
Kuih talam gula merah yang licin dan berkilat membuatkan sesiapa jadi teringin hendak menikmatinya. Jika dalam keluarga ramai yang suka makan kuih talam, rasanya elok kalau kita belajar buat sendiri.
Supaya hasilnya menjadi, permukaannya pun cantik tanpa kedutan boleh ikut resipi dan tip yang dikongsi oleh Ruziah Mohd Arshad ini. Puas hati bila tengok hasilnya.
RESIPI KUIH TALAM GULA MERAH

Bahan untuk bahagian bawah:
1 cawan gula merah
1 cawan air masak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar air kapur
2 cawan air
Cara membuat:
- Campur gula merah dengan air masah, bancuh hingga hancur. Sejukkan.
2. Air gula merah tadi dicampur dengan 2 cara air tadi jadikan 3 cawan.
3. Campurkan ke semua bahan dalam bekas, kacau sebati dan tapis.
4. Masukkan adunan gula merah dalam kuali dan masak hingga naik wap.
5. Selepas itu masuk dalam loyang. Kukus 15-20 minit.
Bahan untuk bahagian atas:
2 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
Rupa Elok Cantik, Licin & Berkilat
Cara membuat:
- Campur kesemua bahan dan tapis. Masuk dalam kuali dan masak hingga naik wap.
2. Tuang atas bahagian bawah yang telah masak tadi. Kukus dalam 20 minit.
3. Tip supaya permukaan kuih talam cantik.

4. Lepas kukus buka penutup, biarkan permukaan atasnya kering.
5. Waktu masak jangan sampai terlalu pekat. Naik wap sudah memadai, jika terlalu pekat tak cantik.
Sumber: Ruziah Mohd Arshad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Beruntungnya Kalau Suka Makan Tempe. Harganya Murah Malah Dr Ni Senaraikan Begitu Banyak Kelebihan Makan Tempe!

Makanan berasaskan kacang soya seperti tempe ini cukup enak dimasak dengan pelbagai resipi. Jadi tidak hairanlah ramai yang menggemarinya, bahkan ada juga yang boleh makan mentah sahaja tempe tersebut.
Pun begitu, apa yang lebih menguntungkan makan tempe ini selain menepati citarasa, seorang doktor ini menjelaskan begitu banyak khasiat dan manfaat makan tempe dari sudut sains. Jadi rugi rasanya kalau makanan yang mudah didapati dan murah harganya ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin dalam pemakanan kita seisi keluarga.
Nak lebih jelas apa disenaraikan oleh doktor Zubaidi Hj Ahmad ini, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
KELEBIHAN MAKAN TEMPE
Tempe adalah makanan yang biasa dimakan oleh orang Jawa di Malaysia terutama di Johor dan Selangor. Ia adalah kacang soya yang melalui proses fermentasi dengan menggunakan ragi.
Tempe mempunyai kandungan nutrisi yang hebat. Dalam setiap 100 gram, tempe mengandungi:
Air: 55.3 gram
Kalori: 201 kCal
Protein: 20.8 gram
Lemak: 8.8 gram
Karbohidrat: 13.5 gram
Serat: 1.4 gram
Kalsium: 155 mg
Fosfat: 326 mg
Zat besi: 4.0 mg
Natrium: 9 mg
Kalium: 234 mg
Copper: 0.57 mg
Thiamin: 0.19 miligram
Riboflavin: 0.59 miligram
Niacin: 4.9 miligram

Tempe mempunyai harga yang agak murah, mudah didapati dan rasanya sedap. Ia merupakan sumber protein dari tumbuh-tumbuhan yang terbaik. Protein dari tempe digunakan untuk memperbaiki sel tubuh yang rosak. Ia mempunyai protein (asid amino) yang bagus untuk mengelakkan penyakit diabetes, penyakit jantung, dan menjaga menurunkan berat badan.
Selain itu protein dalam tempe dikatakan lebih larut dalam air dan ini meningkatkan aktiviti enzim proteolitik. Enzim proteolitik atau protease akan memecahkan rantai panjang protein menjadi sebatian yang dapat dicerna oleh tubuh. Menurut penerbitan dari jurnal Biomolecules, enzim ini juga membantu fungsi pembelahan sel, pembekuan darah, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, dan penting untuk fungsi tubuh lain yang penting.
Tempe juga menurunkan risiko mendapat risiko mendapat osteoporosis. Dengan mengambil 100 gram tempe mampu memenuhi 15 peratus keperluan kalsium dan 65 peratus keperluan fosfot untuk sehari bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ia juga dapat mencegah osteoporosis pada wanita yang telah mengalami menopause.
Dalam terbitan dalam International Journal of Food Sciences and Nutrition, menyebut penyerapan kalsium dari tempe tidak berbeza jauh dengan susu lembu. Untuk mendapatkan nutrisi yang sama dengan segelas susu, kita hanya perlu mengambil potong tempe. Hal ini tentu bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah alahan pada protein susu lembu.
Tempe juga membantu mencegah anemia. Ini kerana tempe mengandungi vitamin B12 yang membantu tubuh dalam menghasilkan sel darah merah. Dalam setiap 100 gram tempe mengandungi sekitar 1.7 mikrogram vitamin B12. Ia memenuhi 42 peratus keperluan vitamin B12 setiap hari. Kekurangan vitamin B12 dalam tubuh akan menyebabkan rasa pening, penat, pucat pada kulit, keseimbangan tubuh menurun, dan mengganggu mood.
Tempe juga dapat menangkis tindakbalas radikal bebas kerana ia mempunyai sebatian antioksida (dalam bentuk isoflavon) yang sangat diperlukan untuk menghentikan tindakbalas dan pembentukan radikal bebas.
Salah satu kesan dari radikal bebas adalah mempercepatkan proses penuaan. Dalam setiap 100mg tempe, mengandungi sekitar 10-38 miligram isoflavon yang mempunyai pelbagai manfaat.
Kajian yang dilakukan oleh University of North Carolina menunjukkan bahawa sebatian antioksida pada tempe dapat membantu pencegahan kanser prostat dan payudara. Selain itu, ia juga menurunkan risiko masalah pada jantung.

Tempe membantu menurunkan berat badan. Dalam setiap 100 gm tempe mengandungi 20.8 gram protein. Dalam kajian yang diterbitkan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan diet tinggi protein berasaskan kacang soya memiliki keberkesanan serupa dengan protein yang diambil dari daging haiwan. Efektivitas yang sama seperti pada daging atau produk hewani lainnya. Selain mampu mengurangi berat badan, diet ini juga bisa menurunkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang.
Dalam kajian yang lain juga menunjukkan diet kaya protein dapat merangsang thermogenesis, iaitu membantu tubuh membakar lebih banyak kalori setelah makan.
Tempe goreng adalah salah satu bentuk makanan yang paling digemari. Namun sayangnya, kandungan nutrisi yang terdapat dalam tempe, seperti prebiotik yang diperolehi melalui proses fermentasi mungkin akan rosak apabila digoreng.
Tempe boleh dimakan mentah. Cuma pastikan ia bersih. Tempe yang dikisar boleh dimasukkan ke dalam jus buah-buahan.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nak mudah boleh beli online je tempe ni. Klik di sini untuk buat tempahan.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila Orang Lelaki Tunjuk Bakat Buat Sambal Belacan. Hasilnya Ni, Memang Nampak Sedapkan!

Ramai yang suka makan sambal belacan tapi ramai juga yang tidak tahu cara nak hasilkan sambal belacan yang sedap. Apatah lagi jika jarang-jarang masuk ke dapur, tentu tidak berpeluang untuk menyediakan sambal belacan yang menepati citarasa.
Pun begitu, melalui perkongsian seorang lelaki kelahiran Sabah ini yang dikenali sebagai Mohd Iskandar Alwi, siapa sangka berminat mempelajari cara menyediakan sambal belacan yang sedap dan ianya telah dikongsikan di media sosial.
Nak tahu apakah resipinya itu, jom semak perkongsian menarik ini.
“Dari Sabah ke Kelantan,sempat duduk kat kelantan belajar resepi org melayu, sambal kelantan..Makan dengan ikan goreng,ayam goreng..simpan dlm peti sejuk,makin lama awak simpan makin sedap..wakil orang jantan ni,asyik perempuan saja share..btw sy lelaki sejati lurus bkn agar agar k,lelaki sejati pun minat masak..hahaha”–Mohd Iskandar Alwi

Bahan bahan:

15 tangkai cili kering-rebus n tos
10 tangkai cili merah
Segenggam cili padi kampung hijau-30 tangkai you nak tmbah suka hati you.tapi pedas sgt karang x best
6 biji asam limau kasturi-buang biji
1 ibu jari belacan-bakar seketika
1 ulas bawang putih/bawang holland-bakar seketika
1/2 cawan cuka makan
1/2 cawan gula atau secukup rasa (blh je tukar gula melaka)
1-2 sudu kecil garam atau secukup rasa
Sudu kecil aji no moto atau serbuk perasa.

Cara-cara:
1. Hiris halus semua cili padi dan cili merah.Tujuannya supaya ia mudah hancur.
2. Cili kering guna yang jenis berkilat bukan yang kerinting. Blend semua bahan bahan tu.
3. Itu saja,simple. Bukan susah pun.
sumber : Mohd Iskandar Alwi via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cantiknya Churros Warna-Warni! Boleh Buat Frozen Lagi, Cara Nak Buat Pun Mudah.

Sejak PKP ini tentu kita mencari resipi kudapan yang mudah dan boleh dimasak bila-bila masa dengan cepat.
Salah satunya adalah churros! Nak tahu cara nak buat ikuti resipi ini yang dikongsikan oleh puan Umie Nurhayati, siap ada cara nak frozen kan.
Ikuti cara penyediannya.
RESEPI CHURROS FROZEN MUDAH

Bahan churros
* 150 ml air biasa @ nak guna fresh milk pon boleh.
* 20 gm gula kastor
* 50 gm mentega
* 110 gm tepung gandum
* 2 biji telur (hakak boh 3 biji)
Bahan-bahan lain
** 1 tsp red velvet emalco (untuk churros red velvet)
** 1 tsp green tea emalco ( untuk churros green tea)
** 1 tsp coklat emalco (untuk churros coklat)
p/s boleh tambah emalco tu jika nak warna lebih cantik ikut citarasa yer.
Cara-cara
- Campurkan air,gula dan mentega ke dalam periuk. (Masukkan perisa emalco yang uols nak kalaw nak buat yang perisa)
- Masak sampai gula larut dan mentega cair menggunakan api sederhana.
- Setelah gula larut dan mentega tadi mencair kecilkan api dan masukkan tepung.
- Gaul rata sehingga adunan tak lekat pada kuali yer @ tiada lagi tepung yang bergentel (proses ni korang lenyek2 la macam mana pon adunan tu sekata)
- Biarkan adunan sejuk selama 10 minit.
- Bila dah sejuk,masukkan telur sebiji-sebiji dan mix hingga rata.( hakak guna mixer jerk senang)
- Masukkan adunan dalam piping bag dengan menggunakan nozel kuih semprit.
- Kalaw nak goreng terus uols panaskan minyak dan boleh terus paipkan adunan ke dalam kuali mengikut saiz yang uols nak…
- Potong hujung nyer menggunakan gunting yer lebih mudah..
- Untuk frozen plak,uols paipkan adunan churros tu ke dalam dulang..step nyer lihat pada gambar yer
Rujuk gambar












CARA NAK FROZENKAN CHURROS
- Paipkan churros atas dulang ikut saiz yang kite nak. ( paipkan adunan rapat2 pon tak apa)
- Jangan lupa sapu mentega kat dulang tu dulu supaya tak lekat churros nyer nanti.
- Bekukan selama 20 hingga 30 minit.
- Sudipkan churros menggunakan spatula @ pisau dan susunkan ke dalam bekas yang kita nak.
- Lapikkan plastik di setiap layer nak susun churros tu yer.
- Susun churros hingga selesai dan bekukan,siap..
CARA-CARA NAK MASAK CHURROS FROZEN
- Keluarkan churros dan letakkan di atas pinggan.
- biarkan selama 10 minit bergantung pada cuaca,kalaw hujan tu 5 minit pon dah boleh menggoreng dah.
- Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana yer supaya masak sekata diluar dan didalam churros.
- Kalaw nak kaler cantik elok bila dah digoreng uols guna api kecik jela ok.
- Bolehlah dihidangkan bersama sos coklat or apa2 sahaja yang uols suka.
Moga perkongsian hakak ni memberi manfaat untuk kesayangan hakak semua yer insyaAllah.
Sumber: Umie Nurhayati
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

