Resipi Ayam Masak Merah sememangnya jadi menu kesukaan anak-anak kita di rumah. Tetapi banyak versi resipi ini, mana satu yang anda pernah cuba. Untuk hari ini, apa kata cuba buat hidangan Ayam masak Merah dikongsikan wanita bernama Rafiza Idayu.
Rupanya ada rahsia jika mahu rasanya lebih menyengat. Menurut wanita ini, rasa tersebut terletak pada serai yang dimasukkan ke dalam masakan. jadi, nak rasa yang lebih enak kena letak serai dalam kuantiti yang agak banyak.
Malah, resipi Ayam Masak Merah yang di’infused’ rasa serai yang wangi dan buka selera.Jom ikut caranya. Nampak mengiurkan.
Saya berkempatan belajar dengan seorang yang menyediakan Ayam Masak Merah yang sangat sedap ketika jamuan kenduri kahwin anak beliau. Pesannya, letak serai banyak dan maniskan sedikit masakan tersebut.
Ini cara buatnya:
Bahan bahannya:
Ayam seekor dipotong 12 bahagian
Serbuk Kunyit
Garam
30 biji lada kering
2 inci halia
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
5 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
7 biji cengkih
1 biji gula nisan (gula kerek @ gula nisse @ gula melaka @ gula perang)
4 ketul asam gelugur (asam keping)
2 biji tomato
10 sudu sos cili (brand Kimball)
10 sudu sos tomato (brand Kimball) 12 batang serai
* Rasa akan berubah mengikut bahan atau brand yang digunakan. Contohnya sos cili brand Maggi akan sedikit masam. Jadi kurangkan penggunaan asam keping
Caranya:
1. Setelah basuh dan toskan ayam, perap ayam sebentar dengan kunyit dan garam.
2. Goreng ayam tiga suku masak dan toskan. Jangan terlalu garing kerana ayam akan keras dan kurang juicy.
3. Ini tips yang penting untuk dapatkan aroma yang wangi dalam Ayam Masak Merah. Bawang besar hendaklah dihiris nipis. Jangan blender. Bawang besar yang
digoreng akan menerbitkan rasa manis dan wangi. Cili kering tadi direbus dan dikisar bersama bawang putih dan halia.
Ads
4. Panaskan minyak dan masukkan serai yang telah diketuk. Minyak masak akan beraroma serai yang wangi.
5. Kemudian masukkan bahan tumis.
Bahan tumis iaitu 4 sekawan :
+ Kayu manis
+ Bunga Lawang
+ Buah Pelaga
+ Cengkih
6. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris nipis.
7. Tumis sehingga naik bau. Tips untuk mengetahui bagaimana naik bau adalah bawa tangan di atas tumisan dan bawa aroma ke hidung.Belajar cara nak tau bau bawang wangi apabila ditumis. Ops! Elakkan bawa hidung ke gigi kuali, kalau terpercik minyak di muka.. acik tak bertanggungjawap
tau!
Ads
8. Apabila dah naik bau, masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Pastikan minyak tidak terlalu sedikit agar bahan tumisan masak cantik sekata. Jangan bimbang dengan bawang besar yang dihiris tadi kerana ia akan hancur semasa proses menumis.
9. Masak bahan kisar tadi sehingga pecah minyak. Kenapa perlu pecah minyak? Ia indikasi bahawa bahan kisar telah masak sempurna. Jika lauk kenduri, masakan akan lebih tahan lama dan mengelakkan sakit perut jika bahan tidak dimasak sempurna. Apabila telah pecah minyak, masukkan gula nisan.
10. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.
11. Masukkan air pada kepekatan yang diingini.
12. Apabila telah mendidih, masukkan potongan buah tomato.
Ads
13. Masukkan asam keping.
14. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Hati hati semasa masukkan garam kerana sos sudah ada garam dan ayam goreng tadi juga telah diletakkan garam.
15.Apabila cukup rasa, masukkan ayam goreng tadi.
16. Gaul sebati ayam tersebut ke dalam kuah masak merah tadi. Alhamdulillah, cantik kejadian ayam masak merah kita. Sedia dihidang dengan daun ketumbar
atau kacang peas.
17. Ini papadom untuk makan bersama Nasi Tomato. Goreng papodom ini yang seperti di kedai mamak. Papodom bulat ini lebih sedap berbanding papodom yang berbentuk segiempat.
Nasi Tomato sedia dihidang bersama Ayam Masak Merah dan Kuah Dhal.
Selamat mencuba!
Sumber: Rafiza Idayu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perasan tak, kalau kita tengok bahagian almari kasut sering sahaja berselerak. Kadang-kadang pasangannya entah di mana letaknya.
Keadaan almari nampak lagi tak terurus kalau sudah terlalu banyak jumlah kasut yang disumbat didalamnya. Maklumlah, setiap ahli keluarga bukan hanya ada sepasang kasut malah beberapa pasang seorang.
Jadi ada cara terbaik untuk uruskan susun atur kasut-kasut tersebut. Bukan sahaja nampak kemas malah kasut pun tidaklah mudah rosak dek kerana ditindih-tindih.
Ini sebagaimana perkongsian daripada puan Zaza Zalina ini. Jom semak.
Ni cara akak kemaskan almari kasut kami anak beranak. Tengok la gambar sebelum tu serabut sangat.
Beli Shoes Slot kat kedai eco baru ok. Satu rm2.10. Memang jimat ruang. Boleh letak 42 pasang kasut dalam almari tu. Lebih tersusun kan…. Ni deko almari kasut tepi rumah.
Memang masalah sebelum ni. Kasut-kasut tu tak muat nak letak kesemuanya dalam tu. Kami serumah ada 4 beranak. Ruang nak letak almari amat terhad. Takkan nak beli almari lagi….. Dalam setiap tingkat cuma boleh letak 3 pasang kasut jer. Ruang terhad. Sampaikan bertindan-tindan kalau nak letak lebih. Nampak serabut dan tak kemas.
Saya, suami dan 2 orang anak yang sudah bekerja. Jadi masing-masing ada beberapa pasang kasut. Jumlah semua ada 38 pasang kasut. Sebelum ni anak-anak saya letak kasut kat tempat lain. Lepas guna ni saya satukan dalam almari. Senang satu tempat.
Pada awalnya, saya pernah baca di fb tentang adanya shoes slot ni. Katanya ada dijual di shopee tapi saya tidak pernah beli online. Kebetulan pergi kedai eco nampak. First time tengok memang pelik…benda alah apa la ni…tengok gambar baru faham. Jadi saya kumpul dan beli di dua kedai eco baru cukup dapat 42 pcs.
Saya bole letak setiap tingkat 6 pasang kasut. Memang jimat ruang. Nampak lebih kemas dan teratur. Sangat praktikal. Kasut pun dapat letakkan satu tempt sahaja dan yang paling penting harganya murah dan mampu dibeli.
Kalau buka sahaja facebook pasti mata kita tak terlepas daripada melihat perkongsian video resipi Donat Lava Meleleh yang tular di media sosial. Telan air liur dibuatnya. Memang nampak sedap dan kebabom.
Rupanya taklah susah nak menyediakan donat ni. Hanya berasaskan resipi donat biasa kemudian anda paipkan coklat ke dalamnya sebelum di goreng seperti biasa. Tapi kenalah ada caranya. Kalau tersilap langkah, tak menjadi pula ‘lava’ kita kat dalam tu. Macam mana ya?
Nak cuba untuk anak-anak petang ni? Jom ikut resipi yang dikongsikan di facebook ni.
Resepi Donat Coklat Leleh Lava
Bahan-bahan: 4 cawan tepung gandum 3 sudu besar merjerin 2 sudu besar susu pekat 1 sudu besar gula 1/2 cawan air suam 1/2 cawan air 1 peket mauripan Sedikit garam Coklat bar -untuk filling di dalam donat
Cara Memasak:
1. Ambil setengah cawan air suam dan larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati.
2. Biarkan hingga yis mengembang sekitar dalam 20 minit .
3. Ramas dan gaulkan rata tepung gandum bersama marjerin, susu dan garam hingga sebati.
4. Bila yis dah mula mengembang, masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang selikan dengan setengah cawan air sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
5. Biarkan doh direhatkan selama 30 minit. Tutup doh dengan kain basah dan biarkan seketika.
6. Selepas 30 minit, doh akan naik dan tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
7. Boleh canaikan doh tersebut, jangan terlalu tebal sangat dan jangan pula terlalu nipis.
8. Bentukkan bulat seperti donat dan paipkan coklat ke dalamnya.
9. Sebelum menggoreng, rehatkan donut selama 30 minit supaya ia mengembang dengan cantik .
Perlu Tahu Mengenai Donat
Nak buat donat yang gebu dan ringan malah cantik pun kena ada caranya. Bukan itu sahaja malah nak goreng dan cara nak simpan lama dalam peti ais pun ada caranya. Yang anda perlu tahu…
* Boleh simpan donut dalam peti sejuk beku dalam jangkamasa yang lama.
* Tip nak goreng donut tak perlu lama, sekejap sahaja dah cukup, hanya untuk mematikan yis dan menetapkan bentuknya.
* Kalau nak simpan dalam peti sejuk, simpan dalam bekas kedap udara atau plastik yang disealkan.
* Selepas dibekukan, perlu defrost dahulusebelum digoreng.
* Untuk simpanan dalam jangka pendek, hanya perlu disimpan dalam bekas bertutup. Donut akan kekal gebu untuk 24 jam.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di