Sebenarnya ada cara yang mudah untuk pastikan stok bahan makanan seperti sayur-sayuran, halia, daun kucai, lobak merah dan sebagainya yang disimpan di dalam peti sejuk kekal segar dalam masa yang lama. Bahkan stok yang banyak tetap nampak tersusun rapi jika kena gayanya walaupun peti ais bersaiz kecil.
Rahsianya sepertimana yang dipraktikkan oleh Yatie Eimra ini. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Kebetulan kali ni saya nak restock halia & daun kucai, alang² tu saya share la sekali cara saya simpan herba/jenis dedaun ni macam kucai, daun kesum, daun kari, daun bawang, daun sup, dll.
Sebenarnya saya ikut cara mak saya – simpan lengkuas (yang dah dibersihkan & dipotong) dalam freezer supaya tak kering & tahan lama.
Asalnya dulu saya simpan halia & lengkuas jer dalam freezer.. Tapi bila anak asyik kerap batuk & kena sentiasa standby daun sirih sepanjang masa (untuk saat² terdesak), saya mula simpan sirih & daun² herba yang lain dalam freezer gak.
Lepas tu saya start simpan daun² macam daun kucai, daun bawang, daun sup, daun kari, daun kesum, cili, halia, serai, dll lak.
Yang bagusnya simpan bahagian freezer ni, herba/dedaun tahan lebih lama & tak perlu nak tukar air bagai (bagi yang rendam dalam air).
Ads
Fridge saya kecik jer tak muat semua nak disimpan dalam botol/letak air..
Dekat 4 tahun gak la saya amalkan simpan dedaun macam ni. Kalau nak simpan dalam freezer ni, ada beberapa perkara yang korang kena tahu..
1) Walau simpan apape pun kat bahagian freezer, bila keluarkan nanti & defrost, semuanya akan jadi lembik. Contohnya cili merah, lepas keluarkan memang akan lembik sebab segala cecair dalam tu dah dibekukan. So, KELUARKAN SEBELUM NAK GUNA/masak jer.. Biasanya saya simpan cili sikit kat bahagian chiller gak untuk tujuan hiasan, etc.
Ads
2) Kena guna tisu jenis tahan bila basah (disposable cloth) atau boleh guna kain perca jer. Tujuannya nak serap wap² air yang terbentuk bila simpan lama dalam freezer. Kalau guna tisu dapur biasa mudah koyak & melekat² nanti. Disposable cloth yang saya guna ni, memang mahal sikit, tapi boleh dibasuh semula & keringkan. Lepas tu boleh guna balik.
3) Gunakan bekas kedap udara atau plastik ziplock terutamanya untuk simpan serai & dedaun supaya tak makin kering.
Fridge saya kecik, kena guna plastik ziplock untuk jimat ruang. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan plastik ziplock yang besar & asingkan dedaun ikut jenis dalam plastik pembungkus makanan biasa tu jer.. Tapi cili tak simpan dalam plastik ziplock pun takpe sebab tetap akan lembik jugak.
Ads
Sila basuh & tos dulu ye sebelum frozenkan. Lagi bagus kalau biarkan keringkan sikit supaya tak melekat² nanti. Lepas keluarkan tak perlu basuh & boleh terus guna jer.
P/s: Untuk sayur²an boleh gak guna plastik ziplock & tisu ni tapi simpan kat bahagian chiller jer. Asingkan ikut portion sekali masak.
Untuk simpan carrot, potong bahagian atas (supaya tak tumbuh tunas) & potong kecil. Tukar tisu/kain bila dah basah ye. Dalam gambar ni ada balance 2 ketul carrot. Masih elok lagi walaupun beli 21/3 haritu lagi..
Mencegah lebih baik dari mengubati. Virus Influenza yang kian menular dikalangan masyarakat kini menimbulkan kebimbangan dikalangan ibu bapa. Malah, ada anak-anak yang ditahan diwad akibat virus tersebut.
Justeru, elakkan daripada berada di tempat terbuka serta yang mempunyai ramai orang. Berikut beberapa panduan buat ibu bapa dalam mengelakkan anak-anak dari virus tersebut.
Puan Ann Suraya berkongsi beberapa barangan alternatif yang wajib ada di rumah bagi mencegah dari virus ini. Moga bermanfaat!
Disebabkan vaksin influenza dah kehabisan stok dan dijangka 2,3bulan lagi baru ada..🤕🤕 maka…si ibu terpaksa mencari altenatif lain..langkah ini hanya mencegah selebihnya kita berserah..kerana setiap penyakit datangnya dari Allah dan kesembuhannya jugak datang dari Allah..kita sebagai manusia hanya perlu ikhtiar apa yang kita rasa baik..
~kami bagi anak makan scott’s emulsion vita untuk bantu kekalkan fungsi ketahanan badan..kami beli dengan harga rm15 dekat watson sebab diaorg tengah buat promosi..
~sebelum pergi sekolah sapu instant hand sanitizer ni kat tangan anak untuk bantu bunuh kuman..
~spray dettol pada pekakas beg sekolah,kasut sekolah,buku sekolah,alat tulis dan seangkatan denganya untuk membunuh virus dan bakteria..
~pakai facemask sewaktu di sekolah..penggunaan facemask kat sekolah guru2 kena main peranan penting..tahu la budak ni diaorang bukan selesa..sekolah perlu mewajibkan penggunaan facemask..
~anak balik sekolah terus mandikan..aku pilih guna dettol untuk membunuh bakteria yang melekat pada anggota badan selama di sekolah..
~pakaian sekolah anak baju,seluar,tudung,skaf,singlet,seluar dalam,tali leher,stokin terus basuh untuk elak bakteria atau virus yang melekat pada pakaian..
~meletakkan hirisan bawang merah dipersekitaran rumah sebab dapat menjaga kesihatan tubuh kerana mampu menyerap virus. (ini tak sure betul atau x sebab ada baca artikel kata tak betol tapi balun p jela 😅😅)
cara ini bukan bererti anak kita sudah selamat ya..hanya pencegahan..selagi cara ini tidak memudaratkan anak tak salah kita mencuba..🤗🤗 moga anak2 kita terlindung daripada sebarang penyakit..aamiin..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
‘Bedtime story’ merupakan sesi ibu bapa membaca buku cerita atau berkongsi kisah-kisah menarik mahupun kisah tauladan kepada anak-anak sebelum mereka tidur. Sesi ini penting dan menjadi lebih bermakna kerana ia melibatkan hubungan emosi diantara anak-anak dan ibu bapa.Jalinan erat dan kualiti masa bermasa anak-anak pasti dapat dimanfaatkan ketika sesi bedtime stories ini.
Namun, jika tidak pernah lakukan ‘Bedtime stories’ dengan anak-anak,baik mulakannya dari sekarang.Ini kerana waktu masuk ke bilik tidur adalah waktu minda kita mula relaks berbanding waktu lain. Begitu jugalah pada anak. Suasana bilik yang samar-samar serta pengudaraan yang selesa akan membuatkan emosi anak-anak juga lebih tenang. Gelombang otak pula berada pada gelombang Alpha yang lebih baik untuk saranan positif dalam menasihati anak-anak.
Menerusi perkongsian Asrulnizam Abas, beliau berkongsi perkara yang Ibu Bapa boleh lakukan ketika sesi ‘Bedtime stories’ ini.
1.Bercerita
Berceritakan kisah pendek yang kurang dari 10 minit. Sebab biasanya kita masuk bilik pun tak terus tidur. 10 hingga 15 minit juga baru boleh lena. Ceritakan sahaja kisah rasul, kisah nabi asalkan ada value positif yang diterapkan. Sebenarnya bukan cerita yang nak disampaikan, tapi nilai dari cerita.
Di hujung sebelum tidur, berikan penerapan kepada nilai diri supaya anak-anak faham tentang konklusi kepada apa jua cerita dan ilmu yang kita cuba terapkan. Lepas ending cerita, terus baca doa tidur bersama mereka. Peluk dan cium mereka dengan ikhlas.
2.Ajarkan doa
Doa yang mula-mula lekat pada minda anak saya adalah doa tidur walaupun ada banyak doa lain saya ajarkan. Kenapa begitu? Seperti yang saya bagitau, waktu tersebut lebih fokus dan bertenang jadi mereka lebih cepat ingat. Ajarkan juga doa lain bila anak anda dah pandai doa tidur. Jika 1 bulan satu doa, satu tahun dah 12 doa. Banyak tu.
3.Questionaire
Yang ni adalah yang selalu saya buat. Sebab kekadang rasa kekok nak bercerita, jadi saya suka sharing berkaitan sains atau maklumat waktu nak tidur. Contoh; “Man, tahu tak kenapa telinga gajah sangat besar?” So anak-anak akan mula menjawab. Jika salah biarkan sahaja. Kemudian saya akan terangkan jawapan supaya mereka faham.
4.Rasionalkan situasi
Biasanya satu hari kita akan ada marah-marah pada anak kita. Percayalah, ini selalu kita buat. Dan selalu ya waktu marah kita sendiri tak rasional dan tak boleh jelaskan kepada mereka dengan baik. Jadi, waktu ini adalah waktu paling sesuai untuk rasionalkan situasi negatif yang berlaku pada hari tersebut.
Yang penting, 10 minit, tetapkan value. Buat ulangkali.
Semoga bermanfaat
Sumber Facebook: Asrulnizam Abas
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu bapa mana tak teruja untuk menghantar anak masuk ke sekolah. Pelbagai persediaan dilakukan untuk memberikan yang terbaik demi pembelajaran anak.
Namun ada juga anak-anak yang takut untuk memasuki fasa ini. Al-maklumlah, terpaksa duduk belajar dengan insan yang baru dikenali. Selain itu, suasana pembelajaran berlainan sedikit sewaktu di tadika.
Bagi pasangan ini, Mohd Fadzil Abu Naim dan isterinya Nurul Aini Mohd Alwa, mereka turut sama mengenakan pakaian sekolah rendah sewaktu menghantar anak mereka Muhammad Ishraq Aydan sebagai tanda sokongan bagi anaknya itu yang baru menjejaki alam persekolahan.
Lensa kamera akhbar Kosmo sempat merakamkan telatah keluarga ini sewaktu Fadzil dan Aini sedang membetulkan beg anak mereka.
Dari komen-komen yang ditinggalkan, ramai yang memuji pasangan ini yang tidak segan memakai pakaian seragam sekolah. Ini ada contoh terbaik didikan ibu bapa terhadap anak-anak.
Ramai yang terhibur melihat keluarga ini namun disebaliknya ada juga yang mengatakan hanya ibu bapa sahaja yang memahami perasaan menghantar anak sekolah darjah satu.
‘Sebak, teruja, gembira ..Semuanya bercampur baur. Tak sangka sekejap je anak dah besar.’ – Netizen
‘Maknya nampak kuat tapi dalam hati, sedih nak tinggalkan anak ke sekolah.’
Dulu dipisahkan sebagai kembar siam, kini Muhammad jalani rawatan kanser di Riyadh. "Saya rindu dan tak sabar nak balik Malaysia," kata Muhammad Rosli, 27, yang kini dirawat di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.