Jika pergi bazar ramadan, lauk ikan atau ayam percik antara bazar yang sering dikerumun oleh orang ramai.

Namun tak bermakna bulan puasa tahun ni kita tak boleh merasa lauk yang popular di negeri cik siti wan kembang ini.

Menerusi facebook Afy AL Habibi menunjukkan cara untuk membuat ikan percik bermula perapan hingga kuahnya. Bolehlah kita cuba buat berbuka nanti.

INI PERKONGSIANNYA

Resipi Ikan Percik Warisan Emak. Ini Rahsia Nak Buat Kuah Lebih Sedap.
Hidangan lengkap masakan kampung

Resepi yang sememangnya turun temurun dari emak. Tak ada rahsia yang disembunyikan. Cikgu belajar masa balik kampung dua tahun lepas. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.

Resipi Ikan Percik Warisan Emak. Ini Rahsia Nak Buat Kuah Lebih Sedap.

Kalau nak buat ayam percik ada cara berbeza. Nanti cikgu kongsi lagi lain kali.

Yang pasti kawan yang sudah cuba resepi ini mereka suka sangat. Cikgu lebih suka percik warna merah dari putih. Bezanya satu sahaja. Boleh baca dekat gambar di bawah.

Musim bulan puasa bazar di Kelantan memang tersohorlah menu percik ni. Jadi puasa dalam tempoh pkp sekarang bolehlah kawan cikgu cuba buat sendiri.

Ikut sahaja semua langkah cikgu bagi.
Mesti menjadi dengan sedapnya. Boleh follow cikgu untuk resepi lengkap yang lain.

IKUTI PENYEDIAANYA

Resipi Ikan Percik Warisan Emak. Ini Rahsia Nak Buat Kuah Lebih Sedap.

( basuh bersih dan kelar ikan)

– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)

Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal atau jenama lain.

Kisar hingga lumat.

IKLAN

Resipi Ikan Percik Warisan Emak. Ini Rahsia Nak Buat Kuah Lebih Sedap.

Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.

Resipi Ikan Percik Warisan Emak. Ini Rahsia Nak Buat Kuah Lebih Sedap.

Bahan untuk kuah percik

– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)

Kisar semua bahan hingga lumat.

Resipi Ikan Percik Warisan Emak. Ini Rahsia Nak Buat Kuah Lebih Sedap.

Masukkan bahan kisar dalam periuk.

Tambahkan sekali 6 senduk santan segera.
( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa)

Tambahkan 1 senduk air kosong.

IKLAN

Resipi Ikan Percik Warisan Emak. Ini Rahsia Nak Buat Kuah Lebih Sedap.

Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar
( kisar sendiri)
Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.

Nak buat warna percik putih maka tak perlulah letak cili kisar. Itu bezanya. Pada warna sahaja.

Resipi Ikan Percik Warisan Emak. Ini Rahsia Nak Buat Kuah Lebih Sedap.

Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan.

Perahkan sehiris limau nipis.

Resipi Ikan Percik Warisan Emak. Ini Rahsia Nak Buat Kuah Lebih Sedap.

Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit serbuk perasa Hilal atau jenama lain

* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat.

Kacau kuah dengan api sederhana besar.

Resipi Ikan Percik Warisan Emak. Ini Rahsia Nak Buat Kuah Lebih Sedap.

IKLAN

Tutup api setelah kuah berbuih mendidih.

Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.

Resipi Ikan Percik Warisan Emak. Ini Rahsia Nak Buat Kuah Lebih Sedap.

Bakar ikan di atas bara api.

Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.

Resipi Ikan Percik Warisan Emak. Ini Rahsia Nak Buat Kuah Lebih Sedap.

Sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Salutkan dua kali untuk hasil yang cantik.

Masa ni memang tak tahan bau kuah yang disalai sekaili atas bara api.
Nikmat yang tak dapat diucapkan. Haa

Siap.
Nampak sedap kan?

Resipi Ikan Percik Warisan Emak. Ini Rahsia Nak Buat Kuah Lebih Sedap.

Untuk buat ayam percik ada rasa masak sendiri dari awal. Nak tahu macam mana boleh follow cikgu. Nanti cikgu kongsi dekat wall.

Yang ni pun sedappp gilaaa kalau kena dengan cara.
Tungguuu.

Terima kasih emak kongsi resepi paling enak!

 

Selamat mencuba!

Sumber: Afy AL Habibi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI