Telur dadar dimakan dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera.Bahan asas bagi membuat telur dadar juga cukup mudah iaitu telur ayam, garam, bawang merah dan cili merah/hijau.
Namun begitu, seringkali juga telur dadar yang dihasilkan kelihatan leper, tidak cantik dan berminyak-minyak. Sebenarnya, ada beberapa kaedah dan tip yang boleh dicuba untuk memastikan telur dadar kelihatan gebu,lembut dan sedap bagaikan didalam iklan di kaca tv. Antaranya:
1.Tambah Mayonis
Tambah satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut dan bertambah enak.
2.Pukul telur dengan lebih lama
Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudian barulah dimasukkan apa sahaja bahan yang digemari.
3.Tapis telur yang telah dipukul
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.
4.Masukan sedikit air
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng.
5.Tambah perahan limau nipis
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika sehingga kembang. Tunggu minyak betul- betul panas, kemudian tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, seperti kaedah membuat teh tarik, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkannya. Hasilnya telur dadar akan kelihatan lebih gebu dan sedap.
6.Tambahkan serbuk penaik
Boleh juga menambahkan sedikit serbuk penaik didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Salah satu menu hidangan seisi keluarga yang sering menjadi permintaan anak-anak adalah sup cendawan. Rasa enaknya membuat anak-anak selera. Biasanya menu ini boleh didapati di restoran makanan segera.
Memang tidak dinafikan harga pun maha jika makan di kedai. Apa kata kali ini, kita buat sendiri di rumah. Boleh cuba!
IKUTI CARA INI
Based kuah/pes cendawan utk spaggeti carbonara/pizza/sup cendawan by immengga
Pes cendawan liar (pernah tengokkan Brand biasa di pasaran mushroom soup perisa cendawan liar paling sedap)
Kalau tak nak rasa cendawan yang kuat,boleh guna cendawan tiram sahaja(blend)
Bahan:
Saya blend tetiga ni guna air rendaman cendawan shitaki kering tadi. Shitaki kering tu pon blend sekali dlm keadaann kering2 tu ye,potong kekecik sblm masuk blend, nanti stuck.
Ketiga-tiga cendawan yang diblender.
Lada hitam kisar sesudu besar, Tepung gandum secawan,bawang besar 3 biji saiz sedang, Butter suku,minyak masak,garam,cukup ras/kiub pati ayam(xde dlm gambo),
Caranya: Panaskan butter dan campur sedikit minyak masak,masukkan bawang cincang dan tumis hingga sedikit layu. Masukkan tepung gandum.kacau serata. Masukkan air(saya guna air bilas blender dari blend ketiga2 cendawan tadi),masukkan sedikit dulu..kacau rata hingga trpung xberketul.masukkan air baki hingga habis.
Stok udang selalu kita gunakan dalam sajian membuat Mi Udang tetapi tahu tak ada banyak menu berkuah lain yang boleh kita gunakan stok udang ini.
Malah kalau nak masak sayur pun boleh gunakan air stok ini sebagai tumisannya. Rasanya memang berbeza. Jadi janganlah dibuang ya, simpan kulit dan kepala udang dan buat stok simpanan.
Ikut seperti yang dikongsikan oleh chef ini.
Menurut perkongsian Chef Sue M Arukin, pakar masakan Melayu, stok air rebusan udang ini boleh digunakan sebagai penambah perisa dalam pelbagai jenis masakan berkuah seperti Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi. Ermm..memang rugilah kalau terus dibuang saja. Jom ikut caranya.
CARA HASILKAN STOK UDANG
1. Basuh bersih kepala dan kulitnya.
2. Kemudian rebus dengan air hingga memenuhi periuk. Biarkan direbus hingga air rebusan tinggal separuh.
3. Jika suka, kulit dan kepala udang ini juga boleh dikisar.
4. Kemudian sejukkan dan tapiskan airnya. Sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.
Selalunya saya simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan berkuah.
Tip Bersihkan Udang
Malah beliau turut berkongsi cara nak bersihkan udang dengan sebaiknya. Ini penting.
Caranya:
2. Buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.