Nak masak apa untuk tengah hari nanti ye. Ibu-ibu dah ada idea belum. cuba tengok di dalam peti sejuk ada bahan masak apa? Kalau kering idea nak masak apa hari ini, jom cuba resipi Ayam Perap Mayo ni.
Caranya mudah dan bahan pun tak banyak guna. Resipi asal dikongsikan oleh Ezani Hana Syafniza. Selamat mencuba!
Ads
AYAM PERAP MAYO Bahan:
Ayam ikut suka berapa banyak
Halia
Bawang Putih
Mayonis
Sos Tiram
Kicap (saya pakai kicap manis)
Honey
Serbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam Cara:
1. Tumbuk Halia & Bawang Putih 2. Campur semua dan gaul sebati. Adjust lah rasa nak manis ke or lemak. Nak manis berlemak..lebihkan honey & mayonis 3. Perap lah 5jam keatas 4. Boleh digoreng & di bakaooorrr Selamat mencuba!
Ads
Boleh dijadikan sbg Nasi Ayam pom sedap.
Ads
#SHARE je saya izinkan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami yang panas baran sememangnya menakutkan bagi semua isteri. Pantang buat salah, atau ada sahaja hal yang tidak kena, isteri dimarahi tanpa usul periksa.
Bukan hal dimarahi sahaja menjadi ketakutan, apa yang perlu dirisaukan seorang isteri adalah risiko kepada pelbagai jenis penyakit bahaya lain yang datang daripada masalah panas baran.
Jadi bila suami marah, isteri kenalah belajar untuk cool kan suami. Minta suami bertenang supaya tidak berisiko kepada penyakit lain.
Marah Boleh Jejas Paru-Paru
Bahkan, panas baran juga dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan lain termasuklah serangan jantung dan asma serta perubahan emosi mendadak yang menyebabkan saluran pernafasan tersekat.
Redakan Marah Suami
Erm..isteri kenalah belajar untuk stabilkan keadaan suami. Jangan mudah marah-marah. Ni tip paling sesuai nak coolkan sang suami kita.
1. Kalau suami marah, biarkan dia redakan dirinya seketika. Biar enjin cool baru datang dekat.
2. Sentuhan lembut sangat meredakan suami. Sentuhlah lembut belakang badannya dan urut-urut sambil minta suami bertenang. Insyaallah membantu.
3. Amalkan beberapa surah penenang hati buat suami. Kalau suami sedang marah, tak perlu minta dia bacakan tetapi isteri bacakan dan doakan suami tenang. Sangat membantu.
4. Kalau bertelagah suami isteri, jangan sesekali menambahkan lagi kemarahan suami. Berbincang dengan cara paling halus adalah jalan terbaik untuk meredakan marah.
5. Orang kata panas baran berpunca daripada pemakanan. Amalkan makanan yang sihat dan kurangkan daging merah pada suami. Pilih ikan dan daging lain seperti ayam yang lebih baik untuk kesihatan.
6. Menurut kata Dato Dr Fadzilah Kamsah, pemakaian warna merah dan kuning jika tidak sesuai untuk anak yang meragam dan kuat memberontak. Boleh aplikasikan benda yang sama pada suami. Elakkan warna-warna ini di dalam rumah kita.
7. Sentiasa kongsikan ayat-ayat dan zikir penenang hati untuk suami. Minta suami amalkan dan isteri turut serta amalkan untuk kerukunan rumah tangga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melakukan perancangan kewangan untuk berhari raya walau ada yang menyifatkan seakan sukar untuk direalisasikan tetapi andai bijak diurus akan mudah kita menjalani kehidupan ini.
Melihat lebih detail, wanita ini kongsikannya contoh kira-kiranya untuk dijadikan panduan.
BAJET RAYA – NGABIHKAN BOREH JO…
Ada rakan sahabat mencadangkan akak untuk membebel tentang bajet raya. Baiklah akak cuba ya… Jika ada yang tertinggal, silakan saja tambah agar kita semua beroleh manfaat.
Bagi rakan sekerja yang mengenali akak tentulah terfikir, elleehh…. akak suami isteri bergaji Manager juga Senior Engineer. Lagi nak sembang pasal bajet raya!
Duhai sahabat,Jika anda membaca e-catatan “Pelabur Bilis Yang Rojak” pasti anda faham bagaimana akak sentiasa menulis daripada perspective rakan bergaji rendah juga pasangan muda.
Benar, pendapatan isi rumah kami hari ini mencecah lima angka. Namun di awal perkahwinan kami adalah miskin bandar.
Arrgghh.. Anda bacalah e catatan akak baru anda faham. Barulah anda tahu bahawa 13 tahun lepas akak pernah memakai ‘kasut’ yang sama seperti anda.
Okay, berbalik kepada persoalan bajet raya, akak berpegang kepada beraya lah mengikut kemampuan. Jika bergaji besar tidak mengapa.
Namun jika gaji isi rumah di bawah RM3,000 anda mungkin berkeluh kesah bagaimana mahu membina bajet bagi menyambut perayaan?
Maka ini adalah pandangan akak yang pernah bergaji kecil juga :
1 – Pecahkan jumlah bajet perbelanjaan raya tahunan kepada beberapa bahagian seperti gambaran di bawah.
2 – Bahagikan jumlah tersebut kepada kadar bulanan dan kemudiannya harian. Barulah nampak berapa kadar harian perlu di simpan.
3 – Daripada situ kita boleh nampak bahawa peruntukan raya adalah pada kadar di bawah RM5 sehari. Bajet begini sederhana tapi bahagia.
4 – Kalau kita mengamalkan tabung berwarna hijau, hal ini tidaklah menjadi masalah. Setakat baju raya tiga orang anak tentulah lepas. Beli jenama Hari-Hari dan Mydin pun okay juga. Janji selesa.
5 – Tambahan pula jika kita punyai dana kecemasan untuk kerosakan kereta, kesihatan juga ‘unforseen maintainance’. Jika tiada apa berlaku, pulangkan balik ke dalam tabung kecemasan.
6 – Pakaian raya jika Baju Melayu dan baju kebaya seharusnya selang dua tahun barulah beli. Suami isteri di hari lain pakai baju uniform pejabat.
7 – Ye la, bukannya setiap hari kita pakai baju Melayu juga kebaya. Terkadang time kenduri kendara atau majlis tertentu sahaja. Itupun kalau ada jemputannya…
8 – Bab duit raya juga berilah secukup rasa. Jangan malu jika envelop kita nipis. Sekurang2 kita guna wang simpanan, bukan wang pinjaman untuk beraya.
9 – Kuih raya dua tiga jenis dah cukup dah. Adik beradik lain pun bawa balik kuih ke kampung juga. Jika di combine dah dapat 5-6 jenis kuih. Kan meriah jika adik beradik berkongsi rasa?
8 – Dalam wassup group family bincang dengan abang kakak. Saya bawa balik kacang dan kerepek, abang bawa semperit, kakak bawa tart nenas dan adik bawa air cordial. Mak ayah tentu gembira lihat keakraban kita adik beradik saling bekerjasama.
9 – Lebih meriah jika sekeluarga berkongsi rasa. Sediakan juga sedikit wang untuk beli lauk pauk juga. Sesekali balik kampung jangan jadi buaya. Selamba membedal makanan langsung tak nak keluar belanja. Sorang seratus dua, 3-5 beradik dah tentu cukup belanja.
10 – Jika gaji tak cukup untuk bina tabungan raya, carilah pendapatan kedua. Target sehari mahu dapatkan minimum RM5 sebagai bajet raya tahunan.
11 – Bajet raya tahun ini seharusnya bermula semenjak lepas raya tahun lepas. Rancang awal mengikut kadar harian tidaklah pening kepala.
12 – Macam biasa, kalau malas cari pendapatan kedua ikat perut kurangkan belanja. Dah memang asas kewangan begitu. Samada tingkatkan pendapatan atau kurangkan belanja.
13 – Jauhi perangai bergaya sakan di hari raya, hutang peribadi tidak terkira. Pagi raya kemain suami isteri menangis keinsafan. Balik raya fikirkan hutang suami isteri menarik muka. Apa guna bergaya raya hingga hilangnya rasa cinta?
14 – Credit card pun jangan asyik diguna. Wang plastik itu bukanlah hak kita. Itu wang bank yang punya. Gaji ciput perlulah kita berkira-kira. Berbelanja dengan berjaga-jaga.
15 – Yang mertua ipar duai janganlah perangai syaitoon kembali di hari raya. Buang perangai membanding mengumpat sesama kita. Menantu ini bagi angpow sedikit menantu itu bagi banyak. Adoiii jangan jadi dasar mertua versi ‘mak kau hijau’
16 – Kita ini di zaman millenium. Masyarakat lebih pintar. Kita tak heran gaya kalau poket rabak di sini sana. Langsir, sofa dan balang kuih bukanlah keutamaan berbanding saling menziarah bertanya khabar sanak saudara.
17 – Biar kurang gaya asalkan buku akaun berderet angka, asset dan passive income sentiasa ada. Bila dikutuk, abaikan saja. Mereka tak nampak angka PNB, KWSP, TH, AHB, portfolio juga pendapatan sewa yang kita punya. Tak perlu pun kita heboh cerita. Asset kita tak perlu dijaja cerita kepada sesiapa.
18 – Ehhh tapi ingat, bajet pun bajet juga. Zakat fitrah bayar sekarang. Jangan asyik bertangguh sesaja. Takut nanti terlupa, sibuk gegarkan rumah kawan yang layak menerima di awal pagi raya. Ini menyusahkan semua.
19 – Akak cerita ini bagi yang bergaji kecil. Yang gajinya besar masa ini adalah musim kita bersedekah. Berilah mengikut kemampuan. Dalam rezeki kita ada hak kawan. Jangan kedekut hingga menewaskan rekod ‘Haji Bakhil’ pula.
20 – Dalam gambaran di bawah akak cuba bina cadangan bajet bagi isi rumah bergaji bawah RM3,000. Anda nilai dan selarikan ikut kesesuaian. Dah nama pun cadangan secara anggaran.
21 – Sekian dulu bebelan akak. Semoga sedikit memberi manfaat. Mulakan bajet raya seawal boleh ya.. Jangan too little money, too much to spend pula.
22 – Ehh! Lagi satu, beria-ria buat BAJET RAYA tapi tak kalau tak de disiplin nak patuh, lebih baik jangan buat bajet. NGABIHKAN BOREH JO…
Notakaki : Sila rujuk anggaran bagi mendapat sedikit idea cara mudah membina bajet raya. Asingkan mengikut kategori ya!
Lebihan nasi serta roti yang hampir tamat tempoh jangan dibuang, sebaliknya ada manfaatnya untuk tanaman anda.
Perkongsian dari Normala Saad ini mungkin dapat membantu membuat plant booster penggalak tumbesaran dan kesuburan semulajadi tumbuhan. Hanya menggunakan bahan terbuang dari lebihan masakan.
Lebihan nasi jangan dibuang, walaupun ianya sudah mula berkulat putih di atasnya. Kisar dengan air beras. Siram di pokok. Ia mengandungi banyak bakteria berfaedah yang berpotensi mengembur bahan-bahan organik dalam tanah. Hampasnya boleh di tanam pada pokok besar.
Sama fungsinya seperti di atas, Roti expired. Caranya: Sekeping roti sandwich di carik halus masukkan dalam botol mineral 1.5 ml yang telah disi dengan air hujan / air tanpa klorin. Peram empat hari. Tapis sebelum guna. Kesannya pokok cepat subur. Dalam masa seminggu boleh lihat keberkesanannya.
Paling best jambu merah tut ini. Waktu sampai dekat saya habis patah riuk. Kotak pun terpenyek dan basah lencun. Saya ingat 50-50 hidup…
Setiap minggu saya bagi sup kulit dan air roti berterusan. Berselang seli dengan baja. Beberapa bulan kemudian, hasilnya macam dalam gambarlah! Ranting yang patah pun sembuh. Buah berketul naik. Daun besar menghijau..pokok pun dah tinggi…
Torenia masa beli merimbun kemudian mulai merepvt. Saya kerat sampai tinggal sikit. Siram air roti tiap minggu. Hasilnya rimbun balik. Penuh berbunga. Sukaa…
Inilah hasil penggunaan dari penyediaan mudah dan ringkas plant booster ini. Semuanya dari sisa makanan yang sudah expired.
Walaupun ada banyak lagi cara penyediaannya, tapi saya lebih suka memilih tiga cara yang mudah ini. Selain baja plant booster ini benar-benar membantu menyuburkan pokok. Saya sudah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.