
Meskipun hanya menu ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran buat seisi keluarga terutamanya buat anak-anak kecil. Sementelah menu ayam goreng ini cukup mudah disediakan dan aromanya mampu membuka selera jika dihidangkan ketika masih panas.
Tapi bagi menghasilkan ayam goreng yang enak, ranggup di luar tapi lembut di dalam ada caranya. Langkah menghasilkannya dikongsi oleh Najwa Romli dari laman Facebook beliau. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam.
1 labu bawang putih
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Hiris semua bahan tersebut kecuali daun kari.
2. Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu. Boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan dua sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4. Sambil menunggu perapan ayam susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam di dalam loyang kukus dan kukuskan selama 20 minit.
6. Setelah dikukus, biarkan sejuk, lalu digoreng dalam masa 5 minit..
Jika ingin disimpan di dalam simpan chiller masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
6 Cara Masak Bubur Lambuk Jadi Super Pantas, Sedap Pulak Tu!

Bubur Lambuk sememangnya cukup sinonim dengan bulan puasa. Tak sah rasanya kalau resipi ini tidak muncul ketika bulan puasa. Lambakan bubur lambuk yang dijual di bazaar pastinya tidak sesedap rasanya yang dimasak sendiri di rumah.
Bagaimanapun langkah membuat bubur yang memakan masa agak lama pasti buat kita teragak-agak untuk mencubanya di rumah. Tidak perlu menunggu hari minggu, anda boleh mencubanya pada bila-bila masa sahaja.
Bagaimana cara pantas dan sedap untuk membuatnya? Kena cuba petua ini.

Rendam Beras
Untuk menjadikan bubur lebih cepat dimasak, rendamlah beras terlebih dahulu. Tidak perlukan masa yang lama, 30 minit atau satu jam, itu sudah memadai. Biarkan direndam seketika. Namun pastikan beras dibasuh bersih terlebih dahulu dan kemudian barulah direndam. Tutup dan biarkan.
Guna Periuk Nasi
Selepas direndam, toskan airnya dan masukkan semula air yang banyak ke dalam beras. Masaklah seperti biasa. Petua menjadikan ia lebih senang di masak dan tidak perlukan proses mengacau dengan kerap, anda bolehlah memasak di dalam periuk nasi.
Namun pastikan airnya diletakkan pada kuantiti yang banyak dan tambahkan airnya dari semasa ke semasa. Senang, mudah dan cepat.

Kisar Beras
Anda boleh juga mengisar beras terlebih dahulu sebelum memasaknya seperti biasa. Kisarkan berasnya terlebih dahulu kemudian barulah di basuh bersih dan dimasak seperti biasa. Namun jangan pula dikisar terlalu halus. Biarkan sedikit tekstur pada bubur anda.
Bekukan
Proses membekukan beras juga merupakan salah satu langkah memasak bubur lambuk dengan lebih cepat. Jika anda merancang memasak bubur keesokkan harinya, malamnya basuhlah beras segera dan bekukan di dalam peti ais. Letakkan juga bersama sedikit air. Apabila tiba waktu memasak, masukkan ke dalam periuk, tambahkan sedikit air bersama bahan-bahan lain. Biarkan masak.

Masukkan Semua Bahan
Tak perlu pening kepala, masukkan sahaja kesemua bahan seperti daging, ayam atau udang ke dalam beras yang hendak di masak. Tambahkan sayur seperti biasa seperti kentang dan sebagainya sekaligus. Biarkan direneh bersama-sama supaya rasanya lebih enak dan sebati. Akhir sekali barulah diberikan perasa.
Guna Stok
Mahu rasa bubur yang lebih enak, ada baiknya anda menggunakan stok air rebusan ayam atau daging ketika memasak. Stok ini membantu mengenakkan lagi rasa bubur putih sedia ada. Biarkan ia benar-benar sebati dan mesra, bubur anda pasti lebih sedap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Teringin Nak Makan Scone? Wanita Tinggal Di Luar Negara Ini Tunjukan Cara, Rupanya Guna 3 Bahan, Mudah Nak Buat!

Orang kata scone dipercaya berasal dari negara Scotland. Resepi asal diperbuat daripada oat, barli, wheatmeal dengan baking powder. Scone sedikit manis, dan tekstur yang relai seperti roti. Tapi bahan-bahan scone tidak seperti roti yang mengunakan yis.
Scone adalah antara makanan yang popular di beberapa buah negara eropah termasuk United Kingdom, Irish dan Irelanad.
Bagi orang Malaysia, biasanya scone yang enak di Cameron Highlands. Jika ada di jual pun agak mahal makanan ini.
Tapi bagi yang bercadang nak buat sendiri, boleh cuba resipi wanita ini yang tinggal di Australia. Beliau suka berkongsi resipi di facebooknya. Jom ikuti perkongsian puan Mell Abdul Rahman yang dipaparkan menerusi Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Scone 3 bahan
Tak payah pergi Cameron Highlands dah. Orang Aloq Pongsu (kampung saya) pun boleh makan dah aih. Hebat tak sangga la makan scone.
Kalau beli seketoi rm4. Buat sendiri bahan xsampai RM10
Saya nak share scones cuma menggunakan 3 bahan yang sangat2 senang dan mudah.
(Tapi ini versi tawar sebab kita akan makan dengan strawberry jam yang dah manis. So saya tak pakai gula. Lagipun saya sendiri dah manis.
Bahan-bahan:
Bahan2 seperti yang tertera….
Jangan tiru jenama tu ye mak.. sebab saya di Australia. Jenuh pulak nak pusing tesco nanti.
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (Jangan naik tinggi sangat nanti gayat)
1 cawan susu segar sesegar haruman kasturi
130g (lebih kurang 1/2 cawan) butter. Bukan beta is better ya (sultan melaka pag

OPTIONAL:
Boleh pakai sedikit essen vanilla, sedikit gula castor dan sedikit garam (tapi untuk yang kali ini saya tak pakai)
Cara penyediaan:
1) TEKNIK BERDUA LEBIH BAIK..
-saya ayak sikit tepung tu biar dapat tekstur gebu gebas dan kenalkan dengan butter.
-Gaul2kan berdua tu biar sampai jadi seperti serbuk roti. Seroi kata orang utagha

2) TEKNIK BILA BERDUA PASTI ADA YANG KETIGA
-bila dah berdua mesti kena tangkap basah… So kita basahkan dengan secawan susu segar..
-gaul chill2 je tak payah uli yeee… sebab depa ni tak bergaduh
(masa ni kalau yang suka manis tambah gula sedikit, essen vanilla dan garam. Ini optional saja ya)

3) TEKNIK MERAPATKAN SILATURRAHIM…
– So kita dah sebatikan bersama penyek2 sikit supaya lebih akrab persahabatan. Tiberrr
4) TEKNIK BERTENANG DAN BERMUHASABAH
– Beri sedikit ruang kepada mereka untuk muhasabah diri masing2 dalam 10 minit untuk mengenali hati budi.

5) TEKNIK SIAP SEDIA
-Lapik baking paper atas dulang pembakar supaya mereka tadi tidak melekat dan berebut kawasan. Kita ingin mencegah mereka dari berselisih faham ya
(kalau tak ada, sapu saja pakai butter sikit)

6) TEKNIK MENYIAPKAN DIRI
-kita leperkan mereka (tak perlu pakai roller) dan tekup bulat2.. Saya pakai acuan kecil konon2 nak nampak comel.

7) TEKNIK PERHIMPUNAN SEKOLAH
-Susun atas dulang pembakar macam beratur dalam perhimpunan di sekolah. Yang tinggi di depan, yang rendah di belakang. Yang lebar dok tengah2.. Cover gitteww..
Macam mak2 la ambil gambar dok belakang anak

TEKNIK BERDANDAN
-ini juga optional. Saya suka permukaan scone nampak garing. So saya guna telur dan sedikir susu..
Kacau sebati jangan sampai berbuih2 cinta pulak. bukan nak buat teloq sarang burung

9) TEKNIK MEMANJAKAN DIRI
-lulurkan dengan lemah gemalai permukaan scone dengan berus.. Biar sekata seperti mak pakai face masker dengan baju kelawaq tu.
10) TEKNIK WEFIE
-Begini hasilnya (ini nak masuk 2nd bake. sebab tu paper tu dah ada kesan. Yang 1st tadi lupa nak snap)

11) TEKNIK SPA
-Depend pada oven mak2 ya… Kalau saya panas spa tu 250degrees dan 15minutes. (sebab saya suka garing. kalau taknak, kurangkan sikit suhu atau masa)
Agak panas tapi cepat masak.

12) TEKNIK SEJUKKAN BADAN
– Kita bagi depa ni chill2 sat luh. Lepas spa katanya.
-mulus gittewwhhh

13) TEKNIK PEMISAH
-Potong tengah2 biar terbelah 2
wowww gebusnyeeee kejadian

14) TEKNIK OOTD
-Beginilah hasilnya… Sapu dengan strawberry jam boleh, dengan whipped cream boleh. Kalau nak letak tuna pun why not. Sebab ini scones versi plain.
Tapi next time saya tak nak buat kecil2 la. Nak buat besar sikit. Tak comel pun kecik2 tu..
Memang dah sah #GEMOKisAWESOME
Selamat mencuba!

Sumber: Mell Abdul Rahman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat Sos Black Papper Rasa Premium, Salah Satu Bahannya Guna Susu Full Cream. Lelaki Ni Kongsikan Resipinya!

Selain sos cili dan sos tomato, sos black papper juga menjadi pilihan ramai untuk dinikmati bersama bebola daging, daging kambing bakar dan pelbagai menu masakan barat seperti chicken chop dan sebagainya.
Untuk anda yang ingin mencuba sendiri menyediakan sos black papper dengan citarasa hebat, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Black Pepper Sauce Premium, rasa setaraf kedai 5 bintang
Bahan bahan:
2sudu besar Butter
1biji Bawang Holand ( potong dadu )
2sudu besar Tepung Gandum
2~3 cawan Air
5sudu besar Kicap Manis
1sudu besar Sos Tiram
1sudu besar Black Pepper
1kiub Pati Ayam
500ml Susu Full Cream
Garam & Gula ( secukupnya )
Meatball & fries
cara-cara untuk masak
Okey gais, mula-mula kita akan cair kan butter, kemudian masukkan bawang holand dan tumis sehingga wangi dan perang, kemudian boleh masukkan tepung, tumis sebentar.
Kemudian masukkan 2 cawan air, kacau sehingga sebati, kemudian boleh masukkan kiub pati ayam, black pepper, sos tiram, dan kicap manis, kemudian kite akan kacau sehingga sebati, dan boleh tutup api sementara untuk kita pergi blend pula semua bahan yang kita masak tu,

Masukkan perlahan-lahan sos kita ke dalam blender, kemudian kite blend sehingga hancur semuanya, nie untuk dapatkan texture yang smooth waktu kita nak makan nanti.

Lepas dah blend, boleh tapis dan masukkan semula ke dalam kuali kita, keladak-keladak yang kite tapis tu kita boleh buang sahaja, kemudian biarkan kan sehingga kuah mendidih dan sedikit pekat, pastu boleh laa kite masukkan Susu Full Cream, kacau sebati, kemudian kite rasa terlebih dahulu kuah kita untuk kite sukat banyak mana garam dan gula yang kita perlu tambah, masukkan sedikit demi sedikit garam dan gula agar kuah kite tidak terlalu masin.

Jika dah sempurna, boleh lah tutup api, dan Maka dari itu siap lah kuah Premium Black Pepper Sauce kite

Sila kan share jika bermanfaat untuk semua. Btw if u guys terjejas dengan PKP, mungkin korang boleh cuba resepi nie utk mulakan perniagaan, nak mix dengan apa-apa pun boleh, meatball ke chicken grill ke chicken chop ke, insyaAllah laku keras. Rasa kuah nie setanding meatball ikea, me’nate dan jahhet dan sebahagian kedai-kedai yang mahal
Sumber : Ahmad Ilmi Ghazali
ARTIKEL MENARIK: Buat Aiskrim Guna Susu, Rasa Sedapnya Memang Sampai Ke Tekak. Begini Cara Buatnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

