Resipi yang mudah jadi pilihan buat ibu-ibu kerana tak perlu nak ambil masa lama untuk menyediakannya. Janji sedap dan disukai sekeluarga.
Kalau hari ini, tak tahu nak sediakan apa untuk minum pagi, ibu-ibu boleh cuba Apam Kampung Gula Merah ni. Terbangkit kembali memori waktu kecil-kcil dulu kan.
Bukan tu je, resipi ni juga cukup senang kerana tak guna banyak bahan. Nak tahu caranya, jom lihat perkongsian dari Puan Cahaya Suriayang berkongsi resipi di grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM). Selamat mencuba!
Ads
Apam kampung gula merah
Sangat mudah
Tak banyak bahan
Tapi sedap
Ads
Bahannya
3 cawan tepung gandum
1/2 paket yis mauripan
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan gula merah
2cawan air
Jika adunan agak pekat boleh tambahkan1/2 cawan air lagi
Ads
Cara
Didihkan air dengan gula merah dan gula pasir.
Tapis air gula suam ke dalam bekas ..lagi baik jika bekas yg bertutup…masukkan yis tuggu kembang kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit2 hingga habis
Kacau rata…tutup bekas dan biarkan bancuhan naik 2x ganda…kacau lagi untuk buang angin Masukkan dalam acuan kesukaan yang telah dioles minyak masak..isikan separuh bahagian dan tggu hingga naik penuh semula baru kukus dalam masa 7-8mim…jika kukus dalam loyang kena kujus lama sikit dalam 1/2 jam Sejukkan…sediakan kelapa parut putih
Sedia dihidang
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selain penggunaan produk pelangsingan badan, kaedah tradisional dengan penggunaan bahan-bahan semula jadi antara petua untuk membantu menjaga kesihatan serta menguruskan badan.
Air detoks misalnya antara kaedah yang cukup mudah disediakan malah harganya pun murah sahaja. Dihasikan dengan campuran air kosong dengan buah-buahan, daun herba atau madu, sebelum diminum. Antara khasiat lain adalah membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sebagainya.
Jom cuba petua yang dikongsikan oleh saudari Hamizah Zakaria. Petua air detoks ini juga adalah cara mudah untuk membantu tubuh badan kekal muda.
Ratu minum tiap 3x seminggu. Bagi buang angin, memudahkan peraliran darah. Kecutkan lemak dekat perut geleber.
Orang sekarang kan tak suka jaga pemakanan sangat kan. Fast food lah. Makanan berlemak bercili berlada semua sumbat. Bila masa cuci usus iolllss pon tak tahu.
Cara yang paling mudah nak kekal bertenaga dan wajah kemerah merahan. Badan wangi dan gebu tanpa lemak jahat.
Bahan bahan : 2 inci Halia 4 batang Serai. 3 Asam keping ( tak nak takpa) 3/4 helai Daun pandan 7 biji cengkih Lemon 4/5 hiris Air 1liter Madu / gula merah setengah sudu besar
Cara buat : Hiris halia (agak berapa banyak nak) tumbuk tumbuk comel halia. 7biji cengkih (cuci dulu) Hirisan lemon Masukkan 4/5batang serai yang ketuk satukan dalam periuk bersama air dah didih matikan api Air dah suam, bolehlah minum bersama madu sesudu kecil
Tips : Minum selepas sarapan pagi. Boleh juga letak madu sikit. Untuk bf mom, kena tengok jugak anak. Kalau masa amalkan anak takde masalah kembung perut @ cirit-birit boleh teruskan. Jaga pemakanan dan selalu buat exercise jugak untuk dapatkan kesan yang lebih cepat. Air putih kena minum cukup setiap hari untuk menggalakkan proses buang lemak. Ketika amalkan minum air detox ni, memang akan mudah buang air besar. Untuk cepat kurus, boleh amalkan setiap hari. Jika dah kurus dan nak maintain, boleh minum 3 kali seminggu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali jejaka ini muncul di media sosial, pasti ramai yang terpaku melihat kareakternya. Bukan hanya murah dengan senyuman, tetapi bakat memasak yang ada pada dirinya membuatkan ramai yang tertarik untuk mencuba.
Itulah dia Mohd Shafiq, 28, anak kelahiran Alor Gajah, Melaka, yang cukup terkenal di laman tiktok dan trademark suka tersenyum itu membuatkannya dikenali hingga kini sudah memiliki lebih 590,000 pengikut di platform berkenaan.
Ia kerana semua video dimuat naik menunjukkannya tersenyum memandang kamera daripada awal hingga selesai memasak.
Senyuman buat bertambah manis
Mohd Shafiq berkata, apa dipaparkan di laman sosial itu adalah karakter semulajadinya dan bukan dibuat-dibuat untuk menarik perhatian pengikut atau penonton videonya.
“Saya memang suka senyum tidak kira ketika bergambar atau di dalam video, jadi apa yang dipaparkan itu adalah personaliti sebenar saya.
“Lagipun, senyuman itu satu sedekah dan akan buatkan seseorang itu bertambah manis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Belajar masak dengan ibu umur 11 tahun
Minat memasak yang ada dalam diri pegawai forensik di salah sebuah Jabatan Kimia di negara ini berkata, dia memang suka memasak. Bahkan, dia boleh menyediakan lima hingga enam jenis masakan dalam sehari.
“Ilmu memasak dipelajari daripada ibu (Noraini Buang, 62) ketika berusia 11 tahun dan pendedahan awal itu mengajar saya menjadi seorang yang berdikari.
“Saya mahu berkongsi ilmu dengan orang ramai dan memilih platform TikTok sebagai medium dan gembira kerana perkongsian saya ini menerima maklum balas positif daripada pengikut.
Memasak satu hobi & terapi
Katanya, lebih memberikan kepuasan apabila ramai pengikut sudah mencuba resipi dikongsinya dan mula berubah sikap iaitu daripada seorang yang dulunya liat ke dapur dan kini rajin memasak.
“Saya memang minat memasak dan sudah menganggapnya sebagai satu hobi dan terapi untuk menghilangkan tekanan kerja.
Masak lepas balik kerja atau cuti
Bukan itu sahaja, hobi itu berterusan sehingga kini dan setiap kali pulang daripada kerja atau cuti rehat, saya akan memasak.
“Cuma, saya masih bujang, jadi kelengkapan di rumah agak terhad dan hanya menggunakan apa saja yang ada, misalnya cawan untuk menyukat bahan dan tunjukkan cara satu persatu cara memasak supaya pengikut yang menonton tidak rasa susah untuk mencubanya sendiri di rumah,” katanya.
‘Menjual’ muka saja di TikTok
Di sebalik komen positif, ada kecaman diterima daripada segelintir warganet yang menuduh video dimuat naiknya palsu dan sekadar disunting semata-mata.
Namun, Mohd Shafiq tidak mengendahkannya kerana lebih menghargai mereka yang memberi sokongan sejak dulu hingga kini.
“Ada segelintir warganet meragui kebolehan saya kerana penampilan memakai kemeja ketika memasak selain mengatakan saya hanya ‘menjual’ muka saja di TikTok.
“Tetapi tuduhan mereka tidak benar kerana ramai sudah mencuba resipi dikongsikan dan percubaan mereka berhasil.
“Apapun, saya berterima kasih kepada semua yang menyokong kerana sokongan itu memberi lebih semangat untuk saya berkongsi ilmu masakan,” katanya.
Justeru, dia merancang mahu mengukuhkan nama di laman sosial dan jika ada rezeki mahu mengeluarkan produk sendiri nanti.
Setakat ini, TikTok Shafiq yang menggunakan nama @shafiqcute itu telah mendapat lebih daripada 500 ribu pengikut yang rata-ratanya seronok melihat dia memasak serta berkongsi resepi makanan mudah yang boleh dicuba pada bila-bila masa.
Gelombang ketiga pendamik Covid-19 ini dilihat kian ‘mengganas’, setiap hari ada sahaja kluster baru dimaklumkan kepada umum.
Nyata, dalam tempoh ini kita semua secara automatik berasa bimbang dan sebaiknya selain kita patuh SOP, ambil paduli juga sintom dan gejala berkaitan Covid-19 ini.
Melalui perkongsian daripada Abdul Fatah Abu Hanipah yang juga disahkan positif covid-19 pada dua hari lalu boleh dijadikan info.
Bahkan semangat positif yang ada pada dirinya wajar dicontohi. Ikuti perkongsiannya.
Saya Fatah. Kekal hensem walaupun dikesan positif Covid-19 dan sekarang ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), Hospital Sungai Buloh. Orang kata PKKN ada hantu tapi saya peduli apa sebab Korona ini pun macam hantu juga. Ghaib dan menggelabahkan manusia.
Hari ini hari kedua saya di PKKN. Semalam saya disahkan positif setelah mengalami beberapa simptom dan berjelaga. Maafkan saya. Bergejala, bukan jelaga.
Untuk tulisan kali ini, saya nak ceritakan apa gejala yang saya alami sebelum saya disahkan positif. Iyalah, ini benda yang paling ramai orang nak tahu dan risau pun kan.
1) Demam panas dan batuk. Hari kedua saya jadi contact rapat dengan kawan yang positif (waktu itu dia pun tak tahu yang dia positif), saya dihinggapi demam panas sehingga sukar tidur malam. Hari lain rilek saja letak kepala terus lelap macam Nobita. Tapi tidak pada hari itu. Esok dan lusanya demam sudah tak ada.
2) Selsema dan sakit kepala. Dia datang sekali dengan demam. Pakej lah kiranya. Macam makan sate, kena ada nasi impit. Macam pakwe hensem, kena makwenya lawa. Ha macam tu lah.
3) Sakit sendi dan penat-penat. Sakit segala sendi ialah sakit yang paling orang tak nak sebab membuatkan kita rasa nak pulas segala bahagian sendi di badan. Orang pernah kena demam denggi pasti faham sakit dia macam mana. Tak boleh tidurlah kiranya selagi tak sapu minyak panas.
4) Hilang deria bau dan rasa. Ini paling power. Saya salute Virus Korona sebab dia mampu alter saraf saya jadi tak bau dan tak rasa apa. Hidung tak tersumbat tapi tak boleh bau apa-apa.
5) Rabun sekejap. Ini pun power juga. Hari terakhir di rumah sebelum saya disahkan positif, saya rasa macam mata saya ini berselaput macam baru bangun tidur. Dah mandi dah buat itu ini genyeh mata sampai berair, tetap rasa kabur-kabur. Saya ingat ada tahi mata, rupanya ini salah satu jelaga. Maaf, gejala.
Cukup dua gejala pertama dan sehari selepas saya dikategorikan sebagai contact rapat kepada kawan saya yang positif, saya pergi buat swab test di klinik kesihatan berdekatan (FOC). Tunggu dua hari, result di klinik kesihatan masih juga tak dapat-dapat.
Dek kerana badan makin terasa sakit-sakitnya, saya ke hospital swasta dan buat swab test sekali lagi. Jam 10 pagi buat swab test, jam 7 pagi esoknya doktor telefon.
“Morning Fatah. Tahniah, awak positif”
Aku tipu saja doktor kata tahniah tu.
Ok flow dia macam ini.
Buat swab test di klinik kesihatan atau hospital swasta dan kalau keputusannya positif, mereka akan hantar keputusan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat. PKD yang akan ambil tindakan seterusnya. Kalau negatif, dia akan beritahu juga. Ada yang suruh kita sendiri telefon tanya status.
Bila positif dan PKD telefon, dia akan temu ramah, ambil details semua lah sebelum dia hantar ambulans untuk ambil di rumah. Itu sebab, bagus kalau kita ingat details semua benda pergi mana dengan siapa naik apa bla bla bla kerana klinik akan tanya benda sama, PKD tanya benda sama, kawan tanya benda sama, pejabat tanya benda sama sampailah kau nak muntah jawab benda sama.
Nak senang, tulis semua benda dalam nota telefon. Orang tanya, tepek saja info. Orang tanya, tepek. Senang. Kalau tanya lebih-lebih, sihat nanti pergi lempang. Settle.
Bila ambulans datang, ha saat situlah bermulanya manusia sekeliling jadi kalut macam Alpaka hilang anak. Orang sekeliling akan ambil gambar, hantar ke semua group WhatsApp, hantar ke member di Perlis sampai member Perlis pun kalut pergi mandi dengan sanitizer walaupun kejadian berlaku di Ampang. Orang akan jadi kalut sampai tak boleh tidur. Risau sampai suruh sanitize surau walaupun tak pernah pergi surau.
Ha gelak. Tapi itulah hakikat dia Tuan Puan. Itulah hakikat dia. Virus Korona melemahkan antibodi pesakit. Kekalutan sekeliling kerana tak cukup faham dengan situasi dan tidak tahu cara bereaksi, membunuh mental pesakit.
Jadi, jangan jadi pembunuh mental. Sebaliknya membantulah. Daripada kalut sebar gambar dan beritai itu ini yang tak tahu sahih tak sahih, eloklah tanya keluarga yang ada ahlinya yang positif itu, apa yang kamu perlukan yang kami boleh tolong dan usahakan.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...