Apa nak masak ya untuk dijamu pada tetamu yang nak datang beraya esok? Apa kata cuba hidangkan Nasi Minyak yang cukup mudah caranya. Dipadankan pula dengan Daging Beriani memandangkan sudah ada daging di rumah kan.
Cukup lengkap sebagai sajian utama. Pasti membuatkan tetamu kekenyangan. Jom tengok resipinya!
– NASI MINYAK SIMPLE –
– 3 cawan beras basmathi
– 1/2 cawan margerin/planta
– 3 1/2 cawan air
– 1 cawan susu cair
– 2 kuntum bunga lawang
– 2 batang kulit kayu manis
– 3 biji buah pelaga
– 2 helai daun pandan
– garam secukupnya
– 1 kuib stok ayam
– Pewarna kuning
BAHAN KISAR:
– 6 biji bawang merag
– 3 ulas bawang putih
– 1 cm halia
BAHAN HIASAN:
– bawang goreng
– daun bawang dihiris
Ads
CARA :
1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
Ads
5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!
– DAGING BERIANI –
– 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
– 1/2cawan minyak
– 1 cawan air
– 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
– 2 tangkai daun ketumbar
– sedikit garam
– 2 biji kentang dipotong 4
– sedikit susu cair ( agak2 )
– 2 sudu cili kisar
BAHAN KISAR:
Ads
– 7 biji bawang merah
– 5 ulas bawang putih
– 3 labu bawang besar
– 1 1/2 cm halia
CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan air dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!
– SELAMAT MENCUBA –
kredit: angah izan
–
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hasil tangan seorang kanak-kanak melukis anime wajah Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri meraih perhatian ramai.
Perkongsian tersebut dimuat naik ayahnya Fizie Joe menerusi laman facebook.
Amira : Papa, dia ni presiden Malaysia ke?
Papa : Ehh bukan, kita tak guna istilah presiden, kita guna istilah perdana menteri.. dia ni perdana menteri Malaysia.. Dato Seri Ismail Sabri nama dia..
“Amira baru berusia 10 tahun. Dia memang minat melukis sejak umur dia 3-4 tahun lagi. Dia memang pandai sendiri..saya tak penah ajar dia melukis, ” ujar saudara Fizie lagi ketika ditemubual wartawan Majalah Keluarga.
Rata-rata yang melihat hasil karya adik Nur Amira ini tampak teruja dan turut memujinya kreatif dan cukup berbakat.
Wah kakak berbakat. Fuhhhh power mira, boleh asah bakat ni. Atok mail Ismail Sabri Yaakob nak jumpa amira tu. Cantiknya, Berbakat la
Lebih istimewa lagi, perkongsian tersebut turut mengundang perhatian daripada orang nombor satu negara ini.
Menerusi akaun facebooknya, Dato Seri Ismail Sabri Yaakobberterima kasih kepada Nur Amira kerana sudi melukis wajahnya dalam bentuk anime.
Gambar atuk ke tu?
Ya lah… macam atuk masa muda dulu..
Terima kasih Nur Amira kerana melukis ‘anime’ atuk.
Atuk bangga dengan Nur Amira yang sangat kreatif dan berbakat.
Kalau Amira boleh beri gambar tu pada atuk, InsyaAllah kalau atuk ada kelapangan waktu, nanti atuk jumpa Amira.
Kita jumpa nanti…
Saudara Fizie tatkala ditanya mengenai perkongsian Perdana Menteri mengakui terkejut dan teruja.
“Saya tengah kerja..baru sempat pegang hp..tu lah terperanjat saya. Mesti Amira pun teruja.
“Dia tak tau lagi ni.. sebab dia sekolah hari ni..balik sekolah nanti saya cerita kat dia PM nak jumpa.” ujar Fizie lagi.
Perasan tak jika kita simpan lebihan kulit popia di dalam peti sejuk untuk jangka masa tertentu lama kelamaan kulit popia tersebut akan keras dan lebih teruk lagi pecah-pecah disebabkan terlalu kering.
Jadi ramai beranggapan kulit popia tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi, dan jawabnya terpaksalah dibuang begitu sahaja. Pun begitu, sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk ‘menyelamatkan’ kulit popia tersebut sebagaimana yang dikongsikan oleh Bee Keng di group MAHN.
Ini perkongsiannya semoga bermanfaat.
Cara nak lembutkan kulit popia yang keras atau kering setelah lama disimpan dalam peti sejuk beku (freezer) atau diletakkan di luar terlalu lama selepas disajikan menyebabkan ia kering.
Cara-caranya :
1. Dalam kuali atau periuk stim lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap. (Saya masak dulu kain bersih saya untuk pastikan ia tiada kuman langsung, maaf ya .. saya ni ada OCD sikit)
**Kain lembap bukan basah ya.. maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.
2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.
3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau dekat dengan dulang pengukus, kalau tak semasa air mendidih …basah pula kulit popia tersebut. Stim selama 10-15min.
4. Buka penutup stim dan pastikan ia betul-betul lembut, kalau tak, di-stim sekejap lagi.
Nota:
Semasa disajikan, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas bawah tersebut ke dalam pinggan penyajian, ia akan mengekalkan kelembapan sehingga popiah habis dimakan.
Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan kulit popia tersebut basi dan boleh menyebabkan keracunan makanan. Kalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.
Sebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras. Untuk mengelakkan kulit popia keras selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara (saya guna tape yang lebar).
Namun demikian kadang2 kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga. Tetapi ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.
Untuk pengetahuan semua, orang cina suka makan popia yang tak goreng. Selamat mencuba gais.
“Pohon tanam jenazah mak secepat mungkin. Tidak perlu tunggu sesiapa.”
Itu nota pesanan terakhir yang ditinggalkan pesara polis, Allahyarhamah Muhyizan Muhyi kepada tiga anaknya sebelum meninggal dunia akibat barah usus pada 6 Mei bersamaan dengan 5 Syawal lalu.
Namun apa yang menyedihkan, nota itu baru ditemui tiga anaknya selepas arwah selamat dikebumikan.
Menurut Nor Azuana, 36 nota itu ditemui oleh adiknya, Nur Asyikin, 34, dalam almari baju ketika mereka bersama-sama mengemas bilik tidur arwah ibunya dengan adik bongsu, Muhammad Aizuddin, 30.
Kisah tersebut tular dan mendapat perhatian ramai selepas Nor Azuana, berkongsi menerusi Facebooknya.
Menurut Nor Azuana, nota itu ditemui bersama bungkusan berisi tudung berwarna putih, kain batik panjang, kain batik lapik, plastik lapik tilam dan telekung.
“Emak memang ada beritahu mengenai kelengkapan pengurusan jenazah disediakannya, seingat saya pada awal tahun ini namun saya dan adik-beradik tidak ambil pusing sangat kerana enggan berfikir ke arah itu.
“Lagipun, emak sihat ketika itu dan tak sangka pula ia petanda arwah akan meninggalkan kami.
“Saya menangis selepas membaca nota itu malah rasa ralat dan terkilan kerana tidak dapat gunakan kelengkapan itu bagi menguruskan jenazah emak.
“Saya bagaimanapun tetap lega kerana urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Temoh Stesen, Temoh, Perak iaitu kampung halaman emak berjalan lancar,” katanya menerusi perkongsian bersama Harian Metro.
Tambah Nor Azuana yang bekerja sebagai jururawat, ibunya disahkan menghidap barah usus tahap empat pada 27 Februari lalu iaitu dua hari selepas tiba di rumahnya di Taman Rambai Idaman, Bukit Rambai, Melaka.
“Emak menetap di Taman Murni, Gurun, Kedah bersama abah (Masshar Ahmad, 62) manakala kami tiga beradik tinggal berasingan dengan keluarga masing-masing.
“Pada 25 Februari lalu, emak datang ke rumah saya untuk membantu menjaga anak saya selepas pengasuh anak positif Covid-19.
“Emak sihat pada mulanya sebelum mengadu sakit perut dua hari kemudian dan sebaik dibawa ke hospital, doktor mengesahkan emak menghidap barah usus tahap empat. Lapan hari juga emak tidak sedarkan diri di hospital sebelum dibenarkan pulang pada 14 Mac.
“Sejak itu, emak tinggal terus di rumah saya dan sempat juga saya menjaganya termasuk bantu tukarkan beg stoma serta lampin pakai buang selepas pulang kerja,” katanya.
Selain itu, menurut Nor Azuana, selain meninggalkan kiriman nota, ibunya juga ada menunjukkan petanda lain sebelum meninggal dunia.
“Paling tak dapat lupa, emak beritahu keinginannya untuk raya betul-betul tahun ini kerana dia dapat rasakan ini (raya) yang terakhir namun satu juadah raya pun dia tidak jamah.
“Allah lebih sayangkan emak dan saya bersyukur kerana ada di sisinya sebelum menghembuskan nafas terakhir walaupun berasa emak pergi terlalu cepat dan belum puas menjaganya.
“Abah juga masih sedih dan tidak boleh bersendiri kerana ke mana saja pergi, emak yang akan temankannya. Kini, kami adik beradik bergilir-gilir menjaganya,” katanya.
Dalam pada itu, Nor Azuana mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan ibunya selepas dia berkongsi kisah berkenaan di FB.
“Niat saya berkongsi kisah itu sekadar untuk meluahkan perasaan. Diharap perkongsian itu jadi peringatan buat kita semua untuk bersedia ke alam sana kerana mati itu pasti,” katanya.
Anak lelaki sememangnya perlu paling rapat dengan ibunya. Malah keakraban ini bagi membentuk peribadi anak lelaki itu sendiri.Paling penting anak lelaki penuh dengan sifat...