Resipi Daging Burger Buatan Sendiri Di Rumah, Hanya Guna Roti Putih Pun Dah Sedap!

Share

Sejak PKP ni, bila teringin nak makan burger agak susah nak untuk mencari makanan ini. Namun dengan perkongsian ini, mudah aje nak buat burger.

Hanya menggunakan daging kisar dan roti putih rasa dah macam di kedai. Jom kita buat.

Sandwic daging burger. Saya kalau teringin makan burger, dagingnya saya suka tambah bahan lain untuk membuat rasanya lebih berperisa dan berjus.

Bahan campuran:

✓ 3 keping daging burger

✓ 1/2 bawang kuning – dipotong dadu

✓ 1/2 daun sup

✓ 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih

✓ 1 biji telur ayam

– Gaul sebati dan bentukkan bebola, masak di atas kuali leper.

Saya tak tambah sebarang garam sebab bagi saya daging sedia ada memang dh ada rasa masin.

Cara penyediaan:

Kacau semua sekali hingga sebati.

Bahagikan kepada dua dan bentukkan bebola.

Panaskan sedikit minyak masak dan letakkan bebola daging tadi. Leperkan dan masak seperti biasa.

Letak sekeping keju di atas daging dan tutup kuali. Kita biarkan keju cair.

Letakkan dahulu roti gardenia, sayur salad, dan tomato.

Kemudian letakkan daging burger bersama keju cair.

Sos atas citarasa masing² macam saya lebih suka sos lada hitam untuk dilawan bersama rasa lemak keju.

Tutup dengan roti gardenia.

Potong dua untuk dimakan bersama pasangan anda.

Yummy!

Selamat mencuba.

Sumber:Zurina Zulkefli

TrendingKanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA

Viral halau tikus guna berus sabut: Wayar Penghawa Dingin Putus Dek Gigitan Tikus, Lelaki Ini Kongsi Petua Halau Guna Berus Sabut, Ini Caranya! – KELUARGA

Tanam kobis di rumahKobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA

Mesti bacaPatutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA

Tip Berbunga lebat: Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur.  – KELUARGA

Petua dapur:  Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya. – KELUARGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

VIDEO KAK LONG KONGSI-TAZKIRAH REZEKI MENCURAH UNTUK KELUARGA

VIDEO: MACARONI CHEESE PAPRIKA, SIAP 10 MINIT JE

IKLAN