mereka nampak bahagia.
Sebulan sekali, pasti si suami akan meminta kebenaran isterinya untuk pergi memancing. Itu rutin bulanan suami. Namun, si suami jarang bercerita mengenai ikan, joran dan perkara mengenai memancing. Joran yang di bawa sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan jarang sekali ada tangkapan yang dibawa pulang. Perkara ini berlaku sejak beberapa tahun yang lepas lagi.
Si isteri mengesyaki suaminya curang dan memancing itu hanyalah alasan. Pada suatu hari, si isteri nekad mengekori suaminya yang keluar untuk memancing.
Mereka tiba di suatu kawasan hutan yang tidak terlalu terpencil. Isterinya yang mengekori di belakang, memberhentikan kereta sedikit jauh dari kenderaan si suami.
Tanpa mengeluarkan apa-apa barang memancing, si suami terus berjalan ke dalam hutan sambil diekori isterinya tanpa disedari.
Dengan tidak semena-mena, terdengar jeritan yang amat kuat. Jeritan itu amat kuat sehingga mengatasi bunyi kenderaan di tepi jalan raya tadi.
Si isteri yang ketakutan tidak berani untuk mendekati dan hanya memerhati dari jauh. Dengan jelas dia dapat mendengar perkataan demi perkataan yang disebut suaminya.
AKU BENCI KAU ! KENAPA KAU BUAT AKU BEGINI ! ARGHHHHHHHH !
Si suami seperti tidak dapat mengawal dirinya. Menjerit dan menangis. Menjerit dan menangis seperti seorang bayi.
Ketakutan melihatkan suaminya sebegitu, si isteri bingkas bangun dan pulang. Bimbang akan keselamatan dirinya dan anak-anak, si isteri semakin risau. Dia terfikir mungkin suaminya ada penyakit sakit jiwa. Risau akan kebarangkalian suaminya akan bertukar ganas.
Isteri tadi memaklumkan perkara itu kepada ibu-bapanya yang membuatkan mereka terus bersiap untuk datang ke rumah.
Sementara menunggu mereka sampai, suaminya tiba-tiba pulang. Riak wajahnya bersahaja. Dengan senyuman manis yang sama sejak hari pertama mereka berkahwin, si suami menghulurkan beberapa kuntum bunga kegemaran isteri.
“You ada masak? Kalau takde takpe, I rasa nak masak untuk you hari ni”. Si isteri kebingungan. Suami di depan matanya ini berlainan langsung dengan yang menjerit di hutan tadi. Dia nampak gembira, nampak penuh kasih sayang seperti selalu. Memang setiap kali pulang dari memancing, suaminya akan membawa bunga untuk si isteri. Tetapi kali ini berlainan sedikit kerana isterinya sudah tahu apa yang sebenarnya dilakukan si suami.
Sambil memerhati suaminya memotong bawang dengan pisau, si isteri semakin lama semakin ketakutan. Berbagai perkara dan situasi yang bermain di mindanya. Adakah suaminya akan bertukar ganas dan menggunakan pisau itu untuk melukakan dia? Adakah suaminya akan membunuh diri dengan pisau itu? Atau adakah suaminya akan meletakkan racun dalam makanan tu?
Lamunan ngerinya terhenti apabila loceng di pintu berbunyi. Si isteri menarik nafas lega apabila ibu bapanya tiba. Si suami yang terkejut dengan kehadiran mereka terus menyambut mereka dengan tergopoh-gapah sehingga terlupa pisau yang masih di tangan.
Mereka bertiga menarik nafas lega apabila si suami meletakkan pisau itu dan kembali mendapatkan ibu-bapa mertuanya. Belum sempat mereka melabuhkan punggung, ibu mertua suaminya terus bertanya, “kamu dah kenapa, mak dengar kamu menjerit seorang diri dalam hutan, kamu dah gila ke?”.
Terkejut dengan soalan itu si suami memandang tepat kepada isterinya yang terus menceritakan yang dia telah mengekori aktiviti memancing suaminya tadi. Muka si suami berubah dengan serta-merta. Dia terus menundukkan kepalanya dan menitiskan air mata.
Ayah mertuanya tanpa berlengah memegang bahu menantunya dan bertanya, “kenapa ni? Ceritalah pada kami, kita bukan orang lain”. Ibu mertuanya masih memeluk tubuh dan berkerut melihatkan menantunya yang disangkakan gagah selama ini sedang menangis berjujuran air mata di hadapan dia.
Si suami mendapatkan isterinya dan memegang tangannya sambil mereka duduk. Si suami secara tiba-tiba turun dari sofa dan melutut di hadapan isterinya sambil diperhatikan mertuanya di sebelah. Sambil menangis dan memegang tangan isterinya, si suami meluahkan semuanya.
“Sayang, I dalam kemurungan. I tak bahagia. I sentiasa bersedih. I sayangkan you, tapi I benci sangat dengan you. You buat I terseksa selama ini”.
Terbeliak mata si isteri mendengar luahan isi hati suaminya. Tak pernah dia sangkakan, suaminya yang sangat baik ini, yang selalu membantunya buat kerja di rumah, tidak pernah mengeluh melayan dia dan anak-anak dan nampak sentiasa gembira sanggup meluahkan kata-kata sebegitu terhadapnya.
“Sayang, hidup I tertekan. You selalu marah dan menjerit kat I. I malu bila you marah-marah I depan anak-anak, depan mak ayah dan depan orang ramai.”
“Sayang, I tak mampu nak penuhi setiap permintaan you. Gaji I berapa je, cukup untuk makan pakai you dan anak-anak. Tapi you selalu minta itu dan ini. I terpaksa jugak turutkan. Kalau I cakap I tak mampu, you akan merajuk, you akan marah. Habis kiri kanan depan belakang I cari duit untuk penuhi impian dan permintaan you.”
“Sayang, selama kita kahwin, you tak pernah hidangkan nasi untuk I. Bila you dah siap masak, you sentiasa merungut dan ajak I makan pun dengan nada yang marah. Itu sebabnya I selalu suka masak sendiri. Pakaian I pun semuanya I gosok sendiri, I basuh dan sidai sendiri. You tak pernah peduli pasal pakaian I. Seluar kerja I ni dah 3 tahun tak pernah bertukar. I sentiasa tunggu bila you nak tegur seluar yang dah turun warnanya ni.”
“Sayang, you selalu paksa I ikut cara you. I layankan jugak walaupun I sebenarnya tak suka. I jenis yang tak suka sofa dan langsir yang ropol-ropol macam mak datin ni. I suka kalau kita hidup sederhana dengan perabot yang sedikit. Ini tidak, rumah kita penuh dengan barang hiasan sehingga nak berjalan pun susah. I serabut sangat.”
“Sayang, I tak tahan dengar you membebel setiap hari. Perkara yang sangat kecil seperti I terlupa tutup suis lampu boleh buat you membebel dan marah sampai setengah jam. Benda yang terjadi bulan lepas dan tahun lepas pun you sentiasa ungkit bila you marah. I rasa serabut sangat.”
“Sayang, I suami yang sangat baik. I buat apa yang you nak, I jadi suami yang terbaik untuk you. Tapi you sentiasa cemburu. Sampaikan I tak boleh nak bekerja seperti orang normal. Sentiasa menjadi mangsa syak wasangka you. Itu tak boleh, ini tak boleh. Dengan rakan sekerja tak boleh cakap, dengan boss sendiri pun you pertikaikan walaupun dia lelaki. You sentiasa ada prasangka buruk terhadap I. Tak pernah sekali pun you percayakan I. I jadi sangat lemas dengan benda ni. I terlalu penat. I tak tahu macam mana nak yakinkan you lagi. Semua dah I lakukan. Tetapi I tetap buruk di mata you.”
“Sayang, I terasa sangat bila you merendah-rendahkan I depan family dan kawan-kawan you. I tahu, I bukan kerja pangkat besar. Tapi tak perlu la you perli I, rendahkan I dengan membanding-bandingkan I dengan orang lain. Walaupun masa tengah melawak. I rasa macam sampah.”
Sayang, I pelik bila kat rumah, you tak pernah pun rasa nak cantikkan diri. Rambut you sentiasa serabut walaupun dah biasa ke salon. I tak sampai hati nak cakap, badan you berbau sebenarnya. Mulut you pun sama. Tapi bila keluar atau ke tempat kerja, nampak sangat you bersungguh-sungguh untuk nampak cantik dan wangi je bau you. I kecewa kerana you utamakan orang lain dari I.”
Si isteri yang kaku mendengar luahan suaminya itu terus bertanya. “Kenapa you tak pernah cakap semua ni?” Si suami pun menjawab, “Berkali-kali dah I cakap, you tak dengar. I takkan sempat habis cakap, you dah potong. You memang tak boleh terima teguran I.
“Bertahun lamanya I simpan semua ni. Sebulan sekali I pergi ke hutan tu untuk menjerit dan meluahkan segala-galanya. I tak tergamak nak marah kat you dengan anak-anak. Lebih baik I menjerit sorang diri. Makin lama perasaan ni makin menebal. Makin lama I semakin tak bahagia, makin lama I semakin membenci you. Tapi demi sayang kat you dan anak-anak, biarlah I tanggung sendiri. Ramai kawan-kawan I ada skandal disebabkan hal sebegini. Tapi I tak nak orang lain. I nak isteri I je.”
Si isteri memeluk suaminya dengan erat. Berjujuran air matanya menangis menyedari kesalahannya. Si bapa tidak dapat menahan sebak memikirkan betapa anak perempuannya sebenarnya telah menyebabkan seorang lelaki yang baik menjadi amat tertekan. Si Ibu pula menyesal menjadi teman anak mengumpat suaminya sendiri.
Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa. Ianya hasil olahan dari cerita yang saya baca dan ditokok tambah mengikut situasi masa kini.
Pengajaran yang kita dapat dari cerita ini ialah, sebagaimana orang mahu menolak pendapat ini, isteri juga boleh menjadi penyebab kepada ketidakbahagiaan suami.
Suami yang tak bahagia ini ada 3 pilihan. Sama ada mencari bahagia di tempat lain, menjadi seperti cerita ini atau menjadi suami zombie seperti yang pernah saya tulis sebelum ini.
Muhasabah diri mulai hari ini. Selami hati pasangan. Lihat kembali apa yang telah dibuat kepadanya dan untuknya. Adakah ada yang tersilap? Adakah ada yang tidak cukup? Buatlah bahagian anda sepenuhnya.
Semoga penulisan panjang ini mendatangkan manfaat. Niat saya hanya menegur dengan berhemah. Jika anda telah melalukan yang terbaik buat suami anda, bagus. Teruskan. Tetapi jangan lupa buka mata dan telinga untuk lihat dan dengar apa yang suami cakap atau tunjuk. Kadang-kala ianya terlalu senang nampak sehingga kita terlepas pandang.
Kepada yang rasa penulisan ini tak adil, sila baca penulisan-penulisan saya sebelum ini yang memfokuskan masalah yang berpunca dari suami. Kita perlu adil. Kita juga manusia yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.
Kongsikan kisah ini buat pedoman kepada semua. Adakah anda pernah buat perkara yang si suami itu luahkan dalam cerita ini?
Jemput follow saya ?Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Fahrin Ahmad melahirkan rasa gembira dan bersyukur bila mana sang isteri memilih untuk berhijab sepenuhnya awal tahun lalu.
Ketika ditanya mengenai penghijrahan isterinya, akui hos Wanita Hari Ini, dia tidak pernah memaksa atau meminta isterinya Elena Eleas berbuat demikian.Sebaliknya Fahrin selalu menitipkan pesanan bahawa perkara itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib untuk setiap wanita Islam.
Walau bagaimana pun, Fahrin mendoakan isterinya akan terus istiqamah dengan keputusan tersebut.
“Saya tak pernah memaksa atau kata apa-apa, sebab saya nak benda itu datang daripada hati dia sendiri. Sebelum isteri berhijrah lagi saya dah pernah berpesan kepadanya, memakai hijab merupakan satu tanggungjawab.“Tak boleh nak pakai sebab nak ikut orang atau hanya sekadar mencuba, kena bersedia untuk berubah dari segi penampilan dan pembawakan diri apabila sudah berhijab.
“Memang terkejut sebab saya dapat tahu isteri berhijab sewaktu dia upload gambar di media sosial waktu hari pertama memakai tudung. Jauh dalam sudut hati saya mengucapkan rasa syukur dan berdoa agar isteri istiqomah, Alhamdulillah…semuanya berlaku naturally,” katanya kepada mStar.Dalam perkembangan lain, Fahrin bakal keluar dengan drama berjudul Khilaf Asmara terbitan Radius One yang bakal menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Nelydia Senrose dan Fattah Amin.
Fahrin dan Elena Hani Eleas mendirikan rumahtangga pada 9 Mei 2015. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalifa Fahrel yang kini berusia lima tahun.
“Anak saya dibesarkan dengan suasana peniaga.. dari baby lagi saya bawa wat keje.. time tu wat networking, saya tabletalk sambil riba anak, then start dari umur 3tahun,
“Saya bawa meniaga di moodrepublik, anak saya tolong jual lipstick dan baju raya dalam bahasa pelat baby dia,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shikin juga menjelaskan bahawa anak perempuannya sangat matang dan memahami keadaan ibunya.
“Sebab tu Sekarang, dia da biasa tido dalam panas, keadaan comot dan serba tak selesa.. im proud of her, dia sgt matang even baru nk masuk 8tahun.. dan tak malu untuk borak dengan customer.
“Sekarang siap tolong mama meniaga dan faham keadaan mama.. banyak kali saya terpaksa janji untuk bawa pegi somewhere, just to make her happy.. tapi dia tak pernah mengeluh pun,” tambahnya.
Sementara itu, Shikin turut sempat berkongsi ucapan kepada anak tersayangnya kerana sudah melalui susah dan senang bersama.
“Doakan saya one day dapat tepati semua janji saya kat anak saya. Terima kasih sayang always be with me.. mama love u so much!,” katanya.
Kini, Shikin Maembong juga giat menjual popia pisang yang dihasilkannya sendiri dan mempunyai gerai yang dinamakan Cekopis.
Sumber: Instagram Shikin Maembong
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.