Resipi Naan Cheese, Lagi Puas Hati Bila Buat Sendiri. Penuh Cheese!

Share

Adakah anda pernah berasa kecewa  apabila anda “order” roti Naan Cheese tetapi kejunya sedikit ataupun seakan tiada? Anda tidak perlu gelisah lagi! Dengan resepi Naan Cheese yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini, anda boleh meletakkan beberapa banyak keju yang anda inginkan.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum

1 ½ sudu besar yis

2 sudu besar marjerin

2 sudu besar gula

1 sudu besar susu pekat manis

¾ cawan air suam

Secubit garam

Keju mozarella

Cara membuat Naan Cheese kalah kedai Mamak! 

Langkah 1: Campur yis, gula & susu pekat bersama air suam.Tunggu yis kembang.

Langkah 2: Gaul marjerin & garam dengan tepung gandum.

Langkah 3: Masukkan campuran yis, gaul rata sehingga adunan tak melekat di tangan.

Langkah 4: Rehatkan doh 30-45 minit.

Langkah 5: Tumbuk doh untuk buang angin, bentuk bulat. Gelek dan letak keju.

Langkah 6: Bulatkan dan gelek semula.Rehatkan doh sekejap.

Langkah 7: Boleh masak atas pan.Tutup pan dan masak dengan api kecil.

Langkah 8: Setelah masak, sapu sedikit marjerin di bahagian atas untuk kesan kilat.

Nisbah 2 cawan tepung gandum akan menghasilkan sebanyak 4 keping Naan Cheese seperti dalam gambar.

 

Dengan resepi homemade Naan Cheese ini, anda sekeluarga pasti akan menikmatinya. Anda tidak akan dihampakan dengan resepi ini. Semoga para pembaca dapat menimba ilmu daripada artikel ini. Selamat mencuba!

 

Terima Kasih.

 

Sumber: Siti Ayu Ishak (Resepi Mudah di Facebook)

 

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN