Resipi Apam Gula Hangus Paling Simple Nak Buat, Sedap & Gebu Hasilnya. Guna Blender Je, Wanita Ni Kongsi Caranya!

Share

Apam Gula Hangus, Menu simple untuk minum petang. Cukup mudah cara buat dan simple bahan yang digunakan. Tak perlu banyak step hanya blender dan kukus. Hasilnya memang sedap.

Mesti ramai boleh cuba. Mudah je buatnya ni. Cepat, mudah cara ini, tahu-tahu dah siap. Hasilnya memang sedap dan gebu.

Resipi perkongsian daripada puan Yati Yati

ini di ‘shared’ 3k menerusi page Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM). Nak tahu cara buatnya, jom cuba resipi ini. Pasti tak mengecewakan!

Apam gula hangus gebus pkpd menu k. Bidan hr ..ada yg suka ke.. Mudah je buatnya ni.. Blend je.. Cepat je.ni k. Bidan bg resepi senang ckit nk buat kan…jommm… Kita.

 

Bahan 1
1 cawan gula – Masak dan jadikan gula hangus. -warna macam madu.
1 cawan Air panas
2 sudu marjerin
Bila gula dah hangus masukan air panas kacau sampai gula hancur dan campurkan marjerin.. Sejukan ya

Bahan 2
1 1/2 cawan tepung gandum+ 1 sudu lagi takut cair sangat
2 biji telur
2 sudu susu pekat
1 sudu soda bikabonate

Cara membuat:
Bahan 1 + bahan 2 Blend je. Boleh lah kukus selama 15 minit.

Lepas tu masukkan ke dalam adunan. Jangan penuh sangat sebab nanti ia akan mengembang lebih kurang sekali ganda. Kukus selama 15 minit.

siap!

Sumber: Sirap Limau

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN