Teringin pula tengok nasi air yang dikongsikan oleh Cik Puan Yana . Sesuai untuk dijadikan pembuka selera ni. Cara buat cukup mudah dan bahan pun tak banyak. Ini kalau dapat sekali makan tak cukup semangkuk. Nak cuba resipinya. Nah admin kongsikan di sini.
Ore kelate panggil nasik air…
Org jb paggil bubur nasi…
Tp nasik air kelate yg terbaik… Ada kuah sup,isi daging, ayam, ikan bilis,air lada dan myk bwh putih.. Ore klate sep sikit… 🖖🖖🖖
Ads
Resepi 👇
Tumbuk bawang putih,halia,serai
Masukkan akar daun ketumbar
Rebus bersama daging dan ayam.. Masukkan garam dan aji.. Biar daging empuk dan masukkn kicap..siap😋
Ads
Nasi.. Blend beras spruh hancur & masak nasi sampai lembik😋
Ads
Minyak bawang putih untuk lebih kick…😋
Air lada.. Blend cilipadi,air sikit, cuka, garam,gula,aji😋
Lada jeruk
Limau, daun sup, daun ketumbar, kangkung or sawi yg dicelur.. Siap😋
Pusing Satu Sekolah, Peragakan Baju Yang Dilukis Pelajar Pendidikan Khas. Tindakan Guru Ni Raih Pujian Warganet!
‘Guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain’, ungkapan peribahasa ini membawa makna yang begitu mendalam jika dihayati. Apa tidaknya tidak semua orang mampu berkorban untuk orang lain, namun seorang guru akan sanggup lakukan apa sahaja demi memastikan anak didiknya berjaya dalam kehidupan.
Mencapai matlamat murni itu, pelbagai kaedah mengajar juga turut divariasikan oleh guru-guru pada masa kini. Umpamanya kisah berkenaan tindakan seorang guru ini yang sanggup memperagakan baju yang dilukis oleh anak-anak muridnya dari kelas pendidikan khas ke sekeliling sekolah. Kisahnya ini pernah viral sebelum ini di media sosial.
Guru tersebut yang dikenali sebagai Muhamad Fazri Hassan, menerusi Twitternya Fazri Hassan, memuat naik gambar dia memakai kemeja yang dipenuhi lukisan.
Menurut Cikgu Fazzri, ini merupakan salah satu hasil projek Pendidikan Seni oleh 10 orang anak muridnya. Menurutnya lagi, karya tersebut baginya sangat bermakna kerana murid-muridnya itu berasal dari Program Pendidikan Khas.
Menghargai usaha lagi penting
Difahamkan demi menghargai hasil seni kesemua anak muridnya yang berjaya disiapkan selama tiga hari, guru ini sanggup berpusing satu sekolah untuk menunjukkan betapa hebatnya hasil seni lukisan anak didiknya kepada warga sekolah.
Di sini turut dikongsikan beberapa keping foto yang diambil sewaktu ‘memperagakan’ pakaian di sekitar sekolah.
Inilah pereka design baju
Apa yang pasti melalui kisah guru ini memberi inspirasi buat semua. Kasih sayang dan keikhlasan yang ditunjukkan olehnya dalam mendidik dan menghargai anak muridnya jelas terpancar dalam setiap gambar-gambar yang dikirimkan.
Pasti anak-anak didiknya seronok dan merasa bertuah mempunyai guru yang yang begitu bersemangat mengajar mereka. Tahniah cikgu,semoga terus sukses!
Sekolah Zaman Terindah
Bercerita tentang persekolahan, tidak dinafikan zaman belajar adalah zaman terindah buat kita semua. Banyak kenangan yang tercipta.
Mungkin dalam banyak kenangan itu ada antara kita yang masih ingat akan perasaan betapa terujanya kita untuk kembali ke sekolah bagi memulakan sesi di tahun baru.
Maklumlah kita ada set pakaian seragam sekolah baru. Boleh dikatakan kerap juga kita akan ‘melaram’ menyarungkan baju sekolah berulang kali sebelum tibanya hari persekolahan. Terasa bergaya sungguh berdiri di depan cermin dengan mengenakan baju sekolah yang dibeli oleh ibu dan ayah.
Itu belum lagi bila mengingatkan malam sebelum tiba hari pertama ke sekolah, tak tidur lena dibuatnya. Betapa hati kita ini terlalu seronok tidak sabar bertemu rakan sekolah dengan memakai baju yang serba baru berjenama Falcon. Maklumlah sejak jenama buatan Malaysia ini telah bertapak kukuh semenjak 1964 dan menjadi pilihan utama ibu ayah hingga kini.
Malah apa yang lebih menarik perhatian, setiap baju sekolah Falcon menjanjikan keselesaan buat si pemakainya. Ini memandangkan penggunaan material dan fabrik yang berkualiti tinggi digunakan termasuk juga dalam pemilihan aksesori pakaian seperti butang, cangkuk dan zip dari jenis yang tahan lasak. Sekali gus menjadikan jenama Falcon pakaian seragam sekolah terbaik!
Ada yang nak jimat dari membeli, maka mereka tanam sendiri. Ada yang hidup dan ada juga yang tidak.
Bagi yang tidak berjaya tanam asyik mati je, bolehlah cuba perkongsian dari Pyan Sempoy ni. Selamat mencuba!
DAUN SUP – sekadar perkongsian
Ada lagi ka yg belum berjaya tanam pokok daun sup ni??
ok nk habaq mai ada 3 kaedah utk tanam pokok daun sup ni..hangpa dah pernah cuba ka tiga2 cara ni ?? jom kongsikan pengalaman & pendapat masing2…
Kaedah pertama : semai biji benih (gambar 1)
Kaedah ke 2 : tanam semula akar pokok matang (gambar 2)
Kaedah ke 3 : tanam semula anak2 pokok yg tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2 (gambar 3:pindah ank dr pokok guna kaedah no 2)
So boleh pilih nk guna cara mana..sekali tanam ja pokok sup ni..insyaAllah leh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3..
cara saya semai/tanam ada di setiap gambar 1,2&3..selamat mencuba 😃
Kaedah pertama : semai biji benih
Cara saya semai:
1) siapkan media tanam..saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam…lps dh isi ke bekas (cup) saya siram siap2
2) tabur biji benih sikit jer..jgn byk2 🙂 cukup secubit jer tau..tak perlu timbus dgn media lg sbb biji sup ni halus..lps spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah2 media..byk yg gagal sbb ni lah..benih yg bercambah x dpt tembus tanah utk dpt cahaya
3) spray dgn air..cukup 1-2 kali tembak jer
4) letak tempat teduh..nk tutup boleh xnk tutup pon boleh..dlm kes saya, dibiar jer x tutup pon
5) spray 2x sehari pagi & petang..insyaAllah tumbuh slps 7-10 hari..klau 2 minggu x tumbuh2 jugak bererti gagal..kena cuba lagi
Kaedah ke 2 : tanam semula akar pokok matang
cara saya semai :
1) pilih pokok sup yg masih segar + ada byk akar yg masih warna putih + ada anak / tunas kecil..3 syarat WAJIB !!
2) potong semua batang kecuali tunas2 kecil
3) rendam dlm air bg tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari
4) dh boleh tanam jika nampak akar makin sihat + tunas makin segar & membesar
5) siram sikit2 jer jgn terlebih air..yg ni pon jd penyebab ramai yg gagal sbb media terlalu becek
6) letak tempat teduh dulu 1-2 minggu
tanam semula anak2 pokok yg tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2
cara saya tanam :
1) pokok induk mesti sihat + subur + ada byk anak2 pokok yg baru kluar..pilih yg bersaiz setengah jengkal ke atas jer tau
2) korek atau cabut pelan2..syarat kena ada akar bersama ank pokok tu..klau cabut pastu xde akar baik korang campur dlm sup ja hehe..kena hati2 cabut
3) tanam & letak kat tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil
4) siram sikit2 ja, sama mcm kaedah 1 atau 2..jgn terlebih air
Boleh pilih nk guna cara mana..sekali tanam ja pokok sup ni..insyaAllah leh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3..
Moga bermanfaat perkongsian ini. Selamat mencuba!
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Keterujaan setiap kali melihat lori dan pekerja pembersihan mengutip sampah di kawasan perumahan, siapa sangka boleh menarik minat seorang kanak-kanak lelaki untuk turut sama menjaga alam sekitar meskipun umurnya baru tiga tahun.
Zayn Asyraff Mohamad Aliff Hakim yang masih kecil dan belum pun fasih bertutur, gemar mengutip sampah dengan membawa tong sampah mini ke mana-mana sahaja dengan ditemani ibu dan bapanya.
Memetik kisah lanjut adik Zayn Asyraff di Utusan Malaysia, anak kecil ini telah dinobatkan sebagai adiwira cilik kebersihan dan kitar semula oleh SWM Environment, selari dengan tema sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan pada tahun ini iaitu Adiwira Bumi.
Difahamkan Zayn Asyraff Mohamad Aliff yang baru berumur tiga tahun itu amat teruja setiap kali melihat lori sampah milik SWM Environment Sdn. Bhd. yang mengangkut sisa buangan berhampiran rumahnya atau setiap kali berselisih dengan kenderaan berat itu.
Teruja Bila Belikan Permainan Tong Sampah
Ibunya, Norfaizah Mohd. Esa, 28, berkata, anak sulungnya itu memang gemar mengutip sampah dan sikap terpuji anaknya itu dikesan sejak berusia setahun lapan bulan terutamanya apabila melihat lori sampah berkenaan.
“Sejak kecil bila nampak lori sampah saya akan tunjuk kepadanya sehinggakan satu masa jika saya tidak buka pintu tunjuk lori sampah yang datang dia akan menangis. Dia sangat teruja bila melihat lori mengangkat tong sampah untuk dimasukkan ke dalam lori.
“Bahkan kami lihat minatnya terus mendalam bila suami, Mohamad Aliff Hakim Jais, 29, ketika membelikan mainan biasa untuk Zayn Asyraff namun dia akan mudah jemu. Tetapi selepas kami belikan dia permainan tong sampah kecil ternyata dia amat menyukainya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Norfaizah berkata, setakat ini Zayn Asyraff memiliki tiga koleksi tong sampah kecil dan juga lori sampah kecil dengan salah satunya yang berwarna hitam akan dibawa ke mana-mana sahaja termasuk ketika ke rumah pengasuh.
Lihat Dari Sudut Positif
Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata itu, pada awalnya memang dia agak pelik dengan minat anaknya itu namun memandang perkara itu dari sudut positif.
“Biasanya bila kami pergi berjalan-jalan atau bercuti dia tidak bermain sebaliknya dia akan berlari cari sampah lebih-lebih lagi bila nampak tong sampah yang disediakan ada sahaja sampah yang hendak dibuang.
“Kami memandang minatnya dari sudut yang positif mungkin kerana mana tahu satu hari nanti dia boleh menjadi kontraktor untuk sistem sisa pepejal.
“Maka sebagai ibu bapa kami tidak halang minat anak bahkan mendorong apa yang dia minati dan mahu menjadi pendorong kepada masyarakat di luar untuk sama-sama mengutamakan kebersihan,” katanya.
Tauladan Kepada Umum
Sementara itu, Pengurus Kawasan Servis Johor Selatan 2, SWM Environment, Mohd. Asriff Samion berkata, pihaknya merasa amat dihargai kerana tugasan kakitangan dalam menguruskan sisa pepejal menjadi daya tarikan minat kanak-kanak seperti Zayn Asyraff.
Katanya bagi memenuhi dan melengkapi minat kanak-kanak tersebut, pekerja SWM Environment juga telah singgah ke rumahnya untuk mempamerkan proses pengendalian tong sampah beroda bersama lori kompaktor.
“Adik Asyraff adalah suri teladan kepada kanak-kanak dan masyarakat umum tentang penjagaan kebersihan dan penggunaan tong sampah secara tertib serta selari dengan Kempen Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah yang SWM Environment jalankan.
“SWM Environment juga kagum dengan keupayaan adik Asyraff yang sudah mengenali konsep kitar semula. Oleh itu, selari dengan tema sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan pada tahun ini iaitu Adiwira Bumi, SWM Environment mengiktiraf adik Zayn Asyraff sebagai adiwira cilik kebersihan dan kitar semula,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.