Tepung jagung tidak sekadar digunakan sebagai bahan makanan tetapi sesuai juga untuk digunakan sebagai bahan pembersihan.
Banyak cara kita boleh gunakan bahan dapur untuk tujuan pembersihan, berikut ialah dengan menggunakan tepung jagung:
1. Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan.
2. Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air. Lapisi permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudiannya tanggalkan lapisan tepung jagung.
3. Bersihkan kesan atau sisa air kencing bayi mahupun haiwan dengan melapisi permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung cdan juga air. Biarkan ia mengering dan sental atau gunakan vakum.
4. Semasa anda memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.
5. Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.
6. Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa anda.
7. Jika anda ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilap anda. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu anda.
8. Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding anda, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.
9. Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.
10. Jika terdapat contengan krayon pada dinding anda, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.
Sumber: Petua ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut pasal Melaka memang teringat-ingat makanan yang famous kat negeri bersejarah itu, apa lagi kalau bukan asam pedas! Dapat pula yang kuah pekat, isi ikut kegemaran tak kisah lah ayam ke ikan ke, memang tak boleh lupa lah!
Tapi… Takkan setiap kali teringin nak makan kena pergi melaka kan? Apa kata buat sendiri je guna resepi dari puan Liza Idris ni! Jom sama-sama cuba nanti ya.
CARA BUAT ASAM PEDAS MELAKA ASLI
Bahan-bahan kisar:
2 biji bawang besar size sederhana
3 biji bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
1 sudu besar lada hitam
Cili kering**
Bahan-bahan lain:
Ikan pari @ apa-apa jenis ikan
1 sb halda
1 sudu kecil gula
2 batang serai
1 sudu paste Asam Jawa
1 mangkuk air
Bunga kantan
Garam
Tomato
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan kecuali cili kisar. 1 mangkuk cili kisar asingkan.
2. Panaskan minyak, goreng 1sudu besar halba hingga kekuningan dan naik bau.
3. Masuk bahan kisar dan semangkuk kecil cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
4. Masuk 1 sudu kecil gula. Boleh juga ganti dengan gula melaka, lagi sedap.
5. Letak 2 batang serai yang diketuk. Kemudian masukkan 1 sudu paste Asam Jawa. Kacau rata.
6. Masuk 1 mangkuk air. Kacau-kacau dan biar didih sedikit.
7. Masukkan bendi serta daun kesum. Didihkan lagi sampai bendi separuh lembut.
8. Dah boleh masuk ikan. Saya guna 4 ketul ikan pari. Tak kisahla ikan apa nak guna.
asam pedas melaka asli.
9. Masuk pula bunga kantan yang dibelah dua. Masak sampai naik bau aroma daun kantan.
asam pedas melaka asli
10. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan kacau lagi.
11. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.
Mudah kan? Lepasni kalau mengidam, tak perlu susah-susah ke Melaka dah. Buat sendiri je!
Jika ditanya pada anak-anak kita, makanan apa yang jika dimasakkan pasti tidak akan ditolaknya. Lain tidak bukan adalah Nugget Ayam! Memang inilah menu kegemaran anak-anak malah kita juga sebagai ibu selesa untuk menggorengnya kerana mudah.
Pun begitu, jika terlalu kerap makan nugget yang ada dipasaran, ramai ibu-ibu sedar bahawa nugget ini adalah makanan yang diproses dan pastinya ada menggunakan bahan pengawet. Bimbang akan kesannya, adalah lebih baik ibu pelajari untuk menyediakan menu nugget ini, homemade dari air tangan sendiri. Pasti anak-anak lebih teruja untuk menikmatinya.
Jom ketahui caranya sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Norlaila ini.
Nugget Ayam.
Lepas ni leh la buat sendiri.. Bila dah cuba buat sendiri senang je..bebas dar ibahan pengawet, meh akak tunjuk bahan & caranya. Sukatan ikut banyak mana, InShaAllah jadinye.
Bahan-bahan :
Ayam bahagian daging – cincang
Lobak merah 1 batang kecil – parut halus
Bawang putih 3 ulas – parut halus
Telur 1 biji
Roti sandwich 3 keping – potong dadu
Garam & air sedikit
Cara buat :
1. Blend semua bahan di atas, lepas itu tuang dalam bekas tahan panas dan kukus sehingga masak.
2.Biarkan sejuk, potong ikut suka.
3. Macam biasa celup telur dan golekkan ke serbuk roti.
4. Lepas itu ikut suka la nak goreng makan terus atau frozee kan.
Sumber : Norlaila Subari via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di