​Menjadi kelaziman menyambut Lebaran pasti kita sediakan ‘Duit Raya’ di dalam sampul untuk diberikan kepada anak-anak yang bertandang ke rumah dengan niat untuk bersedekah.

Namun bila sambutan Hari Raya yang akan diraikan dalam suasana PKPB ini, melarang amalan kunjung berkunjungan bagi menyekat penularan Covid-19, sekali gus itu bermakna tidak perlu lagi tuan rumah sediakan duit raya.

Pun begitu, berkongsi tentang kisah duit raya, lain pula persediaan yang dilakukan oleh Dr Zek ini.

Beliau tetap menyediakan duit raya untuk diberikan kepada anak-anak di musim PKPB ini. Nak tahu bagaimana kisahnya, jom baca perkongsian ini.


“Banyak prepair duit raya nak bagi sapa musim PKP ni, bang?” Tanya isteri.

“Hmmm.”

IKLAN

Aku terus mengeluh mendengar soalan seumpama itu. Sedih pun ada sebab raya ni takkan sama situasi dengan raya-raya sebelumnya.

Dulu Teruja Sekarang Sebak

Aku hanya teruskan dengan memasukan duit dalam sampul-sampul yang tersedia ada. Haru dan sebak saja hati.

Dulu agak teruja. Kali ni memang lain macam walaupun aku dapat pula cuti. Beraya di rumah dengan keluarga sendiri sahaja. Namun demikian, kami tak menerima tetamu untuk tahun ini.

IKLAN

Secara tradisi dan adat orang kita menyediakan duit raya terutamanya kepada kanak-kanak, sanak saudara dan ibubapa tu pasti.

Sebenarnya pemberian duit raya ni bukan sekadar tradisi atau adat Melayu, tapi ia menepati sebagai perbuatan sedekah dalam Islam. Janji kita ikhlas dan bukan sebab terpaksa.

Dua pahala kita dapat dari pemberian duit raya, pertama pahala bersedekah dan kedua dapat pahala mengeratkan silaturrahim. Hukum asalnya pemberian duit raya adalah harus.

Ambil Mood Raya

IKLAN

Aku teruskan persiapan ini untuk mengambil mood raya. Separuh dah siap sebab tak cukup sampul. Pelan nak bagi duit raya untuk anak-anak kakitangan tempat kerja sajalah.

Duit Raya. Dulu Teruja Isi Dalam Sampul, Tahun Ni Lain Macam & Dr Ni Kongsikan Kisahnya!

Teringat betul beraya zaman kanak-kanak dulu. Dapat duit raya bukan main seronok. Sayunya hati.

sumber : Dr Zek

​​​​​​

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI