Resipi Mak Saudara, Guna Lada Hitam, Buat Mi Hailam Jadi Lebih Sedap. Ini Rahsianya. Masakan Viral Ini Tarik Ramai Warganet Cuba, Memang Sedap!

Share

Jika bercadangan inginkan masakan panas yang simple dan sedap, apa kata buat mi hailam.

Nampak mudah aje nak buat masakan ni, tapi jika bahan-bahan yang tak cukup, rasanya tentu lain.

Nak tahu rahsia menjadikan mi hailam ini lebih sedap. Ikuti perkongsian oleh Puan  Hasniza Hassan yang memaparkan resepi mi hailam istimewa dengan tumis lada hitam.

Bau aroma masakan ini membangkitkan selera makan. Cara ini menarik perhatian ramai hingga mendapat share yang tinggi dikalangan warganet.  Jom buat menu ni hari ini.

Kuah mi hailam ni istimewa dan lain sedikit sebab ditumis dengan lada hitam. Kak Has dapat resepi ni dari mak saudara kak Has, Rohani Othman.

Punyalah suka, suami kak Has pernah request mi hailam ni untuk menu berbuka puasa selama 5 hari berturut-turut.

Kak Has nak kongsikan dengan kalian bahan-bahannya untuk 1 – 1 1/2 peket mi.

Bahan-bahanya: 

– 11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk

– 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar

– Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)

– 1 mangkuk stok air udang, kalau ada

– 15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)

– 4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)

– 1 biji tomato dibelah 2

– 1-2 biji cili merah dipotong

– Kobis dihiris dan sawi dipotong

– Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa

– Garam dan gula secukup rasa

– 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara-caranya membuatnya : 

Tumis bawang putih dan lada hitam.

Tumis hingga kekuningan

Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.

Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.

Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat nanti kecut.

Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa

Terus masukkan kobis.

Dah mendidih dan hendak diangkat, masukkan sawi. Tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Gaul rata.

Masukkan mi.

Gaul rata dan terus hidang. Masukkan mi hanya apabila sedia untuk dihidangkan dan dimakan. Jika tidak, mi akan kembang.

Sedap dimakan terus, panas-panas.

Selamat mencuba untuk hidangan seisi keluarga! 

Sumber: Hasniza Hassan 

ARTICLE LAIN

Trending: Kongsi Cara Tahnik Anak, Ustaz Don Luah Syukur Timang Cahaya Mata Ke Empat, Tarikh Lahir Sama Anak Ketiga. – KELUARGA

Trending: Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA

Viral halau tikus guna berus sabut: Wayar Penghawa Dingin Putus Dek Gigitan Tikus, Lelaki Ini Kongsi Petua Halau Guna Berus Sabut, Ini Caranya! – KELUARGA

Tanam kobis di rumah: Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA

Mesti baca: Patutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA

Tip Berbunga lebat: Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur.  – KELUARGA

Petua dapur:  Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya. – KELUARGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

VIDEO:  APAKAH AMALAN ZIKIR AWET MUDA. MESTI TAHU.

VIDEO KAK LONG KONGSI-TAZKIRAH REZEKI MENCURAH UNTUK KELUARGA

VIDEO: MACARONI CHEESE PAPRIKA, SIAP 10 MINIT JE

 

 

IKLAN