Resipi Kacang Goreng Crispy Spicy Untuk Kudapan. Rangup & Sedap Semudah ABC, Guna Tiga Bahan je. 15 Minit Dah siap!

Share

Kudapan antara juadah yang wajib ada di atas meja setiap kali menjelang raya kan. Sambil berborak bersama keluarga mahupun tetamu atau sambil layan tv sedap juga, tak sedar boleh habis sebalang ni.

Nak cuba buat Resipi Kacang Goreng ini tak? Rasanya yang spicy di tambah dengan kerangupan pasti buat anak-anak tertarik. Jom admin kongsikan resipi daripada puan Zita Samat


Sedap giler. Nah ada yg tnye resepi tadi. 3 bahan je.. Semudah ABC. 15 minit je siap bleh telan trus 🤣🤣

3 bahan utama :

-Kacang tanah ( basuh dan keringkan dlu )

-telur sebiji

-tepung bestari pedas

Cara membuat:

  • Gaulkan kacang dengan telur hingga rata

  • Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata

  • Panaskan minyak
  • Goreng dalam minyak panas , api sederhana

  • Rajin2 kacau supya masak sekata dan xhangus.
  • Angkat dan toskan minyak

Wajib biarkan sejuk dlu, dan tos minyak supaya rangup

Dah sejuk bru makan dan simpan dalam bekas kedap udara

Taraaaaaaa….. Untuk yg diet jangan buat ! Siyesss ni 🤣🤣🤣

Edit tambahan : boleh tambah sdikit gula kalau nk rs manis2.. Sy mmg xletak sbb nk mkn masin2 pedas… Tepung ni da masin ye jgn tmbah garam dah..


ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN