Saya suka makan pankek mc d.. Almost setiap hari order pankek dia. Dah try mcm2 instant pankek tapi xde yg menjadi mcm mc d.
Hari ni try resepi encik Khairul Abdullah. Mmg menjadi sama sebijik sejiban mc D. Save dah rm12 sehari. Tq Encik Khairul super daddy tu. *tips kuali kena kecik, dan panas baru tuang adunan agak tebal. Tanpa minyak.
Resepi : 1 cawan tepung gandum. 1 cawan susu segar. 2 sudu besar baking powder. 3 sudu besar gula. 1 sudu kecil garam. 1 biji telur. 1 sudu kecil esen vanilla jika sudi. 2 sudu butter/minyak masak.
Ads
Cara nak buat dia: 1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai halus sebati. Atau kalau malas nak guna blender, satukan semua bahan di dalam bekas dan pukul sebati. 2. Panaskan kuali non-stick dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan ke dalam kuali. Tunggu sampai keluar gelembung dan balikkan. Tunggu keperangan dan angkat. Hidangkan dengan butter, maple syrup, madu, potongan buah, chocolate sauce, strawberry sauce atau apa sahaja yang berkenan di hati. Resepi di atas boleh dapat antar 6-7 biji penkek standard saiz. kalau buat kecik-kecik dapatlah banyak.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Ads
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kita sering mencari resipi yang cepat dan sedap! Maklumlah rutin harian memang sibuk. Bagi yang bekerja dengan adanya “meal prep” ataupun persediaan sebelum memasak, boleh mencepatkan masa memasak.
Menerusi perkongsian Puan Asrimah Bakri di Facebook yang tular sehingga mencapai 24K shares, dengan resipi 7 resepi pes atau perencah yang merupakan bahan asas kepada pebagai lauk-pauk.
Menariknya, pes ini disejuk beku dan boleh dimasak bila-bila masa. Memang cepat. Boleh masak dua tiga lauk dalam satu masa 30 minit! Penyediaan untuk membuat 7 pes ini dua jam tetapi jimat 4 jam setiap hari untuk memasak. Memang berbaloi!
Ikuti selanjutnya resipi ini.
SAMBAL TUMIS
Bahan:
Bawang besar 2 biji
Bawang besar 2 biji(hiris bulat)
Bawang putih 5 ulas
Cili kering 4 genggam(potong,rebus,basuh,kisar)
Asam jawa,garam,gula,perasa.
Cara penyediaan:
# Tumis semua serentak sampai pecah minyak n naik bau,masukkn asam jawa,garam,gula,perasa dan hirisan bawang.(seimbangkn rasa)
#siap,bekukan.,boleh nak makan unfreeze ,goreng bilis,masukkan sambal tumis.
Pes ASAM PEDAS
Bahan:
Bawang besar 3 biji
Bawang putih 6 ulas
3 inci halia
2 batang serai tetak
Seikat daun kesum
1sudu besar halba(sejenis herba rupa mcm biji jambu batu)
Cili kering 4 genggam(potong,rebus,basuh,kisar)
Asam jawa,garam,gula,perasa.
Cara penyediaan:
#Panaskn minyak,masukkn halba ,serai & terus Tumis lada sampai pecah minyak n naik bau,masukkn pati asam jawa ,garam,gula,perasa dan daun kesum…masak dlm 3 minit lg.
#siap,bekukann.,bl nk mkn unfreeze ,masukkn ayam/ikan,bendi ke tomato ke,air asam lg(nama pun asam pedas,mestilah masam baru kaw..hihi)
PesTOM YAM merah
Bahan:
Bawang Merah 10 biji
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 5 ulas
Segengam cili kering(xperlu rebus,terus masukkan dlm blender)
Cili Api 10 biji(optional)
Lengkuas 1 inci
halian 3 inci
Serai 5 batang
Daun limau purut 5-6 helai
blender semua bahan diatas
5 biji Air limau purut/( semasam yg anda mahu)
Sos ikan(nam pla)
Cara penyediaan:
# Tumis semua bahan blender . Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut,nam pla, garam ,gula n perasa 1 sudu(saya guna maggie ckup rasa ganti kiub).
#siap,bekukann.,bl nk mkn unfreeze ,didih air dlm periuk ,masukkn ayam/daging/seafood ke,sayur2,tabur daun ketumbar(wajib).
#tips:klu nk tomyam yg btol2 pekat,blender tomato jd pes masukkn dlm tomyam.
#tips:klu nk tonyam kungfu masukkn susu pekat fn 3 sudu.
PesTOM YAM putih
Bahan:
Bawang Merah 10 biji
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 5 ulas
Cili Api 10 biji(tetak)
Lengkuas 1 inci
halia 3 inci
Serai 5 batang
Daun limau purut 5-6 helai
blender semua bahan diatas
5 biji Air limau purut/( semasan yg anda mahu)
Sos ikan(nam pla)
Cara penyediaan:
# Tumis semua bahan blender . Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut,nam pla, garam ,gula n perasa 1 sudu(saya guna maggie ckup rasa ganti kiub).
#siap,bekukann.,bl nk mkn unfreeze ,didih air dlm periuk madukn pes dan masukkn ayam/daging/seafood ke,sayur2,tabur daun ketumbar(wajib).siap
#tips:klu nk tomyam kaw masukkn susu pekat fn 3 sudu.
RENDANG ayam
Bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 3 inci
Lengkuas 2 inci
Kunyit hidup 2 inci(optional)
6 batang serai
2 gengam Cili kering(xperlu rebus ,masuk terus dlm blender)
Santan 2 kotak harmoni
Daun kunyit dan daun limau purut hiris halus.
Cara penyediaan:
# Blend & tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau.masukkan santan,garam,gula,perasa,daun limau purut dan daun kunyit.
#siap,bekukann.,bl nk mkn unfreeze,ambil pesmasuk dln kuali,masukkn air sexawan,masukkn ayam,msk smpi kering dan ayam empuk.
Pes SUP
Bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 5 inci
6 batang serai
6 sudu besar Rempah sup faezah
blender semua bhn
REMPAH 5 SEKAWAN(optional)
Cara penyediaan:
#Panaskan minyak,masukkan rempahh 5 sekawan(saya xguna sbb lbh suka light sup) . Then masukkan bhn blender tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau,rempah sup yg dibancuh dgn sdikit air,tumis lg 2 minit,garam,gula,perasa.
#siap,bekukann.,bl nk mkn unfreeze,ambil pes masuk dln kuali,masukkn air seperlunya ,masukkn ayam,sayur2..
Pes KARI
Bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 5 inci
6 sudu besar Rempah kari daging faezah pek kuning.
blender semua bhn
REMPAH 5 SEKAWAN(optional)
1 sudu halba
Cara penyediaan:
#Panaskan minyak,masukkan rempahh 5 sekawan,halba. Then masukkan bhn blender tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau,rempah kari yg dibancuh dgn sdikit air,tumis lg 2 minit,siap.
#siap,bekukan. Boleh nak makan unfreeze,ambil pes masuk dalam kuali,masukkn air dan asam jawa seperlunya ,masukan ayam,sayur-sayuran.
Siap 7 perencah lauk pauk untuk stok untuk memudahkan kita memasak. Bolehlah guna untuk siapkan bekalan anak ke sekolan nanti. Selamat mencuba!
Sejak dilantik sebagai orang nombor satu negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperlihatkan pendekatan berbeza ketika menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Malah Perdana Menteri turut dipuji kerana menggunakan pendekatan yang mudah difahami rakyat.
Terbaru ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS Tambahan bernilai RM10 bilion bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Tan Sri Muhyiddin sekali lagi mencuri tumpuan dengan ayat bersahaja beliau.
” Saya lihat di media sosial ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri mereka, agak luar biasa.
” Ada yang mengayuh basikal dalam rumah, ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu rap..
” Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.
” Yang penting saya fikir saudara dan saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi ujian ini.
” Dan saya yakin tuhan tidaklah menguji atau membebani kita dengan sesuatu yang kita tak boleh tanggung.
Ayokk kantoi abah kita tahu apa kita buat. Hehehe. Macam mana pun tak pe, asal semua bekerjsama putuskan rantai covid-19 dengan stay at home ❤#keluargamag
Lucu dan bersahaja, namun mesej yang ingin disampaikan tetap diterima masyarakat sehinggakan rata-rata berkongsi kata-kata Perdana Menteri di media sosial.
Sementara itu, Kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS Tambahan bernilai RM10 bilion bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya berkata, pakej rangsangan tambahan tersebut diharap dapat mampu meringankan beban usahawan PKS.
” Di pihak kerajaan ,kita cuba membantu sebaik mungkin dan sebab itu saya ingin mengumumkan pakej tambahan RM10 billion,” katanya.
Dalam pada itu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan langkah tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “Prihatin Tambahan”.
Katanya, pakej tambahan berjumlah RM10 bilion ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan.
Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.
Di bawah inisiatif tambahan itu, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:
1) Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan.
2) Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.
3) Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.
4) Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.
” Melalui penambahbaikan ini, syarikatsyarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.
” Bantuan ini adalah untuk selama tiga bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari lalu dan mendaftar dengan Perkeso.
” Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini,” katanya.
Beliau menambah majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurangkurangnya untuk tempoh enam bulan, iaitu dalam tempoh tiga bulan semasa menerima subsidi upah dan tiga bulan selepas itu.
Ibu mana yang tak banggakan bila anak-anak berjaya dalam pelajaran. Segala penat lelah dan usaha selama ini akan berbaloi dengan keputusan yang terpampang di depan mata. Demikian juga dengan ibu bertuah ini bila mana anaknya mencapai kejayaan.
Namanya tidak pernah tercicir dari senarai 10 pelajar terbaik di sekolah. Usaha gigihnya yang sentiasa mengulang kaji pelajaran dan tidak suka membuang masa antara faktor yang membolehkan dia mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR sebelum ini.
Muhammad Zaki Mahdi bin Chamam, muncul sebagai anak Melayu pertama yang memperoleh 8A di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC).
“Zaki merupakan seorang yang sensitif dan boleh dikatakan manja. Selagi kerja rumah atau hasrat dia tidak saya turut selagi itu dia tidak akan berhenti berusaha. Dalam erti kata lain dia seorang yang konsisten dan tahu apa yang dia nak.
Dia juga lebih suka habiskan masa dengan membaca buku cerita pada waktu lapang. Sekiranya kami ke Ampang Point, kedai buku Popular sudah menjadi keutamaan untuk dia singgah. Selain itu, di rumah dia ada jadual belajar sendiri yang memang dia akan ikut sepenuhnya.
“Malah, dia rajin buat peta minda dengan pen warna-warni. Zaki juga gemar membaca buku cerita. Untuk memperbaiki bahasa Mandarin saya bawa dia ke kedai buku Popular dan belikan buku cerita yang dia pilih sendiri. Setiap buku cerita yang dibeli pasti Zaki akan meminta saya balut terlebih dahulu.
“Seminggu 3 kali mereka akan ikuti kelas bimbingan untuk mata pelajaran UPSR. Saya menyediakan mereka dengan pelbagai jenis kamus sebagai bahan rujukan. Saya juga beli kan buku latih tubi sebagai persediaan dan saya akan tetapkan masa seperti peperiksaan sebenar agar mereka terbiasa untuk menyiapkan soalan dalam masa yang ditetapkan. Selain dari itu saya juga menyediakan whiteboard untuk mereka gunakan sebagai alat bantuan agar dapat ajar satu sama lain,”jelas Nurhidayu ibu kepada si kembar Muhammad Aqil Mahdi dan Muhammad Zaki Mahdi ketika ditemu bual oleh Majalah Keluarga baru-baru ini.
Kembar tidak bermakna minat dan pemikiran sama. Namun satu kelebihannya mereka punya hati dan perasaan yang sama. Saling menyayangi dan tidak wujud perasaan iri hati jauh sekali cemburu biarpun salah seorang daripada mereka lebih berjaya.
“Waktu mengambil keputusan UPSR baru-baru ini, saya dari awal sudah tahu keputusan mereka kerana menerima melalui SMS. Sebagai ibu, saya rasa gembira dan terharu sehingga menitis air mata.
“Cuma saya kena bijak main peranan supaya tidak ada yang terasa hati. Walaupun abang tidak mendapat A dalam Bahasa Mandarin, tetapi dia seolah olah dapat menjangka yang adiknya pasti mendapat keputusan lebih baik dan dia turut rasa bangga atas pencapaian adiknya.
“Keputusan Zaki mendapat 8A’s juga semuanya atas izin Allah SWT. Saya selalu mengingatkan Aqil dan Zaki, UPSR hanya permulaan, mereka perlu tempuh ujian yang lebih besar lagi selepas ini. Justeru, sebagai ibu, saya sentiasa mendoakan anak-anak saya akan mendapat keputusan yang cemerlang juga di PT3 dan SPM.
“Bab layanan tidak timbul soal berat sebelah kerana sejak dahulu lagi saya berusaha sedaya upaya untuk memberi layanan sama rata baik abang mahupun adik. Soal gaduh itu perkara biasa nama pun adik- beradik kan. Oleh kerana mereka belajar di SJKC, setiap Sabtu dan Ahad pagi mereka akan belajar agama dan mengaji Al-Quran di Azraq Center. Selepas itu kami akan melakukan aktiviti bersama seperti bermain badminton di Sport Planet, roller blade di Taman Cabaran Putrajaya, berenang di rumah. Aktiviti seperti ini setiap minggu saya akan ganti-ganti agar mereka tidak bosan.
“Pada hujung minggu juga saya akan bawa Aqil Zaki untuk berjumpa atok dan nyang mereka di Kota Warisan Sepang. Bila di rumah atok pasti Tok Wan akan masakan kari ayam lauk kegemaran Aqil Zaki. Di sana mereka juga akan meluangkan masa bermain bersama sepupu,” ujar Nurhidayu Kamaludin sambil memberitahu anaknya gemar makan bijirin dengan susu sebelum pergi sekolah dan setiap hujung minggu dia akan bawa anak-anak ke bakery untuk memilih roti kegemaran mereka sebagai bekal sekolah.
Memegang jawatan sebagai Regional Sales Manager, GeoTeric di salah sebuah syarikat oil & gas services, Nurhidayu bagaimanapun tidak mahu kerjaya menyebabkan masanya dengan anak-anak terbatas. Bahkan, setiap kali menjelang peperiksaan baik dia mahupun suami, Chamam Zulkarnen yang bertugas sebagai Freelance Konsultant Geophysicist sentiasa menadah telinga dan membuka mata untuk anak-anak andai diperlukan.
“Satu yang penting apabila menghantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan adalah menyediakan pelbagai kamus supaya mereka dapat banyak manfaat daripadanya. Saya dan suami tiada pengetahuan dengan Bahasa Mandarin, jadi kami kena banyak guna kamus untuk membantu mereka. Sebab itu saya belikan pelbagai kamus kerana dapat memahami banyak perkataan baru.
“Dua minggu sebelum UPSR, ibu saya iaitu nenek kepada Aqil dan Zaki yang telah pun bersara merupakan seorang guru bahasa Melayu, turut membantu mereka mengulang kaji dalam subjek bahasa Melayu. Sehari sebelum peperiksaan, saya mengingatkan mereka untuk menelefon nenek dan atok agar mendoakan kejayaan buat mereka.
“Ketika hari peperiksaan UPSR saya memberi mereka motivasi dengan menghantar mereka ke sekolah dan teman mereka ulang kaji di dewan sekolah sehingga lah loceng berbunyi. Saya cuma berpesan, lakukan yang terbaik dan berserah pada Allah. Sekiranya panik ingat pada Allah dan berdoa lah.
“Kami tidak pernah bertanya bagaimana kertas soalan peperiksaan pada hari tersebut sehingga lah semua kertas UPSR telah selesai sepenuhnya. Yang sudah selesai tidak perlu dibicarakan. Fokus pada kertas yang seterusnya,” ujar Nurhidayu lagi sambil memberitahu anak-anaknya juga seperti kanak-kanak lain yang berminat main game dan mereka hanya boleh berbuat demikian pada hujung minggu selepas selesai kerja sekolah dan membasuh kasut.
Ditanya mengenai pemakanan untuk anak-anaknya, akui Nurhidayu selain bijirin dan susu, menu sayur antara yang wajib ada di meja makan baik siang mahupun malam.
“Sejak dari kecil mereka suka makan sayur. Sayur kegemaran mereka seperti bayam, kacang panjang, sawi dan kangkung. Susu pula minuman pilihan selepas makan malam dan sarapan mereka. Setiap minggu saya akan masak tempe dan tauhu goreng buat mereka. Selain dari itu Zaki juga suka sangat makan telur mata separuh masak. Alhamdulillah mereka pengemar sayur tetapi kurang gemar makan daging dan tidak makan seafood. Nasi goreng cina dan nasi goreng telur menjadi pilihan bila makan di luar.
“Saya jadikan waktu makan dan hujung minggu sebagai waktu bersama-sama keluarga. Oleh itu pada waktu makan malam saya akan sentiasa bertanya kegiatan dan kejadian yang berlaku seharian di sekolah. Masakan spegetti bolognise yang saya masak merupakan makanan kegemaran Zaki. Oleh itu hujung minggu saya akan hidangkan untuk mereka.
“Buah yang mereka makan hanya Buah Naga yang berwarna merah. Buah ni dari kecil mereka makan sampai lah sekarang. Kalau buah lain mereka akan makan kalau dipaksa. Kalau bab makan mereka banyak persamaan tetapi hobi sedikit berbeza, Aqil suka membaca komik dan aktiviti lasak manakala Zaki pula suka membaca buku terutama novel selain melukis.
Ditanya sama ada akan terus belajar di SJKC selepas ini, Zaki hanya menggelengkan kepala kerana dia kini sudah ada impian lain iaitu ingin menyambung pengajian di Sekolah Aminuddin Baki bersama abangnya, Aqil jika ada rezeki dan terpilih.
“Sebagai ibu, saya tidak akan memaksa mereka untuk sambung belajar di sekolah menengah cina. Saya akur dengan pilihan mereka untuk tidak sambung belajar di sekolah menengah cina. Saya sendiri telah melihat bagaimana mereka luangkan masa mengulangkaji dan cuba memahami mata pelajaran yang tidak mampu saya ajar sendiri.
“Saya cuma boleh support mereka dengan membayar kelas tambahan. Kami hanya dapat mengajar mereka subjek Bahasa Melayu dan English sahaja. Matematik dan Sains semua nya dalam bahasa Mandarin.
‘Satu lagi, saya dan suami elakkan gajet pada anak-anak. Cuma apabila mereka capai kejayaan dalam UPSR jadi saya belikan hadiah telefon kerana itu yang mereka inginkan. Cuma jika mereka mahu belajar bahasa Mandarin, saya berikan telefon saya kerana ada apps di dalamnya yang boleh membantu mereka. Malah, kami tahu siapa kawan mereka dan dengan siapa mereka bergaul. Saya suka mereka bawa kawan ke rumah, saya akan memasak dan mereka akan makan bersama.
“Alhamdullillah mereka hargai pengorbanan yang kami lalukan buat mereka. Terima kasih Zaki dan Aqil telah berusaha dan juga membuktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya berpesan kepada mereka agar lakukan yang terbaik untuk PT3 dan SPM agar terus mengharumkan nama bangsa Melayu,”ujar Nurhidayu lagi.
Tip belajar dari Zaki
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.