Tentu ramai yang suka makan aiskrim. Jika boleh hari-hari nak menjamah pencuci mulut ini. Tapi tak kan nak beli hari-hari, hargapun mahal dan ada yang manis.
Jadi apa kata buat sendiri aiskrim di rumah. Mudah, sihat dan jimat. Malah rasa manis pun kita boleh kontrol. Jom cuba buat!
Resepi Aiskrim homemade.
Bahan-bahan
Ads
1.Susu cair 1 tin
2.Susu pekat 2sudu besar penuh (nak manis lagi boleh tambah)
3.Ovalet 1sudu besar
4.Milo 3 sudu besar nak letak lebih pun boleh lagi sedap.
Penyediaan:
Semua bahan-bahan tadi dikisar dengan pengisar selama 2 hingga 3 minit. Pastikan semua bahan-bahan ada termasuk ovalet yang akan membuatkan aiskrim mengebu.
Ads
Apabila sudah sebati. Simpan aiskrim dalam bekas kedap udara di bahagian sejuk beku.
Bagaimanapun, bagi yang tak suka manis, boleh kurangkan susu.
Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan. Kerana itulah, mereka sanggup berkorban, bersusah payah demi memastikan anak-anak hidup selesa dan cukup segalanya.
Kejayaan tidak akan bergolek tanpa usaha. Itu yang Dato Sri Aliff Syukri lakukan demi memastikan keluarganya hidup senang.
Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui sebelum berjaya seperti sekarang.
Menerusi perkongsiannya semalam, Dato Sri Aliff memuat naik satu video berkenaan anak sulungnya.
“Kehidupan berkeluarga ni pasti ada manis dan pahitkan..Dia di lahirkan guna duit compny saya tak mampu nak bayar bill pun… sbb kawin awal dan masih makan gaji rm1800 ..time dia lahir hadiah 1pun x ada yg kasi ..?? berlainan dgn kelahiran yusoff yg dpt beribu hadiah..Disebalik kisah #ohabangkosmetik yg happy byk kisah yg sy x share di youtube saya..
“Sebenarya Kami memang tegas menjaga anak2 sbb mak syg garang sgt mcm singa dulu lah zaman muda (kalau vedio yom dan minah blh tak post mcm ni??) haha ni vedio lama sbb hilangkan baju sukan kat sekolah yg bernilai rm29 kami nak dia hargai bukan senang nak cari duit dan tak nak ajar dia rasa jadi anak org senang.. kalau wife saya marah anak2 saya pujuk kalau sy pulak yg marah dia akan pujuk anak2.
Mengakui kelahiran anak sulungnya itu ketika mereka masih hidup susah dan baru menapak dalam bisnes.
“Kalau korang nak tau … Anak sy @ammar_ahyanmemang istimewa dari dulu waktu dia kecil2 ramai org pelik sbb kepala besar dan berkulit gelap. Waktu dia lahir kami susah br nk menapak jual jamu dan kosmetik family x tolong jadi kena berniaga dari pasar dan rumah ke rumah.
“Saya selalu fikir, apa la nasib anak saya ni nanti dgn keadaan skrg semua nak ada pakej dan rupa yg lawa ..saya tak nak nasib yg sama mcm saya dan isteri bodoh dlm pelajaran.. jadi sy selalu nak dia rajin belajar kalau rupa kurang…smapai skrg dia ni malas nak bergaya walapun bermacm baju dan selamat bagai sy beli ttp baju buruk dia suka pakai ..malah sampai laaa ni Saya selalu suruh grooming dan yakin diri, puas dh marah sampai nangis2 dia.
“Saya ni kalau marah anak2 korg semua taulah kan mcmana. Tapi Alhamdulillah, skrg ni antara ramai2 anak dia ni la yg paling laju membaca, pandai ni hafaz Quran, selalu dpt no 1 dlm kelas malah pernah dapat best studen dan mula dia siap Ada di bilbord… Saya bangga dgn apa yg dia mampu buat skrg walapun dia pemalu tpi dia Ada bakat utk menjadi org yg berjaya.
Biarpun sering melabelkan anaknya itu dengan pelbagai panggilan, namun Dato Aliff Syukri memuji anak sulunya itu lebih hebat dari dirinya.
“Baru2 ni dia tlg saya promot produk lagi. Laju je ckp omputih, tak mcm saya terkial2 lagi nk berckp dan tua bebal nak belajar lagi.. apa pun #biarapaorgkatayg penting kita buat jee yg terbaik dan termampu utk family kita walapun org panjang hina yg penting x ganggu hidup org lain.. dn sy nak dia jadi lebih hebat dari @aliffsyukriterlajaklaris.
Baru-baru ini tular berita seorang wanita yang kerugian RM4,200 gara-gara diperdaya Scammer kononnya seorang ‘menteri’ yang dikenali melalui laman sosial Facebook, awal bulan ini.
Mangsa yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu.
Berkongsi pandangan mengenai kes tersebut, Tengku Zafrul terkejut apabila ada pihak menabur janji manis dan yang mengaku sebagai ‘Menteri Kewangan’.
Beliau turut menasihatkan agar wanita tidak mudah terpedaya dengan janji manis orang yang tak dikenali.
“Saya terkejut bila baca ada wanita terpedaya dengan janji-janji manis scammer yang mengaku Menteri Kewangan sehingga menyerahkan wang sebanyak RM4,200.”⠀
“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan. Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.”ujarnya.⠀
Ayah kepada empat orang cahaya mata ini dengan nada lucu namun tegas menjelaskan dirinya tidak berminat untuk berkahwin lain. Bahkan tak perlu sama sekali menerima ‘tawaran cinta’ wanita lain untuk menjadi ‘isterinya’.
“Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2.” ⠀
“Pesanan ini juga khas untuk isteri saya,” ujar beliau.
Sekadar rekod, , Tengku Zafrul mendirikan rumah tangga bersama dengan Datin Sri Johanna, yang juga seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan.
Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, pasangan ini juga dikurniakan empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.⠀
Tahukah anda? Ramai lagi pewaris si mati tidak tuntut khairat kematian yang disediakan oleh ASB ini.
KHAIRAT KEMATIAN UNTUK ASB
Tolong lah tuntut. Walaupun ada akaun asb je pun , takde asb loan. Boleh tuntut. Janji ada akaun ASB min baki RM10. Waris bawa surat kematian je pergi mana-mana ejen. RHB boleh , Maybank boleh. Tuntut. On the spot dapat.
WAJIB tuntut dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh kematian. Ramai yang tak tahu. Tolong war-warkan. Selepas 6 bulan dapat claim dah. Ingat
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
Simpanan mesti ada baki min rm10 dalam akaun asb
Waris boleh menuntut wang khairat kematian ini dalam masa enam (6) bulan selepas kematian pemegang akaun.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Perjalanan IVF Madammu yang menelan kos hampir RM200,000 akhirnya berakhir dengan kebahagiaan apabila dikurniakan Ahmad Kayden selepas hampir sembilan tahun menanti zuriat.