Memang simple dan sedap. Rasa macam tak cukup sebalang, bagi anda yang alah pada kekacang boleh cuba resipi biskut Floretina ini.
Jom tengok resipi perkongsian puan Rohani Ronnie. Mudah, cepat tetapi sedap.
CARA BUAT BISKUT FLORENTINA GUNA CORNFLAKES. MUDAH, SEDAP & RANGUP! Hari ni saya try buat biskut florentina dengan menggunakan cornflakes instead of kekacang.
Saya cuma tabur badam nips, lebihan bahan buat kuih raya.
So, memang tak nak membazir. Guna apa yang ada je.
Syawal terus berlalu bersama begitu banyak momen indah tercipta saat meraikan lebaran bersama sanak saudara dan rakan taulan.
Menyemarakkan lagi kehadiran Syawal tentunya kita tidak mahu melepaskan untuk merebut pahala dengan berpuasa enam.
Pun begitu, ketahui dulu penerangan berkenaan menggabungkan puasa enam dengan puasa ganti daripada mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin . Jom fahaminya.
GABUNG PUASA SUNAT DENGAN PUASA WAJIB?
Seseorang berkata : Saya ada cara yang tersendiri untuk mengaut pahala yang banyak tanpa perlu melakukan ibadah seperti orang lain. Bagaimana? Kata beliau : Saya pilih Bulan Ramadhan untuk saya bermusafir ke luar negara bagi urusan bisnes saya. Orang musafir boleh buka puasa dan ganti selepas Ramadhan. Bila Bulan Syawal saya ganti dan niat puasa enam Syawal sekali. Pahalanya kata ustaz sama seperti pahala orang puasa enam. Jadi, kalau orang lain berpuasa sebulan campur enam hari baru dapat pahala bagaikan setahun puasa, sedangkan saya hanya puasa Ramadhan termasuk ganti, dapat pahala yang sama.
Saya tersenyum kepadanya. Saya kata: Walaupun saya tahu ada ulama yang berpendapat sedemikian, namun saya percaya Allah Maha Bijaksana lagi Adil tidak akan menyamakan antara dua amalan yang ternyata berbeza. Saya akur ada perbezaan pendapat namun saya tidak bersama dengan pendapat seperti itu. Saya percaya bahawa ajaran Islam itu penuh dengan lojik dan munasabah yang kuat. Allah itu Maha Halus penilaianNYA lagi Adil. Jika tidak, ramai yang akan mencari ruang keizinan (rukhsah) berbuka puasa pada Bulan Ramadan dan diganti enam hari pada Bulan Syawal. Atas alasan pahalanya sama seperti puasa setahun tanpa perlu berpuasa sebulan dan enam hari.
Saya bertanya kepadanya: Bolehkah saudara membayar hutang kepada pihak yang saudara berhutang dengan niat sedekah sekali kepadanya, padahal jumlahnya sebanyak jumlah hutang sahaja? Munasabahkah begitu?!!
Dia diam.
Bukan semua boleh digabungkan.
Bolehkah saudara gabung solat sunat Subuh dua rakaat dengan solat fardu Subuh itu sendiri? Niat aje solat sunat bersekali dengan solat fardu macam puasa enam diniatkan gabung dengan puasa wajib. Dapat pahala sama? Maka dua rakaat fardu Subuh dapat pahala sunat Subuh sekali tanpa perlu lagi solat sunat subuh?!
Begitu? Mudah sekali. Maka banyaklah nanti yang akan digabungkan. Pastinya tidak semudah itu.
Saya kata, apatah lagi apabila kita lihat riwayat secara jelas menyatakan Nabi s.a.w bersabda
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).
Ertinya puasa Ramadan dahulu kemudian diikuti dengan enam hari pada Bulan Syawal.
Ibadah memerlukan kesungguhan dan bukan andaian.
Saya tidak bersama dengan pendapat itu, namun terpulang kepada saudara. Akhirnya, ia antara saudara dengan Allah jua.
Saat menanti kelahiran anak pertama pastinya menjadi momen paling indah buat ibu juga ayah.
Ada suami yang takut, cemas dan tak kurang juga yang kalut lebih dari seorang doktor gara-gara terlalu teruja. Tapi ada juga suami yang langsung tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu cemas. Rugilah kalau berdepan dengan situasi yang semacam ini.
Buat semua ayah, tak kira anak pertama atau ketiga sekalipun patut contohi cara Ustaz Ebit Lew lakukan di sisi bidadarinya ketika saat melahirkan.
Melihat dengan mata sendiri bagaimana proses melahirkan anak amat menginsafkan kaum bapa.
Semalam dah lewat dari Penang call anak saya Airis Safiyyah Lew.. Selamat hari lahir anakku Airis Safiyyah Lew dah 9 tahun. Allah sayang Safiyyah. Ayah minta maaf jauh disini. Ayah ingat hari lahir anak ayah 27 jun. Ayah sayangkan Safiyyah sangat-sangat. Ayah doa Safiyyah jaga solat awal waktu. Tutup aurat dan jaga agama. Jadi anak yang baik dunia dan akhirat. Jadi anak yang bantu umi dan sayang umi..lepas tu saya nyanyi sikit untuk dia dalam phone…
Anak saya menangis dalam phone. Terima kaseh ayah. Kakak sayang ayah sangat-sangat. I love u ayah…
Teringat lagi wahai anakku dari hari pertama tahu bidadari ayah umi Safiyyah mengandung. Happy dan excited yang amat sangat. Selalu dengar dan rasa Safiyyah tendang. Bahagia dan seronok yang amat sangat. Hari-hari sujud syukur dan doa supaya Allah beri anak ni selamat dan baik jer semuanya jadi anak solehah..sampailah satu hari umi tengah shoping barang baby.. Tiba-tiba sakit kena masuk hospital Naluri wangsa maju. Kelam kabut masa tu ayah ada ceramah. Cepat-cepat ke hospital. Bidadari saya dah ada disana.. Syukur sampai Maghrib dekat sana dari Bangi. Doa supaya selamat semuanya dan harap bersalin normal. Duit kumpul ngam-ngam untuk bersalin normal dekat hospital swasta.
Dari Maghrib sampai tengah malam zikir Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. Baca yasin. Baca Al-Quran dan solat hajat dekat sisi bidadari saya. Saat yang dinantikan dan cemas itu pun tiba. Dengar bidadari dari tadi sakit. Sekejap-sekejap sakit sampai cukup masa. Masa tu bidadari saya pegang tangan saya. Saya dekat dahinya. Cium dahinya. Air mata saya laju. Macam-macam fikir. Fikir dosa saya. Fikir mak saya. Fikir isteri saya. Ya Allah sebab tu cakap uff pada mak derhaka dan dosa besar. Allahu…
Lama nak push. Kami kira sama-sama dengan doktor. Akhirnya keluar 3.3kg. Baby lama senyap. Bidadari saya dah nak pengsan. Dari tadi menangis dan minta maaf. Bidadari saya tanya kenapa anak senyap. Anak takde ke abang. Saya minta maaf saya tak pandai push. Saya lagi sedih sebab begitulah wanita. Tak berhenti minta maaf. Asyik fikir anak dan suami. Lupa diri sendiri sakit. Akhirnya Safiyyah menangis. Ayah azan dan iqamahkan. Cepat-cepat bidadari..umi Safiyyah nak dukung dan nak susukan Safiyyah. Begitulah seorang wanita. Terima kaseh mak saya yang melahirkan saya. Terima kaseh mak mertua yang melahirkan isteri saya. Terima kaseh bidadariku yang melahirkan anak semua ini. Ini semua anugerah kau ya Allah..
Anak yang sulung yang memberi harapan dan sinar dalam keluarga. Bila membesar kita terlalu sayang padanya. Sangat rapat padanya. Kita terlalu excited. Bila dapat anak kedua ketiga. Kadang-kadang yang sulung selalu kena marah. Selalu kena mengalah. Kita lupa, itulah anak kita yang kita menangis mendapatnya…
Semoga catatan ini menjadi menjadi tatapan anak ayah satu masa nanti jika ayah dah takde. Hargailah ibumu. Hargailah wanita yang melahirkanmu. Hargailah keluargaMu dengan rasa syukur pada Allah. Jaga agama ini lebih dari nyawa diri sendiri.
– Ebit Lew
Kredit: Ustaz Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di